Anda di halaman 1dari 12

Tahun 1989 dianggap titik permulaan tercetusnya krisis identiti Jepun

berikutan beberapa peristiwa penting yang membawa kepada persoalan identiti

muncul seperti kematian maharaja Hirohito, tercetusnya ketidakstabilan ekonomi

yang digelar Bubble Economy, tekanan berpanjangan pada era Heisei,

kemerosotan hubungan antarabangsa dan bencana alam Hanshin serta keruntuhan

moral akibat ajaran sesat iaitu Aum Shinrikyo.

Permulaan kepada krisis identiti ini dapat dilihat apabila kematian maharaja

Hirohito pada 7 Januari 1989 yang menjadi penamat kepada era showa yang

memerintah sejak 1925, iaitu satu tempoh yang amat panjang dalam sejarah Jepun.

Kematian maharaja Hirohito ini menandakan tamatnya satu zaman lama dan akan

digantikan dengan satu zaman yang baru iaitu regim Heisei (Gordon Andrew, 2003:

310). Sekiranya diamati kematian maharaja ini menjadi simbol penyatuan semua

rakyat Jepun. Hal ini demikian kerana mereka bersama-sama berkabung atas

kematian maharaja serta ianya mendapat liputan media secara meluas. Eksploitasi

media ini mendedahkan setiap perincian tentang penyakit, keadaan maharaja

sehinggalah ke saat kematian untuk kepentingan komersial demi mengaut

keuntungan yang maksima. Hal inilah yang menyebabkan masalah krisis ini boleh

berlaku dalam sesebuah masyarakat di Jepun.

Golongan politik mahupun swasta berlumba-lumba menunjukkan rasa simpati

mereka dan bagi mereka kematian maharaja Hirohito ini merupakan satu permulaan

kuasa baru yang akan naik maka penting bagi mereka untuk mendapatkan tempat

dalam kuasa baru itu demi menjaga kepentingan dan kedudukan mereka. Oleh

sebab itu, ada yang melihat kematian maharaja ini dapat membangkitkan semangat

penyatuan kebangsaan dan mengerakkan tindak balas daripada pelbagai

Copyright @ 2016 Rd Davidson


masyarakat sekalipun bukan dalam bentuk politik, ada juga yang melihat kematian

maharaja sebagai simbol keamanan selepas perang (Yumiko Iida, 2002: 211).

Kematian maharaja pada 1989 telah menimbulkan perdebatan tentang fungsi

sebenar maharaja. Menurut Takeda Seiji, sistem pemerintahan Diraja Jepun tidak

sama dengan pejabat Presiden atau Perdana Menteri yang ada di Barat, ianya tidak

boleh hanya dijadikan sebagai simbol pemusatan sama ada dalam terma politik

ataupun sosiologi. Maharaja Jepun meliputi perhubungan individu dengan keluarga,

saudara-mara, sahabat, masyarakat sekeliling dan negara, juga berfungsi sebagai

penyatuan seluruh masyarakat yang berhadapan dengan kebimbangan (Ibid: 210).

Unsur luar bagi Takeda merupakan masalah utama yang dihadapi maharaja dalam

menjalankan tanggungjawapnya kerana unsur-unsur luar ini yakni pemodenan

bertembung dengan pembentukan identiti Jepun yang berpegang kuat pada sistem

maharaja.

Menurut Takeda lagi, intelektual Jepun ketika berhadapan dengan cabaran

pemodenan ini akan mengadaptasi salah satu cara iaitu mencari sebab akibat

disebalik kebimbangan atau memahami perubahan yang berlaku secara rasional.

Melalui salah satu daripada teknik ini, jika diaplikasikan akan mengekalkan kuasa

maharaja dalam masyarakat. Unsur luar yang berjaya diadaptasi mengikut

kesesuaian masyarakat jepun tidak akan menimbulkan masalah kepada sistem

maharaja dan krisis identiti di Jepun.

Sungguhpun demikian ketika Jepun diambang kesedihan semasa

pengkabungan atas kematian maharaja Hirohito, rakyat Jepun telah berdepan

dengan bubble economy dan tekanan berpanjang pada era Heisei bermula 1989.

