Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Istilah fascisma1 berasal dari kata Latin fasces yang bermaksud rotan, yang

melambangkan pemerintahan di Romawi kuno. Fascisma merupakan pergerakan

totalitarian iaitu sumber gerakan yang telah mencakupi negara-negara yang

menggunakan keseluruhan sumber negara samaada manusia ataupun harta benda

untuk disalurkan bagi menjayakan matlamat dan kepentingan negara. 2 Ahli

sejarawan Itali Benedetto Croce mendakwa bahawaa Fascisma ini adalah satu

kebingungan, kehampaan dalam kalangan rakyat disebabkan keadaan yang

diakibatkan oleh perang.3 Di Eropah Itali adalah negara yang mula-mula

menggunakan doktrin ini iaitu pada tahun 1922, diikuti oleh Jerman pada tahun

1933.

Walaubagaimanapun, Istilah Fascisma ini sebenarnya telah mula digunakan

pada tahun 1915. Pada tahun itu, di Itali Benito Mussolini telah menubuhkan

beberapa kumpulan, iaitu Fasci4, yang dianggotai oleh kumpulan pekerja.5 Fahaman

ini telah berkembang dengan pesat setelah meletusnya Perang Dunia 1, sejurus

demokrasi liberal yang gagal memenuhi kehendak rakyat di beberapa negara

perindustrian. Fascisma telah berkembang di Eropah akibat beberapa faktor

1 Harun Yahaya. 2002. Menyingkap Tabir Fasisme. Bandung: Dzikri. Hlm 1. Fasisme adalah sebuah
gerakan politik penindasan yang telah berkembang di Itali pada tahun 1919 dan kemudian
berkembang pesat ke negara di Eropah, sebagai reaksi atas perubahan sosial politik akibat Perang
Dunia I.
2 Qassim Ahmad. 2000. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Hlm 203-206.


3 Felice, R.D. (terj Everett B.H). 1977. Interpretations of Fascism. Cambridge: Harvard University

Press. Hlm 5.
4 Knight, Patricia. 2003. Mussolini and Fascism. London: Routledge. Hlm 9. Fasci bermaksud
"Kumpulan", ianya telah digunakan untuk menggambarkan Rebels Sicily dalam tahun 1890-an. Ia
juga digunakan untuk menggambarkan organisasi pekerja dan campur tangan semasa perang.
Hanya selepas itu Mussolini mengenal pasti dengan rod terikat yang dibawa oleh Roman Majistret.
Hal ini kerana ia adalah lebih selaras dengan imejnya yang ingin menyampaikan kekuasaan rejimnya
sebagai dikaitkan dengan Rom purba.
55 Ibid. Qassim Ahmad. Hlm 208.

Copyright @ 2015 Rd Davidson


antaranya ialah, anti-Bolshevisme dan perasaan tidak puas hati para nasionalis.6

Fahaman ini adalah reaksi terhadap ideologi dan arus sosial yang dicetuskan oleh

Revolusi Perancis dan industri, liberalisme, demokrasi berparlimen, persamaan ras,

perbandaran, sosialisme dan sikap anti-perang. Fascisma memberi keutamaan

kepada kepentingan negara lebih daripada kepentingan individu. Justeru, negara

menguasai semua aspek kehidupan individu, keluarga ataupun kumpulan-

kumpulan.7 Oleh itu, dalam menilai perkembangan fascisma ini, esei ini akan

menghuraikan ciri-ciri fascisma di Itali dan sejauhmanakah Mussolini berjaya dalam

membina Itali yang kukuh dan bersatu melalui ideologi ini.

