Anda di halaman 1dari 12

TIPS DAN TEKNIK

=============
Pastikan telur dan gula kacau cukup sekadar telur pecah sahaja. TAK PERLU KACAU SEHINGGA
SEBATI. Gula tak hancur pun biarkan sahaja.
Masukkan bahan kering. KACAU BAHAN KERING TAK PERLU SEMUA SEBATI macam buat kek. YA
AKAN ADA BERBINTIL ADUNAN tetapi biarkan je.
MUFFIN TAK BOLEH KACAU TERLALU LAMA DAN SEBATI. Itu menyebabkan muffin menjadi
seolah bantat. SIAP ADUNAN MUFFIN SEELOKNYA TERUS DI BAKAR. JANGAN BIARKAN LAMA
TERDEDAH DI SUHU BILIK.
Untuk mendapatkan muffin yang montoks. Perlu gunakan tray muffin yang jenis tinggi / dalam
lubangnya. Isi adunan sama paras dengan acuan papercup.
Jika takde tray muffin jenis tinggi/dalam.
Pastikan isi adunan muffin hanya 3/4 atau boleh lebihkan sikit.
Muffin perlu di bakar dengan menggunakan suhu yang tinggi.
Untuk tahu muffin dah masak atau belum. Selepas 30 minit boleh tekan tengah2 permukaan
muffin. Jika muffin dah keras itu menandakan muffin sudah masak.
Jika tak yakin boleh guna cake taster cucuk permukaan muffin tersebut.
Penggunaan coklat cips. Seeloknya guna yang import sebab bila bakar coklat cips tersebut tidak
cair.
Pastikan papercup jangan di letak senget dalam tray muffin nanti muffin akan naik tak cantik.
Pastikan oven betul-betul panas sebelum di masukkan muffin supaya muffin akan naik cantik.
Bakar muffin menggunakan suhu atas dan bawah
Suhu oven dan masa bakar yang kami berikan adalah guide untuk anda. Apa pun sila kenal ovem
anda sendiri
Untuk mendapatkan muffin yg gebu dan cantik macam dalam resepi yang di beri, adunan tak
boleh terlalu di kacau sehingga kembang, kerana ia akan mempengaruhi tekstur muffin itu .
Muffin yang cantik akan mempunyai permukaan merekah dan kasar bahagian atas. bahagian
dalam pula tekstur lembut dan padat.
Muffin bila sejuk memang akan sedikit keras, untuk dapatkan tekstur lembut perlu di panaskan
kembali dalam microvawe. Even di mana2 restoren pun jika kita makan muffin mereka akan
panaskan muffin terlebih dahulu.
MUFFIN dan CUPCAKE adalah 2 jenis perkara yang berbeza.
CUPCAKE akan moist dan lembut permukaan di sebabkan pengunaan suhu yang rendah dan cara
membuatnya wajib menggunakan whisk untuk sebatikan butter dan gula.
MUFFIN memang tekstur sedikit kering di luar di sebabkan penggunaan api yang tinggi dan
tekstur sedikit keras dan padat di sebabkan cara membuatnya.
Resepi muffin ni sangat2 simple hanya menggunakan whisk untuk kacau adunan dan bukan
menggunakan mixer
Teknik kacau adunan kenalah ikut seperti dalam resepi. JANGAN KACAU TERLALU LAMA
SELEPAS DI MASUKKAN BAHAN KERING
Perkara paling penting semasa proses membakar,sila kenal oven masing2 dahulu. mulakan
dengan suhu yg rendah dahulu apabila tak pasti suhu oven anda, apabila permukaan dan warna
muffin tidak seperti yg di syorkan, anda bolehlah menambah masa dan naikkan sedikit suhu.
BAKING POWDER adalah bahan utama untuk mengembangkan muffin
BAKING SODA adalah bahan untuk meringankan muffin
(setiap resepi mempunyai bahan yang berlainan, dan tak semua muffin menggunakkan bahan penaik
yang sama)
Resepi muffin kelas kita jenis padat tapi masih lembut tu sebab kita tidak menggunakan baking
soda.
RESEPI BONUS
------------------------------------
( ) BANANA CHEESE MARBLE CAKE
=========================
(MIX & BLEND)
BAHAN :
2 cups (300 grm) tepung gandum
1 tsp (4 grm) baking powder
1 tsp (4 grm) soda bicarbonate
1 cup (112 gram)minyak masak/jagung
1/2 cup gula kastor
1/2 cup brown sugar
5 biji (300 grm)pisang berangan (potong kecil)
3 biji telur (A)
CARA:
masukan kesemua bahan bertanda ( ) ke dalam blender dan kisar hingga halus
tapis bahan bertanda ( )dan masukkan ke dalam bahan bertanda ( )
kaup balik kedua-dua bahan
=======================================
( )CREAM CHEESE
BAHAN :
140 grm cream cheese
25 grm gula kastor
1 biji telur (A)
1/2 tsp lemon paste
CARA :
letakkan ke semua bahan ke dlm blander dan kisar hingga halus
masukkan cream kedalam piping bag
=========================================
Dalam loyang empat segi berukuran (9x9), griskan loyang dengan minyak dan alaskan permukan
loyang dengan kertas minyak.
lapisan pertama letakan bahan bertanda ( ) dan pipe kan adunan bertanda ( ) di atas
ambil sebatang lidi lalu membuat corak di bahagian atas kek (rujuk video)
susun potongan pisang mengikut kreatifviti anda
boleh meletakkan choco chip bahagian atas jikalau suka.
bakar adunan selama 1 jam 10 minit dengan suhu 170 •C, api atas bawah
KETAHANAN KEK : Suhu bilik bertahan selama 3 hari, di dalam chiller 4-5 hari
CADANGAN HARGA : RM 15 (9x3)
- RM40 (9x9)
BANANA WALNUT MUFFIN
===================
Bahan-Bahan
▪️230gm tepung gandum*
▪️2 tsp baking powder*
▪️100gm gula perang
▪️2 biji telur - gred A
▪️200gm pisang emas/berangan - di lenyek
▪️120gm minyak jagung
▪️40gm susu full cream
▪️1 tsp esen vanilla
▪️1/4 tsp esen pisang
▪️80gm walnut - di panggang dan cincang
Cara-Cara
Satukan bahan bertanda * kemudian ayak. Setelah di ayak masukkan gula perang ke dalam
tepung. Gaul sebati dan ketepikan.
Telur dan esen vanilla di satukan, whisk telur cukup sekadar telur kuning hancur . Masukkan
minyak jagung dan di ikuti dengan susu full cream yang dah di campur dengan esen pisang
Whisk semua sebati kemudian masukkan tepung. Kacau tepung cukup sekadar sebati sahaja. Tak
perlu terlalu lama.
Masukkan pisang dan kacang walnut guna kaedah kaup balik untuk sebatikan adunan.
Isi adunan ke dalam papercup. Pastikan adunan sama paras dengan papercup.
Hias dengan walnut / coklat chips.
Bakar suhu 190 ke 200 darjah dan masa bakar antara 25 ke 30 minit.
Nota kaki
1 adunan akan dapat lebih kurang 16 ke 18 biji papercup bersaiz 8
Harga jualan RM2 ke RM2.50 untuk sebiji
BLUEBERRY MUFFIN
===============
Bahan-Bahan
▪️230gm tepung gandum*
▪️1 tsp baking powder*
▪️100gm gula kaster
▪️2 biji telur - gred A
▪️100gm minyak jagung
▪️100gm susu full cream
▪️50gm yogurt
▪️1 1/2 tsp blueberry flavour
▪️1 tsp esen vanilla
▪️Blueberry filling secukupnya
Cara-Cara
Satuka bahan bertanda * kemudian ayak. Selepas di ayak, satukan jugak gula kaster, gaul sebati.
Ketepikan
Whiskan telur bersama esen vanila, kemudian masukkan minyak jagung dan di ikuti dengan susu
yang telah di campur dengan blueberry flavour dan juga yogurt . Kacau hingga sebati
Masukkan tepung kemudian whisk cukup sekadar sebati sahaja. Tak perlu whisk terlalu lama.
Isikan papercup saiz 8cm ke dalam loyang muffin, masukkan 1/2 adunan muffin kemudian
drizzelekan dengan blurberry, kemudian tuang lagi adunan muffin sehingga sama paras dengan cup
Bakar suhu 190 ke 200 darjah lebih kurang 25 ke 30 minit.
Nota kaki :
Jika nak jadikan strawberry muffin just tukar blueberry flavour dan filling sahaja.
1 adunan akan dapat 16 ke 17 biji muffin saiz 8 papercup
Harga jualan sebiji muffin ini lebih kurang
RM1.50 ke RM2.00.
OREO MUFFIN
==================
Bahan-Bahan
230gm tepung gandum*
2tsp baking powder *
100gm gula perang
130gm minyak jagung
100gm susu full cream
60gm yogurt
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
90gm biskut oreo di hancurkan / oreo crushed
Biskut oreo untuk hiasan secukupnya
Cara-Cara
Satukan bahan bertanda * kemudian ayak. Setelah di ayak satukan gula perang kemudian kacau sebati
dan ketepikan.
Whiskan telur, esen vanilla dan yogurt. Sehingga yogurt sebati.
Masukkan minyak jagung dan di ikuti dengan susu full cream. Whisk sebati bahan tersebut.
Masukkan tepung gandum , cukup whisk sekadar sebati sahaja . Tak perlu lama.
Masukkan oreo crushed guna kaedah kaup balik sahaja untuk sebatikan adunan
Isi papercup ke dalam loyang muffin.
Isikan adunan hingga sama paras dengan papercup. Tabur oreo crushed sebagai hiasan
Bakar suhu 190 ke 200 darjah untuk lebih kurang 25 ke 30 minit.
Nota kaki
1 adunan akan dapat 16 ke 17 biji bagi papercup bersaiz 8
Harga jualan RM1.80 ke RM2.20 untuk sebiji
BANANA CHOCO CHIP MUFFIN
------------------------------------------------------
BAHAN :
1 cup (240 grm) pisang berangan -7biji (Lenyekkan)
1 biji telur (A)
1 1/2 cups (225 grm) tepung gandum
1/3 cup (70 grm) castor sugar
1/3 cup (70 grm) brown sugar
1 1/2 tsp (6 grm) baking powder
1/4 tsp (2 grm) garam
1/2 cup (112 grm) minyak /butter cair
1/3 cup (80 grm) susu full cream
1/2 tsp vanilla esen
1 cup(112 grm) choco chip
CARA :
Hanya menggunakan whisk, campurkan kesemua bahan basah bertanda ( ) dan pukul hingga sebati.
Di dalam mangkuk lain, masukkan kesemua bahan kering bertanda ( ) dan campur hingga sebati.
Campurkan bahan bertanda ( ) ke dalam bahan bertanda ( ) campur hingga semuanya rata dan
sebati.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe kan adunan ke dalam loyang beralaskan muffin cup
Letakkan sedikit taburan choco chip di atas permukaan adunan muffin dan bakar selama 25-30 minit
dengan suhu 180-200•C mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Untuk mendapatkan pemukaan muffin yang gebu dan cantik,letak adunan sama rata dengan papercup
atau pun utk extra gebu bole letakan lebih sedikit dari papercup.
Muffin ini boleh di buat dalam ukuran mini (size 6) & stardard (size 8 )
1 ADUNAN
Standard - 12 pcs
Mini - 20 pcs
TEKSTUR MUFFIN INI ADALAH CRISPY BAHAGIAN LUAR, LEMBUT DAN PADAT BAHAGIAN DALAM
BERTAHAN SELAMA 3-4 HARI DI DALAM SUHU BILIK
CADANGAN HARGA : RM 1.80 - RM 2.00
LEMON COCONUT MUFFIN
------------------------------------------------------
BAHAN :
1 tbsp parutan kulit lemon
1 biji (120 grm) Lemon (ambil jus sahaja)
1/2 cup (112 grm) castor sugar
1/2 cup kelapa parut kering (rujuk gambar)
2 1/2 cup (375 grm)tepung gandum
2 tsp (8 grm) baking powder
1/2 tsp (2 grm) baking soda
1 tsp (4 grm)garam
2 biji telur (A)
1/3 cup (75 grm) minyak /butter cair
1 cup plain yogurt (240 gram)
100 grm susu full cream
1 1/2 tsp esen vanilla
1 tsp lemon paste
CARA :
Hanya menggunakan whisk, campurkan kesemua bahan basah bertanda ( ) dan pukul hingga sebati.
Di dalam mangkuk lain, masukkan kesemua bahan kering bertanda ( ) dan campur hingga sebati.
Campurkan bahan bertanda ( ) & ( )ke dalam bahan bertanda ( ) campur hingga semuanya rata dan
sebati.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe kan adunan ke dalam loyang beralaskan muffin cup
taburkan sedikit kelapa parut kering ke atas adunan dan bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180-200•C
mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Untuk mendapatkan pemukaan muffin yang gebu dan cantik,letak adunan sama rata dengan papercup atau
pun utk extra gebu bole letakan lebih sedikit dari papercup.
Muffin ini boleh di buat dalam ukuran mini (size 6) & stardard (size 8 )
1 ADUNAN
Standard - 13 pcs
Mini - 20 pcs
TEKSTUR MUFFIN INI ADALAH CRISPY BAHAGIAN LUAR, LEMBUT DAN PADAT BAHAGIAN DALAM
BERTAHAN SELAMA 3-4 HARI DI DALAM SUHU BILIK
CADANGAN HARGA : RM 1.80 - RM 2.00
PANDAN MUFFIN
============
Bahan-Bahan
▪️220gm tepung gandum* / self raising flour
▪️1 1/2 tsp baking powder*
▪️130gm gula kaster
▪️2 biji telur gred A
▪️1 kotak kecil santan = 200ml santan
▪️80gm butter cair / minyak jagung
▪️50gm susu full cream
▪️1tsp pewarna hijau
▪️1 1/2 tsp perisa pandan
▪️1 tsp esen vanilla
Cara-Cara
Satukan bahan * kemudian ayak. Setelah di ayak. Masukkan gula kaster , kemudian kacau sebati. Ketepikan
Cairkan butter guna api perlahan saja. Tak perlu double boiled. Sejukkan dulu sebelum guna
Whisk telur bersama esen vanilla. Cukup sekadar telur kuning pecah.
Masukkan butter cair, di ikuti dengan susu full cream dan santan yang telah di campur dengan pewarna hijau
dan perasa pandan.
Kacau semua sebati.
Masukkan tepung kacau sebati. Tak perlu kacau lama cukup sekadar sebati semua adunan sahaja.
Isi papercup ke dalam loyang muffin, tuang adunan muffin sama paras dengan cup.
Bakar suhu 190 ke 200 darjah selama 25 ke 30 minit . Bergantung pada suhu oven sendiri.
Nota kaki :
1 adunan akan dapat lebih kurang 16-18 biji muffin papercup bersaiz 8
Harga jualan untuk sebiji
RM1.80 ke RM2.00
CHOCO ORANGE MUFFIN
===================
Bahan-Bahan
230gm tepung gandum*
2tsp baking powder*
80gm gula kaster / gula perang
2 biji telur gred A
120gm susu full cream
100gm butter - dicairkan /minyak jagung
2 tsp orange flavour /1 tsp orange paste
1 tsp pewarna oren
1 tsp esen vanilla
80gm coklat chips - dark coklat chip
2 sudu besar coklat spread / nutella - di masukkan dalam piping beg
Coklat chips untuk hiasan
Cara-Cara
Satukan bahan bertanda * kemudian ayak bahan tersebut. Kemudian masukkan gula kaster ke dalam
bahan ayak tadi. Kacau sebatik dan ketepikan.
Cairkan butter - guna api yang perlahan sahaja dan tidak perlu double boiled.
Whisk telur bersama esen vanila, cukup sekadar sebati sahaja. Kemudian masukkan butter cair dan di
ikuti dengan susu full cream yang telah di campur dengan pewarna oren dan oren flavour. Kacau sebati
adunan.
Masukkan bahan ayak tadi kemudian whisk cukup sekadar sebati dan tak perlu lama.
Masukkan coklat chips dan guna kaedah kaup balik sahaja
Isi adunan ke dalam muffin kemudian paip coklay spread dan isi lagi adunan sehingga penuh cup (
refer video)
Tabur coklat chips sebagai hiasan
Bakar suhu 190 ke 200 darjah selama 30 minit ( bergantung pada oven sendiri )
Nota kaki :
1 adunan ni akan dapat lebih kurang 17 ke 18 biji muffin yang bersaiz 8
Harga jualan untuk sebiji muffin
RM1.80 ke RM2.00
CARROT WALNUT MUFFIN
------------------------------------------------------
BAHAN :
2 biji telur (A)
2 cups (300 grm) tepung gandum
1/4 cup (56 grm) castor sugar
1/4 cup (56 grm) brown sugar
2 tsp (8 grm) baking powder
1/2 cup (112 grm) butter (lembutkan)
90 grm susu full cream
50 grm kacang walnut (cincang kasar)
2 tsp jus oren
1/2 tsp (2 grm) serbuk kayu manis
1/2 tsp (3 grm) garam
130 grm lobak merah (di parut halus)
CARA :
Hanya menggunakan whisk, campurkan kesemua bahan basah bertanda ( ) dan pukul hingga sebati.
Di dalam mangkuk lain, masukkan kesemua bahan kering bertanda ( ) dan campur hingga sebati.
