Anda di halaman 1dari 26

1.

Pengenalan

Modenisasi telah membawa kepada pembangunan dan perkembangan terhadap


tahap sosioekonomi dan sosiobudaya sesebuah masyarakat. Perancangan dan
pembangunan yang teliti serta mementingkan kemajuan luar bandar agar selaras
dengan Wawasan 2020. Sistem pengangkutan dan jaringan jalan raya adalah salah
satu

bentuk

pembangunan

yang

sangat

penting

bagi

memudahkan

serta

mempercepatkan darjah ketersempaian ke sesuatu destinasi. Namun, Kg. Batu 65,


Beaufort adalah tempat yang hanya menggunakan kemudahan kereta api dalam
kehidupan dan pergerakan mereka dari sesuatu tempat ke tempat yang lain. Hal ini
kerana ketiadaan jaringan jalan raya di kawasan pendalaman tersebut. British
Borneo Para Rubber Company merupakan syarikat pertama yang mengeksploitasi
tawaran kerajaan dengan memperoleh kawasan seluas 809 ekar berdekatan dengan
landasan keretapi Weston-Beaufort pada tahun 1905. Pembinaan jalan kereta api
yang telah menghubungkan beberapa kampung dan kawasan masih aktif digunakan
oleh penduduk setempat khususnya penduduk Kg. Batu 65. Fokus kajian kami
adalah ingin melihat pergantungan kereta api daripada perspektif penduduk
tempatan khususnya di kawasan kajian.

Faktor kepesatan tanaman getah bukanlah hanya disebabkan oleh dasar dan
galakan kerajaan tetapi juga dipengaruhi oleh sistem pengangkutan yang efektif
terutamanya kemudahan keretapi. Pembinaan landasan keretapi

merupakan

pengaruh yang sangat dominan untuk membolehkan industri tersebut diperluaskan


terutamanya di Pantai Barat dan Pedalaman. Keadaan ini menunjukkan sumbangan
dan pengaruh kereta api sejak awal penubuhannya sehingga kini. Disebabkan hal
yang demikian, kebergantungan kepada sistem kereta api mereupakan salah satu
keperluan kepada penduduk setempat agar dapat bergerak keluar dari tempat
mereka untuk ke pekan atau ke Kota Kinabalu. kajian ini adalah mengenai
pengangkutan kereta api yang disediakan di kawasan kajian iaitu Kg. Batu 65,
Beaufort. Tujuan kajian ini adalah ingin mengetahu sejauhmana kebergantungan
masyarakat setempat terhadap pengangkutan kereta api khususnya penduduk di
Kg. Batu 65 yang mana didiami oleh majoriti masyarakat Dusun. Seterusnya, kami
ingin melihat kesan penggunaan kereta api terhadap masyarakat setempat. Hal ini

bertujuan untuk mengenalpasti sumbangan kereta api dan pengaruhnya terhadap


penduduk setempat.
Melalui kajian yang telah di lakukan, dapat di lihat bahawa sistem
pengangkutan kereta api merupakan salah satu sistem pengangkutan utama
kepada penduduk kampung di Batu 65. Melalui kajian yang telah di lakukan,
penduduk menjadikan perkhidmatan kereta api ini sebagai pengangkutan utama
mereka selain kepada peniaga, suri rumah mahupun kepada pelajar-pelajar yang
bersekolah. Ketiadan kereta api menyebabkan segala aktiviti harian mereka akan
terjejas terutama kepada peniaga dan pelajar yang menggunakan kereta api untuk
sampai ke destinasi mereka, perjalanan yang mempunyai jarak perjalanan sejauh 4
kilomereter terpaksa di lalui untuk sampai ke sekolah. Perjalanan yang memerlukan
masa yang panjang dan di kawasan pendalaman menjadikan kereta api adalah
pengangkutan yang utama di samping harga yang murah dan tidak membebankan
penduduk.
Sekiranya mereka ingin pergi ke pekan dan kereta api tidak dapat beroperasi
maka mereka akan menggunakan inisiatif menggunakan perkhidmatan sewa kereta
orang atau dengan menaiki perahu dengan menggunakan jalan sungai Beaufort.
Tambang yang dikenakan lebih mahal berbanding kereta api iaitu Rm 40.00 sekali
perjalanan ke pekan berbanding menaiki kereta api Rm 1.20 sehala. Penggunaan
kereta

api

ini

memudahkan

penduduk

untuk

menganggkut

barang-barang

perniagaan mereka untuk berniaga di Tamu-Tamu, atau di stesen kereta api dan
untuk mereka membeli barangan rumah dan dapur. Aktiviti penduduk kampung
akan terjejas sekiranya kereta api rosak atau tidak dapat beroperasi. Hasil kajian
yang dapat dikenal pasti adalah, kereta api ini akan beroperasi bermula pada jam 6
pagi sehingga 6 petang yang mana ianya akan berulang alik sebanyak empat kali
dari stesen kereta api Beaufot ke stesen Halugiat.
Sekiranya berlaku kecemasan, penduduk akan menggunakan perahu untuk
bergerak ke pekan untuk sampai ke Hospital. Dengan menyewa bot orang kampung
sebanyak Rm 45.00 mereka terpaksa membayar sekiranya terdapat kecemasan
seperti sakit atau masalah lain. Penduduk sekitar Kg. 65 ini merupakan penduduk
yang sangat bergantung kepada perkhidmatan kereta api sejak dahulu. Sekiranya
kereta api rosak, maka penduduk kampung akan merasa terbeban di sebabkan
tidak dapat keluar ke pekan untuk mendapatkan keperluan. Mereka bergantung
2

sepenuhnya dengan perkhidmatan kereta api yang mana mampu memudahkan


pergerakan mereka keluar dari kampung.

