Anda di halaman 1dari 3

Mencari timba si anak dara,

Di Bawah sarang burung tempua


Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang kepada semua

Selamat sejahtera diucapkan kepada Yang Dihormati Tuan


Pengerusi Majils, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang setia, dan para hadirin yang dikasihi
sekalian.Saya amat bersyukur kerrana berkat keamanan dan
keharmonian bawah kepimpinan kerajaan pada hari ini, saya
diberi peluang untyuk menyampaikan sebuah syarahan yang
berbunyi, " Kebaikan melakukan perbelanjaan berhemat."

Menurut Kamus Dewan Edsi keempat keempat, definisi literal


bagi perkataan berhemat adalah tidak boros atau membazir
dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu.
Hadirin sekalian,
Pada era globalisasi ini yang menyaksikan pelbagai reformasi
dan revolusi, budaya hedonisme dan sikap bertuhankan hawa
nafsu semakin subur bersarang di jiwa dan minda. Impaknya,
masyarakat pada milenium baharu ini lebih bersikap boros
dalam membelanjakan wang, bak kata pepatah,air mudik
sungai, semua teluk diranai. Untuk mengeksploitasi personaliti
manusia itu, peniaga akan menggunakan taktik pemasaran
seperti harga yang murtah, hadiah percuma dengan setiap
pembelian dan sebagainya. Namun begitu, pandangan sarwa
pembeli adalah mesti membeli barangan tersebut kerana
menganggapnya sebagai pembelian yang beruntung. Namun
begitu,terdapat masalah yang tidak disedari oleh pembeli iaitu
produk dibeli berkualiti rendah, sudah melepasi tarikh luput dan
hadiah yang diberi tidak mempunyai nilai yang setanding
dengan produk yang dibeli. Persis kata peribahasa Melayu,

senario ini diibaratkan sebagai ada udang di sebalik batu. Oleh


sebab itu, kita perlu sikap rasional dalam perbelanjaan, iaitu
dengan mengambil pertimbangan dari kriteria kualiti,
ketahanan dan keselamatan asalkan kos dapat ditanggung.
Meskipun produk yang telah dibeli mahal, namun namun
kelebihannya merupakan justifikasi yang munasabah, persis
kata pepatah Melayu, alah membeli menang memakai. Persis
kata Warren Buffett, Harga apa yang kamu bayar, nilai apa
yang kamu dapat.
Hadirin sekalian
Sejarah telah membuktikan bahawa perancangan yang efektif
dan strategik adalgh kunci emas untuk membuka pintu
kejayaan. Contohnya, Jepun telah mengebom Pearl Harbour
untuk menghalang Tentera Bersekututu. Strategi ini telah
berjaya kerana pihak America Syarikat memang sudah
menduga seranagn bom, tetapi mereka tidak menyangka
bahawa seranagn akan dilancarkan di Hawaii. Sejarah juga
telah membuktikan kesan sekiranya strategi yang dirancang
tidak berkesan. Contohnya, President Ronald Reagen boleh
menamatkan Perang Dingin pada Oktober 1986 dengan
pemimpin Soviet Rusia Mikhail Gorbacev, tetapi beliau tidak
ddapt men ingin program SDI untuk membawa kelengkapan
militari ke angkasa untuk penyelidikan. Kesannya, kedus- dua
pihak tidak dpat mengakhiri peperangan yang membawa
kepada banyak pengorbanan di Iraq, Cuba dan Afghanistan.
Lebih- lebih lagi program SDi tidak dapat mencapai objektifnya
dan membawa kepada banyak pembaziran wang America
Syarikat.Deduksinya, satu strategi yang baik dalam
pembelanjaan adalah diperlukan untuk perbelanjaan yang
bijak.

Dengan perbelanjaan yang berhemat, kita boleh mengelakkan


krisis ekonomi di negara kita.Bak kata pepatah, sediakan

payung sebelum hujan. Sekiranya kita berhemah dan


menabung, masa depan kita akan terjamiin kerana mempunyai
duit yang mencukupi untuk menampung kos kehidupan apabli
berlakunya inflasi yang teruk. Ini pasti menjadi masalah kepada
golongan pendapatan rendah dan inflasi juga diumpamakan
oleh Presiden Reagen sebagai ganas seperti pengugut,
menakutkan seperti perompak yang bersenjata dan membawa
maut seperti pembunuh upah. Oleh sebab itu, kita mestilah
sentiasa berhemat apabila membelanjakan wang. Persis kata
Bill Gates, Jika kamu ada wang, kamu lupa akan diri kamu.
Jika kamu tiada wang, seluruh dunia lupa akan kamu.

Dekad ini, masyarakat di seluruh negara telah menyaksikan


pelbagai reformasi dalam ekonomi yang dilakukan oleh
kerajaan untuk kebaikan rakyat. Salah satu daripada dasar
kerajaan adalah pelbagai francais Malaysia. Kita boleh
mendapatkan barang yang berkualiti dengan harga yang
murah. Natijahnya, sambil menyelam minum air kita akan
menyumbang kepada kerajaan. Ini boleh menstabilkan ekonomi
negara dan mengalakkan kerajaan untuk memperkenalkan
dasar lain yang relevan dengan kehendak rakyat. Komitmen
kita kepada kerajaan juga boleh mengelakkan pengaliran wang
ke negara asing.

Akhir kalam, perbelanjaan yang berhemat dapat mengelakkan


pembaziran wang, krisis ekonomi, serta menstabilkan ekonomi
negara. masyarakat madani yang melakukan pembelanjaan
yang berhemat dengan berintelek menjadi saudara kembar
kepada kemajuan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai