Anda di halaman 1dari 5

RUSUHAN BERAS 1918

Dari tahun 1905 sehingga tahun 1918, Jepun telah mengalami sebuah era yang dikenali
sebagai ‘Minshu Sojo Ki’ atau ‘Era Keganasan Jepun’ di mana berlakunya beberapa siri
rusuhan yang berskala besar di negara tersebut.1 Rentetan peristiwa tersebut juga telah
menunjukkan bahawa Maharaja Mikado Meiji telah mewariskan takhta kepada anaknya iaitu
Yashihito dalam keadaan negara mengalami huru-hara disebabkan kelemahan beliau sendiri.
Maharaja Meiji yang terkenal dengan program ‘Meiji Restoration’ atau ‘Pembaharuan Meiji’
akhirnya gagal untuk membawa Jepun ke arah kemodenan yang seimbang dari segi politik,
ekonomi dan sosial ekoran polisi yang diperjuangkan oleh beliau. Pada zaman pemerintahan
Maharaja Meiji, Jepun mengalami beberapa siri peperangan antaranya perang menentang
China pada tahun 1894 dan perang menentang Russia pada tahun 1904 sehingga tahun 1905.2
Peperangan tersebut nyata telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pembangunan
di Jepun kerana Maharaja Meiji lebih mengutamakan pembangunan dari segi ketenteraan dan
juga pembangunan senjata bagi menghadapi perang-perang menentang musuh mereka. Oleh
itu, tumpuan yang diberikan Maharaja Meiji telah menyebabkan rakyat berada dalam
kesusahan manakala ekonomi di Jepun pada masa tersebut berada dalam keadaan yang tenat.3

Penyerahan takhta disebabkan kemangkatan Maharaja Meiji kepada putera beliau iaitu
Yashihito atau lebih dikenali sebagai Taisho merupakan salah satu era kejatuhan yang
diperlihatkan di Jepun. Bermula tahun 1912 keganasan serta keadaan huru-hara di Jepun telah
berlanjutan ekoran rasa tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan yang ada di Jepun.4 Sistem
demokrasi yang dibawa oleh Taisho telah membuktikan bahawa perlaksanaannya merupakan
sebuah kegagalan ekoran berlakunya rusuhan pada tahun 1918 yang dikenali sebagai ‘Rusuhan
Beras’. Parlimen yang ditubuhkan oleh Taisho telah menemui jalan buntu akibat gagal untuk
menyelesaikan permasalahan tersebut. Sebelum berlakunya Rusuhan Beras pada tahun 1918,
terdapat dua siri rusuhan lain yang berlaku disebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam
kalangan rakyat Jepun. Pada tahun 1914, berlakunya rusuhan yang melibatkan 49 serangan dan

1
Andrew Gordon, Labor and Imperial Democracy in Prewar Japan, United States, University Of Callifornia
Press, 1997, Hlm.24.
2
George M. Wilson, Patriots and Redeemers in Japan: Motives in the Meiji Restoration, United States,
University Of Chicago Press, 1992, Hlm.54.
3
Louis G. Perez, Japan at War: An Encyclopedia: An Encyclopedia, Santa Barbara, ABC-CLIO, 2013,
Hlm.232.
4
Shaharom Husain, Di Bawah Sinar Matahari, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004,
Hlm. 29.
telah disertai oleh 5763 orang buruh.5 Rusuhan yang dilakukan adalah sebagai tanda menyelar
kerajaan Jepun disebabkan kegagalan mereka untuk memulihkan keadaan ekonomi di Jepun.
Seterusnya, Jepun sekali lagi digegarkan dengan peristiwa rusuhan yang berlaku pada tahun
1916 di mana pada kali ini, telah berlaku peningkatan dari segi jumlah serangan serta bilangan
perusuh. Pada tahun ini, jumlah serangan adalah sebanyak 108 serangan manakala jumlah
perusuh pula adalah sebanyak 8413 orang.6