1.1

Permasalahan Kajian

Jalan raya merupakan satu kemudahan yang memudahkan masyarakat dalam


menjalani aktiviti kehidupan mereka. Dengan adanya kemudahan jalan raya,
sesebuah masyarakat mudah untuk pergi ke sesuatu tempat dan mudah untuk
menjalankan kegiatan sosio-ekonomi mereka. Namun begitu, Kg Batu 65 yang
terletak di Beaufort, Sabah merupakan sebuah kampung yang tidak mempunyai
kemudahan jalan raya sepertimana kemudahan jalan raya yang ada di tempat lain.
Walaupun kemudahan jalan raya tidak terdapat di kampung tersebut, terdapat
kemudahan pengangkutan kereta api di kampung tersebut disebabkan oleh
kawasan kampung tersebut yang menjadi laluan kereta api daripada Beaufort ke
Tenom.
Hal

tersebut yang menjadi

sejauhmana

kebergantungan

fokus kepada penyelidik

masyarakat

di

Kampung

untuk

Batu

65

mengkaji
terhadap

pengangkutan kereta api memandangkan tiada kemudahan jalan raya di kawasan


tersebut. Dalam kajian ini juga, responden yang menjadi sasaran adalah daripada
kalangan penduduk Kampung Batu 65, Beaufort dan juga pekerja JKNS (Jabatan
Kereta Api Negeri Sabah) bagi mengetahui sejauhmana kebergantungan penduduk
Kampung Batu 65 terhadap pengangkutan kereta api. Selain itu, kemudahan
perkhidmatan kereta api tersebut akan memberi kesan kepada masyarakat di
Kampung Batu 65, Beaufort dalam kehidupan seharian mereka. Kesan tersebut juga
perlu

dikenalpasti

rentetan

daripada

kebergantungan

masyarakat

setempat

1.
Mengetahui sejauhmana kebergantungan masyarakat
terhadap
pengangkutan kereta api di Kg. Batu 65, Beaufort.

setempat

terhadap pengangkutan kereta api tersebut.

1.2

Objektif Kajian

Antara objektif kajian ialah:

2.
Mengenalpasti kesan penggunaan kereta api terhadap masyarakat
setempat.

1.3

Skop Kajian

Dalam kajian ini, skop kajian kami meliputi kawasan kajian, kaedah yang digunakan
dan responden yang dipilih. Kami memilih Kg. Batu 65 sebagai kawasan kajian kami
bagi melihat kebergantunga mereka terhadap kereta api. Kaedah yang digunakan
ialah dokumentari yang mana rakaman video sepanjang kajian dijalankan.
Responden yang dipilih adalah terdiri daripada penduduk tempatan Kg. Batu 65 dan
pekerja tren kereta api.

2.0

Kerangka Konseptual

2.1 Pengertian Pengangkutan Awam


Pengangkutan awam pula merujuk kepada kenderaan perkhidmatan awam
yang digunakan untuk mengangkut penumpang yang membayar sejumlah
tambang

tertentu

sebagai

perkhidmatan

untuk

sesuatu

perjalanan.

Kenderaan yang digunakan dalam mod pengangkutan awam ini boleh dimiliki
dan diselenggarakan secara persendirian dan oleh badan awam seperti
kerajaan

tempatan,

perbandaran

atau

syarikat

persendirian

(Dewi

Budhiartini, 2007). Perkhidmatan tersebut adalah untuk kemudahan sosial


ataupun untuk mendapatkan keuntungan.
Sehubungan
bahagian

yang

dengan

paling

hal

itu,

penting

pengangkutan

dalam

kalangan

awam

merupakan

masyarakat

kerana

pengangkutan berkait rapat dengan tempat dan kegiatan masyarakat serta


tersedianya barangan dan perkhidmatan. Pengangkutan diertikan sebagai
perpindahan orang atau barangan dari sesuatu tempat ke tempat lain untuk

tujuan

tertentu.

Oleh

itu,

jelaslah

bahawa

pengangkutan

hanyalah

merupakan alat melawan jarak yang secara geografinya terpisah untuk


memenuhi keperluan manusia. Justeru, perkhidmatan pengangkutan oleh
pengguna

yang

bergerak

dalam

bidang

perusahaan

perkhidmatan

pengangkutan merupakan salah satu jenis keluaran perkhidmatan.

2.2 Pengertian Masyarakat


Masyarakat merupakan sejumlah besar ataupun sekumpulan orang yang
tinggal dalam wilayah yang sama, berdikari serta mempunyai budaya yang
dikongsi bersama (Schaefer & Lamm, 2002). Manakala, menurut Macionis
(1997) pula, masyarakat merupakan sekumpulan manusia yang berinteraksi
dalam sebuah wilayah tertentu dan memiliki budaya yang sama. Selain itu,
masyarakat juga merupakan satu konsep yang paling penting dalam
memahami hubungan etnik. Menurut Ralph Linton (1936) masyarakat dilihat
sebagai kelompok manusia yang telah lama hidup bersama dan saling
bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkan diri
mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu.
Manakala, Lucy Mair (1965) pula menyatakan bahawa masyarakat
adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia yang saling berhubungan
secara kolektif dengan mampunyai hak dan tanggungjawab yang saling
mengiktiraf. Tambahan lagi, menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah
kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan
dan cara tertentu. Ringkasnya, masyarakat boleh didefinisikan sebagai
sekumpulan
bekerjasama,

manusia

yang

mempunyai

hidup
kesatuan

kebudayaan.

