Anda di halaman 1dari 4

TAJUK:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID PENUKARAN PECAHAN TIDAK


WAJAR KEPADA NOMBOR BERCAMPUR.

LATAR BELAKANG:
Pendidikan Matematik penting dalam membina pemikiran aras tinggi dan kreativiti
murid-murid. Menurut Mok (2004), Sukatan Pelajaran bagi sekolah rendah telah disemak
semula pada tahun 1998 yang membolehkan murid-murid sekolah rendah dapat mempelajari
kemahiran asas matematik. Salah satu topik yang penting dalam Sukatan Pelajaran 1998 ialah
Pecahan. Hal ini menunjukkan topik pecahan ini perlu dikuasai oleh setiap murid. Topik
Pecahan ini penting dalam membantu murid menghadapi kehidupan seharian dan menguasai
topik-topik lain seperti Nombor Perpuluhan dan Peratusan. Kajian ini bertujuan untuk
memperkenalkan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan
sebaliknya kepada murid-murid Tahun 4.
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang sangat kurang diminati oleh
para pelajar kerana mereka menganggap Matematik adalah satu matapelajaran yang sangat
sukar difahami. Oleh itu ramai yang beranggapan Matematik itu susah dan mereka tidak cuba
untuk memahaminya. Salah satu topik yang pelajar sekolah rendah merasakan sangat susah
ialah pecahan sedangkan pecahan hanya melibatkan nombor-nombor yang kurang dari 1000.
Dalam topik pecahan ada 4 perkara yang paling penting sebelum membuat opearsi
tambah, tolak, darab dan bahagi pecahan. Jadi setiap murid perlu menguasai 4 konsep ini
terlebih dahulu iaitu pertama, mengenali pecahan tidak wajar dan wajar. Kedua bagaimana
untuk menukar pecahan tidak wajar kepada nombor bercampur, ketiga menukarkan nombor
bercampur kepada pecahan tidak wajar dan keempat mengenali samada pecahan tersebut
sudah diringkaskan ataupun belum. Walaupun Nampak mudah tetapi masih dianggap sukar
oleh para pelajar.
Bak kata Confucius (551 – 479 SM) (seperti dalam Myrko Thum, n. d.), “Saya dengar
dan saya lupa. Saya lihat dan saya ingat. Saya lakukan dan saya faham”. Dengan demikian,
diharapkan responden dapat menguasai proses penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk
nombor bercampur dan sebaliknya dengan menggunakan kotak sifir. Kotak sifir ini juga
dapat diguna pakai untuk mengukuhkan kemahiran-kemahiran murid dalam konsep tambah,
tolak, darab dan bahagi.

PENYATAAN MASALAH
Menurut Bitter, Hatfield, dan Edwards (1989), pecahan adalah sukar untuk difahami.
Salah satu sebabnya ialah murid tidak menghafal sifir. Nombor pecahan pada mulanya
sepatutnya diajar dengan penggunaan pelbagai model dan bentuk. Sekiranya amalan ini tidak
diikuti, pecahan akan terus menjadi topik yang sukar untuk dipelajari dan dihayati.
Pada kebiasaannya, murid-murid yang lemah atau tercicir kurang berminat untuk
belajar Matematik. Mereka tidak memahami apa yang diajar dan menyebabkan mereka
melakukan perkara lain dan berbuat bising. Hal ini sering dapat penyelidik perhatikan
sepanjang masa penyeliaan praktikum mengajar di sekolah rendah. Berdasarkan analisis
Ujian Pra yang ditadbirkan kepada 70 orang murid di dua buah kelas sekolah rendah, didapati
bahawa terdapat 35 orang murid mempunyai miskonsepsi dalam penukaran pecahan tak
wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya. Memandangkan tajuk pecahan
merupakan salah satu tajuk yang sangat penting dalam pembelajaran matematik.
Oleh yang demikian, satu kajian perlu dilaksanakan untuk meninjau miskonspsi-
miskonsepsi yang dilakukan oleh murid. Kemudian kajian ini juga perlu mengenal pasti tahap
- tahap penguasaan konsep murid-muird dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur dan sebaliknya sebelum intervensi dilaksanakan. Selepas intervensi dilaksanakan,
meninjau semula tahap-tahap penguasaan konsep murid-murid dalam penukaran pecahan tak
wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya. Akhirnya, meninjau keberkesanan
penggunaan kotak sifir dalam pengenalan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur dan sebaliknya.
OBJEKTIF KAJIAN
(i) Mengenal pasti miskonsepsi-miskonsepsi dalam penukaran pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur dan sebaliknya yang dilakukan oleh sampel kajian.
(ii) Menghuraikan tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur sebelum Kotak Sifir digunakan;
(iii) Meneliti tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor bercampur
kepada pecahan tak wajar sebelum Kotak Sifir digunakan;
(iv) Menjelaskan tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur selepas Kotak Sifir digunakan;
(v) Menganalisis tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor bercampur
kepada pecahan tak wajar selepas Kotak Sifir digunakan; dan
(vi) Menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian
pra dan ujian pasca bagi sampel kajian.

SKOP KAJIAN

Pengkaji membataskan kajian ini kepada beberapa persoalan. Di antara pembatasan


tersebut adalah:

(i) Apakah miskonsepsi-miskonsepsi dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur dan sebaliknya yang dilakukan oleh sampel kajian?
(ii) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur sebelum Congkak Converter digunakan?
(iii) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor bercampur kepada
pecahan tak wajar sebelum Congkak Converter digunakan?
(iv) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur selepas Congkak Converter digunakan?
(v) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor bercampur kepada
pecahan tak wajar selepas Congkak Converter digunakan?
(vi) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian
pasca bagi sampel kajian?

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN CADANGAN KAJIAN DALAM


MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN DAN PENYAMPAIAN AWAM/
PEMBANGUNAN NEGARA

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif eksperimen yang menggunakan Kotak Sifir
sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan
bertujuan. Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian
matematik sampel kajian. Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis
nol pada tahap kesignifikanan, alfa = .05.

Sampel Kajian
Sampel kajian ini dikenalpastikan melalui satu Ujian Pra yang disediakan oleh
penyelidik. Murid-murid yang tidak dapat menyelesaikan lima soalan daripada 10 soalan
yang diberikan dalam dua kemahiran akan dikategorikan sebagai murid pemulihan
matematik. Dapatan analisis data Ujian Pra menunjukkan bahawa sebanyak 35 orang murid
menjadi sampel kajian ini kerana mereka mempunyai miskonsepsi dalam penukaran
kemahiran ini.
Pengumpulan Data
Pengumpulan data kajian ini mengambil masa selama setengah tahun. Persediaan
bermula pada bulan September 2021. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini ialah
menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca. Selain itu, penggunaan Kotak Sifir
diperlukan untuk meninjau keberkesanan bahan intervensi ini pengenalan konsep penukaran
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya. ujian pasca bagi sampel kajian.

Instrumentasi Kajian
Dalam pengumpulan data kajian ini, sampel kajian perlu menjawab dua set ujian yang
berikut:
i) Kertas soalan Ujian Pra
a. Kertas soalan Ujian Pra mengandungi 10 item
b. Item 1 hingga item 5 berkaitan dengan penukaran pecahan tak wajar
kepada bentuk nombor bercampur.
c. Item 6 hingga item 10 berkaitan dengan penukaran nombor bercampur
kepada bentuk pecahan tak wajar.

ii) Kertas soalan Ujian Pasca


a. Kertas soalan Ujian Pasca mengandungi 10 item
b. Item 1 hingga item 5 berkaitan dengan penukaran pecahan tak wajar
kepada bentuk nombor bercampur.
c. Item 6 hingga item 10 berkaitan dengan penukaran nombor bercampur
kepada bentuk pecahan tak wajar.
iii) 1 set kotak sifir kosong diberikan mengikut kumpulan.
a. 1 prosedur penggunaan kotak sifir
b. 1 batang pen whiteboard
c. 1 bentuk lazim bahagi kosong yang diliminate yang dilabelkan dengan
nombor bulat, pengangka dan penyebut.
d. 1 nombor bercampur yang kosong tetapi terdapat cara untuk menukarkan
nombor bercampur kepada pecahan tidak wajar.
iv) Set lembaran kerja diberikan kepada setiap kumpulan.
a. 1 lembaran kerja penukaran pecahan tidak wajar kepada nombor
bercampur.
b. 1 lembaran kerja penukaran nombor bercampur kepada pecahan tidak
wajar.

Anda mungkin juga menyukai