Anda di halaman 1dari 7

Perseimbangan Antara Marhalah Takrif,

Takwin Dan Tanfiz


Tulisan: Dr Mohyi Hamed (Anggota Maktab Irsyad)
Terjemahan: UsTACZ
Sesungguhnya

para

pendokong

dakwah

mengetahui

bahawa perjalanan

amal

dan

langkah

pelaksanaannya dikira sebagai perkara asasi dan petunjuk utama dakwah Ikhwan Muslimin (IM). Ia juga
sebagai penyempurna yang penting bagi manhaj taghyir, iaitu dengan menentukan jalan dan langkah
yang sepatutnya dilalui oleh kita sehingga mampu mencapai matlamat dan objektif yang menjadi faktor
tertegaknya dakwah IM.
Mungkin ada orang tersalah dalam menentukan jalan untuk sampai ke matlamat tersebut. Justeru
wajiblah dipastikan dari masa ke semasa marhalah-marhalah dan wasilah-wasilahnya yang akan
menyampaikannya kepada objektif dan cita-cita yang diharapkan itu. Para pendokong dakwah perlu
sentiasa ingat tentang tiga marhalah dakwah yang telah ditentukan oleh Imam Hasan Al-Banna
rahimahullah, iaitu: takrif, takwin dan tanfiz.
Seperti katanya rahimahullah: Adapun tadarruj (beransur-ansur) dan berpegang kepada tarbiah dan
kejelasan langkah sepanjang jalan IM kerana disebabkan mereka beriktikad bahawa setiap dakwah tidak
boleh tidak mesti ada tiga marhalah: marhalah diayah (propaganda), takrif (pengenalan), tabsyir (berita
gembira)

dengan

fikrah,

dan

berusaha menyampaikannya

kepada

segenap

segmen

masyarakat. Kemudian marhalah takwin (pembentukan), pemilihan pengikut, penyediaan tentera,


persiapan sof dari kalangan madu. Kemudian datang marhalah tanfiz (pelaksanaan), amal dan
produktiviti. Kebanyakan marhalah ini biasanya berjalan serentak, selaras dengan kesatuan dakwah serta
keutuhan hubungan ketiga-tiga marhalah tersebut. Maka daie bertindak menyeru, dalam masa yang
sama dia memilih dan mentarbiah, dan dalam masa yang sama juga beramal dan melaksana. (Risalah
Muktamar Khamis)

Nabi Muhammad SAW merupakan daie yang sentiasa memberi amaran bagi kaumnya, baginda juga
adalah murabbi yang amat bijak serta berupaya menyaring dan memilih para sahabatnya dan mentarbiah
serta mempersiapkan mereka. Baginda juga adalah muallim dan mahaguru yang sentiasa mengajar

perkara berkaitan agama mereka. Baginda juga adalah qaid (ketua) dan mujahid yang sentiasa berusaha
mengangkat martabat agama ini. Di atas manhaj nabawi inilah sahabat-sahabat radhiallahuanhum yang
mulia lalui, para tabien dan tabie at-tabien serta para salafu as-soleh ridhwanullah alaihim. Oleh itu
wajib bagi para pendokong dakwah meyakini bahawa tadarruj (beransur-ansur) dalam langkah adalah
usul dan fiqh kepada amal dakwah IM. Begitu juga menuruti langkah-langkah yang telah dilalui oleh
dakwah Islam yang pertama di atas jalan kekasih kita SAW; bermula dari iklan (isytihar) dengan dakwah
ini, berjuang di sepanjang jalannya tanpa mengenal erti jemu, memilih jiwa-jiwa yang bersedia dengan
dakwah ini, mempersaudarakan sesama mereka, mentamkinkan (memantapkan) iman di hati mereka,
kemudian berjuang bermati-matian terus menerus tanpa henti bagi meninggikan kalimah Allah di muka
bumi agar agama ini berkuasa di seluruh pelusuk alam sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah yang
pertama, kemudian tertegaknya Khilafah Rasyidah, kemudian tersebarnya Hadhorah Islamiyyah Raidah
(Peneraju Tamadun Islam) yang merupakan contoh yang menarik alam seluruhnya kepada Islam.