Namun begitu, peristiwa rusuhan tersebut tidak dianggap begitu popular apabila
tercetusnya sebuah rusuhan yang berskala besar pada tahun 1918 iaitu Rusuhan Beras. Rusuhan
Beras telah menyaksikan bahawa berlakunya sebanyak 417 serangan manakala peningkatan
yang mendadak berlaku pada jumlah perusuh yang terlibat iaitu seramai 66,457 orang. Rusuhan
Beras merupakan rusuhan yang berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama
berlakunya rusuhan tersebut adalah disebabkan kenaikan harga beras secara mendadak. 7 Pada
mulanya, harga beras telah meningkat sehingga mencecah dua kali ganda dari harga asal namun
keadaan menjadi semakin teruk apabila harga beras kembali meningkat sehingga mencecah 4
kali ganda dari harga asal. Namun begitu, terdapat juga faktor lain berlakunya Rusuhan Beras
antaranya adalah berlakunya inflasi dalam ekonomi Jepun, manakala gaji yang diperolehi
golongan pekerja sama ada pekerja kelas pertengahan atau gologan ‘Burakamin’ iaitu golongan
petani dan nelayan pula semakin menurun. Selain itu, kegagalan kerajaan Jepun untuk
menangani isu tersebarnya penyakit wabak ‘Influenza Pandemic’ iaitu wabak selsema yang
melanda dunia pada masa tersebut turut menjadi punca berlakunya rusuhan tahun 1918
tersebut.8 Rusuhan Beras yang berlaku bukan hanya meliputi kawasan luar bandar malah
kawasan bandar, kawasan perindustrian serta kawasan perlombongan turut menyaksikan
berlakunya kebangkitan golongan pekerja dalam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka
terhadap majikan serta kerajaan Jepun sendiri.9

5
Chushichi Tsuzuki, The Pursuit of Power in Modern Japan 1825-1995, United Kingdom, Oxford University
Press, 2000, Hlm.199.
6
Michael Lewis, Rice Riot and Strikes in Japan, 2007, https://libcom.org/library/1918-rice-riots-strikes-japan
Diperoleh pada 20 April 2017.
7
Mikiso Hane, Peasants, Rebels, Women, and Outcastes: The Underside of Modern Japan, United States,
Rowman & Littlefield, 2016, Hlm.160.
8
Akira Hayami, The Influenza Pandemic in Japan, 1918-1920: The First World War Between Humankind and a
Virus, Japan, International Research Center for Japanese Studies, 2015, Hlm.43.
9
Michael Lewis, Rioters and Citizens: Mass Protest in Imperial Japan, United States, University of California
Press, 1990, Hlm. 11.
KRONOLOGI RUSUHAN BERAS

Pada 22 julai 1918, rusuhan telah berlaku di perkampungan nelayan di sepanjang Teluk
Toyama. Rusuhan yang bercorakkan ‘Murakata Ikki’ iaitu rusuhan secara tradisional di mana
orang ramai berkumpul sambil melaungkan kata-kata yang menunjukkan tanda tentangan.10
Rusuhan telah dilakukan oleh golongan isteri-isteri nelayan di perkampungan tersebut.
Segalanya bermula apabila isteri-isteri nelayan telah melihat golongan pedagang sedang
berusaha untuk membawa keluar beras bagi tujuan eksport ke kawasan-kawasan lain di Jepun.
Tindakan tersebut telah menimbulkan kemarahan mereka di mana pada masa tersebut, bekalan
beras adalah terhad serta harga yang dikenakan pula adalah tinggi. 11 Rata-rata golongan
nelayan yang bekerja di sekitar Teluk Toyama merupakan golongan imigran yang datang untuk
bekerja dengan pemilik-pemilik bot di kawasan tersebut. Peningkatan kos sara hidup di Jepun
telah menyebabkan pemilik-pemilik bot mengurangkan gaji yang diberikan kepada nelayan-
nelayan. Kenaikan harga beras diikuti dengan kadar gaji yang rendah telah menyebabkan
golongan nelayan itu tadi menanggung beban hutang dengan pemilik-pemilik bot bagi tujuan
membeli makanan.12 Kegawatan ekonomi yang berlaku juga telah menyebabkan isteri kepada
golongan nelayan itu tadi mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan perindustrian
tekstil di mana peluang tersebut telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan kapitalis-
kapitalis yang membuka kilang tekstil. Gaji yang telah diberikan oleh golongan kapitalis
tersebut kepada isteri-isteri nelayan itu tadi adalah pada kadar yang rendah namun mereka telah
dikerah untuk melakukan kerja dalam skala yang besar.13

Rentetan peristiwa-peristiwa tersebut, berlakunya rusuhan di Teluk Toyama di mana


rusuhan tersebut telah diketuai oleh golongan wanita yakni isteri-isteri nelayan sepenuhnya.
Rusuhan yang dilakukan adalah bertujuan untuk memboikot kenaikan harga beras serta
kegiatan menyeludup keluar beras bagi tujuan perniagaan. Rusuhan yang berlaku telah
mengakibatkan pedagang-pedagang beras diserang manakala bangunan-bangunan kerajaan
pula dibakar. Selain daripada kegiatan perikanan, kawasan Teluk Toyama juga merupakan
sebuah kawasan yang terkenal dengan kegiatan pertanian mereka.14 Rusuhan yang diketuai
oleh isteri-isteri nelayan itu tadi telah mula tersebar ke kawasan perkampungan petani di mana

10
Louis G. Perez, Daily Life in Early Modern Japan, United States, Greenwood Press, 2002, Hlm.33.
11
Chushichi Tsuzuki, The Pursuit of Power in Modern Japan 1825-1995, Hlm.211.
12
Emiko Ohnuki-Tierney, Rice as Self: Japanese Identities through Time, United States, Princeton University
Press, Hlm.38.
13
Louis G. Perez, Japan at War: An Encyclopedia: An Encyclopedia, Hlm.245.
14
Robert M. Wallace, Hegel's Philosophy of Reality, Freedom, and God, United Kingdom, Cambridge
University Press, Hlm.310.
petani-petani telah melancarkan rusuhan mereka terhadap tuan tanah masing-masing.
Golongan petani itu tadi telah menuntut agar tuan tanah menaikkan gaji serta mewujudkan
polisi kerja yang lebih baik. Golongan kapitalis perindustrian sekali lagi memanfaatkan
peluang ini dengan menyebarkan sentimen anti-tuan tanah dalam kalangan petani.15

Seterusnya, pada 9 Ogos 1918, sebuah perhimpunan telah diadakan di Taman Tsurumai di
mana pada awalnya perhimpunan tersebut hanya disertai seramai 500 orang sahaja. Namun
begitu, sehingga pukul 9 malam, jumlah orang ramai yang berhimpun di kawasan taman
tersebut telah meningkat sehingga menjangkau seramai 30,000 orang. Antara yang terlibat
dalam perhimpunan di Taman Tsurumai ini adalah golongan jurnalis, pekerja-pekerja kelas
pertengahan serta kelas bawahan.16 Perhimpunan yang diadakan ini merupakan tindakan
susulan oleh masyarakat Jepun yang tinggal di kawasan bandar setelah menerima berita
mengenai apa yang berlaku di Teluk Toyama. Perhimpunan tersebut telah diadakan di atas
tujuan yang sama iaitu untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pedagang-pedagang
beras serta orang-orang kaya yang mengambil kesempatan di atas keadaan ekonomi di Jepun.
Namun begitu, perhimpunan tersebut telah berjaya disuraikan oleh pihak polis.17

Pada 12 Ogos 1918, perhimpunan sekali lagi diadakan di Taman Tsurumai di mana orang
ramai kembali berhimpunan dan berarak ke kawasan Komeya-Cho. Kawasan Komeya-Cho
merupakan petempatan bagi golongan pedagang-pedagang beras di mana di kawasan tersebut
juga telah dibina gudang-gudang penyimpanan beras.18 Serangan telah dilakukan oleh puak
perusuh mengakibatkan beberapa pondok polis dibakar serta kedai-kedai yang berhampiran
juga dimusnahkan. Namun begitu, kredibiliti yang ditunjukkan oleh pihak polis Jepun telah
membolehkan rusuhan tersebut disuraikan meskipun berlakunya kerosakan yang teruk pada
kedai-kedai, pondok polis serta gudang-gudang penyimpanan beras.19 Rusuhan yang berlaku
turut reda apabila pihak kerajaan mengisytiharkan penurunan harga beras namun penurunan
tersebut hanya berlaku selama dua jam sahaja. Hasilnya rusuhan kembali meletus apabila ramai
di antara puak perusuh tidak berjaya untuk mendapatkan bekalan beras yang diperlukan.

