Anda di halaman 1dari 2

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian adalah pernyataan tentang apakah yang ingin dicapai oleh pengkaji
menerusi kajian yang bakal dijalankan.
Objektif yang dinyatakan ditukarkan menjadi soalan kajian. Pengkaji akan
melaksanakan beberapa tindakan secara sistematik dan mengumpul serta menganalisis
data untuk cuba menjawab soalan kajian.
Objektif dan soalan kajian adalah saling berkait dan mesti selaras. Keselarasan tersebut
amat penting dan boleh dilihat dalam contoh yang disertakan

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objetkif kajian saya adalah untuk:


3.1

Mengenal pasti sama ada penggunaan teknik Kawan 10 dapat membantu murid
Tahun 4 menguasai kemahiran tolak sebarang dua nombor hingga 100 000
dengan pengumpulan semula.

3.2

Mengenal pasti perubahan yang dapat diperhatikan apabila murid menggunakan


teknik Kawan 10 untuk melakukan penolakan sebarang dua nombor hingga 100
000 dengan pengumpulan semula.

4.0

SOALAN KAJIAN

Soalan kajian saya ialah:


4.1

Adakah penggunaan teknik Kawan 10 dapat membantu murid Tahun 4


menguasai kemahiran tolak sebarang dua nombor hingga 100 000 dengan
pengumpulan semula?

4.2

Apakah perubahan yang dapat diperhatikan apabila murid menggunakan teknik


Kawan 10 untuk melakukan penolakan sebarang dua nombor hingga 100 000
dengan pengumpulan semula?

Anda mungkin juga menyukai