Perkara ini telah berlaku pada pertengahan 1980-an lagi sehingga awal 1990-an

Copyright @ 2016 Rd Davidson


ketika bubble economy ini melanda iatu akibat daripada keadaan ekonomi yang

melambung tinggi disebabkan oleh pelaburan yang meningkat seperti saham, tanah,

dan perumahan, kenaikan harga aset tersebut telah menjadi penarik kepada para

pelabur untuk lebih banyak melabur sehingga harga-harga aset tersebut naik secara

mendadak (Rohayati Paidi, 2007: 102-106). Ketidakstabilan ekonomi ini

berpanjangan pada era Heisei memberi satu tekanan yang kuat kepada ekonomi

Jepun yang mana pada awal tahun 1990-an ini tamatnya perkembangan ekonomi

selepas perang dan monopoli Parti Demokratik Liberal (LDP) menemui penamatnya

setelah hampir empat dekad memegang tampuk kekuasaan di Jepun.

Tahun 1980 adalah merupakan kemuncak ekonomi Jepun di bawah kawalan

Parti Demokratik Liberal dengan perkembangan ekonomi antarabangsa yakni

hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat (US) dan penggunaan domestik yang

berkembang pesat. Namun demikian kegemilangan ini tidak bertahan lama apabila

berlaku perubahan menjelang tahun 1990-an. Perubahan arus hubungan

antarabangsa dan perkembangan pesat teknologi maklumat sekitar tahun 1990-an

telah membawa kepada kewujudan ciri-ciri negatif pertumbuhan pesat seperti

pergantungan kepada eksport, jurang berpendapatan yang besar antara petani dan

kelas pekerja berikutan pengabaian terhadap sektor pertanian (Abu Talib Ahmad,

2005: 303). Manipulasi perkembangan teknologi maklumat untuk mengaut

keuntungan yang maksima menyukarkan pembentukan identiti sehinggalah

munculnya kekacauan jiwa yang ditunjukkan dalam bentuk keganasan misalnya

kempen pembunuhan yang dianjurkan oleh kultus agama Aum Shrinkyo.

Kesedaran nihonjinron juga kembali muncul setelah pudar pada tahun 1960-

an akibat tidak mendapat sambutan oleh rakyat Jepun yang taksub dengan

pemodenan Barat. Golongan intelektual Jepun mula mempersoalkan nilai Jepun

Copyright @ 2016 Rd Davidson


agar dipulihkan semula dan masyarakat Jepun kembali kepada tradisi tempatan

yang terabai walaupun ada segelintir yang melaungkan pembebasan dari

kongkongan tradisi lama (Ibid: 340).

Kejatuhan ekonomi Jepun pada tahun 1990-an ini disebabkan pelbagai faktor

dalaman dan faktor luaran. Menurut Robert Brenner, bubble economy yang dihadapi

oleh Jepun berkait rapat dengan kesan daripada Plaza Accord yang mana bagi

Jepun perjanjian ini memberi satu penilaian baru yang radikal terhadap kadar

tukaran nilai mata wang Yen berbanding Dollar. Sekitar tahun 1985 hingga 1988,

nilai Yen meningkat berbanding dollar menyebabkan permintaan terhadap eksport

barangan Jepun menurun. Jepun pula cuba mengatasi masalah ini dengan

meningkatkan penggunaan domestik untuk menanggung kerugian akibat kejatuhan

nilai eksport, spekulasi dan inflasi hartanah khususnya tanah-tanah di Tokyo dan

harga pasaran saham berganda sekitar tahun 1986 dan 1989, kerajaan Jepun juga

menggalakkan pelaburan semula dalam perkilangan, penyelidikan dan

pembangunan untuk membawa sektor perindustrian Jepun ke tahap yang lebih

tinggi mutunya, pengeluarannya dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa,

dan yang terakhir kerajaan Jepun menggalakan pelaburan asing secara terus untuk

mendapatkan keuntungan daripada cukai dan memperoleh keuntungan daripada

pasaran buruh yang murah dari Timur dan Selatan Asia (Ibid: 214).

