Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Pengenalan
Kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah kian diberi perhatian (Zhang & BurryStock, 2003). Pentaksiran dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (McMillan, 2000). Tujuan
pentaksiran yang terpenting adalah membantu pelajar menguasai isi kandungan
pelajaran (Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan, 2002), memperbaiki pembelajaran
pelajar (Gronlund, 2006; Roeber, 2002) dan pemberian gred (Airasian, 2001; Black &
William, 1998). Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran
secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir
tahun. Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap
pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran guru.
Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran
dan pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh
guru amat diberi perhatian. Para guru perlu mempunyai nilai nilai pentaksir yang baik
dan berkesan.Jesteru itu, nilai akauntabiliti adalah merupakan elemen yang penting dan
perlu dimiliki oleh seorang guru pentaksir. Nilai akauntabiliti ini mewakili sikap integriti,
kebolehpercayaan dan kebertanggungjawapan seseorang guru tersebut sewaktu
melaksanakan pentaksiran terhadap para pelajarnya.

2.0 Sorotan Kajian Pentaksiran dan Akauntabiliti Di kalangan Guru


Proses pendidikan perlu dilaksanakan dengan tanggung jawab, cekap dan berfokus
supaya meninggalkan impak positif kepada pembangunan ilmu, kemahiran dan akhlak
di kalangan pelajar. Salah satu komponen pendidikan yang signifikan adalah
pentaksiran. Ia merujuk kepada mekanisme atau proses yang dilaksanakan dengan
tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Simmons & Resnick, 1993;
Black & William, 1998; Zhicheng Zhang & Burry-Stock, 2003; Arter, 2003).
1

Sorotan penulisan berjaya mengumpul beberapa kajian berkaitan amalan pentaksiran di


sekolah-sekolah. Contohnya, penilaian formatif (Salbiah, 1998), penilaian formatif dan
pembinaan item (Ismail, 1993), konsep dan pelaksanaan bank item (Jamilah, 1992) dan
amalan pentaksiran sekolah menengah (Muhamad Azhar, 2006).
Setelah diteliti cadangan daripada kajian-kajian tersebut adalah menjurus kepada
kepentingan program latihan pentaksiran secara berterusan. Tujuannya supaya guru
guru lebih bersedia menghadapi dunia pentaksiran yang semakin mencabar. Menurut
Stiggins (1995), guru yang alpa dan tidak mengikut perkembangan dan perubahan
pentaksiran dikuatiri akan menjadi tidak efisien dan tidak efektif dalam pengajaran.
Kepentingan literasi pentaksiran guru tidak dapat disangkal kerana ia merupakan faktor
pemangkin kejayaan pendidikan berkualiti (Stiggins, 1999; Arter, 2003) khususnya
apabila dibincangkan dalam konteks SPPK yang menekankan konsep pentaksiran
holistik. Ahamad Sipon (Berita Harian, 3 September, 2007) mengulas isu tersebut
dengan menekankan betapa pentingnya nilai kejujuran dan profesionalisme guru dalam
memantapkan agenda SPPK.
Oleh itu, para guru perlu melihat transformasi sistem pentaksiran sebagai peluang
untuk meningkatkan kualiti diri dan produktiviti sebaliknya bukan satu ancaman kepada
karier (Wan Liz, 2000). Dalam masa yang sama, isu literasi pentaksiran perlu dijadikan
agenda penting semasa merancang perkembangan profesionalisme guru oleh pihakpihak yang bertanggung jawab. Keperluan guru harus dipenuhi agar tugas dan
tanggung jawab pentaksiran dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan
keyakinan yang tinggi.

3.0

Kepentingan Nilai Akauntabiliti Dalam Pentaksiran

Quilter (1998) merujuk literasi pentaksiran sebagai tahap pengetahuan guru dalam
merekabentuk, memilih, menterjemah dan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran
dalam mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan.
2

Literasi pentaksiran juga didefinisikan sebagai pengetahuan mendalam mengenai


kaedah pengukuran, pembinaan instrumen dan kemahiran menggunakan maklumat
pentaksiran untuk mempertingkatkan keberkesanan program pendidikan (Webb, 2002).
Paling utama, literasi pentaksiran dirujuk sebagai kompetensi berasaskan pengetahuan
dalam bidang pentaksiran (Walklins, 1991; Schafer, 1993; Plake, 1993; Stiggins, 1999a;
Mertler, 2005).
Kenyataan-kenyataan di atas menghasilkan satu inferens bahawa pengukuran konstruk
literasi pentaksiran merujuk kepada pengukuran kompetensi pengetahuan guru dalam
pentaksiran. Justeru, definisi konseptual literasi pentaksiran dihasilkan berasaskan
analisis kandungan silibus subjek pengukuran dan penilaian sebagai panduan.
.
Secara konseptual, literasi pentaksiran didefinisikan sebagai kompetensi pengetahuan
guru dalam bidang pentaksiran. Ia merangkumi pengetahuan deklaratif dan prosedural
daripada lima dimensi pentaksiran iaitu:
(i) konsep pentaksiran,
(ii) kaedah pengukuran,
(iii) pengujian,
(iv) penskoran dan penggredan dan
(v) statistik dan pelaporan.

3.1 Amalan Pentaksiran Di Kalangan Guru Pentaksir


Tujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk mendapat maklumat tentang
kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar (Abu Bakar Nordin, 1986; Airasian, 2001;
Desforges, 1989; Jacobs & Chase, 1992; McMillan, 2008). Pentaksiran dalam bilik
3

darjah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembentukan ujian bertulis dan pentaksiran


prestasi (performance assessment), penggredan, mentafsir skor peperiksaan, memberi
maklum balas tentang hasil pentaksiran dan penggunaan hasil pentaksiran dalam
membuat keputusan. Apabila menggunakan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi,
guru perlu sedar tentang kelebihan dan kelemahan setiap teknik pentaksiran supaya
dapat memilih teknik pentaksiran yang sesuai untuk membuat pentaksiran tentang
pembelajaran pelajar (Stiggins, 1992).
Guru gunakan pelbagai kaedah pentaksiran untuk mengesan perkembangan
pembelajaran pelajar (Stiggins & Bridgeford, 1984) dan juga pencapaian akademik
pelajar bergantung kepada tujuan atau fungsi pentaksiran itu (Ng, 1991). Dalam bilik
darjah, guru biasanya gunakan ujian bertulis (Abu Bakar Nordin, 1986; Airasian, 2001;
Stiggins & Bridgeford, 1984) dan pentaksiran prestasi (performance assessment) atau
pentaksiran autentik seperti pemerhatian dan teknik soal jawab untuk memperoleh
maklumat tentang pembelajaran pelajar (Airasian, 2001; Stiggins & Bridgeford, 1984).
Menurut Chang (1988), kebanyakan guru sekolah gemar menggunakan ujian dan
peperiksaan untuk menilai kemajuan pembelajaran pelajar, terutamanya guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Airasian (2001) menyatakan amalan yang
biasa dilakukan oleh seorang guru dalam bilik darjah meliputi aspek-aspek seperti
mengesan tahap penguasaan pembelajaran pelajar, memberi latihan atau kerja rumah
kepada pelajar berdasarkan tahap pencapaian pelajar, menyemak hasil kerja pelajar,
menentukan konstruk yang ingin ditaksir dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan merangsang pelajar untuk belajar.

3.2 Amalan Pentaksiran Di Kalangan Guru Matapelajaran


Dapatan

kajian

menunjukkan

amalan

pentaksiran

guru

bergantung

kepada

matapelajaran yang diajar (Bol, Stephenson, & O'Connell, 1998; Marso & Pigge, 1987,
1988a; McMorris & Boothroyd, 1993; Zhang & Burry-Stock, 2003) serta peringkat
4

persekolahan yang diajar (Bol, et al., 1998; Donegan, 2001; Marso & Pigge, 1987,
1988a; Mertler, 1998, October; Zhang & Burry-Stock, 2003).
Misalnya, guru-guru Matematik didapati lebih kerap menggunakan item penyelesaian
masalah (Marso & Pigge, 1987, 1988a) dan item pengiraan (McMorris & Boothroyd,
1993). Guru Bahasa Inggeris pula lebih kerap menggunakan item esei untuk mentaksir
pembelajaran pelajar (Marso & Pigge, 1987, 1988a). Manakala guru Sains lebih
sukamengguna item aneka-pilihan (McMorris & Boothroyd, 1993). Guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Pengajian Perniagaan dan Pengajian Sosial lebih kerap
menggunakan item betul/salah. Guru Pengajian Sosial juga lebih kerap menggunakan
item-item yang menguji aras pengetahuan sahaja (Marso & Pigge, 1988a).
Secara umumnya, guru yang mengajar mata pelajaran bahasa, Sains dan Pengajian
Sosial lebih kerap menggunakan ujian bertulis berbanding dengan guru-guru lain
(Zhang & Burry-Stock, 2003).