1.0 LATAR BELAKANG DAN KEMUNCULAN BENITTO MUSSOLINI

Benito Amilcare Andrea Mussolini dilahirkan pada 29 Julai 1883 di Varnano

dei Costa di utara tengah Itali yang terletak di daerah Predappio. Bapanya bekerja

sebagai seorang tukang besi dan ibunya seorang guru sekolah. Prospek pekerjaan

di kawasan itu sangat miskin sehingga pada tahun 1902 Mussolini bersama

keluarganya berpindah ke Switzerland, di mana beliau menjadi terlibat dalam politik

sosialis. Beliau kembali ke Itali pada tahun 1904, dan bekerja sebagai wartawan di

akhbar sosialis. Namun sokongan Mussolini terhadap Itali dalam Perang Dunia 1

membawa kepada pengakhiran penglibatan beliau dalam parti sosialis. 8 Hal ini

kerana Mussolini memihak kepada campur tangan Itali dalam perang di antara dua

parti negara itu. Pada 15 November tulisan beliau dalam isu pertama Il Popolo

d'Italia mengatakan serangan propaganda anti perang sebagai pengecut. Dalam

tulisannya secara terang-terangan beliau berkata;

6 Cassels, Alan. 1996. Ideology and International Relations in the Modern World. London: Routledge.
Hlm 157.
7 Wan Abdul Rahman Latif. 2001. Sejarah Perkembangan tamadun dunia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Hlm 414.


8 Roberts, Jeremy. 2006. Benito Mussolini. United States of America: Minneapolis. Hlm 9-21.

Copyright @ 2015 Rd Davidson


"My cry is a word that I have never pronounced in normal times

and that today I raise loudly, with my full voice with no attempt

simulation, with a firm faith, a fearful and fascinating word, war!9

Akhirnya Mussolini telah dipecat dan dianggap sebagai pengkhianat. Pada

September 1915 Mussolini telah terpilih untuk menyertai pasukan askar Itali dan

pada mac 1919, selepas lima tahun menjadi askar, Mussolini telah membentuk

pasukan Parti Fasis.10 Mussolini telah merangsang sokongan daripada askar

veteran yang menganggur dan telah mengeksploitasi mereka ke dalam skuad

bersenjata yang dikenali sebagai Black Shirts yang begitu ganas dalam menentang

pihak lawan politik mereka. Mereka juga dikenali sebagai Fasci di Combattimento

Combat Group di Milan.11 Seterusnya pada tahun 1921 parti Fasis telah diundang

untuk menyertai kerajaan campuran. Walaubagaimanapun, Mussolini masih tidak

mempunyai pandangan yang jelas mengenai parti Fasci yang diasaskannya kecuali

satu perkara yang pasti iaitu, dia ingin memerintah Itali secara total.

Kemuncak kebangkitan Mussolini ialah pada Oktober 1922 apabila Itali

semakin terjerumus kedalam kancah huru-hara politik. Pada masa itu, kumpulan

Black Shirts telah berarak di Rom dan Mussolini telah menonjolkan dirinya sebagai

seorang pemimpin yang mampu memulihkan keadaan dan ketenteraman. Dalam

ucapannya di hadapan ribuan penyokongnya pada bulan Oktober 1922, Mussolini

telah mengisytiharkan;

Either the government will be given to us, or we will seize it by


marching on Rome.12

9 Carsten, F.L. 1967. The Rise of Fascism. Boston: Federal Reserve. Hlm 47-48.
10 Ibid. Knight Patricia. Hlm 9.
11 Ibid. Knight Patricia. Hlm 16-20.
12 Thomas, D.S. 1989. WWII: Time-life history of the Second World War. United States of America:

The University of Michigan. Hlm 20.

Copyright @ 2015 Rd Davidson


Beberapa hari kemudian, beliau melepaskan pengikutnya untuk berarak secara

besar-besaran di ibu kota Itali. Berpuluh ribu berkumpul di Rom dalam usaha untuk

menjatuhkan kerajaan, pemimpin kerajaan menjadi begitu terkesima bahawa

mereka perlu meletak jawatan. Mussolini telah menuntut untuk melantik beliau

menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, disebabkan Raja Victor Emmanuel mempunyai

kuasa dalam perlembagaan untuk melantik menjadi Perdana Menteri bagi

membentuk kerajaan yang baru, Raja Victor Emmanuel telah melantik Mussolini

sebagai Perdana Menteri. Akhirnya pada usia 39 tahun, Mussolini menjadi Perdana

Menteri termuda di Itali pada 29 oktober 1922.13 Benito Mussolini telah memerintah

Itali bermula pada 31 Oktober 1922 hingga 25 Julai 1943. Mussolini secara

beransur-ansur telah menghapuskan kerajaan demokratik dan pada tahun 1925

menjadikan dirinya diktator, mengambil gelaran 'Il Duce' itu. Dia ingin mewujudkan

semula Itali sebagai kuasa Eropah yang besar. Matlamat pemerintahannya adalah

untuk menjadikan Itali sebuah negara yang kuat, dihormati dan ditakuti. Bagi

Mussolini, fascism sebagai wakil pendirian ekstrimis golongan sayap kanan.

Golongan sayap kanan ini merupakan barisan pertahanan terakhir bagi menentang

ancaman golongan liberal dan radikal iaitu sayap kiri.

2.0 CIRI-CIRI FASCISMA ITALI

Idea-idea pemikiran Fasisme datang dari pelbagai sumber termasuklah idea

sosialis Darwin yang percaya tentang prinsip berjuang untuk terus hidup dan

wujud.14 Idea-idea Fasisme juga berdasarkan penulisan Schopenhauer (1788-

1860), Nietzsche (1844-1900) dan Hegel. Slogan Fasisme adalah bekerja,

berdisiplin, bersatu dan bertindak. Umumnya, Fasisme dikenali sebagai Sosialisme


13Townley, Edward. (Terj Martin Collier). 2002. Mussolini and Italy. London: Heinemann. Hlm 149.
14Abdul Rashid Moten & Syed Serajul Islam. 2000. Introduction to Political Science. Singapore:
Thomson.hlm 290

Copyright @ 2015 Rd Davidson


Nasional yang ada unsur-unsur seperti nasionalisme, permusuhan terhadap orang

asing, penyanjungan terhadap negara, mementingkan petani dan buruh, pendewaan

terhadap pemimpin, sikap sosial yang tradisional, sukakan tindakan ketenteraan,

kesediaan mengikut perasaan dan anti-Yahudi.15 Antara ciri fascisma tersebut ialah;

2.1 Bersifat Nasionalis.

Melalui konsep ini, penyatuan Itali sangat penting bagi mewujudkan semangat

kebangsaan yang kuat. Dalam proses ini juga, Itali hanya mengiktiraf bangsa Itali

sahaja dan tidak mengiktiraf negara bangsa yang lain. Fahaman Mussolini ini

melihat Itali sebagai negara yang unggul dan memandang rendah bangsa lain

kerana mereka lebih rendah martabatnya serta mengamalkan permusuhan dengan

bangsa lain. Rakyat perlu memberikan sokongan kepada negara dan berkorban

untuk kepentingan negara. Selain itu golongan lelaki pula dididik untuk berpegang

teguh kepada keberanian dalam perang dan sentiasa mengambil contoh tentang

kepahlawanan askar-askar Rom Purba.16

2.2 Kekuatan ketenteraan.

Melalui kekuatan ketenteraan Mussolini dilihat sebagai seorang yang sangat

mementingkan ketenteraan dan melihat tentera ini sebagai alat pembentukan

nasionalisme. Mussolini menyatakan bahawa perang itu membawa kepada

ketegangan yang tertinggi dalam kekuatan manusia dan memberi penghormatan

bagi bangsa yang sanggup memulakannya. Mereka hanya membanggakan

kekerasan dan tidak suka kepada perdamaian kerana itu dianggap sebagai seorang

yang pengecut. Sesiapa yang kuat akan hidup dan yang lemah akan mati.17

15 Ryder, A.J. 1973. Twentieth Century: From Bismark to Brandt. New York: Columbia University
Press. Hlm 283. Penjelasan ini lebih tertumpu kepada Jerman, walaubagaimanapun rujukan
terhadap Negara Itali tetap dilakukan.
16 Purcell, Hugh. (Terj Mansour Fakih). 2000. People and Politics Fascism Yogyarkata: Insist Press.

hlm 7.
17 Ibid. Purcell, Hugh. Hlm 10.