Menurut Omae iaitu seorang ahli ekonomi liberal, kemelesetan ekonomi

Jepun 1990-an juga disebabkan kegagalan golongan pemerintah yakni ahli politik

dan birokrasi yang tidak mampu dan tidak mahu mengubah Jepun menjadi

penggerak ekonomi global misalnya kegagalan memanfaatkan bahasa Inggeris yang

berfungsi sebagai bahasa global menyebabkan kedudukan Jepun sebagai pusat

komersial digantikan oleh Singapura. Selain itu, bank-bank Jepun juga dikuasai dan

Copyright @ 2016 Rd Davidson


dimanipulasi oleh kerajaan dan polisi sektor swasta yang mendiskriminasikan para

pelabur dengan mengabaikan kehendak pelabur malah keputusan dibuat kumpulan

elit yakni ahli koparat kapitalis Jepun.

Semasa tercetusnya gelembung ekonomi 1989, kerajaan Jepun mula

menaikkan kadar faedah pinjaman dari 2.5 kepada 6 peratus (Ibid: 314). Hal inilah

yang telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham daripada 38,000 Indeks Nikkei

kepada lebih daripada separuh nilai tersebut (Richard Rosecrance, 2009: 129-131).

Amerika Syarikat pula pada masa yang sama juga berhadapan dengan masalah

defisit kewangan kesannya Jepun tidak mendapat bantuan kewangan dari Amerika

Syarikat. Disamping itu, Kementerian kewangan Jepun juga gagal melaksanakan

tanggungjawabnya dalam menyelesaikan isu bubble economy malah tindakannya

menggalakan pelaburan secara besar-besaran ke atas projek mega domestik

memberi kesan yang semakin teruk kepada ekonomi Jepun apabila projek-projek ini

gagal akibat bencana alam. Tindakan Kementerian Kewangan Jepun mengalakkan

pinjaman dengan bank-bank swasta untuk projek domestik telah mengalihkan beban

hutang kepada rakyat Jepun dalam bentuk kenaikan cukai. Kejatuhan LDP dalam

pilihan raya pada 1993 setelah 38 tahun memonopoli kuasa pemerintahan Jepun

adalah akibat hilangnya kenyakinan dan merupakan protes terhadap kerajaan yang

korup (Ibid: 314).

Kembalinya LDP memegang tampuk pemerintahan pada 1996 juga gagal

menyelesaikan masalah ekonomi Jepun, negara pula berhadapan dengan pelbagai

masalah dan cabaran, kegagalan mengadaptasi perubahan dan kepimpinan yang

berterusan lemah menyebabkan permulaan krisis yang berpanjangan dan

kewujudan kekecewaan serta sikap tidak lagi peduli kepada hal-hal politik.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Tahun 1989 merupakan titik penamat kepada sistem bipolar US-Soviet dan

penstrukturan semula order baru dunia. Kejatuhan Berlin memperlihatkan Amerika

Syarikat sebagai kuasa baru dunia yang menentukan order baru dunia dengan

melaksanakan muslihatnya disebalik erti sebenar demokrasi. Hal ini dapat dilihat

apabila Amerika Syarikat menyerang Iraq dan melanggar kedaulatan Kuwait dalam

Perang Teluk. Perang Teluk ini telah memberi makna kepada pembentukan norma

baru dalam politik antarabangsa dan ianya memberi kesan kepada Jepun yang

kemudiannya menyedari tentang sistem kuasa politik. Perang Teluk juga menjadi titik

perubahan kepada golongan intelektual Jepun dan perbincangan hubungan

antarabangsa ini menjadi popular.

Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun terikat dengan Perlembagaan 45 artikel

9 yang melarang sebarang bentuk penglibatan Jepun dalam apa-apa bentuk perang

sekalipun. Namun begitu, Amerika Syarikat telah mendesak Jepun memberi bantuan

kepada Amerika Syarikat dalam bentuk kewangan memandangkan tentera Jepun

tidak boleh digunakan dalam apa-apa bentuk perang seperti mana yang terkandung

dalam Perlembagaan 45 (Ibid: 315). Oleh itu, kerajaan Jepun telah membantu

Amerika Syarikat dalam Perang Teluk melalui bantuan kewangan yakni sebanyak 13

billion US dollar telah disumbangkan kepada Amerika Syarikat dan bebanan ini

dipindahkan kepada rakyat dalam bentuk pungutan cukai yang tinggi. Penglibatan

Jepun dalam Perang Teluk ini menjadi perdebatan golongan intektual Jepun tentang

kedudukan Jepun dalam kedudukannya dan hubungan antarabangsa.