3.3 Amalan Pentaksiran Di Peringkat Sekolah.


Kajian Bol et al. (1998), Mertler (1998, October) dan Zhang & Burry-Stock (2003)
memperoleh dapatan yang sama, iaitu guru-guru sekolah rendah lebih kerap
menggunakan pentaksiran alternatif atau pentaksrian prestasi berbanding dengan guruguru sekolah menengah. Guru-guru sekolah rendah kurang menggunakan teknik
pentaksiran tradisional, tetapi lebih kerap menggunakan pentaksiran secara tidak formal
seperti pemerhatian dan soal jawab (Mertler, 1998).
Guru-guru sekolah menengah pula lebih kerap menggunakan teknik pentaksiran
tradisional (Mertler, 1998) seperti ujian bertulis (Zhang & Burry-Stock, 2003) untuk
mentaksir pembelajaran pelajar. Ujian bertulis yang kerap digunakan oleh guru-guru
sekolah menengah adalah ujian aneka pilihan (Mertler, 1998), ujian objektif binaan guru
sendiri (Zhang & Burry-Stock, 2003), ujian esei dan item penyelesaian masalah (Marso
& Pigge, 1987; 1988a).
5

4.0

PENJAMINAN NILAI AKAUNTABILITI DALAM PENTAKSIRAN PBS DI


SEKOLAH.

Kualiti nilai akauntabiliti di kalangan para guru pentaksir adalah amat penting dan perlu
diberikan perhatian. Jesteru itu, pihak Kementerian Pendidikan dengan kerjasama
Jawatankuasa Majlis Peperiksaan Malaysia telah menyediakan satu kerangka panduan
khusus iaitu menerbitkan Manual Penjaminan Kualiti Pentaksiran (MPKP) untuk
memastikan pentaksiran yang dilaksanakan kelak mempunyai kebolehpercayaan dan
akauntabiliti yang tinggi.
Manual Penjaminan Kualiti Pentaksiran (MPKP) bertujuan memberi panduan kepada
pihak yang berkenaan seperti guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia,
Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran
Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan penjaminan kualiti
pelaksanaan PBS.
Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran
pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang
dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan
peringkat pentaksiran.
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh
membantu

pembuat

dan

penentu

dasar

melakukan

perubahan

bagi

tujuan

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi


penjaminan

kualiti

dalam

pentaksiran

adalah

kesahan,

kebolehpercayaan,

kebolehtadbiran dan keadilan.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:


a. Pementoran
b. Penyelarasan
c. Pemantauan
d. Pengesanan

4.1 Pementoran
Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru
untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.
Antara objektif Pementoran yang digariskan adalah untuk:
a. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan
pengurusan PBS
b. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang
dibimbing/menti.
c. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing/menti
d. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS
e. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru
yang dibimbing/menti
Pementoran ini juga dilakasanakan secara formal dan tidak formal. Terdapat beberapa
jenis mentor yang disenaraikan iaitu:
a. Mentor Dalaman:
i. Ketua Panitia dan/atau
ii. Jurulatih Utama dan/atau
iii. Guru Cemerlang dan/atau
iv. Guru Besar dan/atau
v. Mana-mana guru yang dilantik
b. Mentor Luaran :
i. Pegawai Lembaga Peperiksaan dan/atau
7

ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau


iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan/atau
iv. Mana-mana pegawai yang dilantik
Kekerapan pementoran adalah mengikut keperluan semasa dan boleh dilaksanakan
mengikut acuan tersendiri sesebuah seskolah yang terlibat. Antara kepentingan
pelaksanaan pementoran ini pula adalah :
a. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi Sistem Pengurusan
PBS (SPPBS)
b. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran
c. Mendedahkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran
d. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan
pembelajaran
e. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran
f. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing/menti