3.0

Kerangka Teori
TEORI PERGANTUNGAN
5

bersama,
sosial,

saling
serta

berhubungan
sentiasa

dan

membina

Teori pergantungan pertama kali telah diperkenalkan oleh Thetonio Dos


Santos dan Andre Gunder Frank dalam menjelaskan hubungan di antara
negara maju dan miskin ketika itu. Pergantungan yang jelas dari segi
ekonomi yang memaksa negara miskin bergantung kepada negara maju
dalam mengembngkn lagi pembangunan di dalam negara mereka. Teori yang
diperkenalkan ini tidak asing lagi dengan sistem ekonomi kapitalis-dunia dan
apabila negara maju dapat mengawal negara miskin ini dengan berleluasa,
ianya menggambarkan fasa akhir dalam sistem ekonomi kapitalis.
Menurut Dos Santos, negara-negara miskin yakni negara Dunia Ketiga
membangun atau maju akibat dengan pengembangan ekonomi oleh negara
maju yakni negara G-8 dengan menggunakan sistem kapitalis. Jika sistem

ekonomi yang dialami oleh negara maju ini maka ia secara langsung akan
menjejaskan negara miskin ini namun jika perkara sebaliknya berlaku apabila
sistem ekonomi negara miskin ini jatuh, ia tidak akan menjejaskan negara
maju yang mengawal.
Sumber: Google Images (2015)
Gambar rajah di atas menunjukkan pergantungan negara membangun
dalam mendapatkan modal daripada negara maju. Malah negara maju juga
memerlukan sumber yang dapat menjana ekonomi mereka. Contoh yang
dapat

dilihat

ialah

bagaimana

negara

maju

seperti

United

States

menenggelamkan dan berkuasa ke atas negara-negara Timur Tengah bagi


6

memperoleh sumber galian iaitu minyak bagi membantu dalam aspek


ekonomi dan ketenteraannnya. Walaupun negara-negara ini masih terikat
dengan sistem kapitalis, namun negara ini tidak hanya berpeluk tubuh malah
mengembangkan sendiri tapak perindustrian. Contohnya, negara Korea
Selatan yang mengembangkan dan mengusahakan pelbagai industri seperti
pemotoran untuk dieksport. Negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan,
Singapura dan Hongkong ini merupakan salah satu contoh negara separa
maju yang berpotensi besar yang mampu terlepas daripada kuasa imperialis
kapitalis dengan industri masing-masing.
Sementara

itu

Theotonio Dos

Santos (1970) mengklasifikasikan

kebergantungan kepada tiga jenis iaitu pertama, kebergantungan kolonial


yang berlaku penjajahan dari negara pusat ke negara membangun. Kegiatan
ekonominya adalah eksport barang-barangan yang diputuskan oleh negara
maju. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa hubungan penjajah dengan
penduduk sekitar adalah bersifat eksploitasi. Kedua adalah kebergantungan
dalam industri dan kewangan. Negara membangun yang merdeka tetapi
lemah dalam aspek kewangan dan masih dikuasai sepenuhnya oleh negaranegara maju. Barang yang dieksport adalah barangan yang ditentukan
sendiri oleh negara pusat malah meletakkan pelaburan modal baik secara
langsung

mahupun

melalui

kerjasama

dengan

pengusaha

tempatan.

Seterusnya jenis ketiga iaitu kebergantungan dalam teknologi dan industri


dan dikenali sebagai bentuk kebergantungan baharu di mana kegiatan
ekonomi di negara mundur bukan lagi eksport bahan mentah untuk negara
pusat. Perniagaan secara multinasional telah melaburkan modal di negara
membangun dengan tujuan untuk kepentingan negara.
TEORI MODERNISASI
Perspektif teori Modernisasi Klasik menerangkan bahawa negara Dunia Ketiga
merupakan

negara

yang

mundur

disebabkan

masyarakat

tradisionalnya.

Sementara negara-negara Barat dilihat sebagai negara moden. Aliran modernisasi


memiliki ciri-ciri dasar antara lain seperti Sumber perubahan adalah dari dalam
atau dari budaya masyarakat itu sendiri (Internal resources) bukan ditentukan unsur
luar. Modenisasi diertikan sebagai proses transformasi. Dalam rangka mencapai
7

status moden, struktur dan nilai-nilai tradisional secara keseluruhan digantikan


dengan struktur dan nilai-nilai moden. Modenisasi merupakan satu proses yang
sistematik. Modenisasi juga melibatkan perubahan pada hampir segala aspek
tingkah

laku

sosial,

termasuk

di

dalamnya

seperti

industrial,

perbezaan,

sekularisme, sentralisme dan sebagainya.


