Anda di halaman 1dari 6

SMK TUNKU SYED IDRUS

73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN


BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI
2015
(1 MURID 1 SUKAN)
Kompleks Jusco Seremban 2
31 MAC 2015 / SELASA

Disediakan oleh :
NUR RAWAIDAH RAHMAT
GURU SUKAN / KOKURIKULUM (BOLING)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK TUNKU SYED IDRUS

KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015

KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP


PPKI SMKTSI 2015

1.0

PENGENALAN
Pertandingan Tenpin Boling ini adalah salah satu aktiviti riadah yang dianjurkan
untuk murid berkeperluan khas PPKI SMKTSI. Pertandingan ini disertai oleh murid
berkeperluan khas PPKI SMKTSI sahaja. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan
dalam aktiviti sebegini seterusnya mengaplikasikan konsep 1 Murid 1 Sukan. Ini
kerana semua murid berkeperluan khas PPKI SMKTSI terlibat di dalam aktiviti ini.
Di samping, dengan adanya kejohanan ini, pihak sekolah dapat memilih calon
murid berkeperluan khas yang layak dan berkebolehan untuk mewakili sekolah di
dalam pertandingan peringkat daerah dan negeri di masa akan datang.
Pengalaman yang ditimba melalui pertandingan ini juga boleh diaplikasikan murid
berkeperluan khas dalam menempuh pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi di
masa hadapan.

2.0

OBJEKTIF DAN MATLAMAT


2.1

Mengadakan satu pertandingan sebagai satu pengalaman bertanding


kepada para pemain yang akan mewakili PPKI SMKTSI di peringkat
pertandingan yang lebih tinggi.

2.2

Mencungkil bakat-bakat untuk kejohanan tenpin boling peringkat daerah,


dimana Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori secara automatik akan
mewakili sekolah.

2.3

Mendedahkan para pelajar pendidikan khas kepada teknik pengurusan dan


peraturan pertandingan.

Page 2

KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015

3.0

TEMPOH / MASA PROGRAM


3.1

Program ini dijalankan selama satu hari iaitu pada hari Selasa (31 Mac
2015).

3.2

Masa perlaksanaan program ini melibatkan waktu siang sahaja di mana ia


bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang (rujuk
lampiran / tentatif program)

4.0

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM


31 Mac 2015 (Selasa)

5.0

LOKASI / TEMPAT
5.1

6.0

SASARAN PESERTA
6.1
6.2
6.3

7.0

Kompleks Jusco Bandaraya Seremban 2

Para pelajar pendidikan khas SMK Tunku Syed Idrus, Tampin (31 orang)
Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI SMKTSI (7 orang)
Ibu bapa / penjaga pelajar pendidikan khas PPKI SMKTSI

KATEGORI PERTANDINGAN
Senarai kategori pertandingan bagi Kejohanan Tenpin Boling Tertutup PPKI
SMKTSI adalah :a) Kategori murid berkeupayaan rendah / sederhana
b) Kategori murid berkeupayaan tinggi
c) Kategori dewasa (guru / ppm / ibu bapa)

Page 3

KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015

8.0

SENARAI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penaung

: Pn. Hjh. Noraini Binti Abd. Manaf

Penasihat

: Pn. Hjh. Ramlah Binti Mat Junus

Penyelaras PPKI

: Pn. Syazrah Binti Sahrani

JAWATANKUASA PERLAKSANA
Penyelaras Program

: Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

Setiausaha

: Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

Bendahari

: Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Muhagirin

AJK Peralatan / Persiapan Tempat

: Pn. Nor Ilyani Binti Mamat

AJK Disiplin

: Pn. Syazrah Binti Sahrani

AJK Kebajikan / First Aid

: Pn. Azura Binti Rosli


Pn. Nurafidah Binti Razali

AJK Dokumentasi

: Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

AJK Sijil / Cenderahati

: Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat


En. Arjun Singh Jaj A/L Jaspal Singh Jaj

9.0

TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM


TARIKH

MASA

AKTIVITI

CATATAN

31 Mac 2015

8.00 am

Berkumpul di PPKI SMK SMKTSI

Semua pihak

8.30 am

Sarapan Pagi (Kantin Sekolah)

Semua pihak

9.15 am

Bertolak ke Jusco Seremban 2

Semua pihak

10.00 am

Tiba di Jusco Seremban 2

Pembahagian

SELASA

Kumpulan

AJK Peralatan /
Mengikut

Guru / PPM
-

Persiapan Diri (Pakaian / Kasut dll)

Persiapan
Tempat / AJK

Kebajikan /
First Aid

10.30 am

Pertandingan Tenpin Boling bermula

Page 4

KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015

(2 Set Game setiap sorang)


12.30 pm

Sesi penyampaian cenderamata

Sesi bergambar kenangan

Semua pihak

AJK Sijil /
Cenderamata
AJK
Dokumentasi

12.45 pm

Makan Tengahari / Aktiviti Bebas

2.30 pm

Bertolak pulang

3.15 pm

Tiba di SMKTSI

AJK
Kebajikan /
First Aid
Semua pihak

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
BUTIRAN
a) Bayaran Penyertaan

ANGGARAN

- Murid PPKI (RM 3.00 x 2 game x 31 murid)

RM

186.00

-Guru / PPM / Ibu Bapa (RM 5.00 x 2 game X 7 orang)

RM

70.00

-Johan (RM 20.00 x 3 kategori)

RM

60.00

-Naib Johan (RM 15.00 x 3 kategori)

RM

45.00

-Ketiga (RM 10.00 x 3 kategori)

RM

30.00

RM

114.00

RM
RM

350.00
855.00

a) Hadiah / Cenderahati

c) Sarapan Pagi
- RM 3.00 x 38 orang
d) Pengangkutan
- Bayaran sewa bas
JUMLAH BESAR :

11.0

SUMBER KEWANGAN
11.1

Peruntukan PCG Bantuan Sukan Sekolah Pendidikan Khas (BSS)

11.2

Peruntukan PCG Bantuan Kokurikulum Pendidikan Khas

11.3

Peruntukan PCG LPBT Pendidikan Khas

11.4

Bayaran penyertaan dari murid, guru dan ibu bapa PPKI SMKTSI

Page 5

KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015

12.0

PENUTUP
Adalah diharapkan agar Kejohanan Tenpin Boling Tertutup PPKI SMKTSI ini akan
dapat membantu mengembangkan semua aspek potensi murid berkeperluan khas
yang berteraskan semangat kesukanan ke arah pembinaan dan pengukuhan
sahsiah pelajar di bawah program Satu Murid Satu Sukan yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, dengan adanya anjuran seperti ini
akan dapat membentuk jati diri murid berkeperluan khas. Pengalaman yang
diterima dapat memajukan sukan tenpin boling PPKI SMKTSI. Semoga dengan
adanya pertandingan ini , ia dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang
terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT)

(PN. SYAZRAH SAHRANI)

Penyelaras Program Tenpin Boling

Penyelaras Pendidikan Khas

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas Integrasi

SMK Tunku Syed Idrus

SMK Tunku Syed Idrus

73000 Tampin, Negeri Sembilan

73000 Tampin ,Negeri Sembilan

Disokong oleh,

Diluluskan oleh,

(PN. RAMLAH MAT JUNUS)

(PN. HJH. NORAINI ABD MANAF)

GPK Kokurikulum

Pengetua

SMK Tunku Syed Idrus

SMK Tunku Syed Idrus

73000 Tampin, Negeri Sembilan

73000 Tampin ,Negeri Sembilan

Catatan / Ulasan :
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................

Page 6

Anda mungkin juga menyukai