Anda di halaman 1dari 31

TAJUK 6

TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN

Sinopsis
Tajuk dalam modul ini membincangkan teori-teori dan proses pembelajaran serta
kepentingannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam
bahagian ini kita akan pertimbangkan lima teori pembelajaran, iaitu, teori behavioris, teori
kognitif, teori konstruktivis, teori pembelajaran sosial dan teori humanis. Kita juga akan
meneliti lima aspek yang berkaitan dengan proses pembelajaran, iaitu, kesediaan, corak
pengamatan, persepsi, ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran. Untuk menjadi
guru yang berkesan di bilik darjah, pengetahuan mengenai pelbagai teori dan proses
pembelajaran adalah sangat penting.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1.

Menjelaskan konsep am pembelajaran.

2.

Menjelaskan prinsip-prinsip asas


konstruktivis, sosial dan humanis

3.

Membanding-bezakan lima teori pembelajaran dari aspek


cara pemerolehan ilmu dan pengukuhan pembelajaran.

4.

Menghuraikan implikasi teori-teori pembelajaran kepada proses pengajaran


pembelajaran

5.

Menghuraikan faktor- faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran dari aspek


kesediaan belajar, persepsi dan penanggapan

5.

Mengaplikasi proses-proses pembelajaran aspek kesediaan belajar, persepsi dan


penggapan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

6.

Menghuraikan faktor- faktor yang mempengaruhi aspek ingatan dan lupaan

7.

Mengaplikasi pemindahan pembelajaran dalam kehidupan seharian

teori

71

pembelajaran

behavioris,

kognitif,

prinsip pembelajaran,

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini


PEMBELAJARAN

Konsep Am

Teori-Teori

Pembelajaran

Kesediaan

Pembelajaran

Ingatan dan

Pembelajaran

Lupaan

Behavioris

Kognitif

Sosial

Konstruktivis

Humanis

Implikasi Teori
Pembelajaran
Kepada Guru

FIKIRKAN
Apa pentingnya bagi seseorang guru mengetahui tentang teori pembelajaran?
Bagaimanakah pelbagai aspek ilmu yang berkaitan dengan proses
pembelajaran mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah?

6.1

Apakah Pembelajaran?

Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa pembelajaran hanya berlaku di sekolah


dan universiti sahaja. Saya pasti anda sedar bahawa pembelajaran berlaku dalam banyak
keadaan:

formal, tidak formal dan bukan formal; dan melalui pelbagai cara; boleh jadi

dengan cara sengaja atau tidak sengaja.

Sebenarnya pembelajaran berlaku sejak bayi

dilahirkan sehinggalah ke akhir hayatnya.


Pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku dan proses mental yang agak kekal,
hasil daripada pengalaman dan latihan yang diperolehi apabila seseorang berinteraksi
dengan persekitarannya (Ormrod, 2008). Menurut Slavin (1997) pula, pembelajaran adalah
perubahan pada individu hasil daripada pengalaman.

Perubahan tingkah laku yang

disebabkan oleh pengaruh dadah, alkohol, kepenatan dan kematangan tidak boleh
dianggap sebagai pembelajaran.

72

Berdasarkan definisi-definisi tersebut, ciri-ciri am pembelajaran boleh dirumuskan sebagai:

Perubahan tingkah laku adalah agak kekal


Perubahan tingkah laku boleh diperhatikan
Perubahan tingkah laku adalah akibat latihan/pengalaman
Perubahan tingkah laku tidak perlu berlaku sebaik sahaja pengalaman pembelajaran

berlaku
merupakan proses yang berterusan
boleh berlaku secara formal, informal dan non-formal
bukan dihasilkan oleh faktor biologi

Teori-Teori Pembelajaran
dan Tokoh-Tokohnya

Behavioris

Kognitif

Pelaziman Klasik
Ivan Pavlov
J.B Watson
Pelaziman Operan
B.F. Skinner
E.L.Thorndike

Piaget
Wertheimer
Koffka &
Kohler
Atkinson &
Shriffin

Konstruktivis

Piaget
Vygotsky

Sosial

Albert
Bandura

Humanis

Abraham
Maslow

Carl Rogers

Rajah 5.1: Teori-teori pembelajaran dan tokoh masing-masing


6.2

Apakah Teori Pembelajaran?

Ahli-ahli psikologi sentiasa berusaha mengkaji cara-cara bagaimana mereka boleh


membantu manusia memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang memberi manfaat
kepada mereka pada masa kini dan di hari kemudian kelak. Ini menyebabkan ahli psikologi
mengkaji dan membina teori pembelajaran yang berbeza untuk menerangkan bagaimana
manusia (dan organisma) belajar.
Teori pembelajaran memberi penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar dan
memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran (Noriati, Boon & Sharifah,

73

2009).

Mari kita mengkaji lima mazhab teori pembelajaran yang utama, iaitu, teori

behavioris, teori kognitif, teori konstruktivis, teori pembelajaran sosial dan teori humanis.
6.3

Teori Pembelajaran Behavioris

Pendekatan behavioris terhadap pembelajaran memberi tumpuan kepada perubahan


tingkah laku yang boleh diperhatikan dan pengaruhnya persekitaran terhadap perubahan
tersebut. Prinsip-prinsip asas teori behavioris tentang pembelajaran

Pembelajaran merupakan satu proses luaran


Pembelajaran adalah hasil dari interaksi seseorang dengan rangsangan-gerak balas
(R-G) dan persekitarannya. Oleh itu tingkah laku boleh dilazimkan, dikawal dan

diramal
Tingkah laku akibat daripada pembelajaran adalah khusus, boleh diukur dan boleh
diperhatikan

Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.

Perkaitan rangsangan (latihan atau peneguhan) dan gerak balas (tindak balas organisma),
atau dikenali sebagai R-G menjadi lebih kukuh melalui pelaziman.

Pelaziman diertikan

sebagai satu proses pembentukan tingkah laku di mana tindak balas organisma menjadi
lebih kerap atau lebih mudah diramal akibat daripada latihan atau peneguhan.
Terdapat dua jenis pelaziman untuk menerangkan pembelajaran, iaitu, pelaziman klasik dan
pelaziman operan. Tokoh-tokoh pelaziman klasikal terdiri daripada Ivan Pavlov dan J. B.
Watson. Manakala tokoh-tokoh pelaziman operan merupakan Edward Thorndike dan B. F.
Skinner.
6.3.1

Pelaziman Klasik
Ivan Pavlov adalah seorang ahli saintis behavioris yang mempelopori proses
pelaziman klasik semasa beliau membuat kajian terhadap gerak balas rembesan air
liur anjing.
Dalam ujikaji pelaziman Pavlov, bunyi loceng berlaku terlebih dahulu atau bersaingan
dengan rembesan air liur anjing, yang disebabkan oleh adanya makanan yang
disajikan. Selepas itu, di masa akan datang, rembesan air liur anjing berlaku sebaik
sahaja mendengar loceng walaupun tiada makanan disajikan di depannya.
Dalam pelaziman klasik, rangsangan baru timbul bersama-sama dengan rangsangan
tak terlazim seperti bau makanan dan berlaku sebelum gerak balas tersebut,
yang dibangkitkan oleh rangsangan tak terlazim.

74

Rangsangan baru menjadi

rangsangan terlazim dan gerak balas yang berlaku berikutan dengan kedua-dua
rangsangan itu menjadi gerak balas terlazim (Rajah 5.3.1).
Oleh itu, dalam pelaziman klasik, organisma belajar untuk memberi gerak balas
kepada rangsangan baru dengan cara yang sama ia memberi gerak balas kepada
yang lama, rangsangan tak terlazim.
Satu corak pembelajaran berlaku apabila dua rangsangan rangsangan neutral
(reaksi berlaku secara automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) dan
rangsangan tak terlazim (peristiwa di mana gerak balas berlaku secara automatik
tanpa latihan awal) yang dipasangkan (wujud serentak) berhubungkait antara
satu sama lain.
Gerak balas tersebut dinamakan gerak balas tak terlazim (reaksi berlaku secara
automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim)

atau gerak balas terlazim

(gerak balas yang dibangkitkan oleh rangsangan terlazim yang telah dipasangkan
dengan rangsangan tidak terlazim; sama seperti gerak balas tak terlazim).
Dalam kajian Pavlov, rembesan air liur, (gerak balas tak terlazim) pada mulanya
berlaku disebabkan oleh makanan (rangsangan tak terlazim) yang disajikan, tetapi
apabila makanan dipasangkan dengan loceng, rembesan air liur (sekarang menjadi
gerak balas terlazim) berlaku semasa mendengar bunyi loceng (rangsangan terlazim
rangsangan neutral yang boleh menimbulkan gerak balas terlazim setelah
dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim).

75

Rajah 6.3.1 : Pelaziman klasik mengikut Pavlov.

76

Pelaziman Klasik - Cara Pemerolehan Ilmu Dan Pengukuhan Pembelajaran


Jadual 6.3.1:
Tingkah laku pembelajaran (gerak balas) yang dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik.
Rangsangan

Gerak Balas

Dua rangsangan dikemukakan


serentak

Pembelajaran baru

Latihan dan ulangan

Pembelajaran diperkukuhkan
(pelaziman berlaku)

Latihan berhenti

Penghapusan

Rangsangan terlazim ganti dengan


yang hampir serupa

Generalisasi

(1) Penghapusan.

Diskriminasi

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (loceng)

diberikan tanpa diikuti dengan rangsangan semula jadi (makanan). Dalam erti
kata ujikaji di atas, loceng dibunyikan tanpa makanan. Penghapusan melibatkan
proses melemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan rangsangan
semulajadi. Contohnya, kamu berjaya menyanyi sebuah lagu bersama muzik
dan liriknya. Apabila muzik diberhentikan, anda tidak dapat menyebut lirik lagu
tanpa muziknya.
(2) Generalisasi. Generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan rangsangan
terlazim dengan bunyi-bunyi lain yang seakan-akan serupa. Contohnya, anda
telah belajar bermain badminton dan menganggap bermain tenis juga
menggunakan kemahiran yang sama.
(3) Diskriminasi. Diskriminasi berlaku apabila organisma hanya memberi respons
atau gerak balas tertentu sahaja. Contohnya, anda telah sedar walaupun keduadua permainan badminton dan tenis menggunakan raket, terdapat banyak
perbezaan teknik permainan dalam kedua-dua sukan tersebut.

REHAT & REFLEK


Sekarang, kita berhenti seketika untuk membuat refleksi.

77

Mengikut pengalaman anda dalam mengurus tingkah laku murid, manakah tindakan yang
lebih berkesan untuk mengekalkan tingkah laku positif : melatih tubi sehingga pelaziman
berlaku atau memberi ganjaran kepada tingkah laku yang diingini?

6.3.2 Pelaziman Operan


Perlu diketahui bahawa bukan semua pembelajaran itu berlaku secara automatik dan
tidak semua tingkah laku dapat dibangkitkan oleh perkaitan R-G sahaja. B. F. Skinner
berpendapat

bahawa

manusia

sentiasa

beroperasi

secara

aktif

terhadap

persekitarannya untuk menghasilkan akibat yang berlainan. Tindakan ini dinamakan


operan, yakni, sesuatu tingkah laku yang dipelajari mungkin diperkukuhkan atau
dilucutkan, bergantung kepada konsekuen yang diterima (peneguhan positif atau
peneguhan negatif). Maka, proses pembelajaran ini dinamakan pelaziman operan
kerana kita belajar bertingkah laku mengikut cara kita beroperasi dengan
persekitaran.
Pelaziman operan menjelaskan proses pembelajaran di mana sesuatu tingkah laku
mungkin diperkukuhkan/ dilucutkan, bergantung kepada konsekuen yang diterima.
Contohnya, jika anda memberi sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan
dan akibatnya adalah menyenangkan, maka kemungkinan besar anda akan
menunjukkan gerak balas yang sama apabila berhadapan dengan rangsangan
tersebut di lain masa.

Dengan ini, pembelajaran berlaku apabila tingkah laku

sukarela diperkukuhkan atau dilucutkan disebabkan oleh akibat atau peristiwa


sebelumnya. (Woolfolk, 1998).

Pelaziman Operan - Cara Pemerolehan Ilmu dan Pengukuhan Pembelajaran


(1) Peneguhan
Apa dia peneguhan?

Ahli psikologi pendidikan mendefinisikan peneguhan

sebagai sebarang kesan yang memperkukuh atau menambahkan kekerapan


sesuatu tingkah laku.
menggunakan

Sebagai seorang guru, saya rasa anda pasti telah

peneguhan

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

anda.

Pernahkah anda memuji murid anda kerana tingkah lakunya yang baik? Atau
pernahkah anda menghadiahkan set pensil warna kepada murid anda kerana
penulisannya yang baik? Tindakan sedemikian dipanggil peneguhan manakala
ganjaran yang diberi dipanggil peneguh.
primer dan sekunder.

78

Terdapat dua jenis peneguh, iaitu

Peneguh primer memenuhi keperluan atau dorongan asas biologi.


seseorang yang lapar, makanan merupakan peneguh primer.

Bagi
Contoh

peneguhan primer adalah makanan, air, keselamatan, kemesraan, dan lain-lain.


Peneguh sekunder adalah rangsangan yang memperoleh sifat-sifat peneguhan
apabila dikaitkan dengan peneguhan primer. Wang merupakan contoh yang
baik wang sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik tetapi wang boleh
gunakan untuk memperolehi peneguh primer yang memberi kepuasan kepada
individu tersebut.
Terdapat tiga kategori peneguhan sekunder:

Ia adalah peneguhan sosial

(pujian, senyum, peluk atau perhatian), peneguhan token atau simbolik (wang,
gred, atau bintang), peneguhan aktiviti (akses kepada permainan, atau aktiviti
yang menyeronokkan). Selain peneguhan primer dan sekunder, terdapat juga
peneguhan positif dan negatif.
(2) Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif
Peneguhan positif merupakan rangsangan yang menyeronokkan (makanan, air,
pujian, gred) yang diberi setelah berlaku gerak balas yang menjadi sasaran.
Contoh, apabila salah seorang daripada murid anda secara spontan membantu
murid lain, anda sebagai guru akan memberi pujian.
Peneguhan negatif pula merujuk kepada rangsangan yang mewujudkan rasa
kurang selesa atau menyakitkan hinggakan organisma menambahkan
kebarangkalian mengelak atau mengurangkan ketidakselesaan tersebut.
Contoh, Guru sering menegur seorang murid yang tidak berpakaian kemas.
Akhirnya, murid tersebut bertindak menjaga kebersihan dirinya kerana ingin
mengelakkan leteran guru tadi. Murid telah mengekalkan kekemasan dirinya.
Penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan akan meningkatkan
kekerapan gerak balas tersebut.
(3) Hukuman
Berbeza dengan peneguhan, hukuman merujuk kepada rangsangan yang
mengurangkan kekerapan gerak balas.
Anda perlu ingat bahawa hukuman boleh

berupa bentuk penyampaian

rangsangan (hukuman positif) atau penghapusan rangsangan (hukuman

79

negatif). Contoh perbezaan kedua-dua istilah ini ialah, seorang murid dimarah
kerana bermain dalam bilik darjah, maka tingkah laku bermain ini akan
berkurangan.

Ini dinamakan hukuman positif.

Sekiranya kita menggantung

seorang pemain bola keranjang kerana melanggar peraturan latihan, ini adalah
hukuman negatif.
Berdasarkan pengalaman anda, pernahkah anda mengguna hukuman untuk
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini?

Adakah anda berjaya

mengurangkan kekerapan tingkah laku tersebut? Skinner tidak menyokong


penggunaan hukuman dalam pembentukkan tingkah laku yang diingini. Kesan
hukuman hanyalah sementara sahaja dan tidak mengubah tingkah laku, ia
hanya memendamkan tingkah laku tersebut.
Hukuman mungkin menghasilkan kesan sampingan seperti rasa dengki,
kebimbangan dan keagresifan. Ia juga membawa mesej bahawa keagresifan
fizikal adalah dibenarkan.

Hukuman perlu dirancang dengan teliti, bukan

disebabkan oleh tindakan impulsif. Oleh itu, guna hukuman dengan berhati-hati.
(4) Penghapusan
Skinner tidak menyarankan penggunaan hukuman untuk membentuk tingkah
laku tetapi menggunakan penghapusan untuk menangani tingkah laku yang
tidak diingini. Tingkah laku negatif yang wujud akan berperingkat- peringkat
terhapus apabila peneguhan tidak diberikan atau guru tidak memberi perhatian
kepadanya. Contohnya, seorang guru membenarkan murid yang berteriak-teriak
menjawab soalan guru sebenarnya secara tidak langsung memberi
peneguhan/ganjaran kepada murid tersebut. Namun, selepas menyedari
keadaan ini, guru hanya menumpukan kepada murid yang mengangkat tangan
sahaja mengambil bahagian dalam soal-jawab, tidak menghiraukan murid yang
berteriak. Keputusannya, tingkah laku berteriak diharapkan dapat dihapuskan.
Pernahkah anda tidak mempedulikan murid yang ingin mendapat perhatian
berulang kali? Anda akan dapati bahawa tingkah laku yang tidak diingini akan
akan terhapus jika anda terus tidak mempedulikan mereka. Dengan demikian,
penghapusan adalah kunci kepada pengurusan tingkah laku murid.

80

(5) Pembentukan
Dalam pelaziman operan, guru dianggap sebagai arkitek dan pembina tingkah
laku murid.

Anda perlu membahagikan objektif pembelajaran kepada tugasan-

tugasan kecil di mana anda boleh mengajar setiap kemahiran langkah demi
lengkah, dan memberi peneguhan satu demi satu, sehingga terbentuk
kemahiran yang terakhir secara beransur-ansur.
Sebagai seorang guru, anda perlu memastikan bahawa murid anda telah
menguasai kemahiran yang diperlukan sebelum mereka pergi ke langkah
seterusnya. Di setiap langkah, anda perlu memberi peneguhan kepada setiap
kemahiran kecil sehingga mereka mencapai matlamat mereka.
Setelah

membaca

teori

pembelajaran

behavioris

dari

aspek

prinsip

pembelajaran, cara pemerolehan ilmu dan pengukuhan pembelajaran, saya


harap anda akan boleh memperbaiki tingkah laku murid anda melalui
pembentukan.
6.3.3 Implikasi Teori Pembelajaran Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
(1) Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna,

Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas

Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai

(2) Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran

Objektif hendaklah khusus

(3) Buat analisis tugasan

Pastikan tugasan yang diber sesuai dengan kemampuan pelajar

Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya mudah difahami

(4) Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat

Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari mudah kepada


sukar.

(5) Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai

Peneguhan berterusan diberikan pada peringkat pembentukan tingkah laku

81

Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai

(6) Aplikasi Hukum Kesediaan

Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada

Sediakan situasi yang merangsangkan

Cungkilkan rasa ingin tahu/ motivasi pelajar

(7) Aplikasi hukum latihan

Banyakkan pengulangan dan latih tubi

Sediakan bahan yang banyak dan pelbagai

(8) Aplikasi Hukum Kesan dan Akibat

Adakan aktiviti pengukuhan

Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai

(9) Sediakan amalan bilik darjah yang sesuai

Amalan rutin belajar

Amalan rutin keceriaan

Peraturan bilik darjah yang mesra dan positif

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

82

TUGASAN TERARAH
Praktikkan konsep-konsep pembelajaran teori behavioris dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas anda. Senaraikan aspek
kekuatan, kelemahan dan keistimewaan menggunakan Pengurusan Grafik
PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi Teori Behavioris terhadap
pengajaran dan pembelajaran.

Borang PMI
IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP P& P

PLUS

MINUS

INTERESTING

83

6.4

Teori Pembelajaran Kognitif

Ahli psikologi kognitif/gestalt mempercayai bahawa pembelajaran adalah satu tugas mental/
proses dalaman yang melibatkan kebolehan seseorang untuk mengaitkan berbagai
maklumat sehinggalah ia memperolehi pengetahuan baru atau dapat menyelesaikan
sesuatu masalah. Teori pembelajaran kognitif berfokus kepada perubahan yang berlaku
terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak dan
remaja dan akhirnya alam dewasa.
Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai
murid aktif yang berlagak seperti saintis kecil. Mereka membina teori sendiri tentang
bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Piaget
amat berminat untuk mencari bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang
biasanya dipanggil sebagai soalan epistemologi. Piaget berpendapat bahawa sepanjang
hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat perkembangan kognitif:

Peringkat 1
Sensori Motor
Peringkat 2
Praoperasi
Peringkat 3
Operasi Konkrit

Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan


pengalaman sensori penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa dan bau.
Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada
peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang
dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman
sendiri di dunia.
Kanak-kanak
yang
mengaplikasikan

lebih

dewasa

mula

peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia


berfungsi.
Peringkat 4
Formal

Remaja dan dewasa berkembang ke peringkat di


mana mereka boleh mengaplikasikan
logik kepada situasi
sebenar.

andaian (hypothetical) dan

Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia
dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia
berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan bahawa pembelajaran adalah
hasil daripada dua proses utama iaitu organisasi dan adaptasi.

84

6.4.1

Organisasi
Organisasi adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke
dalam sistem mental atau kategori.

Sistem mental atau kategori persepsi dan

pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok


pemikiran dan pengurusan sistem tindakan atau pemikiran yang membolehkan kita
berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian
masalah matematik, dll.
6.4.2

Adaptasi
Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian
terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia
ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada.
Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada.

Dengan ini,

asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara


menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang kita telah ketahui (Woolfolk, 1998).
Contoh, pada peringkat pemulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor
hamster bagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba
memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara
mengenal pasti binatang.
Akomodasi berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon
kepada situasi baru.

Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau

membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru.
Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu
sesuaikan pemikiran kita.

Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan

tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk
mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.

Setelah membaca tentang prinsip konsep-konsep dalam teori pembelajaran


kognitif Piaget, bolehkah anda memberi beberapa contoh skema, asimilasi
dan akomodasi?

85

86

6.5

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisime

merupakan

proses

pembelajaran

yang

menerangkan

bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu


pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang
serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masingmasing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh
belajar untuk pelajarnya. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan merupakan satu skema
iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses
renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak wujud secara terasing daripada
persekitaran. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Realiti yang diketahui pelajar
adalah realiti yang dia bina sendiri.
6.5.1

Scaffolding dan Zon Perkembangan Proximal


Beberapa pelopor utama pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah Jean Piaget, Lev Vygotsky, Ernst Von Glaserfeld, J. Anderson,
dan Jerome Bruner. Vygotsky (1896 -1934) berpendapat:

persekitaran sosio-budaya adalah penting dalam membentuk perkembangan

kognitif kanak-kanak
kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial dengan ibu

bapa, keluarga, guru, orang dewasa dan rakan sebaya.


Simbol bahasa merupakan alat budaya yang amat

penting

dalam

perkembangan kognitif kanak-kanak


Kanak-kanak mula didedahkan kepada bahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan
bahasa tidak berlaku tanpa interaksi sosial dengan ibu bapa, keluarga, guru, orang
dewasa dan rakan sebaya. Kita memerlukan orang yang lebih fasih untuk berbual
dan membimbing kita dalam penggunaan bahasa yang betul.

Perkara sedemikian

dinamakan scaffolding yang membawa maksud sesuatu kerangka yang menyokong


proses pembelajaran individu.

Perkembangan kognitif akan berlaku pada tahap

yang lebih tinggi apabila orang dewasa berada di sampingnya memberi tunjuk ajar,
berbanding jika kanak-kanak melakukan tugasan tersebut secara sendiri tanpa
bantuan. Vygotsky menggunakan istilah zon perkembangan proximal

yang

merupakan lingkungan kemampuan seseorang untuk melakukan tugas-tugas


dengan berjaya. Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru,
guru harus mengambil kira zon perkembangan proximal murid-muridnya dan

87

memberi bimbingan disisi sebagai kerangka untuk membina ilmu pengetahuan


sendiri.

6.5.2

Implikasi Teori Konstruktivisme Terhadap Pengajaran danPembelajaran

Guru sebagai penolong, pemudah cara dan perancang; sedangkan pelajar

memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran


Pendekatan yang digunakan:
- pembelajaran inkuiri
- pembelajaran koperatif
- pembelajaran masteri
- penyelesaian masalah
Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi

proses pembentukan ilmu.


Keutamaan pembelajaran adalah kepada hasil perolehan khasnya dalam zon

perkembangan prokimal.

Rujuk kepada buku-buku bacaan lanjutan.


Woolfolk, A. E. (2004). Educational psychology (9th ed.). NJ: Prentice Hall

6.6

Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial mempunyai ciri-ciri pendekatan behavioris tetapi menekankan


pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Prinsip asas teori pembelajaran sosial adalah
berdasarkan kepada pendirian bahawa pembelajaran merupakan proses kognitif dan afektif
berdasarkan pemerhatian tingkah laku orang lain (model) dan meniru tingkah laku yang
boleh memberi manfaat kepadanya. Pemerolehan pengetahuan dan gerak balas
merupakan dua perkara yang berbeza. Walau pun pembelajaran telah berlaku, ia hanya
akan diperlihatkan dalam keadaan yg sesuai. Bandura menamakan ini sebagai
pembelajaran pemerhatian atau pembelajaran melalui model.
6.6.1

Empat langkah pembelajaran peniruan:


(1) Tumpuan Perhatian
Individu menumpukan perhatian dan memerhatikan perlakuan model berulang
kali.
(2) Penyimpanan dalam Ingatan

88

Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar.


Pemerhatian perlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya
proses mengenkod, menyimpan dan mendekod.
(3) Pengeluaran
Maklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan dikeluarkan dalam bentuk
perlakuan. Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran
tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.
(4) Motivasi dan Peneguhan
Sekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang
lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi dan dikukuhkan

6.6.2

Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian


guru perlu menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani.

Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru
dengan mudah dan berkesan.

Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model untuk
ditiru.

Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus


berusaha dan dapat merangsang pelajar lain berusaha seperti yang mereka
lakukan.

Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main
peranan dan simulasi

Guru perlu memberi peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah laku
yang diingini.

6.7

Teori Humanistik

Ahli-ahli psikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza, namun


berkongsi beberapa pegangan yang konsisten:

manusia merupakan insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar


dan berkembang.

89

manusia merupakan insan yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang berbeza

dengan haiwan.
manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai, dengan itu
individu itu harus dilihat sebagai satu entiti.

Dua ahli psikologi yang terkemuka teori humanis adalah Abraham Maslow dan Carl Rogers.
Bagaimana pendekatan humanistik berfungsi dalam bilik darjah? Pendekatan humanistik
menekankan keseluruhan murid: dengan kata lain, aspek emosi dan sosial kehidupan
murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk
belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna.
Pendekatan humanistik juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi
sokongan dan mengambil berat, serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab
sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.
REHAT SEBENTAR
Tahniah! Anda telah berjaya menyempurnakan bacaan tentang lima teori
pembelajaran utama, iaitu, teori behavioris, kognitif, pembelajaran sosial,
humanistik dan konstruktivisme
Saya percaya anda telah dilengkapi dengan amalan terbaik daripada kelimalima teori pembelajaran ini untuk dipraktikkan dalam bilik darjah anda.

6.8

Kesediaan Belajar

Adakah anda tahu bahawan kesediaan belajar dirujukkan sebagai satu set keadaan yang
wujud dalam diri individu dan persekitarannya yang membolehkannya menguasai sesuatu
tugasan dengan tepat.

Kesediaan merupakan satu tahap persiapan untuk belajar

kemahiran yang lebih kompleks, contoh, melompat perlu dikuasai sebelum seorang kanakkanak bermain ketingting. Antara beberapa definisi yang dikemukakan oleh beberapa orang
ahli psikologi pendidikan.
(1)

Margaret E. Gredler:
Keadaan individu pada satu titik perkembangan fizikal, mental, emosi, atau
sosial yang mencukupi untuk mengendalikan sesuatu tugasan tertentu.

(2)

John C. Ruch:
Kesediaan adalah istilah untuk perkembangan tahap kebolehan tertentu dan
satu set minat tertentu. Dalam had keupayaan murid, seseorang murid yang
belum bersedia untuk menguasai konsep atau kemahiran yang diberikan

90

boleh disediakan untuk menguasainya melalui anggaran yang sistematik dan


berurutan (atau dengan kata lain, kesediaan mengajar)
Adalah penting untuk menentukan bahawa setiap peringkat dalam urutan ke arah objektif
utama dipraktikkan dan dikuasai hingga ke peringkat pembelajaran lanjutan, kerana dengan
ini murid boleh mengguna kemahiran sebagai alat untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi.
6.8.1

Jenis-jenis Kesediaan
Kita akan meneliti jenis-jenis kesediaan, iaitu, kesediaan kognitif, kesediaan
psikomotor dan kesediaan afektif.
(1) Kesediaan Kognitif
Kesediaan

kognitif

berkaitan

dengan

perkembangan

mental

murid

untuk

membolehkan mereka memahami, berfikir dan menaakul dalam persekitaran


pembelajaran yang baru.
umur meningkat.

Secara umum, kesediaan kognitif ditingkatkan apabila

Contoh, pada peringkat permulaan, murid boleh memahami

pendapat yang berbeza dan mengingat kembali. Pada peringkat berikutnya, mereka
berupaya mengintergrasikan beberapa pendapat untuk menyelesaikan masalah.

(2) Kesediaan Psikomotor


Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran yang memerlukan
tindakan fizikal. Ia merangkumi perkembangan otot, tulang, sendi, kordinasi dan
kawalan pergerakan tubuh badan. Dalam memmuridi kemahiran psikomotor seperti
menulis, melukis dan membaling bola, murid perlu menjalani latihan untuk
menghalusi kemahiran mereka. Oleh itu, latihan adalah penting.
Sementara

itu,

penguasaan

kemahiran

psikomotor

berkait

rapat

dengan

perkembangan intelek dan afektif. Untuk memperoleh pencapaian cemerlang dalam


kemahiran psikomotor, murid perlu mempunyai intelektual yang tinggi dan sikap yang
positif. Oleh itu, guru perlu melatih murid mereka menguasai kemahiran fizikal seara
bijak selain memahami konsep, peraturan dan strategi.
(3) Kesediaan Afektif
Kesediaan afektif dalam pembelajaran merangkumi sikap, rasa ingin tahu, rajin,
perasaan, minat dan nilai yang boleh menerima pembelajaran. Untuk murid menjadi

91

Jenis-jenis
Kesediaan

Faktor yang
mempengaruhi

Ciri-ciri Kesediaan

KOGNITIF

Kematangan mental

Menyedari, memahami,
berfikir, persepi,

AFEKTIF

Kematangan emosi

Sikap, minat, nilai, perasaan,


keyakinan diri

PSIKOMOTOR

Kematangan fizikal

Kemahiran, manipulasi tangan


& jari, oto-otot, sistem saraf,
tulang

cemerlang dalam pembelajaran, kesediaan afektif yang positif memainkan peranan


penting.

Saya percaya anda setuju bahawa murid yang mempunyai kesediaan untuk belajar akan
mempunyai tahap motivasi yang tinggi, memupuk usaha yang lebih serta rasa seronok dan
puas hati dalam pembelajaran. Justeru itu, mereka menjadi lebih yakin dalam menghadapi
cabaran semasa memperoleh pengalaman baru. Apakah faktor-faktor yang menyumbang
kepada kesediaan belajar?

6.8.2

Faktor-Faktor yang Menyumbang kepada Kesediaan Belajar

Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesediaan belajar termasuklah kematangan,


sikap dan minat, perbezaan kadar perkembangan, perbezaan jantina, perbezaan individu
dan pengalaman.
(1)

Kematangan

Kematangan dari segi intelek, emosi, fizikal dan sosial berkait rapat dengan
kesediaan belajar murid. Adakah anda sedar bahawa mereka yang menunjukkan
daya intelek yang tinggi, berupaya mengawal perasaan dengan lebih baik,
mempamerkan keseluruhan kesihatan fizikal dan boleh bersosialisasi dalam

92

kumpulan tanpa masalah adalah mereka yang menunjukkan kematangan dalam


aspek yang berlainan, seterusnya memberi kesan kepada kesediaan belajar.
(2)

Sikap dan Minat

Sikap dan minat memainkan peranan penting dalam melibatkan kesediaan belajar.
Murid yang mempamerkan sikap positif dan minat telah bersedia untuk belajar dan
akan menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Disebaliknya, mereka yang tidak

bersedia untuk belajar, akan keberatan untuk memberi tumpuan pada pembelajaran.
(3)

Perbezaan Kadar Perkembangan

Walaupun individu melalui peringkat perkembangan yang sama, iaitu daripada bayi
kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa, kadar perkembangan fizikal, mental, sosial
dan emosi adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri. Setiap individu
mempunyai corak perkembangan sendiri yang unik.

Dengan itu, murid daripada

kumpulan yang sama tidak akan mempamerkan kebolehan yang sama semasa
menjalankan aktiviti.
(4)

Perbezaan Jantina

Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam perkembangan biologikal dan


pertumbuhan fizikal. Dalam perkembangan remaja, perempuan menunjukkan kadar
perkembangan yang lebih cepat daripada llelaki.

Ini dapat dilihat dengan jelas

bahawa perempuan lebih tinggi dan lebih matang daripada lelaki daripada tahun
empat hingga kepada tingkatan menengah rendah.
Perbezaan dari segi sikap dan minat di kalangan jantina akan mempengaruhi
kesediaan belajar.

Lelaki biasanya lebih minat mengambil sains dan matematik

manakala perempuan akan mengambil ekonomi rumahtangga dan mata muridan lain.
Perbezaan dalam nilai budaya terhadap jantina yang akan mempengaruhi kesediaan
belajar.

Contoh, perempuan diharapkan bersopan santun, manakala lelaki pula

diharapkan bertingkah laku aktif dan agresif.


(5)

Perbezaan Individu

Setiap individu menunjukkn perbezaan kebolehan dalam bidang yang berbeza.


Contoh, seorang murid boleh jadi cemerlang dalam Matematik dan Sains tetapi lemah
dalam Bahasa dan Muzik. Terdapat juga sebahagian murid menunjukkan prestasi
baik dalam akademik tetapi lemah dalam aktiviti fizikal. Dengan kata lain, guru tidak

93

digalakkan melabel murid mereka sebagai bodoh atau bijak mengikut pencapaian
prestasi mereka dalam satu mata muridan sahaja.
(6)

Pengalaman

Pengalaman lampau membentuk asas kepada pengalaman baru.

Oleh itu, guru

digalakkan mengambil kira pengalaman lampau murid apabila merancang bahan


pengajaran mereka.

Bahan pengajaran perlu berdasarkan daripada pengetahuan

sedia ada kepada pengetahuan baru.

6.8.3

Implikasi Kesediaan Belajar terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Sebahagian daripada implikasi kesediaan belajar terhadap pengajaran dan pembelajaran


dibincangkan dibawah
(1)

Kesesuaian Isi Pengajaran

Guru perlu memilih isi pengajaran yang sesuai kepada sebahagian besar murid
dalam bilik darjah. Guru perlu merancang aktiviti pengayaan bagi murid yang cepat
menerima pembelajaran. Bagi murid yang lambat belajar, bimbingan tambahan dan
aktiviti pemulihan perlu dibincangkan.
(2)

Urutan yang Betul dalam Pengajaran

Bahan pengajaran perlu dirancang supaya ianya bergerak daripada senang kepada
susah, daripada yang tahu kepada tidak tahu, daripada konkrit kepada abstrak,
daripada umum kepada khusus dan daripada dekat kepada yang jauh. Ini akan
membantu guru memulakan pengajaran mereka terhadap murid yang mempunyai
kesediaan belajar yang rendah dan membimbing mereka beransur-ansur ke arah
matlamat pembelajaran.
(3)

Variasi dalam Aktiviti

Guru merancang aktiviti pengajaran mereka dengan mengambil kira minat murid
mereka yang berbeza. Semasa mengendalikan aktiviti, murid digalakkan memilih
aktiviti yang sesuai dengan kebolehan mereka.

Jika semua aktiviti perlu

dilaksanakan oleh semua kumpulan, guru boleh menyediakan stesen yang berbeza
untuk murid mereka supaya setiap kumpulan boleh mengambil bahagian dalam
aktiviti tersebut mengikut giliran.
(4)

Strategi Pengajaran

94

Guru digalakkan mengguna pelbagai contoh, kaedah dan bahan pengajaran semasa
menjalankan pengajaran mereka. Dengan cara ini murid yang berlaian kesediaan
dapat mengikuti muridan tersebut.

6.8.4

Persepsi
Perhatikan rajah di bawah dan sebutkan hurufnya:

A a

Rajah 6.8.4: Huruf a


Proses yang anda lalui tadi disebut sebagai persepsi. Persepsi merupakan proses
otak mentafsir maklumat yang diterima daripada pelbagai deria. Anda telah memberi
perhatian kepada rangsangan persekitaran dikenal pasti (Rajah 6.8.4) sebagai
contoh konsep atau prinsip yang terdapat dalam ingatan anda. Proses pengamatan
mencakupi padanan maklumat baru dengan acuan yang betul di dalam ingatan,
membandingkan maklumat baru dengan prototaip (huruf a yang asal), dan
menganalisis maklumat baru untuk mengesan ciri-ciri tersendiri.

Variasi cara

penulisan huruf a tidak mengganggu pengamatan anda terhadap huruf a dalam


pembelajaran lepas.
Kesimpulannya, adalah penting bagi kita memberi perhatian bahawa untuk mengenal
pasti semua corak yang mewakili huruf A adalah sama dengan andaian ptototaip
yang dikenali sebagai A; dan semua huruf rangsangan akan dianalisis untuk
mendefinisikan coraknya dan, jika dijumpai, akan dikenal pasti sebagai A.
Sebagai seorang guru, kita harus ingat bahawa persepsi merupakan sesuatu yang
relatif, persepsi manusia dipengaruhi oleh latar belakang peribadi, motif, dan minat
kita terhadap sesuatu rangsangan yang diperhatikan.
dialami,

Pengalaman yang sedang

dan pengalaman lampau mempengaruhi proses tafsiran terhadap

rangsangan yang diterima. Selain pengalaman, latihan dan penggunaan pelbagai


deria serentak menambahkan kemampuan pengamatan kita.

95

LATIHAN PERSEPSI

Wanita muda atau nenek tua?

Pasu atau muka tepi dua orang?

Sekarang kita akan lihat pada aspek kedua yang berkaitan dengan proses pembelajaran,
iaitu penanggapan.

6.8.5

Penanggapan
Penanggapan merupakan proses pembentukan konsep. Konsep merupakan idea,
objek, orang atau pengalaman yang mempunyai ciri-ciri sama yang khusus.
Konsep membantu kita mengenali sesuatu perkara dengan cara yang lebih mudah.

96

Contohnya, konsep raket badminton lebih mudah digunakan untuk menerangkan


objek sukan tersebut berbanding dengan memberi penjelasan yang panjang lebar
seperti sebatang kayu yang berbentuk bulat dihujung digunakan untuk memukul
bulu tangkis
Contohnya, manusia yang buta warna tidak mungkin memahami konsep lampu
isyarat berwarna merah atau hijau, kerana mereka tidak boleh mengesan maklumat
warna, mereka bergantung kepada sinaran cahaya dan tanda kedudukan untuk
menentukan warna isyarat.
6.8.6

Cara-cara meningkatkan Pengamatan dan Penanggapan Murid

Gunakan pengetahuan sedia ada murid


Galakkan penglibatan murid dalam pembelajaran yang menggunakan

pelbagai deria
Sediakan pelbagai

jenis

bahan/

contoh-contoh

memudahkan pelajar menyusun semula persepsinya

maklumat

untuk

terhadap sesuatu

permasalahan
Beritahu murid apa yang perlu diberi perhatian
Beri gambaran secara keseluruhan dengan menekankan kefahaman melalui
proses penaakulan dan perkaitan
FIKIRKAN

Adakah anda mempunyai daya ingatan yang kuat? Pernahkah anda


khuatir anda akan lupa perkara-perkara yang telah dibelajari? Apakah teknikteknik yang anda gunakan untuk meningkatkan daya ingatan anda?

Kita sekarang akan meneroka konsep ingatan dan lupaan, sebab-sebab lupaan dan
strategi meningkatkan daya ingatan.
6.8.7

Ingatan
Ingatan merupakan keupayaan minda seseorang menyimpan perkara yang mereka
telah pelajari dan mendapatkan kembali untuk digunakan bagi menyelesaikan
masalah atau memberi jawapan kepada persoalan tertentu. Tiga prosedur yang
diperlukan dalam semua sistem ingatan, mengenkod (proses menyediakan
maklumat untun disimpan), penyimpanan (menyimpan maklumat dalam ingatan kita),
dan mendapatkan kembali (penemuan maklumat yang kita mahu guna);

97

Atkinson dan Shiffrin (1968) mengandaikan manusia mempunyai tiga peringkat


ingatan yang diperluk untuk menyimpan maklumat pada jangka masa yang berbeza:
ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
(1)

Ingatan Deria

Semasa anda berjalan di jalanraya, anda menyedari akan objek-objek di sekeliling


anda.

Anda mengguna pintu deria anda (contoh, penglihatan, bunyi, bau,

pendengaran dan rasa). Segala yang masuk ke minda anda dalam beberapa saat
disimpan dalam ingatan deria.

Ingatan deria menyediakan simpanan sementara

untuk maklumat yang diterima. Semua maklumat deria ditahan dan diimbas (prapengkodan) dalam jangka masa hingga 4 saat, bergantung kepada kekuatan
rangsangan. Hanya rangsangan yang diperlukan sahaja dipilih, yang tidak diperlukan
akan diketepikan oleh pintu deria kita.
(2)

Ingatan Jangka Pendek

Maklumat dalam ingatan deria akan dipindahkan ke ingatan jangka pendek untuk
pengkodan seterusnya. Apa yang kita fikirkan dalam ingatan jangka pendeka akan
bertahan selama lebih kurang 20 saat, di mana selepas ini ia akan terus terhapus
atau disimpan dalam ingatan jangka panjang.

Ingatan jangka pendek boleh

menyimpan sebanyak purata tujuh item dalam satu jangka masa tertentu.
Oleh kerana terlalu banyak maklumat yang diterima, maka kita perlu memperoleh
strategi yang berbeza untuk menyimpan maklumat tersebut seperti nemonik,
chunking, pegword, akronim dan cerita kelakar supaya ia boleh dienkodkan ke dalam
ingatan jangka panjang.

TUGASAN TERARAH
Buat rujukan dan bacaan lanjutan berkenaan penggunaan strategi-strategi
untuk meningkatkan daya ingatan. Apakah strategi-strategi yang unik atau
khusus untuk membantu daya ingatan anda? Beri petua-petua ini kepada
murid-murid anda. Sediakan laporan ringkas tentang dapatan anda.

(3)

Ingatan Jangka Panjang

98

Tahukan anda muatan ingatan jangka panjang kita?

Sungguh menakjubkan!

Ia

boleh menampung seberapa banyak maklumat yang mungkin dan boleh menyimpan
maklumat yang tidak terhad dalam jangka masa yang tidak ditetapkan.
Terdapat tiga kategori ingatan jangka panjang:

ingatan semantik, episodik dan

prosedural. Bila anda ingatkan maklumat dalam bentuk maknanya (contoh, objek,
manusia), ia dinamakan ingatan semantik.

Bila anda ingat pengalaman lampau

(contoh, masa, tarikh dan tempat), ini dipanggil ingatan episodik. Bila anda belajar
cara membuat kek, ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur, maka ini bergelar
ingatan prosedural.
6.8.8

Lupaan
Lupaan merujuk kepada kehilangan kemampuan untuk mengingat kembali atau
mengenal sesuatu yang sudah dipelajari sama ada sementara waktu atau selamalamanya. Sebab-sebab mengapa manusia boleh lupa:
(1)

Gagal mengenkod bermakna maklumat yang dicari semasa mendapatkan


semula belum dikuasai (contoh, murid yang mempunyai strategi pembelajaran
yang tidak berkesan)

(2)

Gagal mendapatkan kembali merujuk kepada ketidakupayaan mengakses


maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang (contoh, perkara yang
dipelajari melalui hafazan sukar untuk mengingatkannya semula)

(3)

Gangguan proaktif dan gangguan retroaktif bermakna peristiwa atau


maklumat lain mengganggu keberkesanan mendapatkan semula maklumat
yang diperlukan. Contoh, anda belajar bahasa Inggeris diikuti dengan bahasa
Jepun. Gangguan retroaktif berlaku jika anda ingat bahasa Jepun dengan baik
tetapi terlupa bahasa Inggeris. Contoh gangguan proaktif: anda cuba ingatkan
lapan-digit nombor telefon rumah anda tapi anda masih ingatkannya sebagai
nombor tujuh-digit.

(4)

Keusangan, di mana, selepas satu jangka masa yang lama maklumat menjadi
semakin lemah dan akhirnya akan terus lenyap, terutama jika maklumat
tersebut tidak kerap digunakan.

99

6.8.9

Pemindahan Pembelajaran
Pemindahan pembelajaran merujuk kepada keupayaan mengaplikasikan sesuatu
yang dipelajari ke situasi yang lain. Ia meningkatkan prestasi sesuatu tugasan hasil
daripada sesuatu yang diperoleh daripada tugasan sebelumnya.
Pembelajaran tentang satu topik membantu individu menguasai pembelajaran secara
positif disebut sebagai pemindahan positif. Contohnya, tahu olahan tambah dan
olahan tolak membantu individu mengurus wang perbelanjaannya dengan baik.
Pemindahan

negatif

berlaku

jika

pembelajaran

sesuatu

topik

menghindari

pembelajaran topik yang lain. Contohnya, tahu satu program memproses perkataan
mengganggu pembelajaran program spreadsheet.
Apabila pemindahan berlaku disebabkan oleh tugasan pembelajaran yang asal dan
pemindahan bertindan tindih dari segi isi kadungannya, ia dikenali sebagai
pemindahan spesifik, contohnya, mengaplikasi peraturan tanda bacaan dalam
penulisan surat. Apabila kita belajar dalam satu situasi mempengaruhi pembelajaran
dan prestasi situasi lain, ia dinamakan pemindahan umum, contohnya, pemahaman
Hukum Graviti daripada mata pelajaran Sains membantu pembelajaran mata
pelajaran Geografi.
Pendidikan perlu menggalakkan pemindahan, iaitu, perkara yang dipelajari di sekolah
bertujuan

menyediakan

murid

dengan

kehidupan

di

luar

sekolah.

Walau

bagaimanapun, ini tidak berlaku sepenuhnya sepertimana yang diharapkan oleh


pendidik. Ini kerana pembelajaran telah ditetapkan, maka seseorang menghadapi
masalah mengaplikasikan ilmu pengetahun yang dimuridi dalam satu situasi, dan
dalam satu kumpulan, ke dalam situasi atau kumpulan lain.

TUTORIAL
Sebagai guru dalam bilik darjah yang mempunyai murid-murid pelbagai
tahap kesediaan pembelajaran, kenal pasti cara-cara yang sesuai untuk
memastikan pemindahan pembelajaran berlaku dengan berkesan.

100

http://www.infed.org/biblio/b-learn.htm
http://general-psychology.weebly.com/how-does-classical-conditioning-work.html

RUJUKAN
Noriati, R., Boon, P. Y., & Sharifah, F. (2009). Murid dan alam belajar. Shah
Alam: Oxford Fajar.
Ormrod, J. E. (2008). Educational psychology: Developing learners (6th ed.).
Uppersaddle River, NJ: Pearson.
Slavin, R. E. (1997). Educational psychology: Theory and practice. (5th ed.).
Boston: Allyn and Bacon.
Woolfolk, A. E. (2004). Educational psychology (9th ed.). NJ: Prentice Hall

101

Anda mungkin juga menyukai