Anda di halaman 1dari 4

SOALAN-SOALAN LAZIM SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL BERKELOMPOK

BAGI SKIM PEMBIAYAAN PTPTN:


1. Saya sedang menerima pembiayaan pendidikan dan dimaklumkan pembiayaan saya
nanti akan di potong bagi skim perlindungan. Apakah tujuan skim perlindungan
dikenakan ke atas pinjaman saya dan bilakah potongan skim perlindungan ini di
kenakan?
Jawapan:
Skim Pinjaman/Pembiayaan Pendidikan PTPTN dengan perlindungan takaful
berkelompok adalah bertujuan untuk melindungi pinjaman/pembiayaan yang
telah dikeluarkan oleh PTPTN sekiranya berlaku kematian kepada
peminjam/penerima biaya atau peminjam/penerima biaya mengalami keilatan
kekal menyeluruh. Bagi peminjam/penerima biaya yang masih belajar, kaedah
potongan sumbangan takaful akan dikenakan pada setiap kali pengeluaran
pinjaman/pembiayaan dibuat.

2. Saya adalah salah seorang peminjam PTPTN sedang membuat pembayaran balik
pinjaman. Saya ingin kepastian adakah potongan skim perlindungan ini pernah di
maklumkan kepada saya dan peminjam PTPTN yang lain?
Jawapan:
Makluman mengenai potongan insurans dinyatakan di dalam laman web rasmi
PTPTN untuk rujukan semua peminjam. Perkara berkaitan dengan tanggungan
peminjam untuk skim perlindungan ini juga telah termaktub di dalam perjanjian
yang telah ditandatangani oleh peminjam.

3. Saya telah menghidap penyakit kanser peringkat 4 dan telah menjalani pembedahan
baru-baru ini.Kini saya masih perlu mendapatkan rawatan selanjutnya. Adakah saya
layak untuk mendapatkan pengecualian bayaran melalui skop perlindungan pinjaman
PTPTN? Terangkan juga apakah skop perlindungan skim pinjaman ini?
Jawapan:
Peminjam boleh memohon untuk tuntutan takaful bagi maksud mendapatkan
pengecualian bayaran dengan mengisi borang tuntutan keilatan yang disediakan
bersama dengan dokumen-dokumen lain yang diperlukan seperti laporan
perubatan terperinci dan kad pengenalan peminjam. Walau bagaimanapun,
permohonan sama ada berjaya atau gagal dalam tuntutan adalah tertakluk
kepada pertimbangan syarikat takaful yang dilantik.
Berdasarkan terma yang diguna pakai oleh syarikat takaful, maksud bagi keilatan
kekal menyeluruh adalah seperti berikut :

Permanent total disability, as used in the Clause shall mean disability, caused by
disease which wholly prevents the person covered from engaging in any business, or
occupation or performing any work, for compensation or profit, provided, however,
that to determine if the total disability has become a permanent one, it must continue
uninterruptedly for a period of at least six month.

4. Adakah saya layak untuk mendapatkan skim perlindungan ini walaupun umur saya 44
tahun dan saya baru sahaja memohon pinjaman PTPTN?
Jawapan:
Setiap peminjam yang menerima pinjaman PTPTN akan dilindungi di bawah
Skim Perlindungan Takaful Berkelompok sehingga peminjam menyelesaikan
semua pinjaman.

5. Saya sedia maklum kadar skim perlindungan pinjaman ialah sebanyak RM 0.96 bagi
setiap RM 1000. Bagaimana kaedah pengiraan skim perlindungan ini sekiranya saya
menerima jumlah kelulusan pinjaman PTPTN sebanyak RM 12,500? Mohon berikan
contoh pengiraan.
Jawapan:
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012, syarikat pengendali takaful telah
menetapkan
jumlah
potongan
sumbangan
takaful
bagi
Skim
Pinjaman/Pembiayaan Pendidikan PTPTN mengikut kelompok tajaan adalah
seperti berikut:a) Penerima biaya baru (tajaan 2012 dan ke atas) adalah atas kadar RM0.74
setahun bagi setiap pembiayaan RM1,000.00 dengan mengambil kira
jumlah keseluruhan pembiayaan yang diluluskan, tempoh pengajian dan
tempoh lazim bayaran balik; dan
b) Peminjam/penerima biaya sedia ada (tajaan 1997 2011) adalah atas kadar
RM0.40 setahun bagi setiap pinjaman/pembiayaan RM1,000.00 dengan
mengambil kira jumlah keseluruhan pinjaman/pembiayaan yang
diluluskan, tempoh pengajian dan tempoh lazim bayaran balik.
Peminjam boleh membuat semakan kiraan potongan premium insurans di laman
web rasmi PTPTN melalui kalkulator insurans (Insurance Calculator).