Sayugialah bagi pendokong dakwah memahami ketiga-tiga marhalah ini. Ia berjalan serentak. Marhalah
takrif dan diayah adalah asas penyebaran fikrah seraya berusaha meyakinkan orang kepadanya.
Marhalah takwin dan pemilihan ansar amat penting untuk membentuk sof yang mantap. Marhalah tanfiz
merupakan usaha dan proses mengeluarkan hasil adalah perluasan sebenar dan ia adalah hasil yang
normal berlaku setelah berlalunya marhalah sebelumnya. Justeru pendokong dakwah tidak seharusnya
mengutamakan satu sudut dengan mengabaikan sudut yang lain. Betapa pentingnya perseimbangan ini,
kerana bila sudut takrif lemah, ansar (pengikut) tak bertambah, lalu membawa kepada berlakunya
kelemahan di sudut tanfiz dan objektif yang diharapkan akan gagal. Bila sudut tarbiah dan takwin lemah,
akan lemahlah binaan peribadi dan pembentukannya, akan membawa kepada kelemahan pelaksanaan
di sudut takrif, tanfiz, gerak kerja dan penghasilan yang akhirnya membawa kepada lambatnya
tamkin (kekuasaan) dan kemenangan. Bila sudut tanfiz lemah, ia akan membawa kepada terlambatnya
langkah dan marhalah yang memberi saham untuk tercapainya kemenangan dan tamkin bagi agama
Allah. Keadaan yang hampir serupa boleh berlaku bila sudut tanfiz diutamakan berbanding takwin, maka
binaan menjadi lemah dan ikatan menjadi rapuh, dan dakwah ini akan terdedah kepada bahaya. Bila
sudut takwin diutamakan berbanding takrif dan tanfiz, akan berlaku kemunduran kepada dakwah,
pengaruhnya terhadap jiwa manusia yang cinta kepada dakwah ini menjadi lemah. Perlu diketahui
bahawa manusia yang ramai sebagai penyokong dakwah penting diberi perhatian kerana mereka adalah
kaedah asas untuk bergerak ke arah merealisasikan kebangkitan Islam. Begitu juga bila sudut takrif
diutamakan berbanding takwin dan tanfiz membawa kepada berlakunya kelemahan pada fikrah, risalah
dan dakwah kerana dakwah pada ketika itu akan berdepan dengan fenomena kurangnya pendokong dan
mereka yang sanggup menanggung bebanannya.

Sesungguhnya pelaksanaan yang seimbang antara tiga marhalah dakwah dan tidak mengutamakan satu
marhalah ke atas marhalah lain amat mustahak diberi perhatian bagi mewujudkan kesempurnaan,
kesinambungan dan keserasian yang dituntut antara pelbagai bidang dakwah ini. Alangkah indahnya
kalimat-kalimat yang diungkapkan oleh ISHAB khususnya berkenaan keseimbangan yang dituntut,
katanya: Kekanglah emosi yang meluap-luap dengan pandangan akal, terangilah lampu akal dengan api
kejiwaan, ikatlah khayalan dengan hakikat dan realiti sebenar, singkapilah hakikat-hakikat itu dalam
cahaya khayalan yang berkilauan. Allah SWT berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila Dia menyeru-mu kepada
sesuatu yang memberi kehidupan kepada-mu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi
antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.
(Surah Al-Anfal: 24)

Dan jangan kamu melawan undang-undang alam, sesungguhnya ia sentiasa menang, akan tetapi
berusahalah agar ia dapat kamu gunakan, alihkan arusnya, dan manfaatkan sebahagiannya ke atas
sebahagian yang lain, dan tunggulah saat kemenangan, ia sebenarnya tidak jauh.
(Adakah Kita Kaum Yang Bekerja).