Keadaan ini meningkatkan dilema dalam generasi baru Jepun yang

berhadapan buat pertama kalinya dengan isu-isu kuasa politik antarabangsa. Rakyat

Jepun khususnya golongan intektual mula berubah sikap kepada anti-Barat dan

cuba mengembalikan semula maruah identiti Jepun dengan mengubah tafsiran

Copyright @ 2016 Rd Davidson


imperialisme ketika Perang Dunia Kedua di Asia kepada pembebasan Asia dari

kuasa Barat. Rakyat Jepun pula mengalami perasaan yang bercampur baur soal

penglibatan Jepun dalam perang yang mana ada pihak yang menyokong

penglibatan Jepun dalam perang, ada juga yang mengutuk dan ada juga yang

meletakkan Jepun dan Asia sebagai mangsa keadaan.

Kemudiannya, muncul idea moden baru daripada golongan revisionis

mendakwa sejarah Jepun yang dominan kepada perang adalah palsu dan

merupakan satu penghinaan kepada negara Jepun. Fujioka Nobukatsu dan Kato

Norihiro merupakan tokoh revisionis yang cuba menyusun semula rakyat Jepun

dalam usaha membaiki maruah negara Jepun. Liberal view of History Group (jiyu-

shikan kenkyu-kan) diasaskan oleh Fujioka membantah permohonan maaf Jepun

keatas Asia dan pampasan ke atas penganiayaan wanita yg terdapat dalam buku

teks sekolah sebagai satu pandangan negatif kepada sejarah Jepun. Tokoh

revisionis ini cuba mengembalikan maruh dan identiti Jepun dengan berfokus kepada

generasi muda demi masa depan Jepun.

Kato pula menganjurkan nasionalisme versi baru iaitu herotan sejarah dan

kesedaran kebangsaan sebagai rakyat yang mewakili negara dengan mengambil

kira ciri kebangsaan seperti bahasa, nilai budaya, dan pandangan terhadap naratif

sejarah Jepun. Konteks sejarah baru ini menyentuh soal krisis identiti, hegemoni

sosial dan peristiwa sejarah yang berkait dengan masalah hubungan antara US-

Japan-Asia. Juga menawarkan penawar kepada perasaan bermasalah yg dihadapi

oleh kebanyakan rakyat Jepun

Pada tahun 1990-an pula dibuka tirainya dengan bencana alam yang dasyat

sehingga melumpuhkan ekonomi Jepun iaitu gempa bumi Hashin pada 17 Januari

Copyright @ 2016 Rd Davidson


1995 yang telah memusnahkan bandar Kobe, meragut 6 000 jiwa, 300 000

kehilangan tempat berteduh, dan kerugian mencecah 10 hingga 20 trillion yen (Ibid:

237-238). Gempa bumi berkala 7.2 Richter ini terjadi dikawasan yang tidak dijangka

kerana bandar Kobe merupakan kawasan yang bebas daripada risiko gempa bumi,

bencana alam ini telah memusnahkan sistem pengangkutan utama, jaringan

komunikasi, bekalan air musnah dan memutuskan bekalan keperluan kepada

mangsa. Pulau buatan Port dan Rokko yang baru sahaja dibangun turut musnah dan

menjadi satu trauma kepada rakyat Jepun memandangkan kawasan itu merupakan

mercu tanda kegemilangan ekonomi Jepun namun kini telah musnah.

Peristiwa ini menimbulkan persoalan tentang pemulihan ekonomi daripada

kemelesatan memandangkan kos pembaikan infrastruktur melibatkan pelaburan

kerajaan melalui pinjaman, maka ini akan menjadi beban rakyat dalam bentuk cukai

dan keuntungan kepada industri pembinaan (W.G. Beasley, 1995: 291). Kerajaan

pula lambat bertindak mengatasi bencana ini dalam memberi amaran dan bantuan

kemanusian sehinggalah muncul kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada orang

awam dan juga kumpulan penjenayah iaitu yakuza tampil memberi bantuan (Ibid:

