Anda di halaman 1dari 27

PENERAPAN FALSAFAH PENDIDIKAN

BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA.


1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

BAHASA

DALAM

SUKATAN

PELAJARAN

Falsafah pendidikan bahasa pada semua peringkat adalah berasaskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK dahulunya disebut Falsafah pendidikan
Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia.
Untuk
melaksanakan pendidikan bahasa sebagai wasilah pembentukan dan
pengukuhan jati diri bangsa dan juga sebagai tonggak pembinaan negara,
diperlukan asas yang jelas dan utuh. Asasnya ialah falsafah pendidikan bahasa
yang wajar dan sesuai dengan lingkungan bangsa dan negara. Penetapan
falsafah pendidikan bahasa yang dapat memenuhi kedua-dua fungsi tersebut
perlu dirumuskan dengan jelas dan dijadikan asas pembinaan kurikulum, latihan
perguruan, penyediaan bahan mengajar, proses pengajaran dan pembelajaran
serta pengujian dan penilaian yang kesemuanya merupakan aspek operasional
dalam proses pendidikan.
Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi seseorang guru profesional.
Untuk mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami,
menguasai
dan
menghayati
kandungan
sukatan
pelajaran,
selain
memperlengkap diri dengan persiapan lain seperti pengetahuan dan kemahiran
tentang ilmu atau subject matter, yang ingin diajarkan (Bahasa Melayu,
Matematik, Sejarah misalnya), serta ilmu dan kemahiran pengurusan pendidikan
dan pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan
dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan itu, dalam
menempuhi profesion keguruan ini, seseorang guru mungkin berhadapan
dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan dengan itu, perlu
ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan
kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan
perubahan tersebut. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah
sebahagian inti pati profesionalisme guru. Berasaskan pemahaman dan analisis
tentang organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini, guru merangka
dan menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran mereka dari segi
kemahiran dan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan sumber
dan bahan pengajaran.

2.0

DEFINISI KONSEP

2.1

Konsep Penerapan

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (1666:2005) perkataan penerapan


bermaksud menerapkan, mengenakan, menyerapkan, mempraktikkan. Menurut
pendapat ahli bahasa pula, penerapan adalah perbuatan mempraktikkan suatu

teori, metod, dan hal-hal lain untuk mencapai tujuan tertentu dan untuk suatu
kepentingan yang diinginkan oleh suatu kelompok atau golongan yang telah
dirancang dan tersusun sebelumnya. Dalam konteks pendidikan bahasa,
penerapan bermaksud mempraktikkan teori, metod atau hal-hal lain untuk
mencapai kemahiran berbahasa bagi mencapai maksud tertentu yang diinginkan
dalam diri seseorang, keluarga dan masyarakat.
2.2

Konsep Bahasa dan Fungsi Bahasa

Bahasa menurut Asmah Hj. Omar (1998:1), terdiri daripada perlambangan


yang menunjukkan hubungan antara tuturan dan rujukan. Lambang pula adalah
pengwujudan konsep dan konsep adalah hasil daripada persepsi, yakni
kesedaran kita melalui pancaindera akan alam sekeliling, boleh wujud tanpa
bahasa. Dengan itu, jelas bahawa sejak lahirnya manusia boleh menyaksikan
dan merasakan apa yang berlaku dalam alam sekelilingnya (1998:2). Dapat
dinyatakan di sini bahawa, bahasa itu adalah anugerah semula jadi yang
dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada manusia.
Hashim Hj. Musa (2006:2), menyatakan bahasa juga dilihat sebagai alat atau
kenderaan yang mendukung dan menyampaikan maksud. Bahasa juga boleh
dipandang sebagai fenomena sosial yang menghubungkan seseorang individu
dengan individu yang lain dan satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
Bahasa boleh dilihat sebagai pembawa makna, perlambangan atau simbol dan
juga perantaraan perhubungan. Selain itu, bahasa juga merupakan alat yang
merakam, menimbunkan dan mewariskan segala khazanah kebudayaan sesuatu
bangsa atau tamadun daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya.
Berdasarkan pendapat kedua-dua tokoh tersebut, pengkaji dapat membuat
kesimpulan bahawa bahasa adalah alat perhubungan yang penting yang boleh
mewujudkan satu persefahaman antara satu pihak dengan pihak yang lain.
Persefahaman tersebut pula akan membawa kepada suatu ikatan pertalian yang
lebih erat, seterusnya akan membentuk suatu perhubungan, komunikasi, budaya
dan tamadun sesuatu bangsa.
Fungsi
bahasa
sebagai
alat
bagi
manusia
memahami
dan
mengkategorikan alam di sekelilingnya dikemukakan oleh Wilhelm Von Humboldt
dalam abad kesembilan belas. Humboldt dalam Asmah Hj Omar (1998:10),
mengajukan apa yang dinamakan the linguistic relativity hypothesis yang
bermaksud hipotesis kerelatifan bahasa. Hipotesis ini mempunyai tiga komponen
yang utama iaitu yang pertama, bahawa adanya perbezaan antara struktur
bahasa tabii A dan bahasa tabii B. Kedua, perbezaan-perbezaan ini mempunyai
perkaitan dengan perbezaan antara struktur bahasa tabii A dan bahasa tabii B.
Ketiga, struktur bahasa A menentukan kelakuan manusia dalam kebudayaan A
dan seterusnya. Jelas bahawa, berdasarkan teori tersebut, pengkaji dapat
menyatakan bahawa kebudayaan manusia adalah dipengaruhi bahasa yang
dituturkannya. Bahasa jelas memainkan peranan yang begitu penting untuk
membentuk kebudayaan sesuatu bangsa. Hal ini demikian, bahasa yang sama
akan membentuk kebuyaan yang sama.

Bahasa juga boleh dilihat dari oerspektif Al-Quran. Menurut Syed Naquib
dalam Mustafa Daud dan Munif Zarirudin (1999:595) bahasa adalah wahana
tamadun. Dalam konteks tamadun Islam, wahana terawal yang mengungkapkan
segala aspek ketamadunannya ialah bahasa Arab atas sifatnya sebagai bahasa
Al-Quran. Pemilihan bahasa Arab sebagai agama yang saintifik, rasional dan
bersifat ilmu pengetahuan. Al-Quran mendefinisikan bahasa menerusi ayat yang
bermaksud:
Tidakkah engkau lihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan
satu
perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai batang pokok yang baik,
yang
pangkalnya (akar tunjangnya) tetap dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Ia
mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah
membuat perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka
beringat dan
mendapat pelajaran.

Menurut Mustafa Daud dan Munif Zarirudin (1999: 596), Hamka dalam tafsiran
ayat ini berpendapat bahawa Al-Quran menganjurkan supaya manusia
menggunakan keupayaan berbahasa yang dianugerahkan Allah berdasarkan
ketentuan akidah, syarak dan akhlak yang bersumberkan Al-Quran dan AlSunnah. Bahasa seharusnya digunakan untuk meningkatkan keimanan,
ketakwaan, dan amal soleh. Berdasarkan pandangan Islam, pengkaji dapat
menyatakan bahawa bahasa digunakan sebagai medium untuk beribadat dan
membangunkan syiar Islam termasuk meluaskan ilmu agama dan ilmu dunia,
sekaligus dapat memartabatkan tamadun Islam. Bahasa dalam konsep
pandangan Islam adalah bersifat lebih menyeluruh dan tidak terhad kepada
sesuatu fungsi tertentu sahaja.
Konsep bahasa menurut pandangan sarjana Barat adalah berkaitan
dengan tiga pandangan yang bertentangan. Yang pertama melihat bahasa
sebagai suatu sistem arbitrari atau sewenang-wenang. Falsafah yang melatari
pandangan ini ialah naturalisme dan behaviorisme. Yang kedua pula melihat
bahasa sebagai suatu bahagian dan proses akal. Falsafah yang melatarinya ialah
mentalisme. Yang ketiga melihat bahasa sebagai suatu sistem sosial. Falsafah
yang melatarinya ialah fungsionalismer. Ketiga-tiganya dihuraikan dalam
kerangka falsafah yang tidak memperlihatkan tolak ansur atau pencarian jalan
tengah. Kesan daripada tiga falsafah yang saling bertentangan walaupun pada
hakikatnyya dapat disepadukan itu ialah munculnya tanggapan yang berlainan
tentang matlamat dan kaedah sesuatu bahasa diajarkan (Awang Sariyan,

2005:13). Pengkaji berpendapat bahawa Barat melihat bahasa itu sebagai


sesuatu yang berasingan dan berbeza-beza mengikut aliran masing-masing.
Menurut pandangan Islam, bahasa merupakan salah satu fakulti yang
terdapat dalam akal dan potensi berbahasa dikurniakan sebelum manusia lahir
ke dunia. Oleh hal yang demikian demikian, bahasa bersifat ternurani. Al-Quran
menggambarkan perihal potensi itu melalui dialog Allah sebagai khaliq dengan
anak-anak Adam yang masih di dalam roh dalam suatu baiah atau kontrak
Tauhid (al-Arraf: 172). Chomsky menamai bahasa sebagai bahagian dalam akal
sebagai innate capacity dan kalangan ahli linguistik mentalisme menamai
bahagian dalam otak yang menampung potensi bahasa sebagai Alat
Pemerolehan Bahasa (Languange Acquiisition Device). Dari dudut kenuranian
bahasa, terdapat keselarasan antara pandangan sarjana Barat yang beraliran
mentalisme dengan penjelasan agama Islam (Awang Sariyan, 2005:13).
Konsep bahasa menurut pandangan Barat dan Islam tersebut jelas
menunjukkan perbezaan yang ketara. Para sarjana Barat itu sendiri mempunyai
pandangan yang berbeza-beza mengenai bahasa mengikut idealisme masingmasing. Para sarjana Barat itu berpendapat bahawa bahasa adalah sesuatu yang
terpisah daripada suatu aspek dengan aspek yang lain. Manakala, Islam
memandang bahasa itu sebagai sesuatu yang ternurani, iaitu manusia
sebenarnya telah diberi keupayaan berbahasa oleh Allah s.w.t sejak lahir lagi.
Pengkaji berpendapat bahawa konsep bahasa yang dikemukakan mengikut para
sarjana Islam adalah lebih relevan untuk diguna pakai, tetapi tetap menerima
pandangan Barat yang menunjukkan rasional dan munasabah, iaitu bahasa
sebagai sesuatu yang boleh dikaitkan dengan sistem sosial masyarakat.

2.3

Konsep Pendidikan

Pendidikan
adalah
merupakan
medium
yang
penting
untuk
menyampaikan maklumat dan mendidik sesuatu bangsa itu. Awang Sariyan
(1997), menyatakan bahawa pendidikan muncul serentak dengan wujudnya
manusia. Proses pendidikan pada masyarakat juga merupakan proses pewarisan
kebudayaan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Pada peringkat
individu pula, pendidikan bererti pengembangan potensi-potensi yang ada pada
diri seseorang. Ketiga-tiga hal itu berkaitan secara langsung dengan soal
pertalian antara pendidikan bahasa yang menjadi fokus kajian dalam bidang
falsafah pendidikan bahasa.
Menurut Syed Naquib al-Attas dalam Awang Sariyan (1997:6), hakikat
bahawa pendidikan bermula bersama-sama dengan wujudnya manusia berkaitan
dengan hakikat bahawa bahasa merupakan unsur dimiliki manusia sejak
munculnya manusia pertama di dunia, iaitu Nabi adam a.s. Ulama-ulama Islam
dari zaman ke zaman mengistilahkan manusia sebagai haiwan natiq (rational
animal), iaitu makhluk yang kewujudannya ditandai oleh ciri berbahasa.
Abdullah Yusuf Ali dalam Awang Sariyan (1997:6) menyatakan menurut ajaran
Islam, Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama yang diciptakan Allah s.w.t telah

diberi ilmu bahasa oleh Allah dalam bentuk pengenalan tentang nama sekalian
kejadian alam. Nama itu bukan sekadar kata-kata yang merujuk bentuk konkrit
kejadian alam, bahkan tersirat di dalamnya keterangan tentang sifat dan kualiti
setiap kejadian itu. Nama-nama yang diajarkan Allah itu merujuk kepada ilmu
tentang segala sesuatu (al-ilm al-ashy):
Dan dia (Allah) telah menngajar Nabi Adam tentang nama segala benda
dan gunanya. (al-Baqarah:31)
Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa pendidikan
juga telah berlaku sejak manusia diwujudkan di atas muka bumi ini lagi.
Pendidikan telah berlaku secara tidak langsung antara Pencipta dan umat-Nya
iaiitu Nabi Adam a.s. pendidikan juga adalah fitrah sedia ada yang terdapat
dalam diri manusia. Pendidikan sememangnya berlaku dalam diri manusiia dari
semasa ke semasa bagi menambahkan pengetahuan dan memajukan diri
manusia.
Bahasa dan pendidikan itu juga berkait rapat dengan falsafah. Menurut
Mohammed Yusoff (2002:1), falsafah sering dianggap sebagai salah satu disiplin
ilmu pemikiran yang sukar difahami dan terkeluar daripada lapangan kehidupan
seharian manusia. Falsafah hanya berlegar dalam lingkungan mereka yang
benar-benar menceburi bidang falsafah dan menumpukan pemikiran yang
mantap terhadap falsafah. Beliau menegaskan bahawa persepsi tersebut
sepatutnya diubah kerana falsafah bukan sesuatu perkara yang sukar,
sebaliknya setiap hari kita terhadap falsafah diri kita sendiri. Sama ada sedar
atau tidak, kita menganuti satu-satunya aliran yang sedia wujud dalam dunia
falsafah. Dalam sejarah Barat, pada zaman pertengahan (Middle Ages), falsafah
digunakan sebagai alat untuk mendekatkan agama dengan falsafah atau akal
dengan teks
suci (naqal). Falsafah di zaman tersebut digunakan sebagai
sandaran ilmiah untuk mengesahkan doktrin-doktrin agama. Manakala, falsafah
moden menolak hal tersebut kerana falsafah moden cuba mengasingkan antara
falsafah dan agama (Mohammed Yusoff (2002:2).

2.4

Konsep Falsafah

Ahmad Sunawari Long (2008:9) mengatakan perkataan falsafah berasal


daripada gabungan dua perkataan Greek, iaitu philen yang bermaksud
menyintai dan sophos yang bermaksud hikmah. Oleh itu falsafah bermaksud
orang yang menyintai hikmah. Al-Farabi dalam Mana Sikana (1996:3),
mengatakan bahawa istilah falsafah diambil daripada perkataan philosophia
yang kemudiannya dikenali sebagai Philo yang bererti pencinta dan sophia
yang bijaksana. Menurut beliau, falsafah membawa maksud pencipta bijaksana.
Manakala menurut ahli falsafah Barat iaitu Thales (2002:2), falsafah seharusnya
memberi penekanan kepada tiga aspek penting iaitu benda (things), rasional
(rationality), dan kesejagatan (universality). Beliau bermaksud bahawa falsafah
ialah penerangan secara rasional kepada seluruh benda secara prinsip atau
universal atau kesejagatan.