Campurkan bahan bertanda ( ) & ( )ke dalam bahan bertanda ( ) campur hingga semuanya rata
dan sebati.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe kan adunan ke dalam loyang beralaskan muffin cup
bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180-200•C mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Untuk mendapatkan pemukaan muffin yang gebu dan cantik,letak adunan sama rata dengan papercup
atau pun utk extra gebu bole letakan lebih sedikit dari papercup.
Muffin ini boleh di buat dalam ukuran mini (size 6) & stardard (size 8 )
1 ADUNAN
Standard - 12 pcs
Mini - 20 pcs
TEKSTUR MUFFIN INI ADALAH CRISPY BAHAGIAN LUAR, LEMBUT DAN PADAT BAHAGIAN DALAM
BERTAHAN SELAMA 3-4 HARI DI DALAM SUHU BILIK
CADANGAN HARGA : RM 1.80 - RM 2.00
DOUBLE CHOCO CHIP MUFFIN
------------------------------------------------------
BAHAN :
1 biji telur (A)
2 cups (300 grm) tepung gandum
1 cup (224 grm) castor sugar
1/2 cup (75 grm) serbuk koko
1 tsp (4 grm) baking soda
1/2 cup (112 grm) minyak /butter cair
1/2 cup (120 grm) susu Full cream
100 grm choco chip
1 cup (240 grm) plain yogurt
1 tsp vanilla esen
CARA :
Hanya menggunakan whisk, campurkan kesemua bahan basah bertanda ( ) dan pukul hingga sebati.
Di dalam mangkuk lain, masukkan kesemua bahan kering bertanda ( ) dan campur hingga sebati.
Campurkan bahan bertanda ( ) & ( )ke dalam bahan bertanda ( ) campur hingga semuanya rata
dan sebati.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe kan adunan ke dalam loyang beralaskan muffin cup
Letakkan sedikit taburan choco chip di atas permukaan adunan muffin dan bakar selama 25-30 minit
dengan suhu 180-200•C mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Untuk mendapatkan pemukaan muffin yang gebu dan cantik,letak adunan sama rata dengan papercup
atau pun utk extra gebu bole letakan lebih sedikit dari papercup.
Muffin ini boleh di buat dalam ukuran mini (size 6) & stardard (size
1 ADUNAN
Standard - 14 pcs
Mini - 24 pcs
TEKSTUR MUFFIN INI ADALAH CRISPY BAHAGIAN LUAR, LEMBUT DAN PADAT BAHAGIAN DALAM
BERTAHAN SELAMA 3-4 HARI DI DALAM SUHU BILIK
CADANGAN HARGA : RM 1.80 - RM 2.00
RED VALVET MUFFIN
===============
Bahan-Bahan
230gm tepung gandum* @ tepung naik sendiri
2 tsp baking powder*
2tsp serbuk koko*
130gm gula kaster ( kalau nak manis up to 150gm gula )
130gm butter - dicairkan @ minyak jagung
130gm buttermilk @ 130gm susu fullcream +1 tbsp cuka masakan. Biarkan dalam 10 minit sebelum di
gunakan.
2 biji telur gred A
1tsp esen vanilla
1tsp pewarna merah - jika tak suka merah boleh kurangkan.
Coklat chips duo warna sebagai hiasan
NOTA KAKI :
TSP - Tea Spoon - sudu tea metrik
TBSP - Table Spoon - sudu makan metrik
Cara-Cara
Satukan bahan bertanda * kemudian ayak. Setelah di ayak, campurkan gula kaster ke dalam bahan
kering tersebut dan kacau sebati. Ketepikan
Cairkan butter - gunakan api perlahan sahaja, tidak perlu double boiled.
Whisk telur bersama esen vanilla, sekadar sebati sahaja. Masukkan butter cair dan buttermilk yang
telah di campurkan pewarna merah. Kacau sehingga sebati
Masukkan bahan ayak tadi, whisk cukup sekadar sebati sahaja. Tak perlu whisk terlalu lama. Jika ada
berketul itu biasa untuk muffin.
Isi ke dalam paper cup yang telah di letakkan di dalam try muffin. Pastikan isi adunan sama selaras
dengan cup muffin. ( refer video)
Hiasakan dengan coklat chips duo warna.
Bakar suhu 190 ke 200 darjah lebih kurang 30 minit.
Bakar menggunakan rak tengah oven
Nota kaki :
1 adunan akan dapat lebih kurang 16 ke 18 biji muffin yang bersaiz 8
Harga jualan muffin
RM1.80 ke RM2.00 untuk sebiji

Anda mungkin juga menyukai