4.2 Penyelarasan
Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard
Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.Antara objektif
penyelarasan termasuklah:
a. Menyeragamkan

skor

Pentaksiran

Sekolah

yang

diberikan

oleh

guru

berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen


Standard Prestasi.
b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan
rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan.
c. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh
guru di sekolah.
d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid.
e. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid.
8

Penyelaras Dalaman yang dipilih adalah yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik
oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah .Manakala Penyelaras

Luaran adalah

terdiri daripada pegawai Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah.
Kekerapan aktiviti penyelarasan ditentukan oleh Jawatankuasa PBS dan perlu
dijadualkan mengikut keperluan tertentu.Terdapat beberapa peringkat penyelarasan
seperti:
a. Sebelum Penyelarasan
i. Menentukan tarikh, tempat, masa penyelarasan oleh Jawatankuasa PBS,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah
ii. Mengadakan perbincangan mengenai

Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan


Kesesuaian instrumen yang digunakan
Kefahaman tentang penskoran
Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor

b. Semasa Penyelarasan
i. Memilih evidens murid secara rawak mengikut pencapaian
ii. Membanding skor yang diberikan oleh guru
iii. Menyelaras pemberian skor
c. Selepas Penyelarasan
i. Menyediakan laporan penyelarasan.
ii. Menyelaras skor murid, jika perlu

4.3 Pemantauan

Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan
garis panduan yang ditetapkan. Berikut adalah beberapa objektif pemantauan PBS
yang telah disenaraikan:
a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh.
b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.
d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.
Terdapat dua kategori pemantau yang dilantik iaitu:
a. Pemantau Dalaman ialah guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat
Sekolah.
b. Pemantau Luaran yang dilantik dalam kalangan:
i. pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia
ii. pegawai Lembaga Peperiksaan
iii. pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
iv. pegawai Pejabat Pelajaran Daerah
Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS, mengikut
jadual yang ditentukan oleh Jawatankuasa PBS.Biasanya aktiviti pemantauan dilakukan
berdasarkan keperluan tertentu seperti:
a. Sebelum Pemantauan
i. Menentukan tarikh, tempat, masa pemantauan oleh Jawatankuasa PBS,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.
ii. Menyediakan instrumen pemantauan (contoh: senarai semak)
b. Semasa pemantauan
i. Memastikan pelaksanaan adalah mengikut garis panduan.

Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.


Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.
Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk
memberi khidmat nasihat.
10

c. Selepas pemantauan

Melaporkan dapatan pemantauan.


Menyenaraikan kekuatan dan keberkesanan pelaksanaan PBS kepada
guru.

Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

4.4 Pengesanan
Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. Antara objektif pengesanan yang dinyatakan
ialah :
a. Mengenal pasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan.
b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrument
pentaksiran.
c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen pentaksiran dalam
pelaksanaan PBS.
Pengesanan dilaksanakan

mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan dan

dipertanggungjawabkan kepada :
a. Pegawai Pengesanan Dalaman:

guru mata pelajaran yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah

b. Pegawai Pengesanan Luaran yang dilantik dalam kalangan:

pegawai Lembaga Peperiksaan


pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
pegawai Pejabat Pelajaran Daerah

Aktiviti pengesanan diadakan semasa dan/atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS.:
a. Sebelum pengesanan
i. Menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan oleh Jawatankuasa PBS,
11

Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.


ii. Menyediakan instrumen pengesanan (contoh: senarai semak)
b. Semasa pengesanan
i. Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.
ii. Mencadangkan penyelesaian.
c. Selepas pengesanan hendaklah memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.