Menurut Mohd Yusuf Ahmad (2004:5), falsafah merupakan satu usaha


mencari kebenaran (seeking the truth) demi untuk menyelesaikan sesuatu
masalah menuju matlamat. Kebenaran yang dicari tidak akan jumpa yang betulbetul benar jika tidak berpandu kepada apa yang diberitahu oleh Allah melalui
wahyu, kerana kebenaran itu sahaja yang betul dan
mutlak, iaitu yang
ditetapkan oleh Allah, Al-Haqqul-Mubin dan Al-Haqqul-Yaqin (kebenaran yang
nyata dan yakin). Jadi, apa saja falsafah yang kita cari dan fikirkan akan menjadi
benar dan betul apabila bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t.

2.5

Konsep Falsafah Bahasa

Falsafah terbahagi kepada pelbagai cabang dan antaranya ialah bidang


falsafah bahasa
dan falsafah linguistik. Menurut Searle dalam Awang
Sariyan(1997), falsafah linguistik terlibat dalam usaha menyelesaikan masalahmasalah falsafah melalui kerja-kerja menganalisis makna kata dan pertalian
logis. Falsafah bahasa ialah usaha menganalisis ciri-ciri umum seperti makna,
rujukan, kebenaran, penyahihan, lakuan pertuturan dan keperluan logis. Dengan
demikian, falsafah bahasa dikategorikan sebagai kajian dalam bidang falsafah,
sedangkan falsafah linguistik pula ialah nama kaedah falsafah. Walau
bagaimanapun, kedua-duanya saling melengkapi kerana sebahagian masalah
falsafah bahasa dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah falsafah
linguistik dan kaedah kerja ahli falsafah linguistik bergantung pula pada falsafah
bahasa yang dipegangnya.
Hashim Hj. Musa (1996:24), juga membahagikan falsafah kepada falsafah
linguistik dan falsafah bahasa. Beliau mentakrifkan falsafah linguistik sebagai
perbincangan tentang dasar falsafah yang terkandung dalam konsep dan istilah
linguistik, iaitu penelitian tentang kaedah dan amalan yang digunakan oleh ahliahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka. Misalnya, konsep-konsep struktur
dalaman dan luaran, frasa menerangkan dan frasa diterangkan, hubungan
sintagmatik dan paradigmatik, binaan-binaan sintaksis, morfologi, perkataan,
morfem, fonem, pengolongan kata, dan sebagainya. Falsafah bahasa pula
meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan yang dipanggil conceptual
knowledge atau ilmu dalam bentuk konsepsi, yang wujud dalam fikiran secara
abstrak, contohnya kesedaran (consciousness), kewujudan (existence),
kenyataan (reality), ilmu (knowledge), logik dan sebagainya. Renungan dan
pengucapan tentang perkara-perkara konsepsi demikian dibuat melalui
penggunaan bahasa. Oleh yang demikian, premis dasar falsafah bahasa ialah
bahawa adanya kaitan yang erat antara bentuk atau dasar dan kandungan
bahasa dengan bentuk dan kandungan pengetahuan konsepsi (conceptual
knowledge).
2.6

Konsep Falsafah Pendidikan

Menurut Mohd Yusuf Ahmad (2004:29), apabila digabungkan perkataan


falsafah dan pendidikan menjadi falsafah pendidikan, ia bermaksud satu
pemikiran yang jauh dan mendalam tentang hal pendidikan. Hal ini termasuklah

tentang proses pendidikan, tujuan dan matlamatnya, kurikulumnya, kaedahnya


dan lain-lain. Dengan itu, filasuf pendidikan ialah orang yang yang berusaha
berfikir dan merumus dalam bentuk konsep pendidikan itu sendiri, bagaimana
pendidikan itu dijalankan, dan di mana serta siapa yang terlibat dalam
pengurusan dan pentadbirannya serta tenaga pengajarnya. Hasilnya, lahirlah
pelbagai teori pendidikan yang merangkumi dalam pelbagai aspek. Teori dalam
bidang konsep pendidikan, teori kurikulum, teori perkaedahan, tentang tujuan
dan matlamat, dan sebagainya. Maknanya, falsafahlah yang mengatur dan
menyusun sekian banyak teori dalam pendidikan.

2.7

Konsep Falsafah Pendidikan Bahasa

Falsafah pendidikan bahasa pada semua peringkat adalah berasaskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini bermaksud semua aktiviti pendidikan dan
persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Keutamaannya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Konsep JERI ini boleh disepadukan
dengan prinsip asas Model falsafah Bahasa untuk mencapai kesempurnaan
berbahasa dalam pendidikan bahasa Melayu. Pembangunan JERI melalui
pendidikan bahasa Melayu adalah berasaskan kemahiran kognitif, afektif dan
psikomotor yang penting ke arah pendekatan bersepadu dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Pencapaian yang seimbang dalam ketiga-tiga kemahiran ini
dalam pendidikan bahasa dapat dilaksanakan dengan mengambil kira tiga
prinsip asas Model Falsafah Bahasa itu sendiri. Gabungan ketiga-tiga prinsip
falsafah bahasa ini dengan pembangunan dalam
. aspek JERI dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membentuk Falsafah
Pendidikan Bahasa yang sempurna dan menyeluruh.
Kesempurnaan berbahasa dapat dicapai melalui penggunaan alat-alat
pertuturan kurniaan Allah dengan cara yang betul serta menekankan komunikasi
secara holistik yang dapat memberikan gambaran keseluruhan kehidupan orang
Melayu merangkumi bahasa, budaya dan agama. Kesempurnaan berbahasa ini
bukan sahaja meliputi aspek nahunya, tetapi haruslah merangkumi aspek makna
dan tujuan berkomunikasi itu sendiri.
Berdasarkan prinsip pertama dalam Model falsafah Bahasa, berbahasa
mengikut nahunya agar maksud yang hendak disampaikan itu mencapai
objektifnya memerlukan pembangunan dan perkembangan intelek dan bukan
sahaja sekadar berfikir tetapi harus menyuarakannya. Prinsip kedua pula
memerlukan pemikiran itu disuarakan berlandaskan kebenaran agar maklumat
atau fakta yang disampaikan betul dan benar. Pemikiran tidak boleh
berlandaskan kepercayaan atau emosi semata-mata tetapi mesti berdasarkan
fakta-fakta dan penaakulan yang tepat dan sahih. Dalam hal ini, pembangunan
kerohanian amat penting untuk mempertimbang kebenaran dan sekali gus dapat
mencapai tujuan berbahasa untuk beribadat dan mentauhidkan Allah.
Kesempurnaan berbahasa ini juga dikaitkan dengan unsur jasmani yang

mementingkan kesihatan dan kecergasan yang menyumbang ke arah pemikiran


yang logis. Kesepaduan ketiga-tiga konsep ini dapat mencapai, memperkembang
dan menyeimbangkan pembangunan dalam aspek JERI.
Kesepaduan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Model
Falsafah Bahasa ini membentuk Falsafah Pendidikan Bahasa yang merangkumi
inti pati konsep JERI dan tiga prinsip asas kesempurnaan berbahasa. Falsafah
Pendidikan Bahasa yang dicadangkan ini adalah selari dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pendidikan bahasa
Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan
akal budi dan pemikiran rakyat serta sebagai pemangkin kepada semangat cinta
akan tanah air.

2.8

Konsep Pendidikan Bahasa Melayu

Di Malaysia, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan,


bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun
1957. Awang Sariyan dalam Jurnal Bahasa (1999: 866), menyatakan bahawa
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu diwartakan dalam
Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Sesuai dengan
status sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah dijadikan sebagai mata
pelajaran wajib, terutama di peringkat persekolahan. Awang Sariyan (1999: 881),
juga menyatakan yang pelaksanaan pendidikan bahasa Melayu dalam era
reformasi pendidikan direalisasikan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Untuk kajian ini,
tumpuan hanya diberikan kepada KBSM dengan berfokus kepada tingkatan tiga.
Ciri yang jelas pada sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSM ialah konsep dan
tafsiran yang mendalam dan meluas tentang bahasa dan pendidikan bahasa,
baik dari segi matlamat, objektif, kandungan, strategi pengajaran dan
pembelajaran, mahupun bahan pengajaran pembelajaran.