Copyright @ 2015 Rd Davidson


2.3 Media sebagai Alat propaganda.

Golongan Fasis menggunakan alat media eletronik dan media cetak bagi

mendapatkan sokongan rakyat. Propaganda digunakan secara menyeluruh bagi

menghasut dan membolehkan golongan fasis ini berkuasa dan diiktiraf oleh rakyat.

Selain itu, media massa dikawal ketat agar tidak menyimpang daripada lunas-lunas

yang telah ditetapkan oleh parti pemerintah. Propaganda yang sering dilakukan

ialah, bangsa yang maju ialah bangsa yang menyertai perang. Propaganda yang

sering dilakukan seperti penggunaan istilah, gambar dan pidato. Pidato.Mussolini

dalam ucapannya menyatakan bahawa 'Fascism is not just a party, it is the regime, it

is not only the regime but belief, it is not just a religion but a belief.18

2.4 Pemerintahan diktator.

Seorang diktator ini berpusat kepada satu pihak dan berlaku zalim terhadap

rakyat dan membuat semua keputusan yang dianggap penting. Pemimpin ini sering

menggunakan karisma, personaliti menarik untuk meraih sokongan rakyat. Bagi

Mussolini keamanan merupakan lambang kelemahan sesebuah negara dan

bangsa.19 Oleh itu, melalui sifat kekerasan polis dan tentera adalah wajar. Setiap

rakyat perlu mematuhi segala keputusan dan peraturan yang ditetapkan, jika tidak

hukuman kekerasan akan dikenakan terhadap mereka. Bagi memastikan

pemerintahan ini berjalan lancar, professor Universiti perlu bersumpah untuk

mengaku taat setia terhadap pemerintah dan kerajaan fascism dan berjanji akan

mengajar berdasarkan kepada prinsip ajaran fascisma.20

18Ibid. Purcell, Hugh. Hlm 15.


19 Kertzer, D.I. 2014. The Pope and Mussolini: The Secret History of Pius XI And The Rise Of
Fascism In Europe. New York: Random House Company. Bab 6.
20 Zamponi, S.F. 1997. Fascist Spectacle: The Aesthetic of Power in Mussolinis Italy. London:

University of California Press. Hlm 56-70.

Copyright @ 2015 Rd Davidson


2.5 Korporatisme

Melalui faham fascism ini, Fasis percaya bahawa dalam menjinakkan kapitalisme

adalah dengan mengawal pemilik buruh dan kilang. Kesatuan, mogok, dan tindakan

tenaga kerja yang lain adalah haram. Walaupun harta swasta kekal, namun yang

mengawal ekonomi mereka adalah kerajaan. Hasil keuntungan industri dan syarikat

akan digunakan untuk pembangunan negara.21

3.0 USAHA MUSSOLINI DALAM MENGUKUHKAN ITALI

Dalam era pemerintahan Mussolini banyak usaha yang cuba untuk beliau

bangunkan tidak kira dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Hal ini kerana

dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah Mussolini perlu memikirkan

cara untuk menaikkan Itali supaya dipandang tinggi oleh negara-negara lain sesuai

dengan fahaman Fascisma yang dibawa olehnya dengan slogan yang dikenali

sebagai Nuovo Era, Iera de Mussolini. Antara usaha Mussolini dalam mengukuhkan

Itali ialah;