15
Shaharom Husain, Di Bawah Sinar Matahari, Hlm. 32.
16
W. J. Macpherson, The Economic Development of Japan 1868-1941, United Kingdom, Cambridge University
Press, 1995, Hlm.21.
17
Lawrence Anderson Fouraker, Taisho Businessmen and the State, United State, University of Callifornia,
Hlm.148.
18
Louis G. Perez, Japan at War: An Encyclopedia: An Encyclopedia, Hlm.263.
19
Michael Lewis, Rioters and Citizens: Mass Protest in Imperial Japan, Hlm. 118.
Rusuhan di kawasan tersebut telah berlanjutan sehingga 17 Ogos di mana puak-puak perusuh
telah berhimpun sekali lagi di dalam jumlah yang besar sehingga menyebabkan pihak polis
gagal untuk menyekat kemaraan mereka.20

Selain itu juga, rusuhan turut berlaku di kawasan kilang-kilang kapal serta di kawasan
perlombongan arang batu. Rusuhan yang berlaku di kilang-kilang kapal telah diketuai oleh
golongan profesional di kilang tersebut. Dicatatkan seramai 26,000 orang telah mengambil
bahagian dalam rusuhan yang diadakan. Mereka telah menggesa agar pemilik kilang
memperbaharui peraturan kerja yang telah ditetapkan serta menaikkan gaji golongan pekerja
agar sejajar dengan peningkatan kos sara hidup semasa. Antara kilang kapal yang terlibat
adalah kilang kapal di Kobe yang dimiliki oleh syarikat Mitsui dan juga syarikat Mitsubishi.21
Rusuhan yang berlaku di kawasan perlombongan arang batu pula menyaksikan kebangkitan
golongan pelombong dalam menuntut keadilan untuk para pelombong daripada majikan
mereka. Antara syarat yang telah dikenakan kepada pihak majikan oleh golongan pelombong
adalah menyediakan gaji yang mencukupi, mewujudkan skim simpanan pekerja, peraturan
pekerjaan yang adil serta membina kemudahan-kemudahan asas di kawasan perlombongan.
Rusuhan yang berlaku di kedua-dua tempat ini telah reda apabila puak perusuh yang bermula
di Taman Tsurumai sampai ke kawasan mereka.22

Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa demokrasi yang diasaskan oleh Taisho di Jepun
gagal untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat di Jepun. Dasar-dasar yang telah
diperkenalkan di peringkat parlimen juga nyata tidak memberikan sebarang impak yang positif
terhadap keadaan semasa di Jepun.23 Dapat disimpulkan disini bahawa rusuhan yang berlaku
merupakan sesuatu yang berpunca dari kegagalan pihak kerajaan dalam menyediakan struktur
ekonomi, politik dan sosial yang stabil bagi memastikan rakyat dapat hidup secara harmoni.24

20
William G. Beasley, Japanese Imperialism, 1894-1945, United Kingdom, Clarendon Press, 1987, Hlm.124.
21
Penelope Francks, Japanese Economic Development: Theory and Practice, London, Routledge, 2015,
Hlm.58.
22
John Crump, The Origins of Socialist Thought in Japan, London, Routledge, 2010, Hlm 68.
23
Robert A. Scalapino, Democracy and the Party Movement in Prewar Japan: The Failure of the First Attempt,
United States, University of Callifornia, Hlm.10.
24
Harukata Takenaka, Failed Democratization in Prewar Japan: Breakdown of a Hybrid Regime, United States,
2014, Hlm. 3.

Anda mungkin juga menyukai