2.9

Konsep Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar
bagi suatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu. Sukatan pelajaran
dibina berdasarkan kurikulum, dan mengandungi topik, objektif, kemahiran dan
penerangan tentang cara penilaian

3.0

PERBINCANGAN

3.1

Falsafah Pendidikan Bahasa

3.2

Sukatan Pelajaran Tingkatan Tiga

Sukatan pelajaran, sebagai dokumen induk, mewakili keperluan kurikulum bagi


satu peringkat persekolahan. Oleh itu, ada dua sukatan pelajaran Bahasa Melayu
yang dibina di PPK iaitu sukatan pelajaran sekolah rendah dan sukatan pelajaran
sekolah menengah. Sukatan pelajaran sekolah rendah merangkurni Tahap Satu
dan Tahap Dua, disediakan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, dan Kelas Peralihan.
Sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi pelajaran
Bahasa Melayu menengah rendah (tingkatan satu hingga tingkatan tiga), dan
menengah atas (tingkatan empat dan tingkatan lima).

didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;


3.
Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan
masalah dan 3.2 Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga

Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen kurikulum sokongan yang


memperincikan kandungan sukatan pelajaran. Huraian sukatan pelajaran
disediakan bagi setiap tahun pembelajaran, dan dibezakan antara HSP SK dan
SJK. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga merupakan
perincian kepada kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah
menengah dan berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran dan
pembelajaran. Huraian Sukatan ini mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi
Kurikulum merangkumi Penggunaan Bahasa, Kemahiran Bahasa, Hasil
Pembelajaran, Sistem Bahasa, Komponen Kesusasteraan, dan Pengisisn
Kurikulum.

3.3

Matlamat

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk


melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi
memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan.

3.4

Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah digariskan daripada


matlamat yang dinyatakan di atas. Objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah

rendah berbeza daripada objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah.


Objektif yang dicapai pada akhir pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah
adalah seperti berikut:

1.
Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan,
dan penulisan
untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan
barangan dan perkhidmatan;
2.
Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai
sumber yang

membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan


tulisan;
4.
Mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada
pelbagai bahan
bacaan jenis maklumat dan bahan sastera;
5.
Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis
maklumat dan
imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan
6.
Menghayati dan mengamalkan nilai mumi, sikap positif, semangat
patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

3.5

Objektif Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga

Terdapat juga objektif yang lebih khusus bagi setiap tahun pembelajaran, iaitu
tingkatan satu hingga tingkatan lima dinyatakan dalam dokumen huraian
sukatan pelajaran mengikut tahun. Perbezaan ini wujud dari segi skop, peluasan
dan kedalaman kemahiran. Objektif mengikut tingkatan ini berdasarkan objektif
pendidikan sekolah menengah tertera di atas. Di bawah ini diperturunkan
objektif pendidikan Bahasa Melayu Tingkatan Tiga:

1.
Berbicara tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu semasa, perkembangan
serantau
dan antarabangsa dengan menggunakan bahasa yang santun.

2.
Berurus
melaksanakan

untuk

mendapatkan

barangan

dan

perkhidmatan

dengan

aktiviti yang lazim dalam transaksi.


3.
Memberikan penjelasan, alasan dan contoh untuk mempengaruhi pihak
lain dalam
suasana perbincangan dan perundingan yang harmoni.
4.
Membaca bahan sastera dan ilmu dengan menggunakan teknik bacaan
yang berkesan
untuk tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis kekuatan dan
kelemahan
sesuatu karya.
5.
Merujuk pelbagai sumber, memperluas dan menganalisis maklumat bagi
tujuan
penyelidikan.
6.
Menyampaikan maklumat dengan menggunakan cara, bentuk dan gaya
penyampaian
yang efektif.
7.
Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan
bahasa yang
gramatis dan teknik penulisan yang menarik.
8.
Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotik, dan
perasaan cinta akan negara yang terdapat dalam bahan yang dipelajari dan
yang
diperoleh melalui pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

3.6

Organisasi Kurikulum

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga ini mengandungi:


a.

Penggunaan Bahasa

b.

Kemahiran Bahasa

c.

Hasil Pembelajaran

d.

Sistem Bahasa

e.

Komponen Kesusasteraan Melayu

Pengisian Kurikulum

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu meliputi lapan


strategi penting. Antaranya ialah :
1.

Pendekatan Berpusatkan Murid

.2.

Kepelbagaian Teknik

3.

Kepelbagaian Sumber dan Bahan

4.

Penggunaan Tatabahasa yang Tepat

5.

Pengajaran dan Pembelajaran Bertema

6.

Bacaan Luas

7.

Penggabungjalinan

8.

Penyerapan

9.

Penilaian

10.

Pemulihan

11.

Pengayaan

3.7

Sistem Bahasa

Sistem Bahasa berfokus pada pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang
terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, dan
peribahasa.

3.8

Komponen Kesusasteraan

Komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu meliputi


karya sastera yang berbentuk cerpen, novel, drama, prosa tradisional, sajak, dan
puisi tradisional iaitu pantun, syair, gurindam, seloka dan bahasa berirama.

PENERAPAN FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA DALAM SUKATAN BAHASA MELAYU


TINGKATAN TIGA
4.1

Bidang Interpersonal

Bidang Interpersonal merupakan salah satu bidang penggunaan bahasa yang


digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Penggunaan bahasa

bagi Bidang Interpersonal berkait dengan kebolehan murid memulakan,


membina, dan mengekalkan persahabatan serta perhubungan dengan orang
lain. Bidang ini memberi tumpuan kepada keupayaan murid berkomunikasi dan
menggunakan bahasa dengan kata, frasa, ungkapan, dan ayat yang betul, tepat,
dan bertatasusila. Bidang ini juga bertujuan membolehkan murid mengekalkan
hubungan dengan rakan rapat atau orang lain melalui perkongsian idea dalam
interaksi sosial. Antara Hasil Pembelajaran Utama (HPU) dan Hasil Pembelajaran
Khusus (HPK) yang bolah dicapai murid dalam Bidang Interpersonal adalah
seperti berikut :

(1.0) Berinteraksi untuk Menjalin dan Mempererat Hubungan Mesra


Menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang sesuatu
perkara untuk mengekal hubungan. Penekanan terhadap aspek ini perlu diberi
perhatian kerana kemahiran menyatakan perasaan merupakan kemahiran yang
sangat perlu dalam kehidupan murid, bukan sahaja semasa mereka berhubung
sesama rakan di sekolah, tetapi juga ketika mereka berhubung dengan
masyarakat.
Tahap Berinteraksi untuk Menjalin Hubungan
Beebe (1999) dalam Dahlia Janan menjelaskan bahawa ketika berinteraksi
khususnya bagi menjalin hubungan, tahap-tahap yang dinyatakan di bawah
perlu diberi perhatian. Tahap tersebut ialah:
1.

Prainteraksi

Mengkaji latar belakang seseorang mengenali dengan lebih lanjut. Mengenali


seseorang tanpa mengkaji latar belakangnya merupakan hubungan yang pasif.
2.

Menjalin hubungan awal (mendedahkan diri sendiri)

Pada peringkat ini kita boleh memulakan interaksi dengan berbual tentang halhal semasa seperti cuaca, politik dan sebagainya.
3.

