Anda di halaman 1dari 11

The Annual International Quranic Conference 2011

KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA MENGHASILKAN


TAFSIR QURAN AL-MARBAWI
Oleh:
Khadher bin Ahmad
Sedek bin Ariffin
Dr. Munirah@ Monika Abdul Razak
Abstrak:
Sheikh Idris al-Marbawi adalah ulama ulung Nusantara yang telah banyak
memberi sumbangan dalam bidang keilmuan merangkumi bidang tafsir, hadith,
perkamusan dan lain-lain. Salah satu usaha yang telah direncana oleh beliau
adalah usaha untuk menghasilkan karya tafsir al-Quran 30 juzuk yang diberi
nama Tafsir Quran Marbawi. Usaha ini dapat dibuktikan melalui penemuan
manuskrip dan rangka kerja beliau dalam menghasilkan karya tafsir tersebut
serta penghasilan tafsir al-Quran mengikut surah atau juzuk tertentu seperti
Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin dan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam
Min, yang menjadi sandaran awal usaha ini. Oleh itu, artikel ini berusaha untuk
mendedahkan usaha awal al-Marbawi dalam merencana dan membentuk
kerangka bagi menghasilkan Tafsir Quran Marbawi yang lengkap 30 juzuk
sebagai melambangkan kesungguhan dan komitmen beliau yang tinggi dalam
mencurahkan ilmu dalam bentuk penghasilan karya-karya penulisan khususnya
dalam bidang tafsir al-Quran.

Pengenalan
Sheikh Idris al-Marbawi adalah tokoh terkenal di alam Melayu yang telah memberi banyak
sumbangan dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam melalui penulisan dan penghasilan karyakarya rujukan setempat seperti dalam bidang tafsir, perkamusan, hadith dan syarahnya,
percetakan dan lain-lain lagi.
Artikel ini berusaha untuk menjelaskan dan membahaskan satu daripada sumbangan al-Marbawi
dalam bidang tafsir melalui usaha beliau untuk menghasilkan karya tafsir lengkap 30 Juzuk alQuran yang diberi nama Tafsir Quran Marbawi. Usaha dan kejuhudan al-Marbawi untuk
menghasilkan karya tafsir lengkap ini dapat dibuktikan melalui penemuan manuskrip atau
cacatan tangan al-Marbawi dalam membentuk rangka dan membuat draf awal tafsir tersebut.1
Bahkan usaha dan kejuhudan al-Marbawi ini dapat dibuktikan lagi melalui penghasilkan kitab
1

Manuskrip cacatan tangan al-Marbawi ini disimpan di Arkib Negeri Perak yang belum dilabelkan dengan nombor
rujukan tertentu dan ia masih disimpan dalam kotak khusus. Pengkaji telah melihat dan mengambil salinan draf
tafsir ini yang asal sepertimana catatan al-Marbawi melalui kunjungan pengkaji ke Arkib Negeri Perak pada 18
Ogos 2010, antara jam 11.30 pagi hingga 5.00 petang.

The Annual International Quranic Conference 2011

Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin dan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min yang
merujukan kepada tafsiran terhadap surah dan juzuk yang terpilih.
Biodata Ringkas Sheikh Idris al-Marbawi
Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang
tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam
bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.2
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313
Hijrah di Makkah.3 Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk
kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke
Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah
Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah
sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan. Sejak dari kecil lagi,
al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika
berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10
tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa
buah kitab lain.4
Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut
ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam
Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala
Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit
Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.
Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau
mengesyorkan beliau agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun
kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di
Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum
menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.5
Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah 'Aliyah
(tertinggi) dari Universiti al-Azhar. Sebenarnya, al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak
yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.
Ketokohan dan Sumbangan Sheikh Idris al-Marbawi
2

Mustaffa Abdullah (2009), Khazanah Tafsir Di Malaysia, Bentong, Pahang: Book Pro Publishing Service, h.83
Ibid.
4
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2143.0 pada 6 Disember 2010
5
Mustaffa Abdullah (2009), Khazanah Tafsir Di Malaysia, Op.Cit. h.84
3

The Annual International Quranic Conference 2011

Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah
komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula
dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah
dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa
disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau
tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.
Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai 'Kamus al-Marbawi' itu, berjaya
disiapkan pada tahun 1927.6 Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang
amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal
sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada alMarbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.
Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin
ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan ketokohan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu
Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan ArabMelayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah
Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980.
Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang
persuratan Arab-Melayu.7
Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam
bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan
ringkasan dan ulasan kepada Sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke
dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun
berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany.8
Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis Tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran alMarbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma,
Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.
Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh,
Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab
Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang,
sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama,
Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi.
6

Ibid. h.85
Ibid.
8
Ibid.
7

The Annual International Quranic Conference 2011

Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan
kitab Bahr al-Madhi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan
kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2
jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za'. Manakala jilid yang kedua
bermula daripada huruf `ain sehingga ya'. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan
700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba`ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladih di Mesir.
Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah,
menengah mahu pun universiti.
Kitab Bahr al-Madhi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith
di Malaysia. Bahr al-Madhi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal
pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah
menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan
ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.
Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al-Marbawi mengikut acuan
dan suasana masyarakat Malaysia. Karya ini memberikan nafas baru kepada pemahaman hadithfiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang hubungan yang earat
antara kedua-duanya.
Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada
tanggal 5 Julai 1980, Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada enam tahun berikutnya iaitu pada pada 1 Muharram
1408H beliau dinobatkan pula sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada
tahun 1408 Hijrah.9
Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan
kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan al-Marbawi apabila beliau telah
menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi.
Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau,
Perak.10

Sandaran Awal al-Marbawi Dalam Mentafsirkan al-Quran 30 Juzuk

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2143.0 pada 6 Disember 2010, Op.Cit.


Mustaffa Abdullah (2009), Khazanah Tafsir Di Malaysia, Op.Cit. h.83

10

The Annual International Quranic Conference 2011

(Ustaz Sedek)

Usaha Awal al-Marbawi Dalam Menghasilkan Tafsir Quran Marbawi


Sebelum artikel ini memperincikan perbahasan terhadap kejuhudan dan ketekunan al-Marbawi
dalam usaha beliau untuk menghasilkan karya Tafsir Quran Marbawi (Lengkap 30 Juzuk),
didapati bahawa telah terdapat usaha awal yang telah dilakukan oleh beliau sebelum membentuk
rangka kerja dan draf kepada karya tafsir tersebut. Usaha awal yang dimaksudkan adalah
penghasilan dua karya tafsir iaitu tafsiran kepada keseluruhan ayat dalam surah al-Fatihah dan
surah al-Baqarah yang dinamakan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min dan tafsiran
kepada keseluruhan ayat dalam surah Yasin yang dinamakan Tafsir Quran Marbawi Surah
Yasin. Penghasilan kedua-dua kitab tafsir ini adalah usaha awal al-Marbawi dalam memulakan
pentafsiran kepada keseluruhan ayat-ayat al-Quran.
Al-Marbawi tidak mentafsirkan ayat mengikut susunan surah walaupun pada awalnya beliau
memulakan pentafsiran bagi ayat-ayat daripada surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah dan diikuti
pula dengan surah Yasin. Beliau cenderung untuk mentafsirkan ayat-ayat daripada surah-surah
yang mudah dan surah yang telah menjadi amalan bacaan di kalangan anggota masyarakat
khususnya di alam Melayu iaitu surah Yasin. Hal ini menunjukkan bahawa beliau seorang yang
sangat memerhati tindak tanduk masyarakat dan berusaha untuk membantu mereka khususnya
melalui penghasilan karya yang dapat menarik perhatian dan minat mereka untuk membaca serta
merujuknya sebagai panduan.
Pertama: Penghasilan Karya Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min
Karya ini adalah usaha awal al-Marbawi untuk menghasilkan karya tafsir yang lengkap 30 juzuk.
Karya ini adalah tafsiran lengkap al-Marbawi terhadap keseluruhan ayat dalam surah al-Baqarah.
Oleh sebab itu juga, karya ini dinamakan dengan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min. alMarbawi telah menyiapkan tafsiran pada surah al-Baqarah pada malam Isnin, 22 Rabiul Awal
1357H.11 Walaupun demikian, ia telah mula dicetakan dan diterbitkan bermula pada bulan Safar
1357H bersamaan dengan April 1938M oleh Matbaah Marbawiyyah di Azhar, Kaherah,
Mesir.12
Kedua: Penghasilan Karya Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin

11

Muhammmad Idris al-Marbawi al-Azhari (1357H/1938M), Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min, Kaherah:
Matbaah Marbawiyyah, c.1, h.204.
12
Ibid., h.i.

The Annual International Quranic Conference 2011

Karya ini adalah karya tafsir yang dihasilkan selepas penghasilan karya Tafsir Quran Marbawi
Juzuk Alif Lam Min walaupun selepas penghasilan karya ini terdapat lagi usaha lain yang
dilakukan oleh al-Marbawi seperti usaha penterjemahan kitab tafsir dari bahasa Arab ke bahasa
Melayu seperti Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu yang dipetik daripada tafsiran oleh Imam alShawakani dalam kitab Tafsir Fath al-Qadir al-Jami Bayn Fanny al-Riyawat wa al-Dirawat
min Ilm al-Tafsir. Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu telah sempurna diterjemahkan pada akhir
bulan Rejab 1353H dan telah dicetak dan diterbitkan oleh al-Matbaah Mustafa al-Babi alHalabi wa Awladuh pada tahun 1935M.13
Sedangkan Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin telah diselesaikan tafsirannya pada malam Sabtu,
12 Ramadhan 1386H bersamaan dengan 24 Disember 1966M ketika al-Marbawi berusia 73
tahun.14 Akan tetapi, tafsir ini telah diterbitkan dahulu sebelum al-Marbawi menyelesaikan
keseluruhan tafsirannya dalam surah Yasin. Karya ini telah diterbitkan oleh al-Matbaah alAnwar, Kaherah, dengan cetakan pertama pada bulan Syaban 1383H bersamaan dengan Januari
1964M, iaitu dua tahun sebelum al-Marbawi menyelesaikan keseluruhan tafsirannya pada surah
tersebut.15
Daripada kedua-dua karya di atas, pengkaji dapat menyatakan bahawa al-Marbawi telah
memulakan usaha beliau dalam bidang tafsir khususnya tumpuan beliau untuk menghasilkan
sebuah karya tafsir yang lengkap melalui penghasilan kepada kedua-dua karya tersebut. Bahkan,
beliau secara jelas melabelkan kedua-dua tafsir ini dengan judul Tafsir Quran Marbawi.

Kejuhudan Sheikh Idris al-Marbawi Dalam Membentuk Kerangka Awal Tafsir Quran
Marbawi 30 Juzuk
Berhubung dengan kejuhudan dan ketekunan al-Marbawi untuk menghasilkan karya Tafsir alQuran yang lengkap 30 juzuk, beliau telah menghasilkan dan merangka draf awal sebelum
melengkapkan sepenuhnya. Walaupun begitu, beliau tidak sempat untuk menyelesaikan tafsiran
tersebut melainkan hanya mentafsirkan beberapa surah sahaja seperti dihasilkan Tafsir Quran
Marbawi Surah Yasin dan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min. Namun, beliau telah
merangka dengan baik berdasarkan kepada penemuan catatan atau draf awal bagi karya tafsir

13
Anwar Ridwan Zakaria (2007), Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim: Satu Kajian Dari Aspek
Metodologi Huraian Hadith, (Disertasi Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, h.115-116.
14
Al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi al-Azahri (1964M/1383H), Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin, Mesir:
Matbaah al-Anwar, c.1, h.226.
15
Abdul Rashid Ahmad dan Khadher Ahmad (2010), Analisis Khazanah Warisan Nabawi: Metodologi Penulisan
Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin Karangan Sheikh Idris Al-Marbawi (Kertas Kerja dibentangkan dalam
Seminar Warisan Nabawi Kali Kedua (SWAN 2010), anjuran Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM pada 2829 Julai 2010), h.4.

The Annual International Quranic Conference 2011

tersebut. Draf ini menjadi bukti kejuhudan dan ketekunan al-Marbawi untuk menghasilkan karya
tafsir al-Quran di alam Melayu.
Ciri-ciri dalam kerangka awal Tafsir Quran Marbawi adalah seperti berikut:
i. Membentuk Draf Awal Tafsir Quran Marbawi
Al-Marbawi dalam menghasilkan karta tafsir 30 Juzuk ini telah membentuk satu draf awal atau
kerangka awal yang disusun dan ditulis pada suatu buku catatan berbentuk note pad bersaiz A4.
Draf ini adalah dalam bentuk cacatan tangan al-Marbawi sendiri yang ditulis menggunakan pen
berdakwat basah berwarna hitam dan merah serta pensil untuk catatan maksud perkataan alQuran.
Dalam draf awal tafsir ini, masih belum terdapat tafsiran terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah
dicatatkan oleh al-Marbawi melainkan hanya terjemahan maksud kepada beberapa perkataan
atau ayat dalam al-Quran sahaja. Akan tetapi telah terdapat catatan beberapa ayat al-Quran
daripada beberapa surah yang dipilih oleh beliau. Pengkaji mendapati bahawa dalam menulis dan
mencatatkan ayat-ayat al-Quran, al-Marbawi tidak mengikut susunan dari awal surah hingga
akhir surah, tetapi beliau memilih surah-surah yang tertentu dan ditulis pada ruang yang
disediakan. Beliau agar membiarkan kosong bagi halaman yang belum dicatatkan ayat-ayat alQuran tersebut. Ini bermakna, dalam rangka atau draf awal ini, al-Marbawi telah membuat
persediaan rapi untuk menyusun tafsirnya ini.16
ii. Membentuk Kerangka Dalaman Setiap Helaian
Dalam setiap helaian yang disusun, al-Marbawi membentuk satu ruang khusus dibahagian tengah
helaian tersebut khusus untuk mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang ditulis dengan selang satu
baris. Ruang tersebut digariskan dalam bentuk segiempat. Manakala bahagian luar petak atau
segiempat tersebut pula dikhususkan untuk catatan bagi tafsiran ayat-ayat yang dicatatkan pada
ruang segiempat tersebut. Manakala bagi selang baris pada ayat-ayat al-Quran pula, dikhususkan
untuk catatan makna bagi setipa perkataan dari ayat-ayat al-Quran itu. Sedangkan jika cacatan
ayat al-Quran tersebut bermula dengan surah yang baru, maka al-Marbawi membuat pengasingan
antara surah melalui pembentukan kotak kecil yang dicatatkan nama surah, jumlah ayat dan jenis
ayat sama ada Makiyyah atau Madaniyyah dalam bahasa Arab berserta terjemahannya.17

16
Rujuk kepada Tafsir Quran Marbawi dalam bentuk manuskrip catatan tangan yang dihasilkan oleh al-Marbawi.
Draf ini tersimpan di Arkib Negeri Perak yang masih tiada nombor rujukan.
17
Iaitu merujuk kepada tempat penurunan ayat-ayat dalam surah tersebut yang diturunkan sama ada di Mekah atau
di Madinah selepas hijrah Rasulullah SAW.

The Annual International Quranic Conference 2011

Rajah 1: Catatan Nama Surah, Jenis dan Bilangan Ayat Pada


Sesuatu Surah

Manakala untuk tafsiran ayat, al-Marbawi telah menyediakan satu ruangkan khusus untuk beliau
menulis dan mencatatkan tafsiran bagi ayat-ayat yang dicatatkan dalam segiempat atau kerangka
pada setiap helaian. Tafsiran itu adalah tafsiran bagi tujuh baris ayat al-Quran yang dicatatkan
dalam ruang segiempat tersebut kecuali bagi helaian yang bermula dengan surah yang baru.
Manakala ruang untuk catatan tafsiran bagi ayat-ayat tersebut adalah pada ruang sekeliling
segiempat yang dicatatkan tersebut. Lihat Rajah 2 dibawah:

The Annual International Quranic Conference 2011

Rajah 2: Ruang Yang Disediakan Oleh Al-Marbawi Untuk Mencatatkan Tafsiran Bagi Ayat-Ayat Al-Quran Dalam
Segiempat

iii. Menulis dan Mencatatkan Ayat-ayat al-Quran Beserta Barisnya


Dalam rangka awal yang dihasilkan oleh al-Marbawi, beliau telah berusaha untuk menulis dan
mencatatkan ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan tulisan tangan. Tulisan ayat-ayat al-Quran
tersebut disertakan dengan barisnya termasuk ungkapan Basmallah serta penomboran pada
setiap ayat. Lihat pada Rajah 2 di atas.
Melalui penelitian pengkaji terhadap manuskrip tulisan tangan al-Marbawi beliau hanya sempat
untuk mencatatkan ayat-ayat al-Quran sebanyak 23 surah sahaja iaitu surah al-Waqiah, alHadid, al-Mujadalah, al-Harsh, al-Mumtahanah, al-Saff, al-Jumah, al-Munafiqun, al-Taghabun,
al-Tallaq, al-Tahrim, al-Mulk, al-Haqq, al-Maarij, Nuh, al-Jinn, al-Muzammil, al-Mudaththir,
al-Qiyamah, al-Dahr (al-Insan), al-Anam dan al-Araf. Pengkaji mendapati bahawa surah alAnam dan al-Araf dicatatkan pada helaian akhir berbanding surah sebelum itu. Keseluruhan
surah-surah tersebut belum sempat diterjemahkan dan ditafsirkan ayat-ayatnya melainkan pada
sebahagian ayat sahaja terdapat terjemahan ayat dan tafsiran ringkas.
iv. Menterjemahkan Ayat al-Quran Mengikut Setiap Kalimah (Terjemahan Pra Kata)
Al-Marbawi dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mendahului dengan memberi makna atau
terjemahan bagi setiap perkataan bagi ayat-ayat al-Quran yang disebutkan sebagai Terjemahan
Pra Kata. Pendekatan terjemahaan mengikut setiap perkataan atau Terjemahan Pra Kata ini
adalah pendekatan yang diperkenalkan oleh al-Marbawi. Ia dapat dibuktikan melalui usaha awal
beliau yang mentafsirkan surah Yasin. Dalam Tafsir Quran Surah Yasin, al-Marbawi
mencatatkan ayat pada ruang di atas berserta dengan maknanya berbahasa Melayu mengikut
perkataan dari ayat-ayat al-Quran tersebut. Pengkaji mendapati bahawa al-Marbawi juga cuba
untuk mengaplikasikan pendekatan terjemahan mengikut perkataan dalam Tafsir Quran
Marbawi yang lengkap.
Pendekatan yang sama dilakukan oleh al-Marbawi dalam usaha untuk menghasilkan karya tafsir
lengkap 30 Juzuk yang telah diletakkan dengan nama Tafsir Quran Marbawi. Walaupun
demikian, dalam rangka awal yang dihasilkan oleh al-Marbawi hanya terdapat beberapa
perkataan sahaja yang diterjemahkan oleh beliau. Kebanyakan ayat-ayat al-Quran yang ditulis
masih belum diterjemahkan sepenuhnya. Lihat contoh pada rajah 4 dibawah.

The Annual International Quranic Conference 2011

Rajah 3: Terjemahan Pada Perkataan Bagi Ayat-Ayat al-Quran

v. Sistem Penomboran Bagi Halaman dan Juzuk al-Quran


Dalam rangka Tafsir Quran Marbawi, beliau juga mencatatkan sendiri melalui tulisan tangan
beliau nombor bagi setiap halaman. Bahkan, pada setiap halaman juga dicatatkan nama bilangan
juzuk yang diselang seli dengan nama surah. Ini bermakna, pembaca akan mudah untuk
mengenalpasti dan membezakan antara setiap surah dan setiap juzuk yang dibacakan. Lihat
Rajah 5 berikut. Pengkaji mendapati bahawa pada catatan juzuk kelapan dan kesembilan yang
terdiri daripada surah al-Anam dan al-Araf terdapat perbezaan dengan surah-surah sebelumnya
dari sudut penomboran halaman, penulisan bilangan juzuk, penamaan surah pada segiempat yang
mengandungi catatan ayat-ayat al-Quran dan bentuk segiempat dengan dua lapisan garis. Lihat
Rajah 5 dibawah dan Rajah 2 di atas.

10

The Annual International Quranic Conference 2011

Rajah 5: Nama Juzuk dan Nama Surah Yang Ditulis Secara Selang Seli Antara Setiap Halaman

Kesimpulan
Berdasarkan kepada huraian dan perbincangan di atas, jelas memperlihatkan kejuhudan dan
ketekunan yang dimiliki oleh seorang tokoh bernama Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi
khusus daripada sudut usaha beliau untuk menghasilkan sebuah karya tafsir yang lengkap
mentafsirkan keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Melalui usaha beliau menghasilkan karya tafsir
berjudul Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min dan Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin
adalah bukti yang jelas bahawa al-Marbawi sangat berharap untuk melengkapkan
keseluruhannya tafsiranya sendiri. Bahkan, melalui draf atau kerangka yang telah dirangka
sendiri oleh al-Marbawi melalui catatan tangan beliau dengan menulis ayat-ayat al-Quran
berserta baris, membentuk rangka untuk catatan tafsiran, menyusun dengan cantik dan
sebagainya seperti yang dijelaskan sebelum ini, dapat memperlihatkan lagi kewibawaan yang
dimiliki oleh seorang tokoh ulama Nusantara ini.
Walaupun, karya tafsir ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya dengan lengkap, namun ia telah
menjadi bukti terhadap keupayaan, keilmuan, kegigihan, ketekunan dan kejuhudan seorang
tokoh bernama Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi.
11

Anda mungkin juga menyukai