Antara ciri-ciri utama teori modenisasi adalah seperti berikut melibatkan
proses yang mempunyai pelbagai tahap dari bahagian rendah sehingga ke
bahagian tinggi seperti proses pembandaran. Selain itu, modenisasi juga dianggap
sebagai homogenesi dimana melibatkan proses kitaran pembangunan yang
berulang-ulang. Tambahan lagi, proses modenisasi terpengaruh dengan kemajuankemajuan yang dikecapi oleh negara-negara barat. Melalui pengaruh ini akan
mempengaruhi negara-negara Dunia Ketiga untuk berusaha untuk memajukan
mereka supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Disamping itu, teori
modenisasi juga memerlukan perubahan yang progresif supaya pembangunan
dapat dijalankan dengan teratur dan efisien.
Antara tokoh-tokoh yang menekankan teori modenisasi ini ialah seperti
Harold Domar, Walt W. Rostow, David McCelland, Max Weber dan lain-lain.
Pandangan yang dikemukakan oleh Harold Domar mengenai teori modenisasi iaitu
beliau menganggap masalah pembangunan pada dasarnya merupakan masalah
yang melibatkan pelaburan modal di dalam sesebuah aktiviti ekonomi. Secara
ringkasnya pendapat Domar tentang masalah modenisasi meliputi masalah
pelaburan dan kekurangan modal yang menyebabkan proses pembangunan
menjadi terbantut. Manakala, menurut David McCelland pula menekankan teori
Need

For

Achievement

iaitu

menerangkan

bahawa

proses

pembangunan

memerlukan dorongan yang kuat bagi melahirkan masyarakat yang maju dan
mempunyai minda kelas pertama. Kaedah untuk melaksanakan teori ini melalui
penerapan

pendidikan

semasa

kanak-kanak

lagi

bagi

memudahkan

proses

pembangunan ini berlaku.

4.0

Sorotan Literatur

Dewi Budhiartini (2007) menyatakan bahawa pengangkutan awam merujuk kepada


kenderaan perkhidmatan awam yang digunakan untuk mengangkut penumpang
8

yang membayar sejumlah amaun tertentu sebagai tambang untuk perjalanan.


Kenderaan pengangkutan awam ini dimiliki atau diselenggara oleh badan-badan
awam ataupun pihak swasta yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan
sosial di samping mendapatkan keuntungan. Menurut beliau lagi, pengangkutan
awam merupakan bahagian yang paling penting dalam kalangan masyarakat
kerana pengangkutan berkait rapat dengan tempat dan kegiatan masyarakat serta
tersedianya

barangan

dan

perkhidmatan.

Pengangkutan

diertikan

sebagai

perpindahan orang atau barangan dari sesuatu tempat ke tempat lain untuk tujuan
tertentu. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa pengangkutan hanyalah merupakan alat
melawan jarak yang secara geografinya terpisah untuk memenuhi keperluan
manusia.
Seterusnya, Kamus Dewan (2008) mentakrifkan pengangkutan awam sebagai
suatu sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan keretapi yang boleh
digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah
ditetapkan. Pengangkutan awam merupakan satu perkhidmatan. Abd Rahim Md
Noor (2002) pula menjelaskan bahawa pengangkutan juga diertikan sebagai sebuah
proses iaitu proses pindah, proses gerak, proses pengangkutan dan mengalihkan
kemana proses ini tidak boleh dilepaskan daripada keperluan akan alat pendukung
untuk

menjamin lancarnya proses perpindahan

diinginkan.

Kepelbagaian

aktiviti

di

bandar

sesuai dengan

amat

memerlukan

masa yang
penggunaan

kenderaan. Penduduk terpaksa berulang-alik lebih jauh ke tempat kerja atau bagi
mendapatkan sebarang kemudahan perkhidmatan. Jelasnya, secara umum banyak
perubahan telah dilalui dan dialami oleh penduduk sebelum dan selepas fenomena
limpahan pembangunan ke pinggiran bandar. Transformasi kesejahteraan sosial
yang dinikmati penduduk sudah berubah terutama dari segi ketersampaian kepada
kemudahan fizikal dan sosial.
Banister dan Berechman (2000) menjelaskan serta menggambarkan rangka
kerja umum berkaitan hubungan antara sistem pengangkutan dan pertumbuhan
ekonomi. Mereka menyatakan bahawa perkembangan positif dalam infrastruktur
pengangkutan mampu mengurangkan masa perjalanan dan kos serta meningkatkan
jumlah lalu lintas dan membawa kepada pengagihan semula aktiviti ekonomi.
Seterusnya, ia juga mampu membawa kesan luaran kepada sistem kewangan,
persekitaran, rangkaian pengangkutan ekonomi, pasaran buruh serta penumpuan
9

firma dan seterusnya akan menpengaruhi pertumbuhan ekonomi. Manakala,


Aderamo & Magaji (2010) telah menyentuh tentang kepentingan rangkaian jalan
raya yang terdapat di mana-mana kawasan di muka bumi ini yang tidak boleh lari
daripada menggunakannya walaupun berada di kawasan yang paling mundur dan
terpencil di pedalaman.
Di samping itu, Ullman (1954) pula menekankan tentang kepentingan
rangkaian jalan raya yang dikaitkan dengan pengaliran dan pergerakan manusia,
barangan, idea, teknik, bantuan dan pasaran pengguna. Menurut Isard (1956), jika
seseorang ingin melihat konsep ruangan dalam konteks dunia yang sebenar,
rangkaian jalan raya juga dianggap sebagai input yang penting dalam integrasi
ruangan di pinggiran bandar. Perkara tersebut membuktikan rangkaian jalan raya
merupakan alat komunikasi utama yang menghubungkan antara satu tempat
dengan tempat yang lain. Pada tahun 1994, Zhao Songqiao telah menyifatkan
rangkaian jalan raya sebagai darah kepada pertumbuhan bandar dan struktur
ekonomi. Menurut beliau, jika air merupakan darah kepada aktiviti pertanian,
rangkaian jalan raya juga setanding dengannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
rangkaian jalan raya merupakan kunci kepada pembangunan ke pinggiran bandar
(Katiman Rostam dan Tengku Anuar, 1990).
Sehubungan dengan hal itu, rangkaian jalan raya juga memainkan peranan
penting dalam meningkatkan pencapaian pertumbuhan bandar dan sosio-ekonomi
di zon pinggiran bandar (Ibrahim Wahab, 1991). Di samping itu, rangkaian jalan
raya juga boleh menjadi unsur ekonomi yang penting terhadap pembangunan sosioekonomi dan boleh berlaku dalam dua cara iaitu, mewujudkan peluang-peluang
baru dalam ekonomi di kawasan pinggiran bandar serta dapat merangsang
peluang-peluang ekonomi yang sedia ada (Wilson, 1966). Justeru, Fred Miller (1973)
mempercayai bahawa rangkaian jalan raya merupakan pemangkin sebenar dalam
proses pembangunan ke pinggiran bandar. Voigt (1973), pula menyatakan bahawa
rangkaian jalan raya itu merupakan kuasa formatif dalam pertumbuhan ekonomi
dan membawa proses-proses perubahan yang ketara.