Meneruskan Perhubungan

Pada peringkat ini pula, jika kita rasa boleh meneruskan hubungan, perbualan
dan perbincangan boleh berkisar pada topik yang lebih mendalam dan
melibatkan sedikit hubungan fizikal. Jarak perhubungan juga masih dijaga atau
dikawal.
4.

Perkongsian Perhubungan

Pada tahap ini, perhubungan menjadi semakin rapat. Banyak masa yang
dihabiskan bersama. Tahap ini juga melibatkan lebih banyak perhubungan fizikal.
Perhubungan menjadi bertambah rapat.
5.

Perkongsian dan penerimaan konsep hidup (kemesraan)

Pada tahap ini perhubungan menjadi sangat rapat kerana antara satu sama lain
telah ada persamaan tentang konsep hidup. Pada tahap ini juga, perhubungan
mencapai tahap saling memahami peranan, kehendak dan keperluan masingmasing seperti kata Aristotle A true friend is one soul in two bodies.

Tingkah Laku bagi Mempererat Hubungan Mesra


Dalam menjalani perhubungan yang lebih erat dan mesra, timbul pelbagai
halangan yang memungkinkan terjadi hubungan yang pasif dan negatif. Antara
halangan ini ialah masa, gangguan emosi, jarak psikologi, induvidualistik, kurang
komitmen dan perubahan sikap. Bagi mengatasi masalah ini, Beebe (1999)
mencadangkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
1.

Cari situasi yang baik untuk memulakan perhubungan.

2.

Tunjukkan kemesraan dengan menunjukkan bahasa badan yang betul .

3.
Tunjukkan bahawa kita menghargai seseorang itu dengan bertanya khabar
sesuatu perkara atau melakukan gerak geri yang menyenangkan.
4.
Gunakan bahasa yang baik dan mesra ketika berhubung. Misalnya,
memulakan perbualan dengan bertanya khabar (atau memberi salam). Luahkan
kata-kata mesra seperti (seronok berjumpa andaharap dapat berjumpa lagi).
5.
6.

Tunjukkan imej yang positif.


Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap orang lain.

Skil Mengekalkan Hubungan Yang Mesra


Beberapa prinsip perlu dipatuhi bagi mengekalkan hubungan yang mesra. Knapp
dan
Vangelisti (1992), Johnson (1996) dan Stewart dan Logan (1997)
bersetuju bahawa asas mengekalkan hubungan yang mesra ialah :
1.

Mempereratkan hubungan

Perhubungan yang erat ditandai oleh kepercayaan, kemesraan dan kuasa


mempengaruhi seseorang.
2.

Melahirkan perasaan dan emosi

Mampu melahirkan perasaan dan emosi dengan baik, sejajar dengan adab dan
budaya sesuatu bangsa.
3.

Mengunakan bahasa yang baik dan sesuai

Dalam perhubungan yang mesra, kita mampu menggunakan bahasa yang


mesra, yang juga mampu mengurangkan jurang antara satu sama lain.

4.

Berprasangka baik terhadap pasangan

Dalam hal ini, seseorang itu mestilah mempunyai sikap terbuka dan sedia
menerima orang lain. Percaya kepada orang lain merupakan sikap yang sangat
dituntut.
5.

Menjadi pendengar dan pemberi respon yang baik

Berupaya menjadi pendengar yang baik dan boleh memberi respons terhadap
setiap maklumat, sama ada yang didengar, dibaca atau dilihat secara verbal
atau bukan verbal.

Bagi mengekalkan hubungan yang mesra, Huraian Sukatan Bahasa


Melayu Sekolah Menengah (HSP) Tingkatan Tiga menyenaraikan kemahiran yang
perlu dikuasai oleh murid. Kemahiran ini ialah Berinteraksi untuk Menjalin dan
Mempererat Hubungan Mesra (1.0). Matlamat Hasil Pembelajaran Utama (HPU)
ini dicapai melalui Hasil Pembelajaran Khusus (HPK), iaitu seperti yang
disenaraikan di bawah:
1.1
Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan
harian yang
menyentuh diri, keluarga,
rakan, dan masyarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta
nada yang sesuai.
1.2
Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang
sesuatu yang
diperihalkan oleh orang lain.
1.3
Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan
yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.
1.4
Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan pelbagai soalan.
1.5

Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi.

1.6
Menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang
sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan.

Hal ini menunjukkan bahawa HSP Bahasa Melayu mencirikan (6) HPK yang
mesti diajar agar murid-murid dapat berinteraksi dengan baik dan seterusnya
dapat menjalin
dan mempererat hubungan sesama mereka. Perkara tersebut ialah seperti yang
terdapat dalam
jadual 1. Ini bermakna, bagi menjalin hubungan dan mempererat hubungan
mesra, setiap

kemahiran berbahasa itu mestilah dilengkapi dengan syarat yang dinyatakan di


bawah.
Contohnya, jika seseorang murid itu bersoal jawab bagi mendapatkan maklumat,
soal jawab
tersebut hendaklah dibuat secara bertatasusila. Begitu juga jika mereka
berbincang dan
membidas hujah orang lain atau rakan sekelas, hujah dan perbincangan tersebut
hendaklah
dilakukan dalam keadaan sopan.

Jadual 1
Hubungan Hasil Pembelajaran Khusus dan Kemahiran Bahasa
Hasil Pembelajaran

Kemahiran Bahasa hubungan mesra

Syarat menjalinkan

Khusus
1.1
kata,

berbual dan berbicara

menggunakan
Sebutan dan

intonasi
Serta nada yang
sesuai
1.2
oleh

Mendengar dan memberikan


respons secara lisan dan

1.3
dan

Menyampaikan maksud yang


tersurat dan tersirat

Yang diperihalkan
oleh orang lain
menggunakan kata
ungkapan yang

sesuai
1.4
bertatasusila
1.5

Bersoal jawab
Berbincang dan membidas

secara
sopan

Hujah
1.6
terang

Menyatakan perasaan

secara berterus

dan beradab

Pelaksanaan Pelajaran Hasil Pembelajaran Khusus


Menyatakan Perasaan Secara Berterus Terang dan Beradab tentang Sesuatu
Perkara
Untuk Mengekalkan Hubungan (1.6)
Melahirkan perasaan kepada orang lain bukan sahaja dapat menggembirakan
seseorang tetapi dapat menyihatkan badan (Johnson,1996:146). Tingkah laku
ini juga dapat melahirkan perasaaan sayang kepada orang lain, di samping dapat
menjelaskan pendirian kita. Perasaan boleh dilahirkan melalui perkataan atau
bukan perkataan. Dalam hal ini Johnson (1996) menjelaskan, bagi melahirkan
perasaan kita kepada orang lain, terdapat tiga cara yang boleh digunakan iaitu:
( i ) lisan
( ii ) tulisan
( iii ) bahasa badan

Berdasarkan bahasa lisan dan tulisan, murid boleh diajar bahasa yang sesuai
bagi melahirkan perasaan mereka. Dalam konteks ini, perkataan dan ayat
bertatasusila mestilah diperkenalkan dan diberi penekanan. Selain itu, bahasa
badan juga wajar diajar kepada murid. Hal ini kerana bahasa badan sangat
diketahui kerana ia melambangkan perkara yang tersirat dalam diri seseorang
itu. Malah, ia juga dapat memberitahu kita siapa kita dan apa yang sedang kita
fikirkan (Stewart dan Logan, 1997: 89). Bahasa badan boleh disampaikan dalam
bentuk berikut:
(i)

Memek muka

(ii)

Tembung mata

(iii)

Pergerakan ruang

(iv)

Sentuhan

(v)

Pergerakan badan

Kesimpulannya, kebolehan melahirkan perasaan dengan cara dan gaya yang


tepat penting kerana ia boleh mempengaruhi kehidupan murid. Murid yang
pandai melahirkan perasaan dengan gaya dan bahasa yang sopan tentu disukai
oleh orang. Oleh sebab itu, kemahiran haruslah dipupuk dan diajar secara
terancang.