5.0 Permasalahan Berkaitan Akauntabiliti Di Kalangan Guru

Seiringan dengan senario yang dibincangkan, ahli akademik telah dapat mengesan
kelemahan amalan pentaksiran guru-guru di sekolah melalui kajian saintifik. Muhamad
Sahari (2001) melaporkan 20 jenis kelemahan amalan pentaksiran yang sering
dilakukan oleh guru-guru di sekolah. Contohnya, soalan ujian tidak berkaitan dengan isi
pelajaran, kertas ujian mengandungi banyak kesilapan, persampelan tidak dilakukan
secara adil, Jadual Penentuan Ujian (JPU) tidak disediakan dan pembahagian soalan
sukar dan mudah terlalu ekstrem. Kajian Ismail (1993) melaporkan bahawa guru-guru
menunjukkan persepsi positif terhadap penilaian formatif namun kurang dari 60%
(N=107) melaksanakannya dengan kaedah yang betul. Kajian Mohd Azhar (2006) di 40
buah sekolah menengah harian (N=813) melaporkan 65% guru tidak mengubal item
sendiri dan tidak menggunakan JSU dalam merancang item ujian. Sebaliknya guru di
dapati merujuk atau mengambil terus item-item daripada soalan sedia ada terutama
soalan yang dikeluarkan oleh LPM. Sinopsis beberapa laporan kajian ini telah memberi
petunjuk wujudnya kepincangan amalan pentaksiran di sekolah-sekolah.
Berdasarkan laporan kajian luar negara, fenomena guru tidak kompeten pentaksiran
telah mendatangkan berbagai kesan negatif. Guru-guru didapati gagal memantau
kemajuan pembelajaran (Gallagher, 1998), tidak dapat menghasilkan keputusan yang
12

adil (Gronlund & Linn, 1990; Hills,1991; Brookhart, 1999; Stiggins, 2001), tidak dapat
merancang pengajaran secara berkesan (Stiggins, 1997; Brookhart, 1999), gagal
memberi motivasi (ZhiCheng Zhang & Burry-Stock, 2003) seterusnya menjejaskan
potensi diri pelajar (Stiggins, 1991; Stiggins, 1995; Airasian, 2000; Stiggins, 2001). Guru
didapati melaporkan kepada ibu bapa dan pelajar secara tidak tepat (Plake, 1993).
Kesan dari tindaklaku tersebut telah menimbulkan ketidakpercayaan (McKenna, 1977)
dan keraguan di kalangan ibu bapa (Herman & Golan, 1993). Kelemahan tersebut juga
dikesan apabila guru membina item ujian berdasarkan objektif pembelajaran yang
terbatas (Mehrens, 1992) dan menggunakan gred sebagai cara mendisiplinkan pelajar
(Hills, 1991).
Justeru, kualiti pentaksiran dipersoalkan oleh pelbagai pihak kerana akauntabiliti
pentaksiran gagal dilaksanakan sepenuhnya (Stiggins, 2001; Mertler, 2005). Berbalik
kepada matlamat untuk mencapai wawasan 2020, sektor pendidikan menjadi tunjang
dan landasan dalam membangunkan modal insan negara.
Oleh yang demikian, elemen kompetensi pengetahuan perlu diperkasa supaya mampu
melahirkan tenaga kerja yang berketrampilan (Zulkifli, 2004). Dalam kerangka
perbincangan kajian, implikasi perubahan fokus dan format pentaksiran menuntut
profesionalisme pentaksiran guru dipertingkat dan dimantapkan bagi menangani
persaingan di peringkat global. Stiggins (1995) menegaskan bahawa ketidakjelasan
guru dalam memahami dan menterjemah maksud dan visi kecemerlangan akademik
dalam konteks pentaksiran berkualiti sebenarnya

akan membantutkan usaha

membantu pelajar ke arah mencapai visi tersebut. Dalam kata lain, kompetensi
pentaksiran guru haruslah dibugarkan sejajar dengan matlamat menghasilkan generasi
yang mampu mencipta kelainan dan memberi sumbangan bermakna kepada diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
Rasionalnya, kompetensi pentaksiran atau literasi pentaksiran guru adalah kritikal
dalam membantu proses pembelajaran berkesan (Schafer, 1993; Stiggins, 1995) dan
membuat keputusan yang tepat dan adil (Stiggins, 1991, Mertler, 2003). Kepentingan
13