238). Bencana alam ini memperlihatkan keburukan teknologi urban dan hilangnya

kepercayaan rakyat Jepun terhadap kerajaan yang hanya mementingkan kawalan

terhadap manusia berbanding menyelamatkan nyawa manusia. Bencana ini dikenali

sebagai The Great Hansin Earthquake sehingga bencana ini terus kekal dalam

ingatan rakyat Jepun dan diingati setiap tahun sehingga disambut dengan upacara

lampu warna warni (Ibid: 404-406). Peristiwa ini telah membawa kepada krisis

identiti di Jepun pada ketika itu. Fenomena ini bukan sahaja membawa kesan

kepada masyarakat Jepun bahkan kepada seluruh pentadbiran Jepun juga turut

terkesan akibat daripada gempa bumi yang melanda pada ketika itu.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Selepas peristiwa tersebut pada tahun yang sama iaitu tahun 1995, rakyat

Jepun sekali lagi dikejutkan dengan kempen pembunuhan beramai-ramai pada

bulan Mac di stesen kereta api bawah tanah Tokyo menggunakan gas sarin yang

dianjurkan oleh kultus agama Aum Shinrikyo dan telah mengakibatkan lebih 5 000

orang awan cedera (Ibid: 238). Kultus agama Aum Shrinrikyo diasaskan pada tahun

1984 dan percubaan pembunuhan beramai-ramai ini disebut Armageddon,

serangan ini merupakan percubaan kultus agama Aum Shinrikyo menguasai Tokyo

dan menyucikan roh-roh spiritual yang hilang hala tuju dan merasmikan era baru

dibawah kepimpinan kader yang dikurniakan keistimewaan sebagai manusia (Ibid:

239).

Kultus agama yang dulunya tidak mendapat sambutan muncul dan

menguasai hampir majoriti generasi muda Jepun. Sambutan luar biasa yang

diterima oleh kultus agama ini berpunca daripada ahli-ahli tertingginya merupakan

golongan elit berpendidikan sehingga mampu mengorganisasikan agama ini menjadi

sebuah organisasi yang teratur dan pembiayaan yang sistematik. Rakyat Jepun

berasa teruja untuk mengetahui tentang kultus agama ini, begitu juga dengan media

massa sepanjang hari bercerita tentangnya.

Aum Shinrikyo mengeksplotasi sepenuhnya simbol-simbol popular dalam

masyarakat Jepun untuk menarik sokongan misalnya menggunakan imej, simbol

dan naratif daripada agama popular, animasi, buku komik dan permainan-tv,

semuanya digabungkan menjadi satu siri inspirasi yang hasilnya ianya berjaya

menarik golongan pelajar dan orang dewasa yang berumur sekitar 20 hingga 25

untuk menjadi ahli Aum Shrinrikyo (Ibid: 239). Doktrin Aum Shinrikyo merupakan

yang merupakan campuran pelbagai ajaran agama seperti Tibetan Buddha, yoga,

alam ghaib, perubatan moden, ketuhanan Hindu dan Kristian mendapat sambutan

Copyright @ 2016 Rd Davidson


rakyat Jepun kerana ianya didakwa mampu memberi ketenangan jiwa kepada

generasi muda Jepun yang hilang hala tuju hidup akibat pemodenan.

Kuasa pengguna dan perbelanjaan berlebih-lebihan yang meningkat dalam

kalangan rakyat Jepun turut dieksplotasi oleh kultus agama ini dengan menawarkan

pelbagai barangan kultus yang boleh disewa dan dibeli oleh ahli-ahlinya. Majoriti ahli

kultus agama ini sedar tentang kehidupan sebagai ahli Aum Shinrikyo dan mereka

bertahan hidup dalam regim agama yang ketat misalnya makan sekadar mencukupi,

kurang tidur, dan tahap kebersihan yang kurang baik. Sesiapa yang didapati cuba

melarikan diri akan ditangkap dan dibinasakan misalnya dijadikan bahan eksperimen

dan jasad mereka akan dimusnahkan dalam ketuhar gelombang mikro (Ibid: 240).

Perkembangan kultus agama Aum Shinrikyo ini memperlihatkan kejatuhan

moral dan nilai rakyat Jepun ke tahap paling teruk yang mana kultus agama ini

melebihi batas sebagai manusia biasa dengan menawarkan ketenangan dari

kebosanan hidup yang dihadapi oleh masyarakat moden Jepun dengan

mengekploitasi sains, ilmu ghaib dan kuasa teknologi ke atas ahlinya. Insiden Aum

ini memperlihatkan rakyat Jepun sanggup melakukan apa sahaja untuk mengisi

kekosongan makna hidup mereka walaupun dengan hal-hal yang dianggap mustahil.

Pemodenan yang dihadapi oleh generasi baru Jepun telah menyedarkan

mereka untuk mencari makna hidup yang sebenar sehingga mereka ini terjebak

dalam kultus agama Aum Shinrikyo. Sosio-budaya rakyat Jepun pada 1990-an

mengalami kejutan dalaman dan luaran sehingga menghakis hagemoni sosial dan

menimbulkan krisis identiti. Masyarakat Jepun yang merupakan konsumer tinggi

yang mempunyai akses kepada pelbagai maklumat & generasi muda mudi ini

mudah terpengaruh dengan budaya penggunaan yang membentuk imaginasi

Copyright @ 2016 Rd Davidson


khususnya dalam aspek kehidupan seharian mereka. Keadaan inilah yang

memudahkan mereka terpengaruh dengan ajaran Aum Shinrikyo.

Antara media massa yang berpengaruh adalah komik yang memaparkan nilai

moral yang rendah seperti pornografi serta keganasan. Pekembangan komik yang

tidak sihat ini mendapat sokongan ramai dengan alasan kebebasan

mengeskpresiasikan seni. Begitu juga dengan perniagaan berbentuk hiburan yang

berkembang misalnya animasi, permainan-tv, komputer software diekspliotasi dan

dipasarkan kepada generasi remaja. Barangan berbentuk maya misalnya binatang

peliharaan dan patung berbentuk maya mulai mempunyai nilai yang lebih tinggi

berbanding barangan berbentuk realiti (Ibid: 228).

Golongan wanita semakin liberal dan mendapat persamaan hak melalui

undang-undang namun pelaksaannya menghadapi masalah dan golongan wanita ini

dieksplotasi menjadi produk komersial (Shinohara Chika, 2008: 60-62). Dalam dunia

hiburan pula, lelaki muda pula bereksperimen dengan sifat-sifat feminim dan unsur-

unsur luar untuk memenuhi standard wanita khususnya bagi meraih peminat dan

kepentingan komersial (Ibid: 229). Lelaki pertengahan umur pula berhadapan

dengan masalah beban kerja dan persaingan dengan generasi muda yang lebih aktif

serta berdaya saing sehingga ada yang sanggup bunuh diri akibat kehilangan kerja

kerana pekerjaan merupakan hidup dan maruah mereka (Ibid: 240). Perkembangan

media massa, media maya dan dunia hiburan telah mengubah landskap kuasa dan

hubungan antara gender.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Kesimpulannya, Pada tahun 1989 Jepun mengalami pelbagai masalah politik

dan ekonomi ditambah pula dengan peristiwa yang berlaku pada tahun 1995 iaitu

gempa bumi Hashin dan kempen pembunuhan beramai-ramai oleh Aum Shinrikyo

telah membangkitkan persoalan krisis identiti dalam kalangan rakyat Jepun. Corak

hubungan antarabangsa yang berubah dan kemelesetan ekonomi pada tahun 1989

telah mewujudkan satu bentuk nasionalisme baru yang mahu mengembalikan

maruah Jepun yang dipandang rendah oleh negara luar. Demikian juga dengan

peristiwa bencana alam dan insiden Aum Shrinrikyo telah memberi signifikan kepada

Jepun sehingga menyedarkan golongan intelektual perlunya dihidupkan semula

identiti Jepun yang hilang akibat pemodenan khususnya dalam kalangan generasi

muda yang sudah lalai dengan pemodenan Barat.

Pemodenan Jepun telah memberi kesan kepada nilai moral masyarakat

Jepun yang semakin terancam dengan perkembangan teknologi maklumat yang

dieksploitasi untuk mengaut keuntungan. Golongan pemerintah pula lemah dan

gagal menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi negara sehinggakan rakyat

Jepun hilang kepercayaan kepada kerajaan. Hegemoni sosial masyarakat Jepun

terhakis dan mereka kehilangan identiti diri sehinggalah terlibat dalam kultus agama

Aum. Tahun 1989 merupakan tahun yang signifikan kerana pada pada tahun ini

pelbagai isu dan masalah timbul hingga menyentuh soal krisis identiti Jepun.

Copyright @ 2016 Rd Davidson

Anda mungkin juga menyukai