(2.0) Memberikan
Perbincangan

Pendapat

yang

Bernas

sebagai

Sumbangan

dalam

HPU 2.0 dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM terbahagi kepada lima
(5) Hasil Pembelajaran Khusus (HPK). HPK yang tersenarai bagi Tingkatan 3
adalah seperti berikut:
2.1
Mencetuskan
perbincangan.

idea

bernas

semasa

memberikan

pendapat

2.2

Menghuraikan idea yang bernas secara kreatif dan kritis.

2.3

Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti

2.4
Mengemukakan
perbincangan.

cadangan

yang

membina

untuk

mencapai

dan

tujuan

2.5
Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang
berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

Bagi mencapai HPK yang ditetapkan, dalam Huraian Sukatan Pembelajaran (HSP)
Tingkatan Tiga, disenaraikan pula Huraian Hasil Pembelajaran (HHP) mengikut
aras-aras kemahiran yang disesuaikan dengan tahap keupayaan dan kemajuan
murid. Aras 1 ialah aras yang paling asas dan murid perlu menguasai aras ini
terlebih dahulu sebelum menguasai aras 2 dan 3. Bagi setiap HHP yang
disenaraikan, dicadangkan pula aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai
panduan guru (rujuk HSP setiap Tingkatan)

Interpretasi HPU 2.0


Hasil Pembelajaran Utama 2.0 memberi tumpuan kepada kemahiran-kemahiran
bahasa yang perlu diaplikasikan dalam proses perbincangan. Kemahiran
berbahasa utama yang ingin diterapkan melalui HPU ini ialah kemahiran untuk
menyampaikan pendapat secara yang bernas dalam apa sahaja bentuk
perbincangan. Murid digalakkan sentiasa memberi sumbangan dalam proses
perbincangan. Namun begitu murid perlu dilatih supaya tidak memberi pendapat
atau pandangan yang membuta tuli tanpa memikirkan secara kritis kesan dan
sebabnya. Latihan ini perlu dirancang secara berperingkat-peringkat melalui
Hasil-hasil Pembelajaran Khusus 2.1 hingga 2.5, dan dicerakinkan lagi secara
lebih spesifik melalui Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 hingga 3.
Melalui hasil-hasil pembelajaran khusus, murid dilatih untuk memperoleh
penguasaan :
*Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan
*Menghuraikan idea yang bernas secara kritis dan kreatif.

*Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.


*Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan.
*Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan
dengan isu yang dikemukakan.
Hasil-hasil pembelajaran khusus ini perlu dilaksanakan berdasarkan
huraian hasil pembelajaran yang digariskan bagi setiap tingkatan distratakan
kepada tiga aras yang berbeza dari segi kesukarannya.

Proses Memberi
Perbincangan

Pendapat

secara

Bernas

sebagai

Sumbangan

dalam

Memberi pendapat secara bernas bermaksud seseorang itu perlu berilmu,


berkemahiran dan berketerampilan untuk memberi pendapat atau pandangan
supaya sesuatu permasalahan dapat diselesaikan dengan cara yang tidak
meninggalkan kesan negatif. Proses ini memerlukan seseorang murid
memerlukan kemahiran berfikir.

(3.0) Berunding Secara Santun untuk Mendapatkan Persetujuan dan Kata


Sepakat
Berunding bukan sahaja perilaku duduk dan bercakap untuk mencapai
persetujuan tetapi lebih daripada itu. Menurut Fisher dan Adam dalam Dahlia
Janan (2004) sesuatu proses perundingan bermula apabila pihak yang berunding
sedar akan perbezaan dari segi minat, keinginan, motivasi dan matlamat
masing-masing. Berunding adalah proses komunikasi yang menjadi kaedah bagi
pihak yang berunding mencapai persetujuan atau persefahaman.
Menurut Abdul Muati dan Zamri Ahmad (2001), perundingan adalah
kemahiran untuk bekerja dengan orang lain supaya kedua-dua pihak yang
berunding mendapat apa yang dikehendaki masing-masing. Dalam perundingan
akan melibatkan kompromi. Kompromi ialah penukaran tingkah laku atau
pendapat kepada kedua-dua pihak supaya matlamat bersama tercapai. Hal ini
merupakan hasil perundingan.

(4.0) Membuat Pertimbangan Untuk Mencapai Keputusan


Untuk membuat pertimbangan sesuatu perkara dalam kehidupan memerlukan
keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa yang betul dan
mengungkapkannya secara bertatasusila. Bidang ini turut menekankan
hubungan dengan rakan atau orang lain melalui perkongsian idea ketika
berinteraksi bagi tujuan komersial. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil
Pembelajaran Khusus boleh dicapai melalui interaksi dengan menjalin dan

mempererat hubungan, memberikan pendapat, berunding secara santun untuk


mendapat persetujuan, membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan,
memujuk untuk mempengaruhi pihak lain untuk melakukan sesuatu dan
berurusan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
Hasil Pembelajaran utama ini (4.0) dalam Huraian Sukatan pelajaran ini
mengandungi dua Hasil pembelajaran Khusus iaitu :
4.1
Mengesan kecondongan pendapat dan menimbangkan pelbagai pilihan
untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
4.2
Menjelaskan dan membuktikan pertimbangan secara rasional dan adil bagi
meyakinkan pihak yang terlibat.

Hasil pembelajaran Utama ini sebenarnya mengarah dan melatih murid untuk
menyelesaikan
sesuatu persoalan, isu atau situasi dan membuat keputusan. Untuk mencapai
kedua-dua Hasil
Pembelajaran Khusus ini beberapa aktiviti yang bersesuaian telah dicadangkan
dalam
Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan Tiga mengikut Aras yang sesuai dengan
pencapaian
dan kebolehan murid.
Aras 1
1. Menyatakan kecondongan pendapat berdasarkan penggunaan kata, ungkapan
dan ayat.
2. Menghuraikan kecondongan pendapat berdasarkan
dikemukakan.

fakta dan hujah yang

3. Menjelaskan pertimbangan yang dibuat tentang keperluan kritikal untuk


menyelesaikan masalah.
Aras 2
1. Menganalisis kekuatan dan kelemahan keputusan dengan mengemukakan
alasan konkrit dan contoh yang relevan.
Bagaimana Membuat Pertimbangan untuk Mencapai Keputusan
Membuat keputusan untuk mencapai atau membuat keputusan memerlukan
seseorang
menguasai
dkemahiran
penyelesaian
masalah.
Membuat
pertimbangan bermaksud seseorang itu perlu membuat timbang tara dan
memiliki satu kecenderungan untuk condong memihak atau menyokong sesuatu
perkara atau isu. Murid-murid perlu dilatih untuk membuat atau mencapai

sesuatu keputusan kerana dalam realiti hidup banyak perkara yang memerlukan
kita memilih dan membuat pertimbangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
secara adil dan rasional.
Proses membuat keputusan merupakan suatu proses mengumpul,
menganalisis dan dmenguji serta mempertimbangkan semua maklumat
berkaitan dengan sesuatu perkara yang terpaksa dilakukan. Pemikiran yang
rasional perlu digunakan untuk mempertimbangkan, mencabar idea-idea dari
pelbagai persepsi dan keperluan atau situasi yang dihadapi. Beberapa perkara
atau proses membuat keputusan
perlu diteliti secara mendalam Iaitu
memahami persoalan secara jelas, meninjau pilihan-pilihan yang ada
berdasarkan nilai, kesan dan akibatnya, menilai semula setiap pilihan yang ada,
dan seterusnya memdbuat keputusan muktamad supaya membawa kesan dyang
diingini.

(5.0) Memujuk Untuk mempengaruhi Pihak lain Untuk melakukan Sesuatu


Pemujukan atau kemahiran memujuk sebenarnya merupakan salah satu fungsi
dalam komunikasi yang bertujuan untuk menukar tindakan atau mengubah sikap
seseorang. Memujuk berlaku semasa proses komunikasi sama ada secara
perseorangan atau dengan menggunakan media contohnya televisyen, radio dan
sebagainya. Memujuk dalam istilah biasa sering kita gambarkan sebagai satu
usaha untuk memulihkan emosi seseorang sebagai contoh ibu memujuk anaknya
supaya berhenti menangis. Keadaan ini memperlihatkan keupayaan seseorang
individu untuk mempengaruhi individu lain agar berubah kepada keadaan yang
diingini.
Selain bertujuan untuk mempengaruhi, memujuk juga berfungsi sebagai
satu kaedah
Untuk mengubah sikap, kepercayaan, menukar pendapat malah mengubah
tingkah
laku individu lain. Sering kali kita lihat individu yang jterlibat dalam
memujuk ini

proses

menggunakan pelbagai cara untuk memastikan daya pujuk mereka berkesan


sehingga boleh
menukar seseorang itu menjadi seperti yang diingini (Azjen, 1980). Salah satu
daripada cara
itu melibatkan bahasa lisan dan bukan lisan sebagai cara memujuk.
Jelasnya,
menyampaikan

manusia

menggunakan

bahasa

untuk

berkomunikasi

dan

mesej. Bahasa yang digunakan untuk memujuk dan meyakinkan orang lain untuk
memahami

diri kita. Maka, peranan bahasa amat penting dalam memastikan proses
pemujukan
berlangsung dengan
penggunaan bahasa

baik

seperti

yang

kita

kehendaki.

Hal

ini

kerana

yang betul dan tepat boleh mengelakkan salah faham terhadap mesej yang kita
sampaikan.
Pemilihan perkataan dan cara menyusun ayat juga perlu diberi perhatian kerana
kesilapan
memilih perkataan boleh memusnahkan usaha pemujukan malah lebih teruk lagi
ia boleh
merosakkan hubungan.

(6.0) Berurus dengan Pihak Tertentu untuk Mendapatkan Barangan dan


Perkhidmatan
Berurus boleh didefinisikan sebagai satu usaha berbincang dengan pihak lain
untuk memperolehi sesuatu. Malah berurus dengan pihak tertentu yang terlibat
secara langsung juga boleh menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Selain
itu, sebuah organisasi yang diurus dengan baik akan berkembang menjadi
sebuah organisasi yang produktif. Dalam konteks yang lebih luas berurus
merupakan gabungan beberapa kemahiran yang ada pada individu seperti
berunding , menilai, memujuk dan akhirnya membuat keputusan. Oleh sebab itu,
semasa berurus dengan pihak tertentu, akan wujud situasi yang membolehkan
sesuatu persetujuan itu dicapai.
Berurus seperti yang dijelaskan pada peringkat awal tadi merupakan satu
keadaan apabila berlaku keperluan terhadap sesuatu perkara. Menurut teori
keperluan yang dikemukakan oleh Maslow, manusia sentiasa memerlukan
sesuatu untuk menjalani hidup yang lebih sempurna. Unruk memiliki keperluan
itu, manusia melakukan pelbagai urusan seperti jual beli(ekonomi),
perkahwinan(social), berkompromi dalam hubungan kaum (politik) dan pelbagai
keadaan lain lagi, selagi manusia berkehendakkan sesuatu, selagi itulah manusia
akan berurus untuk memenuhi kehendaknya.
Terdapat beberapa kriteria berurus yang perlu dipenuhi sebelum usaha
untuk memperolehi sesuatu itu dapat dipenuhi. Dalam komunikasi interpersonal,
ia temasuk teknik berunding, memujuk dan membuat keputusan (Beebe, 1999).
Selain itu, ia juga melibatkan penggunaan bahasa yang betul dalam mencapai
objektif. Teknik berurus seperrti ini boleh kita pecahkan kepada dua cara iaitu
cara berunding dan cara memujuk. Manakala bagi penggunaan bahasa, ia boleh
dibahagikan kepda beberapa bahagian pula iaitu sistem bahasa yang
merangkumi penggunaan tatabahasa yang betul antaranya morfologi, sintaksis,
sebutan dan intonasi, dan kosa kata.

Semasa berurus dengan pihak tertentu, kita tidak terlepas dari membuat
perbandingan, penawaran malah adakalanya membuat pertaruhan terhadap
sesuatu yang kita sangat perlukan. Berurus boleh juga kita definisikan sebagai
berunding kerana pada keadaan tertentu ia melibatkan situasi menang-menang
(win-win situation). Semasa berurus juga kita banyak mengeluarkan bukti dan
hujah bagi menyokong alas an yang kita berikan. Semasa berurus juga kita akan
membuat penilaian, memujuk pihak yang satu lagi supaya menerima alasan,
bukti dan hujah yang kita kemukakan. Dalam berurus, pihak-pihak yang terlibat
akan cuba memanfaatkan peluang itu untuk memperolehi keuntungan. Oleh
yang demikian, semasa berurus kedua-dua pihak akan berkomunikasi dengan
menggunakan pendekatan interpersonal dan psikologi supaya urusan itu berjaya
hasil daripada berunding.
Proses memujuk juga termasuk dalam disiplin komunikasi. Memujuk bererti kita
menggunakan strategi tertentu yang membolehkan pihak yang satu lagi
menerima dengan baik bukti dan hujan yang kita sediakan. Memujuk boleh
diertikan sebagai tindakan untuk mempengaruhi seseorang, mengubah sikap
dan menukar kepercayaan seseorang. Semasa memujuk, kita akan menawarkan
perkara-perkara yang menarik minat orang lain (Abdul Muati, 2001). Faktor
ganjaran juga memainkan peranan yang besar sesuai dengan prinsip memujuk
itu sendiri iaitu, menukar sikap, pendirian atau kepercayaan dengan segala cara
yang berkesan.
Terdapat beberapa strategi memujuk yang efektif terutama bagi
memastikan pihak yang satu lagi benar-benar bersedia untuk berurus bagi
menyediakan barangan dan perkhidmatan yang kita perlukan. Menurut Milburn
(1991), memujuk lazimnyad isertai dengan persediaan psikologi pihak yang
terlibat sebelum proses itu berlaku.
Dalam masa kita berurus dengan pihak tertentu, ada banyak faktor yang perlu
diambil kira sebelum urusan itu boleh dijalankan dengan lancar. Ada masanya
kita menyedari keputusan yang diambil menepati kehendak diri orang yang
berurus tetapi pada masa yang sama kita sebenarnya terpaksa melepaskan
sesuatu yang kita hargai bagi memastikan proses itu berjalan lancar. Jelasnya.
Semasa berurus kita perlu sedar bahawa setiap individu mempunyai keperluan
yang perlu mereka penuhi dan bagi memenuhi keperluan inilah manusia berurus
bagi memperolehinya.
Kesimpulannya, semasa menjalankan urusan, bahasa memainkan peranan yang
penting untuk kita menyampaikan maklumat kepada pihak yang terlibat. Ini
kerana semasa berurus, kita didedahkan dengan mesej yang kadang kala
mengaburi penilaian kita. Penggunaan bahasa yang menngelirukan atau sukar
difahami menyulitkan proses komunikasi.
4.2

BIDANG MAKLUMAT

(7.0) Mendapat Maklumat daripada Pelbagai Sumber yang Didengar, Dibaca


dan Ditonton

Tujuan hasil pembelajaran Bidang Maklumat dalam sukatan Pelajaran Bahasa


Melayu
Semakan 2003 adalah untuk meningkatkan keupayaan murid memperoleh
maklumat
daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kemahiran berbahasa yang
paling
asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, dan membaca. Selain itu, adalah
diharap
murid-murid juga berupaya mengakses maklumat daripada multimedia. Fokus
utama
Bidang Maklumat ini adalah untuk membolehkan murid-murid mendapatkan
maklumat, memproses, dan menyampaikan maklumat.
Penguasaan kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur
dan kemahiran membaca penting dalam mencapai objektif hasil pembelajaran
Bidang
Maklumat. Jika murid gagal menguasai kemahiran-kemahiran ini mereka akan
mengalami
masalah untuk mendapatkan maklumat sama ada yang didengar, dibaca, dan
ditonton. Hal ini
kerana, mereka tidak menguasai teknik yang betul untuk mendapatkan
maklumat daripada
sumber yang diberikan kepada mereka.