5.0

Metodologi Kajian

10

Kajian tentang kebergantungan masyarakat setempat terhadap pengangkutan


kereta api menggunakan pendekatan kualitatif dan melalui pendekatan kualitatif,
penyelidik menggunakan dua kaedah kutipan data iaitu kutipan data primer dan
data sekunder.
Melalui kutipan data primer, penyelidik menggunakan kaedah temubual
mendalam (indepth interview) dan kaedah pemerhatian turut serta. Kaedah indepth
interview dilakukan untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat dengan lebih
mendalam (Zahrah Mokhtar, 2001). Dalam kajian ini, penyelidik menemubual
beberapa orang penduduk kampung yang menggunakan perkhidmatan kereta api
dan juga beberapa orang pekerja kereta api tersebut. Di dalam kajian ini, soalan
yang diajukan oleh penyelidik kepada responden ialah soalan tidak berstruktur.
Temu bual ini juga banyak membantu penyelidik mendapatkan jawapan secara
mendalam dan terperinci mengenai kajian ini. Selain itu, temubual bersama
penduduk kampung atau masyarakat setempat juga telah dijalankan secara
triangulation yang mana maklumat yang diperoleh daripada responden lain
digunakan dalam temubual dengan responden yang lain lagi bagi mendapatkan
respon mereka terhadap isu yang sama. Melalui pendekatan ini, penyelidik
mendapat gambaran menyeluruh tentang sesuatu isu yang dibincangkan dan bagi
mengelakkan bias.
Kaedah pemerhatian melibatkan fenomena yang boleh dirasa melalui deria
manusia seperti fenomena yang dirasa melalui deria penglihatan, pendengaran,
perasaan,

rasa dan bau

(Dickinson, 1971).

Melalui

kaedah

ini, penyelidik

menjalankan pemerhatian turut serta yang mana penyelidik turut bersama-sama


menaiki kereta api untuk memerhati sejauhmana kebergantungan masyarakat di Kg
Batu 65, Beaufort terhadap kemudahan pengangkutan kereta api. Pemerhatian
Kajian ini menggunakan kaedah survei. Kaedah survei ini bersesuaian untuk
mengenal pasti sejauhmana kebergantungan masyarakat di Kg Batu 65, Beaufort
terhadap pengangkutan kereta api. Kaedah survei adalah kaedah pengutipan data
dengan mengajukan soalan-soalan tertentu kepada responden bagi menjawab
persoalan kajian (Berger, A. 2010). Survei adalah cara untuk memperoleh data
dalam kehidupan seharian, dan digunakan dengan meluas dalam penyelidikan sains
sosial (Dorsten & Hotchkiss, 2005). Kaedah survei mampu memberi maklumat
menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah, kutipan data yang cepat,
11

penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut secara terus daripada
responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk
sesuatu populasi kajian (Chua, Y.P. 2006).
Selain itu, di dalam kajian ini juga pemilihan responden adalah berdasarkan
kepada persampelan bertujuan yang mana responden yang dipilih merupakan
penduduk Kampung Batu 65, Beaufort dan pekerja Jabatan Kereta Api Negeri Sabah
(JKNS) yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan kereta api di kawasan
tersebut. Responden daripada kalangan penduduk Kampung Batu 65 ditemubual
untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejauhmana kebergantungan
mereka terhadap pengangkutan kereta api dan kesan daripada pengangkutan
kereta api tersebut. Manakala, responden daripada kalangan pekerja JKNS
ditemubual untuk penyelidik mengetahui mengenai perkhidmatan kereta api
tersebut.
Melalui kutipan data sekunder, penyelidik menggunakan bahan-bahan
rujukan daripada perpustakaan yang berkaitan dengan kebergantungan masyarakat
terhadap pengangkutan kereta api. Penyelidik membuat rujukan melalui buku, tesis,
artikel dan jurnal. Selain itu penyelidik juga menggunakan rujukan daripada internet
yang berkiatan dengan kajian ini bagi menambahkan lagi dapatan kajian ini. Selain
itu, di dalam kajian ini juga, analisis data dilakukan berdasarkan kepada temubual,
rakaman dan pemerhatian yang telah dilakukan di lapangan. Hasil temubual
dijadikan dalam bentuk transkrip bagi memudahkan penyelidik membuat analisi
data berkaitan kebergantungan masyarakat setempat terhadap pengangkutan
kereta api di Kg Batu 65, Beaufort, Sabah dan kesan daripada pengangkutan kereta
api tersebut.