3.1 Aspek Politik

Melalui ideologinya Mussolini telah melakukan hubungan luar dengan negara

Eropah dan melakukan perluasan kuasa. Mussolini telah melakukan hubungan

Diplomatik dengan negara Eropah dam Mediteranean. Objektif beliau adalah untuk

mengembangkan perluasan kuasa Itali di Afrika. Hal ini kerana Mussolini percaya

bahawa Itali tidak menerima dengan secukupnya perluasan kawasan jajahan dalam

Perjanjian Damai Paris.22 Pada tahun 1923 Itali telah mengambil Greek dan meminta

50 juta lira daripada Kerajaan Greek. Seterusnya pada tahun 1924 pula, Itali telah

21 Pollard, John. 1998. The Fascist Experience in Italy. New York: Routledge. Hlm 124.
22 Stephen, J. Lee. 2016. European Dictatorship 1918-1945. New York: Routledge. Hlm 150-155.

Copyright @ 2015 Rd Davidson


membuat hubungan kerjasama dengan Yugoslavia yang membenarkan kawasan

Bandar Fiume digabungkan dengan Itali.

Manakala pada Mac 1935, Hitler telah mengumumkan bahawa akan

mengadakan persenjataan dan pembinaan semula tentera Jerman. Mussolini telah

mengambil kesempatan dengan menjalinkan hubungan rapat dengan Hitler demi

kepentingan negara Itali itu sendiri. Kedua-dua bekerjasam dalam memberikan

bantuan dalam Spnish Civil War dari tahun 1936-1939. Kemuncaknya, Mussolini

telah menyakinkan untuk menandatangani perjanjian Munich pada tahun 1939 dan

Itali telah menyertai gabungan Militan dengan Hitler.23 Dengan memilih Hitler

sebagai sekutu, Mussolini telah berjaya menjadi rakan kepada Hitler dengan

merancang menguasai Eropah. Pada masa yang sama Mussolini telah

memansuhkan parti politik yang ada, manakala pemimpin yang menentang akan

dibuang negeri dan dipenjara.

3.2 Aspek Ekonomi

Sesuai dengan ciri-ciri fascism pembawaan Mussolini, beliau telah

memperkenalkan sektor korporat Corporate State. Hal ini kerana berikutan

keadaan rakyat Itali yang mendukacitakan disebabkan oleh kemiskinan, pekerja-

pekerja industri dan golongan petani di Selatan Itali yang dilanda kesusahan. Ini

ditambah lagi olehPerang Dunia Pertma yang menambahkan kesengsaraan hidup

rakyat Itali. Banyak pengangguran yang telah berlaku terutamanya di Bandar-bandar

perindustrian di Utara Itali.24

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, Mussolini telah memperkenalkan idea

Corporate State yang bertujuan untuk menghentikan mogok dan pertikaian di

23Ibid. Carsten, F.L. hlm 219-240.


24Martel, Gordon. 2007. A companion to International History 1900-2001. Australia: Blackwell. Hlm
182-187.

Copyright @ 2015 Rd Davidson


antara pekerja dan majikan pada tahun 1926.25 Ia melibatkan kerajaan yang akan

mengawal semua bidang industri tanpa memusnahkan pemilikan oleh perseorangan

atau perusahaan sendiri. Amalan yang diamalkan ini sama seperti yang diamalkan

di Malaysia iaitu konsep pensyarikatan.26 Disamping itu juga Mussolini telah

berazam bagi mempertingkatkan pengeluaran pertanian dengan mengumumkan

battle for grain yang memberikan ganjaran bintang emas, perak dan gangsa

sekiranya menghasilkan lebih banyak bijirin.27 Pengenalan polisi yang diperkenalkan

oleh Mussolini ini telah menyebabkan nilai lira lebih tinggi daripada pound. Ini

menyebabkan peningkatan nilai eksport Itali sehingga barangan kereta dan tekstil

telah dikurangkan.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1927, 1930 dan 1934 Mussolini telah

memperkenalkan satu dasar iaitu potongan kerakyatan yang mengakibatkan

pekerja menderita dan merasakan bahawa hak-hak mereka telah ditindas. Rakyat

Itali dihalang untuk berhijrah dari luar Bandar ke Bandar. Hal ini kerana kadar

migrasi dari luar Bandar ke Bandar dalam negara itu semakin meningkat disebabkan

kemajuan sektor perindustrian. Selain itu, rakyat Itali juga dihalang untuk berkahwin

awal dan akan dikenakan cukai kepada sesiapa yang berkahwin di usia muda. 28

Secara keseluruhannya polisi ekonomi yang diperkenalkan oleh Mussolini ini tidak

berjaya. Hal ini kerana, masih terdapat kepincangan akibat daripada perkenalan

polisi ekonomi ini. Polisi ekonomi ini hanya menguntungkan Mussolini sahaja.

25 Ibid. Townley, Edward. Hlm 73-74


26 Kamaruddin M. Said. 2007. 500 tahun Melayu menghadapi cabaran. Selangor: Kris Publication.
Hlm 204. Konsep pensyarikatan di Malaysia iaitu, memperatkan kerjasama antara sektor awam dan
sektor swasta bagi memesatkan lagi perkembangan perindustrian dan sebagainya.
27 Blinkhorn, Martin. 2000. Fascism and the Right in Europe. New York: Routledge. Hlm 69-70.
28 Ibid. Pollard, John. Hlm 80-82.

Copyright @ 2015 Rd Davidson


3.3 Aspek Sosial dari segi Pendidikan dan Agama

Dari segi pendidikan Mussolini telah memperkenalkan satu doktrin yang

melibatkan fahaman fascism. Namun, proses pengenalan doktrin pendidikan oleh

Mussolini ini bergerak secara perlahan dan buku teks Libro Unico yang ditulis

sendiri oleh beliau telah diperkenalkan oleh Mussolini pada tahun 1936 tetapi idea ini

tidak begitu berjaya. Hal ini kerana, idea-idea ini tidak mendapat sambutan yang

menggalakkan dalam kalangan pelajar.29 Kanak-kanak yang berumur 5-18 akan

dimasukkan kedalam gerakan pemuda balila

Manakala, dari segi agama pula, Mussolini telah menjalin hubungan baik dengan

pihak gereja Khatolik dengan mengukuhkan penguasaan ideologi dan menaikkan

popularitinya. Mussolini telah mengadakan perjanjian dengan Paus melalui

perjanjian Latern dan Paus bersetuju untuk mengiktiraf Mussolini sebagai Raja dan

pemerintah Itali. Selain itu, Mussolini berjanji menjadikan Khatolik Rom sebagai

agama rasmi negara dan pendidikan agama menjadi sebahagian daripada semua di

sekolah dan ia diwajibkan.30

Pada mulanya Mussolini menonjolkan sifat suci beliau kepada rakyat kerana

pemimpin fascist dianggap keramat dan suci sehingga Mussolini digelar Il Duce iaitu

pemimpin yang mengetahui segalanya. Mussolini hanya menggunakan agama bagi

meraih sokongan daripada rakyat, malahan beliau sangat bencikan agama. Seperti

mana di Jerman di itali kegiatan anti semitik berlangsung hebat ,Mussolini pada

1938 membuat undang-undang dimana perkahwinan antara bangsa Itali dan Yahudi

adalah di larang sama sekali. Orang-orang Yahudi dibuang dalam

perusahaan,pekerjaan dan dianggap sebagai kambing hitam. Di Itali juga terdapat

satu organisasi rahsia dikenali OVRA (Organisasi kewaspadaan dan penindasan

29 Blinkhorn, Martin. 1984. Mussolini and Fascist Italy. London: Mathuen. Hlm 37.
30Ibid. Kertzer, D.I. Bab 8.

Copyright @ 2015 Rd Davidson


anti fasisme) yang bertujuan memantau rakyat yang menghina fasisme. Mereka

yang ditangkap akan dibawa ke muka pengadilan.31 Segala bahan bacaan yang

dibaca rakyat itali akan dikawal oleh Menteri Budaya Umum. Namun demikian, pada

akhir 1930an hubungan Mussolini dengan pihak Vatican mulai tegang disebabkan

oleh pengaruh Hitler yang memulakan kempen-kempen anti-semitik yang menyekat

Yahudi daripada menceburkan diri dalam bidang perniagaaan dan ketenteraan.

4.0 KEJATUHAN FASCISMA OLEH MUSSOLINI

Setiap pemerintahan yang bersifat kuku besi atau diktator pasti akan merasa

jatuh, begitu jugalah yang berlaku kepada Itali di bawah pemerintahan Mussolini.

Pemerintahannya tidak bertahan lama apabila pada Menjelang tahun 1943, British,

Amerika, dan pihak Berikat yang lain telah mengalahkan tentera Mussolini di Afrika

Utara, Sicily diambil, dan mengebom Rom. Orang-orang Itali sudah muak dan

ditinggalkan Il Duce. Hal ini kerana rakyat sudah tidak menyukai peperangan yang

berlaku, bagi mereka keamanan perlu diadakan.

Raja Victor Emmanuel mengarahkan penangkapan dan penjara Mussolini

selepas Grand Council sendiri mengundi untuk beliau meletak jawatan. Namun,

Komando Jerman, telah membantu Mussolini untuk melarikan diri ke Jerman.

Selepas itu, Mussolini kembali ke Itali dan menubuhkan sebuah rejim fascism baru di

utara berhampiran Milan, kawasan Bahawa Jerman telah diduduki. Tetapi beliau

hanya boneka Nazi.

Pada ketika ini, kebanyakkan penyokong kuatnya mula berpaling dan tidak

lagi menyokong beliau. Misalnya, Dino Grandi telah menuduh Mussolini

mengkhianati Fasisme dengan kepentingan pribadinya. Ketika Raja Victor

31 Ebner, Michael R. 2011. Ordinary Violence in Mussolinis Italy. New York: Cambridge University
Press. Hlm 55-57.

Copyright @ 2015 Rd Davidson


Emmanuel III menangkap Mussolini dan membubarkan fasist. Pada 28 April 1945

Mussolini dan kekasihnya Clara Pattaci dibunuh dan mayat mereka digantung depan

khalayak ramai di Milan. Maka berakhirlah Fasisma di Itali bersama Mussolini.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Mussolini telah gagal dalam usahanya mengukuhkan

Itali melalui Ideologi-ideologi fascisma ini dan ia tidak memberikan kesan yang postif

terhadap Itali. Hal ini kerana ideologinya hanya mampu bertahan sementara untuk

jangka masa yang pendek. Dengan tempoh masa yang singkat Mussolini tidak

mampu membina Itali menjadi ssebuah negara yang kuat dan kukuh. Ini juga dapat

dilihat apabila keadaan Itali itu sendiri yang masih tidak bersedia dari segi ekonomi

dan angkatan tentera yang belum cukup kuat telah memberikan Itali satu

pembangunan negara yang tidak seimbang.

Selain itu, penglibatan Itali dalam Perang Dunia II telah memberikan impak

yang negative terhadap Itali kerana kehilangan peranan sebagai orang tengah

dalam hubungannya di Eropah. Ideologinya ini telah menyebabkan rakyat Iitali

menderita dengan cara pemerintahan kuku besi dan Perang Dunia II yang

dimulakan olehnya juga telah menyebabkan kehilangan 55 juta nyawa manusia.

Copyright @ 2015 Rd Davidson

Anda mungkin juga menyukai