Anda di halaman 1dari 3

BAHAN BANTU MENGAJAR (TEATER LUTSINAR, LUTCAHAYA DAN LEGAP)

Tajuk bahan yang unik merupakan topik Sains tahun 4. Melalui tajuk ini, muridmurid akan mengenali bahan lutsinar, bahan lutcahaya dan juga bahan legap. Bahan
lutsinar merupakan bahan yang membenarkan cahaya melaluinya menyebabkan tiada
bayang-bayang yang terhasil manakala bahan lutcahaya hanya membenarkan sedikit
cahaya menembusinya maka bayang-bayang yang tidak jelas akan terhasil. Bahan
legap tidak akan membenarkan cahaya menembusinya. Oleh sebab itu, bayang-bayang
yang jelas akan terhasil. Untuk membolehkan murid-murid tahun empat lebih
memahami tajuk ini, kami telah menghasilkan satu bahan bantu mengajar yang
membolehkan murid-murid lebih mengetahui apakah itu bahan lutsinar, lutcahaya dan
juga bahan legap.Berikut merupakan butiran berkaitan BBM yang dihasilkan:
Nama: teater lutsinar, lutcahaya dan legap
Bahan yang digunakan:
1. Kotak

2. Kertas turas

3. Kertas lutsinar

4. Kertas pembalut

5. Lampu Suluh

6. Kertas

A4

80

gsm

7. Batang kayu ais krim

Bahan bantu mengajar ini diinspirasikan dari aktiviti buku teks sains tahun 4 dan
dari aktiviti tersebut kami telah merancang satu bahan bantu mengajar dengan
mengunakan bayang bayang terhasil. Dengan bahan bantu mengajar ini murid-murid
dapat membezakan sama ada bahan tersebut adalah lutsinar, lutcahaya ataupun legap
berdasarkan baying-bayang terhasil.

Panduan pengunaan bahan bantu mengajar teater lutsinar, lutcahaya dan legap
1. Alat ini digunakan secara berkumpulan.
2. Nyalakan lampu dibahagian dalam kotak teater lutsinar, lutcahaya dan legap
dengan menekan tombol suiz pada lampu di dalam kotak teater lutsinar,
lutcahaya dan legap.
3. Ambil puppet dari sebelah kotak yang diletakkan didalam sampul bewarna
kuning yang ditampal pada sisi kotak.
4. Terdapat tiga puppet yang diperbuat daripada tiga bahan berbeza iaitu daripada
bahan lutsinar, bahan lutcahaya dan juga bahan legap
5. Puppet dimasukkan kedalam kotak teater lutsinar, lutcahaya dan legap dan
dipegang dengan jarak 3cm dari skrin.
6. Bayang bayang akan terbentuk pada skrin dan diperhatikan oleh wakil kumpulan.
7. Setiap kumpulan perlu memerhatikan ciri-ciri bayang-bayang yang terbentuk. Hal
ini kerana setiap puppet akan menghasilkan ciri-ciri bayang- bayang yang
berbeza.
Penyediaan

dan

pemilihan

sumber

yang

dihasilkan

sesuai

serta

dapat

meningkatkan pembelajaran Sains sekolah rendah kerana ketiga-tiga pupper tersebut


diperbuat daripada tiga bahan yang berbeza iaitu kertas lutsinar, kertas lutcahaya serta
kertas A4 80gsm yang bersifat legap. Melalui pemerhatian, murid-murid akan dapat
membezakan

ketiga-ketiga

bahan

tersebut

berdasarkan

bayang-bayang

yang

terbentuk.
Bahan bantu mengajar yang dicipta ini juga mengambil kira faktor ruang
penyimpanan bagi bahan bantu mengajar ini. Bahan ini amat mudah disimpan dibawa
kerana ianya sememangnya sebuat kotak yang diubah suai menjadi pentas bagi teater
lutsinar, lutcahaya dan legap ini. Ini membolehkan bahan bantu mengajar ini boleh
disimpan dengan mudah seperti di dalam almari ataupun di atas almari.
Oleh kerana puppet-puppet tersebut disimpan didalam sampul surat khas, kotak
pentas teater ini akan sentiasa kelihatan kemas dan tidak bersepah. Selain itu, bahan
yang digunakan ialah juga merupakan bahan yang boleh diguna semula seperti kotak.
Selain itu penggunaan kotak, lidi dan juga kertas menyebabkan bahan bantu mengajar
ini begitu ringan dan mudah dibawa ke dalam kelas. Bahkan murid-murid sendiri boleh

membuat sendiri bahan bantu mengajar ini dirumah dengan bantuan ibu bapa. Hal ini
kerana bahan bantu mengajar ini mampu menjadi panduan untuk murid-murid
memahami sifat-sifat bagi bahan lutsinar, lutcahaya dan juga bahan legap
Gambar bahan bantu mengajar teater lutsinar, lutcahaya dan legap

Anda mungkin juga menyukai