6.0

Latar Belakang Kawasan Dan Komuniti.

Kawasan yang telah dipilih untuk menjalankan kajian adalah Kampung Batu 65,
Beaufort Sabah. Stesen kereta api yang menjadi titik permulaan penyelidikan kami
adalah di Stesen Kereta Api Beaufort, Sabah. Stesen kereta api ini menghubungkan
beberapa tempat dan menjadi pengangkutan utama yang terdiri dari Kampung Batu
12

65, Halogilat, Rayoh, Pangi dan Tenom. Jika dilihat dari aspek sejarah, perkhidmatan
keretapi telah dicadangkan sendiri oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan (BNBCC)
ketika itu, iaitu William Clarke Cowie. Tahun 1896, pembinaan landasan keretapi dari
Beaufort ke Weston bermula yang diketuai oleh Arthur J. West yang merupakan
seorang Jurutera Awam Inggeris. Landasan keretapi yang pertama telah bermula
dari Bukau ke Weston sepanjang 37 km dan seterusnya dari Beaufort ke Melalap
sepanjang 65 km.
Pada awal pembinaannya adalah bagi membantu membangunkan industri
getah dan tembakau yang di tanam di daerah pendalaman seperti Melalap, Tenom
dan Beaufort. Perkhidmatan keretapi yang digunakan untuk mengangkut hasil-hasil
tanaman ini ke pelabuhan di Kota Kinabalu yang dulu dikenali sebagai Jesselton
untuk dieksport ke luar negara. Selain daripada itu, perkhidmatan keretapi juga
adalah untuk mengangkut penumpang-penumpang yang tinggal di sepanjang
landasan keretapi dan barangan mereka seperti beras, sayur-sayuran dan buahbuahan untuk dijual di Pekan Tenom dan Beaufort.
Sehinggalah pada tahun 1906, landasan keretapi dari Beaufort ke pelabuhan
di Kota Kinabalu telah disiapkan dan ini membolehkan bandar-bandar di sepanjang
landasan keretapi berkembang maju. Berikutan dari itu, wujud pekan-pekan kecil
dan bandar-bandar seperti Membakut, Papar, Kinarut, Putatan dan lain-lain malah
membangun di sepanjang landasan keretapi. Kini stesen kereta api Beaufort
menjadi nadi pengangkutan utama bagi penduduk kampong, khususnya kawasan
kajian kami iaitu Kampung Batu 65 atau dulunya dikenali sebagai Kampung
Saliwangan.
Secara majoritinya, masyarakat yang menetap di Kampung Batu 65 ialah
terdiri daripada etnik Murut dan lain-lain termasuk Cina, Dusun dan Rungus. Ratarata responden yang kami temui dan pilih secara rawak adalah Murut. Penggunaan
bahasa yang digunakan oleh masyarakat tempatan adalah bahasa etnik Murut,
namun terdapat juga yang berbahasa Malaysia. Penduduk setempat Kampung Batu
65 menjadikan pertanian dan menangkap ikan sebagai aktiviti ekonomi disamping
terdapat beberapa yang berniaga kraftangan seperti tikar mengkuang dan bakul
rotan. Melalui pemerhatian pengkaji, terdapat usaha pihak yang berkenaan bagi
menggalakkan pendidikan dengan penubuhan Tadika (Kemas). Dapat dilihat bahawa
13

kawasan kajian yang dipilih masih berada dalam kategori pedalaman dan belum
diteroka.

7.0

Dapatan Dan Perbincangan


7.1 Sejauhmanakah kebergantungan masyarakat setempat terhadap
pengangkutan kereta api.
Menurut responden pertama kami, Doddy yang berusia 53 tahun ialah
merupakan salah satu daripada kakitangan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah
di Daerah Beaufort yang bertugas sebagai pemandu kereta api sejak 27
tahun yang lalu. Beliau sendiri menyaksikan pengangkutan kereta api ini
menjadi sumber pergerakan utama penduduk-penduduk kampung untuk
keluar ke pekan mahupun ke Bandaraya Kota Kinabalu. Doddy berkata
kereta api adalah pengangkutan utama dan nadi kepada penduduk
tempatan disini. Tambah beliau lagi, tanpa jaringan kereta api ini, adalah
mustahil untuk bergerak dalam melakukan rutin seharian khususnya yang
berkaitan dengan pergerakan ke sekolah untuk anak-anak, penduduk
menjalankan kegiatan sosio-ekonomi mereka dan keluar ke pekan mahupun
bandar. Hal ini kerana tiada kemudahan jalan raya yang dibina sepanjang
perjalanan Kampung Batu 65 yang terletak di Beaufort, Sabah sepertimana
kemudahan jalan raya yang terdapat di tempat lain.
Walaupun kemudahan jalan raya tidak terdapat di Kampung Batu 65,
namun masih terdapat kemudahan pengangkutan kereta api di kampung
tersebut hal ini kerana kawasan kampung tersebut menjadi laluan kereta api
daripada Beaufort ke Tenom. Menurut Doddy, jika berlaku sebarang hal-hal
kecemasan, penduduk terpaksa menggunakan ikhtiar lain seperti menaiki
perahu dan menaiki kenderaan sendiri iaitu motorsikal dengan melalui jalan
landasan kereta api untuk sampai ke destinasi. Ini berikutan kerana
perkhidmatan kereta api hanya tersedia dari pukul 6.00 AM sehingga 6.00
PM. Namun begitu, tambah beliau lagi terdapat waktu-waktu tertentu yang
mana perkhidmatan kereta api tergendala dan tidak beroperasi akibat
mengalami kerosakan dan memerlukan waktu beberapa hari untuk dibaiki.
14