elemen tersebut telah pun dibuktikan melalui kajian Calderhead (1996) bahawa
wujudnya korelasi positif antara konstruk pengetahuan dan amalan pentaksiran. Ini
bermakna peningkatan pengetahuan pentaksiran sekaligus akan menghasilkan amalan
pentaksiran yang lebih berkesan di bilik darjah. Justeru, isu ini perlu dikaji segera
kerana membina modal insan cemerlang memerlukan guru-guru yang komited dalam
menguasai ilmu pentaksiran supaya dapat mencungkil potensi diri pelajar dari pelbagai
dimensi. Pendekatan ini sebenarnya jauh lebih sukar daripada menghasilkan pelajarpelajar yang dapat menghimpun jumlah A yang banyak. Oleh yang demikian,
kesungguhan guru menghayati dan menterjemah citra ini adalah terlalu signifikan dalam
mencapai matlamat pendidikan berkualiti dan berdaya saing.
Setakat laporan kajian ini ditulis, tidak terdapat kajian berkaitan isu literasi pentaksiran
khususnya kajian pembinaan instrumen pengukuran konstruk pengetahuan pentaksiran
guru-guru sekolah menengah di Malaysia. Justeru, usaha membina satu instrumen
yang sah dan dipercayai berdasarkan prosedur pembinaan yang sempurna dan tuntas
adalah relevan dan signifikan. Kepentingan instrumen ini dibina adalah sebagai langkah
awal penerokaan isu literasi pentaksiran guru. Dengan adanya instrumen ini, hasil
pengukuran dapat menjelaskan kekuatan dan kelemahan dimensi pengetahuan guru
dalam bidang pentaksiran. Implikasinya, program pembangunan profesionalisme guru
dapat dipertimbangkan serta dirancang secara sistematik agar sistem pendidikan
negara terus relevan, berkualiti dan diperkasa dari semasa ke semasa

6.0

Langkah langkah Meningkatkan Nilai Akauntabiliti Di Kalangan Guru

14

Untuk menghasilkan para guru pentaksir yang memiliki nilai akauntabiliti yang tinggi,
pelbagai saranan dan pandangan telah dinyatakan, iaitu hasilan daripada dapatan
kajian - kajian yang telah dilaksanakan. Antaranya termasuklah :
a. Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah
menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.

Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada


hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor


jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta


hadiah atau bayaran.

Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa
dan bersopan santun semasa bertugas.

b. Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan


sempurna.

Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya


adalah seibang dengan perbelanjaan harian.

Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini
termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.

15

Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa


yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.

Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan
mengisi masa lapang secara berfaedah.

7.0

Rumusan

Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan,


seterusnya memerlukan anjakan paradigma pentaksiran di kalangan para guru..
Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar dasar negara yang
sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam
sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke
arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat.
Aspek-aspek murni di dalam diri seseorang guru pentaksir seperti amalan nilai
akauntabiliti amat ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai guru, tanggungjawab
kepada diri,profesion dan masyarakat pelajar adalah keutamaan.Wallaupun banyak
perubahan yang telah dilakukan, kelemahan-kelemahan masih lagi wujud dan perlu
diambil serius oleh pihak pendidik untuk menyelesaikannya dengan segera. Kelemahan
yang wujud umpama barah yang akan merebak menjadi semakin besar, malah boleh
menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dan penganiayaan kepada golongan yang
ditaksir.

Masalah

masalah

yang

melibatkan

isu-isu

kebolehpercayaan,

kebertanggungjawapan dan ketelusan pentaksiran perlu diselesaikan segera,

bijak

sertab penuh

RUJUKAN

16

Abu Bakar Nordin (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia
Sdn Bhd.
Airasian, P. W. (2001). Classroom Assessment: Concepts And Applications (4th edition
ed.).New York: McGraw-Hill Higher Education.
Chang, S. F. (1988). Teachers' Assessment Practices: Assessing Phase II Pupils'
Progress InKBSR English. Universiti Malaya, Petaling Jaya.
Donegan, M. M. (2001). The views of teachers on assessment: A comparison of lower
andupper elementary teachers. Journal of Research in Childhood Education, 15(2).
Gronlund, N. E. (2006). Assessment Of Student Achievement (8th ed.). Boston:
Pearson Education, Inc.
Marso, R. N., & Pigge, F. L. (1988a). An Analysis of Teacher-Made Tests: Testing
Practices,Cognitive Demands, and Item Construction Errors. Paper presented at the
Annual Meeting Of The National Council On Measurement In Education.
Marso, R. N., & Pigge, F. L. (1988b). Standardized and Competency Testing Programs:
Classroom Teachers' Needs and Proficiencies as Viewed by Principals and
Supervisors. Paper presented at the Annual Meeting Of The Midwestern Educational
Research Association.
McMillan, J. H. (2000). Fundamental assessment principles for teachers and school
administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7(8).
McMillan, J. H. (2008). Assessment Essentials For Standard-Based Education (2nd
ed.).California: Corwin Press.
LAMPIRAN
17

SLAID PEMBENTANGAN KUMPULAN

18

Anda mungkin juga menyukai