Anda di halaman 1dari 7

Chocolate Cream Horn Buns

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti @ tepung high protein@ tepung superfine
200gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
230ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain@natural yogurt

Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti


baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu
Untuk Chocolate Filling
500ml susu coklat
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawa gula
50ml fresh cream
( masukkan semua bahan dalam bekas, kacau sebati, pastikan adunan tidak berketul dan tapiskan
adunan ke dalam periuk dan masak hingga pekat, pastikan dikacau selalu dan gunakan api
perlahan, sejukkan inti coklat sebelum dipiping didalam cream horn bun nanti) .
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan
ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan
boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga
tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam
plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli
semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar
doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa
bebola kecil, lebih kurang 40 gram satu, canaikan memanjang lebih kurang 30cm, lilit pada
acuan horn seperti rajah di bawah, ulang langkah tadi sehingga doh habis , susun doh diatas
baking sheet, perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih
kurang 40 minit.
5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur akhir
sekali bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun
perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya
permukaan bun berkilat.
6. Sejukkan atas redai, pipingkan krim coklat di dalam bun horn tadi dan sedia untuk
dihidangkan, selamat mencuba.

Jika doh ni nak dibahagikan dua pun boleh, mcm ros buat hari tu, separuh dijadikan horn dan
separuh lagi ros bulatkan2 , bila masak ros toppingkan dgn chicken floss.

homemade chocolate fillng ( sejukkan dahulu sebelum dipiping di dalam cream horn)

langkah bergambar cara lilitan doh pada acuan cram horn

doh di giliss dengan bacuhan telur pada permukaan roti

siap dibakar

close up rupa cream horn ini sebelum dipiping dengan inti coklat

sedia untuk di isi inti krim coklat

sedia untuk dihidangkan

anak-anak pasti menggemarinya

Alhamdulillah jadi dengan jayanya

cream horn coklat dan chicken floss bun dari doh yang sama

Anda mungkin juga menyukai