Responden kedua, Damina berumur 55 tahun adalah penduduk


tempatan di Kampung Batu 65, Beaufort. Beliau yang tinggal bersendirian
menyara hidup dengan menangkap ataupun memukat ikan taawar di Sungai
Padas yang mana dapat dilihat di sepanjang jalan Beaufort. Hasil dari
tangkapan, beliau seterusnya menjual hasil tersebut di pasar tamu yang
terletak di Pekan Beaufort yang beroperasi setiap hujung minggu. Tempat
berikutlah yang menjadi sumber utama kewangan Damina. Berikutan
kampung yang didiami Damina tidak mempunyai kemudahan jalan raya,
perkhidmatan kereta api ternyata menjadi saluran utama beliau untuk
berulang-alik dari kampung ke pekan pasar tamu untuk mendagangkan
jualannya.
Apabila kereta api tidak sampai ke stesen-stesen untuk mengambil
penumpang, Damina yakin dan beranggapan bahawa kereta api sedang
mengalami kerosakan dan memerlukan masa dua (2) hingga tiga (3) hari
untuk dibaiki. Beliau terpaksa menangguhkan sebarang aktiviti berjual-beli
buat sementara waktu dan segala urusan beliau tergendala. Menurut
Damina, jika kereta api tiada di waktu-waktu kecemasan seperti sakit, beliau
hanya berdiam di rumah dan kadang-kadang terdapat jiran tetangga yang
sudi berkunjung untuk membantu beliau, lebih-lebih lagi beliau hidup
bersendirian. Semasa ditemubual, Damina berkata beginilah keadaan kami,
mengharapkan kereta api, kalau tiada, tiadalah.
Seterusnya, responden ketiga yang telah dipilih secara rawak oleh
pengkaji ialah Simon yang telah mencecah usia 53 tahun dan berbangsa
cina. Beliau merupakan seorang peniaga kedai runcit di stesen kereta api di
Beaufort dan telah melihat sendiri pergerakan sosial yang sentiasa berulangalik dari kampung ke pekan dan bandaraya dengan menaiki kereta api
sebagai alat pengangkutan utama mereka. Dari temubual yang dijalankan,
Simon berkata kepada pengkaji bahawa kalau kereta api rosak, langsung
tiada orang kampung yang dapat keluar ke pekan. Hal ini secara tidak
langsung telah menjejaskan sosio-ekonomi penduduk berikutan kereta api
yang dianggap sebagai satu-satunya jalan pengangkutan utama yang mudah,
jimat dan selamat.

15

Responden yang seterusnya ialah Mika, berusia 45 tahun yang juga


merupakan penduduk asal di Kampung Batu 65, Beaufort. Beliau seorang
yang berbangsa Murut dan turut mengakui bahawa kereta api merupakan
sumber pengangkutan utama mereka untuk bergerak meneruskan sebarang
aktiviti harian yang berkait dengan sosio-ekonomi mereka disamping menuju
ke desitinasi yang dihajati. Menurut Mika, jika hendak keluar ke pekan kereta
api

semestinya

jalan

pengangkutan

utama

ekoran

kerana

ketiadaan

kemudahan jalan raya yang dibina di kampong mereka.


Tambahnya lagi, sewaktu kereta api rosak, beliau dan beberapa
penduduk kampong yang lain terpaksa berjalan kaki dan mengangkut
barangan sendiri melalui jalan landasan kereta api sejauh 4 batu selain
menumpang dengan kenderaan orang lain menuju ke kampong yang sudah
mempunyai

kemudahan

jalan

raya

atau

jalan

berturap.

Mika

yang

mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah rendah menjadikan kereta


api sebagai pengangkutan utama untuk berulang-alik ke rumah dan sekolah.
Beliau menjelaskan bahawa jika kereta api mengalami kerosakan atau
penyelenggaraan, anak-anak terpaksa bercuti sekolah berikutan kerana jarak
tempat tinggal dan sekolah adalah sangat jauh dan berbahaya.

7.2 Kesan kereta api terhadap masyarakat setempat Kampung Batu


65, Beaufort Sabah.
Sungguhpun ketiadaan kemudahan jalan raya di Kampung Batu 65, Beaufort
namun masyarakat setempat dibekalkan dengan kemudahan jaringan kereta
api dan sekaligus menjadi pengangkutan dan perhubungan utama mereka.
Melalui kereta api, penduduk dapat meneruskan kegiatan sosio-ekonomi
mereka dengan lancar dan senang untuk bergerak dari kampung ke pekan
mahupun ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Tambang yang murah dan
perjalanan yang selamat serta selesa sangat menyenangkan masyarakat
setempat untuk menjalankan sebarang aktiviti luar dari kampung.
Kemudahan kereta api ternyata telah memberikan kebaikan terhadap
masyarakat