6. Saya adalah salah seorang peminjam PTPTN yang sedang membuat bayaran balik
pinjaman. Walaubagaimanapun saya ingin kepastian mengapa potongan skim
perlindungan saya di tolak dalam jumlah yang berbeza dan tidak konsisten setiap bulan?
Jawapan:
Bayaran premium bulanan kepada syarikat takaful adalah berdasarkan jumlah
atau baki pinjaman pokok (tanpa kos pentadbiran) pada setiap hujung bulan.
Sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman melebihi kenaan kos
pentadbiran atau ujrah, maka jumlah pinjaman pokok akan berkurangan dan
sekaligus amaun insurans bulanan juga adalah lebih kecil berbanding amaun
insurans bulan sebelumnya.

7. Saya salah seorang pelajar di IPTS yang menerima pembiayaan PTPTN. Bolehkah saya
menolak skim perlindungan ini kerana jumlah pemotongan adalah tinggi?
Jawapan:
Semua peminjam adalah tertakluk kepada Skim Perlindungan Takaful
Berkelompok seperti yang termaktub di dalam perjanjian pinjaman. Ini adalah
bagi melindungi pinjaman yang dikeluarkan sekiranya berlaku kematian atau
keilatan kekal menyeluruh ke atas peminjam.

8. Saya telah membuat pembayaran penuh pinjaman lebih awal dari tempoh bayaran balik
pinjaman saya. Adakah saya layak untuk mendapatkan kembali jumlah potongan skim
perlindungan yang telah di kenakan ke atas saya sebelum ini?
Jawapan:
Bagi situasi ini, kiraan premium insurans hanya akan dikenakan sehingga tarikh
penyelesaian pinjaman dibuat. Oleh itu, sekiranya terdapat lebihan premium,
maka amaun tersebut akan dikembalikan semula kepada peminjam.

9. Bagaimana saya ingin mendapatkan polisi skim perlindungan pinjaman saya untuk
rujukan saya sendiri?
Jawapan:
Polisi Skim Perlindungan Pinjaman merupakan skim takaful berkelompok dan
bukannya polisi individu. Oleh itu, Sijil Induk disimpan oleh PTPTN.

10. Saya adalah waris bagi salah seorang peminjam PTPTN yang baru meninggal dunia.
Bagaimana saya ingin memohon dan apakah dokumen yang perlu di sertakan untuk
permohonan skim perlindungan pinjaman ini?
Jawapan:
Waris peminjam boleh mendapatkan senarai semak dokumen bagi tujuan
tuntutan takaful melalui laman web rasmi PTPTN. Bagi peminjam atau waris
yang tidak mempunyai kemudahan tersebut, bolehlah mengemukakan dokumendokumen berikut kepada PTPTN:
i) Surat makluman kematian
ii) Sijil Kematian
iii) Salinan Permit Kubur
iv) Salinan Kad Pengenalan Peminjam
v) Salinan Kad Pengenalan Waris
vi) Salinan Laporan Polis bagi kes kemalangan
vii) Salinan Laporan Bedah Siasat/Laporan Hospital

11. Saya adalah waris kepada salah seorang peminjam PTPTN dan telah membuat
permohonan bagi mendapatkan skim perlindungan pinjaman PTPTN. Kenapa skim
perlindungan ini tidak melindungi secara menyeluruh kerana saya masih perlu
membayar jumlah tunggakan peminjam?
Jawapan:
Skim Perlindungan Takaful Berkelompok hanya melindungi amaun prinsipal
pinjaman sahaja. Lain-lain kos seperti kos pentadbiran dan kos pelbagai adalah di
luar skop perlindungan takaful.

12. Saya telah memohon pengecualian bayaran bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan
melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok. Saya juga telah menghantar semua
dokumen yang diperlukan oleh PTPTN pada 8 Jun 2011. Bilakah saya mengetahui
keputusan permohonan tersebut?
Jawapan:
Tempoh masa tuntutan takaful adalah tertakluk kepada syarikat takaful yang
dilantik. Kebiasaan masa yang diambil adalah antara 3 hingga 6 bulan. Sekiranya
tuntutan bagi keilatan kekal menyeluruh berjaya atau gagal, Seksyen Pengurusan
Insurans akan mengeluarkan surat makluman berkaitan status tuntutan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai