Anda ingin membuat muffin yang lazat untuk dinikmati seisi keluarga? Ketahui cara-cara
membuat muffin yang mudah dan simple tetapi enak. Ikuti resepi yang diberikan di bawah ini:
Muffin Coklat
Bahan-Bahan
½ cawan mentega
½ cawan minyak jagung
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
2 ½ cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
Tips:
1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna
mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin
anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak
terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit
tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan
masak dengan sempurna.
7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi
sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).
Selamat mencuba!