Anda di halaman 1dari 9

KOMUNIKASI DAN INTERAKSI

DALAM BILIK DARJAH

TAJUK 6
Sinopsis

Tajuk dalam bab ini membincangkan amalan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam
luar bilik darjah. Ini merangkumi tajuk-tajuk seperti konsep komunikasi, model-model
komunikasi, kepentingan, gangguan dan halangan komunikasi serta cara-cara komunikasi
yang berkesan dalam bilik darjah. Bab ini turut menghuraikan tajuk- tajuk seperti konsep
interaksi, pola interaksi, kepentingan dan halangan dalam interaksi serta cara-cara
mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:
1.

Menjelaskan konsep dan model komunikasi.

2.

Mengaplikasi pelbagai pola interaksi dalam mewujudkan interaksi berkesan.

3.

Menghuraikan kepentingan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan


pembelajaran.

4.

Menghuraikan halangan dan gangguan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran


dan pembelajaran.

5.

Menghuraikan cara mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik
darjah.

Adakah anda tahu...


Perbezaan antara komunikasi dan interaksi.
Mengapakah penting bagi seseorang guru mempunyai kemahiran komunikasi
dan interaksi dalam bilik darjah?

108

6.1

Konsep Komunikasi dan Model Komunikasi


Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada
seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada
penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan
hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat.

Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan
lisan.Komunikasi

lisan

melibatkan

proses

pemindahan

idea

dan

ditutur

menggunakan bahasa yang difahami.Manakala komunikasi bukan lisan ialah


penyampaian

idea

yang

melibatkan

pergerakan

anggota

badan

seperti

menganggukkan kepala tanda setuju.Oleh itu, seorang guru perlu menguasai


kemahiran berkomunikasi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan berkesan serta mencapai objektifnya.

6.1.1

Model-Model Komunikasi
Terdapat empat jenis model komunikasi iaitu:
1. Model Claude Shannon dan Warren Weaver
2. Model Wilbur Schramm I
3. Model Wilbur Schramm II
4. Model Wilbur Schramm III

109

Mengikut Model Shannon & Weaver,proses komunikasi bermula dari sumber


maklumat yang disimpan dalam ingatan akan menghasilkan mesej melalui alat
pemancar seperti suara,kemudian melalui saluran dan sampai ke alat penerima atau
telinga setelah diproses oleh otak.

Berdasarkan model ini,keberkesanan penyampaian dan penerimaan sesuatu


maklumat bergantung kepada sumber-sumber gangguan yang menjadi penghalang.
Gangguan seperti kebisingan dan suara guru yang tidak jelas akan menyebabkan
maklumat yang ingin disampaikan gagal.

Dalam Model Schramm I, proses komunikasi bermula dengan rangsangan sebagai


sumber,kemudian dienkod untuk ditafsir dan diikuti dengan menghantar mesej dalam
bentuk isyarat.Selepas mesej diterima untuk didekod dengan serta merta dan
disalurkan ke destinasinya. Model ini menekankan proses menghantar dan menerima

110

mesej semasa proses komunikasi dan keberkesanan komunikasi di dalam bilik darjah
banyak bergantung kepada tepatnya sumber dienkod oleh guru dan didekod oleh
murid-muridnya.

Model Schramm II pula adalah lanjutan daripada Model Schramm I. Dalam Model
Schramm

II,

elemen

yang

penting

ialah

pengalaman

penghantar

dan

penerima.Mesej akan diterima dengan jelas sekiranya penghantar dan penerima


mempunyai pengalaman yang bertindih.Ini kerana rangsangan yang dikod dan mesej
yang didekod dipecahkan kodnya berdasarkan kepada pengalaman yang bertindih
pada kedua-dua pihak.