Oleh kerana itu, para pendokong dakwah hendaklah berusaha ke arah mewujudkan perseimbangan di
antara ke tiga-tiga marhalah dengan mengutamakan yang satu ke atas yang lain, dan tanpa
mengurangkan atau mengabaikan yang lain, kerana Allah telah menjadikan alam ini undang-undang dan
sunnahnya (ketentuannya). Menjadi kewajipan ke atas pendokong dakwah menggunakannya, berusaha
memanfaatkan sesetengahnya ke atas setengah yang lain dan jangan sekali-kali bertembung dengannya
kerana sesungguhnya ia amat berkuasa. Umat yang berjuang amat berhajat kepada pembinaan jiwa,
keutuhan akhlak serta mencerakinkan pengikutnya di atas akhlak kelelakian sebenar sehingga mampu
berdiri teguh di tengah-tengah onak duri dan badai ombak yang mengganas.

Sesungguhnya kefardhuan utama dan peranan terpenting yang dikehendaki oleh dakwah IM
ialah mentarbiah ummah supaya memiliki jiwa mulia, berakhlak terpuji lagi tinggi, beramal untuk
menyuburkan perasaan kelelakian sebenar dalam jiwa ummah sehingga mampu mempertahankan
kemuliaannya dan berupaya mengembalikan keagungannya serta pula sanggup menanggung halangan
dan kesusahan demi mencapai matlamat yang diharapkan. Di atas prinsip inilah terbinanya kebangkitan
umat dan bangsa. Dan agar terlaksana semua itu, maka para pendokong dakwah dikehendaki
menyebarkan fikrah umum ini ke tengah-tengah manusia dengan pelbagai pendekatan nasihat dan tunjuk
ajar, memberi khidmat untuk masyarakat awam dengan mendirikan bangunan tertentu untuk
dimanfaatkan oleh umum dan sebagainya seperti medium untuk menyampaikan ilmu sebagai saham
untuk meningkatkan keiltizaman manusia kepada prinsip, akhlak, nilai-nilai Islam dalam bentuk amali dan
pelaksanaan yang akhirnya memberi saham untuk proses membina dan membentuk bagi anasir-anasir
soleh yang mampu menanggung bebanan dakwah tanpa syak dan teragak-agak. Semua yang disebut di
atas akhirnya akan melahirkan kerja yang berterusan, perjuangan yang
berkesinambungan, jihad yang tidak mengenal erti penat untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Sesungguhnya para pendokong dakwah berkemungkinan pada situasi tertentu berhadapan dengan
beberapa pemikiran dan dakwah yang bertentangan dengan manhaj Jemaah yang berkat ini, khususnya
melalui tiga marhalah yang berjalan secara seimbang, di atas alasan untuk lari dari cubaan dan halangan
yang dihadapi oleh dakwah. Para pendokong dakwah hendaklah mengetahui bahawa pemikiranpemikiran seperti ini tidak akan dapat melakukan pengislahan syumul yang diharapkan. Pengislahan
sebenar mesti bermula dari mengislah individunya sendiri terlebih dahulu, kemudian rumahtangga Islam,
menunjuk ajar masyarakat kepada taalim Islam dan ajaran-ajarannya, kemudian membebaskan tanahair,
mengislah kerajaan-kerajaan sehingga memenuhi kehendak Islam sebenar, kemudian mengembalikan
entiti antarabangsa umat Islam dan seterusnya menegakkan ustaziyyat al-alam (order baru dunia).
Semua objektif-objektif besar ini menuntut para pendokong dakwah bergerak seiring dengan tiga
marhalah tanpa mengabaikan keseimbangan kerana kesatuan amal, pertautan antara bahagian dengan
bahagian yang lain memberi saham kepada kesinambungan kejayaan amal, kesuburan dan
penyebarannya dalam segenap sudut kehidupan.

