Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Tingkatan
Tarikh
Masa
Topik

: 4ST1
: 10 Mei 2016 (Selasa)
: 8.00 - 9.10 pagi
: 3.2 Keperluan Perkakasan

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat :
1. Mengenalpasti sekurang-kurangnya 4 daripada 6 peranti yang diperlukan dalam
komunikasi rangkaian komputer dengan tepat
2. Menyatakan sekurang-kurangnya 4 daripada 6 fungsi peranti yang diperlukan dalam
komunikasi rangkaian komputer dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar :
1.Tayangan Video
2. Slide Power Point
3. Kertas A4
4. Kad bergambar
Pengetahuan Sedia Ada :
1. Pelajar mengetahui maksud komunikasi dan rangkaian komputer.
2. Pelajar memahami kepentingan rangkaian komputer dan komunikasi dalam kehidupan
seharian.
3. Pelajar mengetahui tatacara menggunakan komputer dalam pelbagai rangkaian iaitu
LAN, MAN, WAN.
4. Pelajar mahir menggunakan komputer dan internet.
Pelaksanaan Pengajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Pengenalan : Set Induksi
1. Guru menayangkan video
2. Pelajar diminta untuk menonton dan memberi sepenuh
perhatian kepada tayangan video tersebut.
3. Guru memaparkan 2 gambar dan meminta pelajar meneka
apakah gambar tersebut.
4. Guru mengaitkan jawapan pelajar tentang tajuk P&P
berdasarkan gambar dan video yang dipaparkan.
Perkembangan Pengajaran
1. Guru menerangkan objektif P&P pada hari tersebut.
2. Guru memaparkan 6 peranti yang diperlukan dalam
komunikasi rangkaian komputer serta menerangkan fungsi
setiap peranti.

Catatan
BBM :
i) Video
ii) Slide Power Point

BBM :
i) Slide Power Point
ii) Kad Gambar

Aktiviti 1 : Permainan Kotak Berlagu


1. Guru memasang muzik dan kotak mula diedarkan
2. Pelajar akan menyerahkan kotak tersebut kepada rakan
sebelahnya dan seterusnya kepada yang lain.
3. Guru memberhentikan muzik. Pelajar yang terakhir
dikehendaki menjawab apakah nama peranti tersebut sehingga
semua peranti berjaya dijawab oleh pelajar-pelajar lain.
Aktiviti 2 : Perbincangan Dalam Kumpulan
1. Guru mengarahkan pelajar membina 6 kumpulan.
2. Pelajar membentuk kumpulan masing-masing
3. Guru mengarahkan ketua kumpulan mengambil bahan-bahan
dihadapan
4. Pelajar mendengar arahan guru iaitu menyusun gambar dan
memikirkan nama peranti berdasarkan gambar yang telah
disusun.
5. Selepas itu, pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul
dimana pelajar dikehendaki menyusun perkataan-perkataan
tersebut dan membentuk ayat yang betul tentang fungsi peranti
tersebut.
6. Pelajar dikehendaki menampal jawapan tersebut dikertas
yang disediakan.
7. Guru meminta wakil kumpulan untuk membaca jawapan
yang telah dipaparkan.
8. Guru menyemak dan membetulkan jawapan sekiranya
terdapat kesalahan.
Penutup :
1. Guru meminta pelajar menyatakan kembali sekurangkurangnya 2 nama peranti yang diperlukan beserta fungsinya
dalam komunikasi rangkaian komputer dengan betul.
Refleksi :

BBM :
1. Kad Bergambar

BBM :
1. Kad Bergambar
2. Kertas A4

Anda mungkin juga menyukai