111

Dalam model ini, mereka yang terlibat dalam proses komunikasi ini akan bertukartukar peranan mereka daripada pengenkod (penyampai),pengdekod(penerima) dan
pentafsir.Ini bermakna model ini amat mementingkan aktiviti perbincangan dan soal
jawab untuk mengintepretasi dan mentafsir mesej daripada pelbagai sumber.Ini
bermakna komunikasi jenis ini melibatkan interaksi dua hala.
REHAT & REFLEK
Sekarang, kita berhenti seketika untuk membuat refleksi...
Ingat kembali jenis model yang dibaca tadi .Model komunikasi manakah yang
anda rasa sesuai diamalkan dalam bilik darjah anda. Mengapa?

6.2

Pola Interaksi Dalam Bilik Darjah

Menurut Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua
hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau
bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di dalam
bilik darjah terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:

1. Interaksi sehala

-interaksi sehala daripada guru kepada murid.

2. Interaksi dua hala

-interaksi dua hala antara guru dengan murid atau


murid dengan murid

3. Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan


murid dan murid dengan guru.

Perhubungan pengajaran dengan jenis interaksi dalam bilik darjah

Jenis Interaksi

Ciri-ciri interaksi
berpusatkan guru
tiada
murid

interaksi

antara

pengajaran
guru

berpusatkan

memberi arahan

aktiviti pembelajaran pasif

Pendekatan dan strategi


pengajaran

kaedah kelas
kaedah ekspositori

demonstrasi/tunjuk cara

Interaksi Sehala

aktiviti bercerita

112

Jenis Interaksi

Ciri-ciri interaksi

hubungan yang mesra kaedah perbincangan


antara guru dan murid
aktiviti soal jawab

penglibatan murid
digalakkan

M
M

Pendekatan dan strategi


pengajaran

kaedah individu

aktiviti pembelajaran aktif

Interaksi dua hala antara


guru dengan murid

G
M
M
M
M
M

hubungan yang mesra


antara murid dengan murid

pengajaran
murid

interaksi guru dan murid


sehala
iaitu
melalui
bimbingan atau arahan
sahaja
atau
sebagai
fasilitator

kaedah berkumpulan

pembelajaran berpusatkan
murid

akitiviti sumbangsaran

kaedah projek
aktiviti bermain
aktiviti lakonan

murid lebih kreatif


hubungan
lebih erat

Interaksi dua
dengan murid

berpusatkan

hala

murid

murid aktiviti pembelajaran aktif


wujud semangat kerjasama
dan saling menolong

G
M
M

antara

aktiviti pengajaran dan


pembelajaran sangat aktif

kaedah berkumpulan

perhubungan antara guru


dengan murid dan murid
dengan murid lebih erat
dan mesra

aktiviti bermain

penglibatan guru dan murid


sangat aktif

aktiviti pemulihan

Interaksi pelbagai hala

113

kaedah projek
aktiviti lakonan
akitiviti sumbangsaran
aktiviti pengayaan

Buatkan catatan atau nota-nota penting


Perbandingan pelbagai pola interaksi guru yang positif demi mewujudkan
interaksi berkesan dalam bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran & pembelajaran

Masa rehat. Bersama rakan-rakan sejawat, berbincang tentang aspek berikut:


Berdasarkan pengalaman anda mengajar di sekolah, kenal pasti halangan dan
gangguan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cadangkan
cara menangani gangguan komunikasi tersebut.

6.3

Kepentingan Komunikasi dan Interaksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Guru yang tiada
kemahiran komunikasi dan interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak kondusif
menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi. Kepentingan komunikasi dan
interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran:

mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis

membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat dalam


pembelajarannya.

mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid
supaya pembelajaran lebih menyeronokkan

6.4

penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan

Halangan dan Gangguan Komunikasi dan Interaksi dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

(a)

Suasana kelas yang bising. Kebisingan di dalam bilik darjah adalah faktor
utama mengurangkan keberkesanan proses komunikasi. Jika murid-murid di
dalam kelas tidak dikawal dengan baik,mereka akan membuat bising seperti
bercakap dengan kuat dan menjerit-jerit.Dalam situasi bising yang melampau,
guru akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengajaran dengan

114

jelas. Implikasinya murid turut sukar menerima proses pengajaran yang


disampaikan oleh guru.
(b)

Guru yang kurang berpengalaman. Guru yang kurang berpengalaman


mungkin akan dipandang rendah oleh murid-muridnya. Malah murid-murid
tidak berkeyakinan dengan kebolehan guru apatah lagi jika guru itu mengajar
menggunakan kaedah yang lama dan sama sepanjang pengajarannya.
Murid-murid tidak akan memberi perhatian di dalam kelas. Ini akan
menjejaskan komunikasi yang wujud antara murid dan guru serta interaksi
yang mesra sukar dibina.

(c)

Kepimpinan

guru

yang

autokratik.

Guru

yang

bersifat

autokratik

menentukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid hanya


mengikut arahan dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat dan tidak
digalakkan bercakap atau berbincang sesama sendiri.Keadaan ini akan
menyebabkan murid merasa tidak seronok dan menyimpan perasaan benci
akan gurunya.Hubungan yang tidak mesra ini pasti menyukarkan komunikasi
dan interaksi dalam bilik darjah.
(d)

Bilangan murid yang terlalu ramai.Bilangan murid yang terlalu ramai akan
menyebabkan kelas menjadi sempit dan tidak selesa. Murid-murid sukar
bergerak untuk melakukan aktiviti pembelajaran. Pengajaran guru kurang
efektif kerana banyak aktiviti sukar dilaksanakan dan hubungan yang mesra
juga sukar diwujudkan kerana kelas yang tidak kondusif.

6.5

Cara-cara Mewujudkan Komunikasi dan Interaksi yang Berkesan dalam Bilik


Darjah.
(a)

Elakkan mengkritik atau melabel murid-murid dengan memberi nama yang


boleh menimbulkan rasa malu murid yang berkenaan. Perasaan rendah diri
menyebabkan murid mengasingkan diri dan enggan melibatkan diri dalam
aktiviti

(b)

Guru sebagai model sentiasa menunjukkan sifat penyayang dan mengambil


tahu latar belakang murid-muridnya.

(c)

Gunakan gaya kepimpinan demokratik dengan melayan idea dan cadangan


murid secara terbuka. Interaksi dua hala akan mewujudkan hubungan yang
mesra menyebabkan murid akan memberi perhatian kepada pengajarannya.

115

(d)

Elakkan amalan kepimpinan autokratik yang hanya suka memberi arahan


yang mesti dipatuhi tanpa tolak ansur.

(e)

Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan


gunakan teknik perbincangan dan penyoalan serta strategi berpusatkan
murid

(f)

Bahan bantu belajar yang kreatif dan inovatif boleh menimbulkan minat murid
untuk belajar dengan melibatkan diri secara aktif.Pengajaran guru akan lebih
berkesan malah interaksi antara murid akan terbentuk.
Latihan
Antara jenis kepemimpinan Autokratik, Demokratik dan Laissez-faire, yang
manakah dianggap sesuai sekali diamalkan dalam bilik darjah. Sokong hujah
anda dengan contoh yang sesuai.

Rujukan

Arends, R. I. (2000). Learning to teach. (5th eEd.) Boston: McGraw Hill.


Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul 2: Pedagogi 1. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Balson, Maurice. (1991). Understanding classroom behaviour. Australia: Australian Print
Group.
Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to practice.
NSW: Dcroom Helm.
Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating positive learning
environment for all students. Mass: Allyn & Bacon.
Kyriacou, C. (1991). Essential teaching skills. Hemel Hempstead: Simon & Schuster.
Moore, K. D. (1995). Classroom teaching skills. (3rd ed.) New York: McGraw Hill
Slavin, R. E. (1991). Educational psychology. (3rd ed.) Boston: Allyn and Bacon.
Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

116

Anda mungkin juga menyukai