(8.0) Memproses Maklumat untuk keperluan Tertentu


Memproses maklumat ialah satu tatacara menangani maklumat untu tujuan
pengajaran dan pemb elajaran. Tatacara ini dilakukan sebegitu rupa bagi
memastikan maklumat tersebut dimanfaatkan sepenuhnya. Dalam hal ini
terdapat dua cara maklumat diperolehi, iaitu (1) melalui pendengaran dan (2)
melalui pembacaan.
Aktiviti memproses maklumat agak kompleks kerana proses ini melibatkan
banyak langkah yang saling berkaitan dan bersangkutan denga teori kognitif
yang lain seperti teori tentang ingatan (memory). Proses ini juga bersifat
interaktif dan membentuk satu lingkaran proses (cyclical process). Ini bermakna
proses proses ini sentiasa bergerak dari satu langkah ke satu langkah yang lain,

sehingga maklumat yang diterima dapat difahami, ditafsirkan, dinilai dan


digunakan sebaik-baiknya.
Secara terpadu terdapat beberapa kemahiran yang terlibat sama di
sepanjang proses maklumat ini beroperasi, iaitu kemahiran berfikir secara
menginteprasi, menganalisis, mensintesis dan menilai. Untuk mencapai hasrat
ini, beberapa kemahiran bahasa juga sangat mustahak dikuasai dan menjadi
pemangkin dalam pemprosesan maklumat, iaitu kemahiran membaca, menulis,
bertutur, dan mendengar. Melalui latihan yang terarah, murid akan dapat
mengintegrasikan kemahiran ini secara maksimun dan dapat membina diri
sebagai pemikir yang kritis dan penyelesaian masalah yang kreatif.

(9.0) Menyampaikan Maklumat untuk Tujuan Tertentu


Maklumat boleh didefinisikan sebagai suatu set ujaran sama ada dalam bentuk
lisan atau penulisan yang mempunyai tujuan dan matlamat penyampaiannya. Ia
melibatkan dua pihak sama ada penyampai maklumat atau penerima maklumat.
Dalam konteks ini maklumat atau set ujaran tersebut boleh dalam bentuk
pemberitahuan. Didengar, ditemui dengan tidak sengaja, melalui edaran,
penerimaan, pemerolehan, pencarian, dapatan, dan hasil pengumpulan bahan
serta pendokumentasian. Perkaitan maklumat dan menyatakan maklumat pula
ialah gabungan atau hubungan dua unsur yang melibatkan pemberi maklumat
dan penerima maklumat yang amat berkait rapat dengan sesuatu tujuan atau
harapan yang telah dirangka atau dirancang penghebahannya.

4.3

BIDANG ESTETIK

(10.0) Memahami dan Memberikan Respons Peribadi tentang Karya Sastera


(Prosa Tradisional)
Prosa tradisional adalah sebahagian daripada kesusasteraan Melayu tradisional
yang disebarkan secara lisan dan tulisan. Karya prosa ialah berbentuk karangan
yang disulami dengan pelbagai unsur gaya bahasa serta teknik penceritaan. Ini
prosa tradisional berkisar tentang raja-raja dan putera puteri dengan unsur luar
biasa dan kesaktian. Terdapat juga kisah yang berkaitan dengan masyarakat
biasa seperti Lebai Malang, Si Luncai dan sebagainya. Pada umumnya pengarang
asal cerita itu tidak diketahui dan cerita ini adalah milik rakyat atau miik semua.

(11.0) Menguasai Gaya Bahasa dan Laras Bahasa dalam Karya Penulisan Kreatif
Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif sama
pentingnya dengan menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya
penulisan bukan kreatif. Hal ini kerana gaya bahasa dan laras memainkan
peranan penting dan dianggap sebagai nadi yang menghidupkan sesbuah karya
kreatif.

Dalam konteks ini, karya penulisan kreatif ialah karya sastera yang
mempunyai unsure keindahan dan istimewa. Karya ini juga memujuk karya-karya
sastera berbentuk prosa dan puisi waima yang tradisional atau moden. Antara
contoh karya sastera yang dicatat dalam HSP KBSM Bahasa Melayu ialah
cerpen , novel, drama, prosa tradisional, sajak, dan puisi tradisional. Iaitu
pantun, syair, gurindam, seloka dan bahasa berirama.
Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu memiliki pengetahuan yang cukup dan
menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam kedua-dua karya penulisan.
Demikian juga dengan murid kerana kedua-dua gaya bahasa dan laras bahasa
dalam kedua-dua karya penulisan perlu dikuasai. Lebih-lebih lagi perkara ini ada
digariskan dalam huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (HSP KBSM) Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

(12.0) Menghasilkan Penulisan Kreatif: Menulis Skrip Drama


Dalam apa jenis karya/genre sastera pun, peringkat yang paling sukar dilakukan
ialah menghasilkannya hingga menjadi sebuah karya yang bermutu dan
dikagumi oleh khalayaknya.
Untuk menghasilkan karya memerlukan ilmu dan pengalaman berikut:
a. Minat yang tinggi seperti berbakat dan berkebolehan/ berkemahiran dalam
bidang berkenaan
b.Menguasai bentuk/dtruktur/format penulisannya.
c. Mendapat pendidikan/kursus tertentu atau pengalaman daripada pembacaan
dan aktiviti yang disertai
d. Kajian dan latihan yang berterusan hingga beroleh kepakaran

5.0

KESIMPULAN

Konklusinya, penerapan elemen falsafah pendidikan bahasa dalam pengajaran


dan pembelajaran memang telah wujud dalam sistem pendidikan negara kita.
Penerapan ini dapat dilihat melalui rancangan pelajaran harian (RPH). Antara
falsafah yang terdapat di sebalik penyediaan RPH adalah guru hendaklah
menyampaikan maklumat mengikut tahap kecerdasan pelajar. Guru juga
mestilah mengenal pasti tahap kecerdasan pelajar supaya pelajar boleh
mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan.
Melalui Hasil Pembelajaran Umum (HPU) atau Hasil pembelajaran Khusus
(HPK) menekankan apakah yang mahu dicapai oleh pelajar dalam peperiksaan
dan pada aras manakah guru mahu mengajar kemahiran tersebut pada pelajar.
Aras yang perlu dipelajari oleh pelajar perlu berbeza antara Manakala objektif
biasanya ditulis sekurang-kurangnya dua sebab. Sekurang-kurangnya satu

objektif tidak dicapai, objektif yang satu lagi dapat dicapai. Falsafah yang
terdapat di sebalik penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran adalah
pelajar sepatutnya cuba mendapatkan ilmu sebaik mungkin. Pelajar sepatutnya
sedar dan faham bahawa belajar itu merupakan satu ibadah. Guru juga
sepatutnya sedar bahawa melakukan sesuatu hendaklah dengan matlamat dan
pastikan matlamat itu adalah berfaedah.

Anda mungkin juga menyukai