Para pendokong dakwah hendaklah mengetahui kewajipan-kewajipan asasi yang dituntut daripadanya
untuk memastikan wujudnya keseimbangan, kesempurnaan antara tiga marhalah tersebut, antaranya:

Pertama: Marhalah Takrif

1.

Memahami serta menguasai prinsip-prinsip Islam dan melaksanakannya secara

amali.

2.

Menyediakan mengikut situasi yang sesuai untuk melayakkan prinsip-prinsip,

nilaian dan amalan agar dihayati oleh individu masyarakat di semua tempat dan
lapisannya.

3.

Menggunakan bahasa yang sesuai untuk menyampaikan mesej dakwah ini agar

sesuai dengan masyarakat awam berkenaan kefahaman Islam sebenar dan syumul,
tanpa unsur melampau atau jumud bagi menyajikan kefahaman Islam wasati kepada
seluruh umat Islam.

4.

Memperbaharui dan kreatif pada wasilah dan teknik yang efektif, berkesan dan

sesuai bagi setiap lapisan masyarakat.

5.

Mewujudkan pelbagai takungan untuk menampung mereka yang bersimpati

dengan dakwah Islam ini.

6.

Sentiasa berusaha mewujudkan penyelarasan dan kerjasama bersama para

pekerja di medan dakwah Islamiah, berusaha ke arah menyatukan potensi berkhidmat


untuk Islam.

Kedua: Marhalah Takwin

1.

Menjadi qudwah secara amali untuk mengislah jiwa serta melakukan

peningkatan.

2.

Melakukan pemilihan dan penapisan anasir-anasir soleh untuk membawa

dakwah ini.

3.

Mempersiapkan dan membentuk murabbi yang berjaya sebagai orang yang

memiliki pengalaman dan pengaruh. Murabbi begini mampu untuk melakukan


peningkatan, merubah tabiat berpandukan manhaj dan wasilah tertentu.

4.

Menggunakan wasilah dan pelbagai teknik tarbiah ikut kesesuaian dan

berkesan untuk semua segmen masyarakat.

5.

Mengupayakan manhaj tarbiah bukan hanya sekadar ilmu dan teori, tetapi

dipindahkan ke bentuk praktikal, akhlak dan kemahiran.

6.

Membentuk biah (suasana) tarbawi yang sesuai dan berkesan dalam membina

sahsiah serta membentuknya.

Ketiga: Marhalah Tanfiz

1.

Membuat perancangan rapi untuk mencapai objektif dan cita-cita yang

diharapkan dalam pelbagai medandakwah.

2.

Mengagihkan kerja berdasarkan potensi dan pelbagai kelebihan dalam semua

aktiviti dakwah.

3.

Mempelbagai dan memperbaharui secara berterusan dalam metode dan

mekanisme amal dakwah, sesuai dengan situasi yang dilalui.

4.

Melahirkan qiadah berkesan untuk memimpin dan memandu masyarakat

kepada Islam.

5.

Bekerja berterusan tanpa henti atau berundur atau berkendur.

6.

Perjuangan secara aman, usaha yang berterusan, jihad yang bersungguh

untuk merealisasikan cita-cita yang ditetapkan untuk pendokong dakwah ini.

Adapun selepas itu.. Maka sesungguhnya perjalanan yang seimbang antara tiga marhalah; takrif, takwin
dan tanfiz adalah jalan yang akan membawa terlaksananya objektif-objektif yang diharapkan sekalipun
memakan masa yang lama atau dirintangi pelbagai halangan kerana para pendokong dakwah

mengetahui bahawa Daulah Islamiyah yang telah menghadapi faktor-faktor kejatuhan berkurun dulu tidak
logik dapat dibangunkan dalam masa beberapa tahun. Perjuangan ini perlu kepada kesabaran, thabat
dan taqwa kepada Allah SWT seperti firmanNya:



Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu tetaplah bersiapsiaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.
(Surah Ali-Imran: 200 )

Anda mungkin juga menyukai