setempat

di

Kampung
16

Batu

65,

Beaufort

apabila

ianya

memudahkan sosio-ekonomi mereka. Dengan kemudahan kereta api ini,


masyarakat setempat kini bergerak dengan lancar untuk menuju ke tempat
yang diingini. Menurut responden Damina, ketiadaan jalan raya sangat
menyukarkan perjalanannya dan penduduk tempatan untuk bergerak ke
pekan atau ke tempat yang diingini seperti sekolah, bandar dan sebagainya.
Hal ini ditambah lagi dengan keberatan barang-barangan yang dipikul untuk
dijual di pasar tamu. Oleh hal demikian, kereta api sangat diperlukan dalam
memudahkan urusan seharian penduduk kampong tersebut.
Dalam pada itu juga, kegiatan harian masyarakat setempat khususnya
dalam urusan berjual-beli dan menjaja hasil cucuk tanam dan tangkapan ikan
menjadi lebih berjalan lancar dan kurang bebanan kerana tidak perlu
bersusah payah memikul barangan jualan mereka sepanjang ke pekan. Hal
ini kerana kereta api sememangnya pengangkutan utama bagi mereka untuk
memuat barang-barang yang ingin didagangkan sama ada untuk dihantar ke
pekan mahupun bandaraya Kota Kinabalu. Jika kereta api tidak beroperasi
pada hari-hari tertentu masyarakat kampong tidak mampu untuk bergerak ke
mana-mana. Hal ini ditambah lagi dengan ketiadaan kemudahan jalan raya di
kampong Batu 65, sesungguhnya menyukarkan pergerakan sosial.
Manakala bagi responden seterusnya, iaitu Dorothy yang berumur 53
tahun sangat bersyukur dengan adanya kemudahan kereta api ini. Hal ini
kerana beliau yang bergantung sepenuhnya terhadap pengangkutan kereta
api untuk mengangkut barang-barang jualannya di pasar tamu seperti sayursayuran dan buah-buahan untuk didagangkan. Menurutnya lagi, apabila
kereta api sedang dalam penyelenggaraan atau mengalami kerosakan
sehingga berhari-hari lamanya, beliau terpaksa bersabar dan duduk diam
dirumah dan menunggu kereta api untuk segera dibaiki dan beroperasi
dengan cepat.
Responden Mika memaklumkan kepada krew kami semasa ditembual
bahawa tanpa adanya perkhidmatan kereta api, segala urusan menjadi
sukar dan menjejaskan sumber pendapatan mereka sendiri. Apatah lagi di
ketika waktu-waktu kecemasan ataupun malam, semasa kereta api tidak
beroperasi dan menamatkan perkhidmatan pada pukul 6.00PM, penduduk
17

kampong Batu 65 terpaksa mencari ikhtiar lain. Menurut Mika, untuk


dapatkan bantuan penghantaran ke pekan terlebih dahulu mereka terpaksa
berjalan sejauh 4 batu untuk mencari jalan raya seterusnya menumpang
dengan kenderaan kereta pacuan empat roda. Kos tambang penghantaran
pula dari kampong hingga ke pekan Beaufort mencecah RM30 dan ke atas
dalam satu arah perjalanan sahaja.
Manakala Doddy responden daripada kakitangan kereta api di Beaufort
berkata, jika kereta api tidak bergerak atau beroperasi seperti selalu,
alternatif lain seperti jalan sungai menggunakan perahu ataupun bot laju
digunakan oleh penduduk setempat kerana tiada jalan lain lagi untuk tiba ke
destinasi yang ingin dituju. Sungai merupakan jalan perhubungan tradisional
yang

dahulunya

kerap

digunakan

oleh

mereka

sebelum

pembinaan

kemudahan kereta api. Dalam pada itu, terdapat juga orang-orang tempatan
yang menggunakan jalan hutan untuk sampai ke pekan namun memakan
masa sehingga berjam-jam lamanya berjalan kaki disamping memikul
barang-barang yang ingin didagangkan.

7.3 Perbincangan Kajian


Penyelidikan kumpulan kami adalah bertemakan Pergantungan Masyarakat
Setempat Terhadap Sistem Pengangkutan Kereta Api, Kajian Kes: Kampung
Batu 65 (Kampung Saliwangan) di Beaufort Sabah akhirnya telah menemui
hasilnya. Penyelidikan yang telah kami jalankan ini adalah berlangsung
selama 3 hari 2 malam dengan berbekalkan 5 orang ahli kumpulan dan
berinstrumentasikan kamera berdefinisi tinggi untuk merakam dan telefon
pintar

sebagai

merekod

temubual

bersama

para

responden

dengan

menggunakan kaedah temubual secara mendalam dengan responden yang


dipilih secara rawak namun masih tergolong dalam skop kajian kami iaitu
kakitangan ataupun pekerja Jabatan Kereta Api Negeri Sabah Daerah
Beaufort sendiri dan masyarakat setempat yang menetap di Kampung Batu
65.

18

Seramai 5 orang responden telah kami temui dan dipilih yang mana
terdiri daripada kakitangan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah dan penduduk
kampung setempat itu sendiri yang dipilih secara rawak dan rata-ratanya
adalah berbangsa Murut dan seorang berbangsa Cina. Bagi membincangkan
keseluruhan dapatan kajian kami maka perlulah merujuk kepada objektif
dalam penyelidikan kami. Dalam objektif kajian kami yang pertama adalah
mengenai sejauhmanakah kebergantungan masyarakat setempat terhadap
pengangkutan

kereta

api.

Melalui

objektif

ini,

kumpulan

kami

ingin

menyelidiki seberapa pentingnya pergantungan masyarakat Kampung Batu


65 ini terhadap kemudahan kereta api. Apakah hanya kereta api sahaja yang
menjadi pengangkutan utama masyarakat setempat untuk bergerak ke satu
tempat ke tempat yang lain?
Menurut penelitian kami melalui temubual secara mendalam yang
dijalankan dengan beberapa responden dan pemerhatian pengkaji sendiri
jelas menampakkan bahawa kereta api telah menjadi pengangkutan utama
kepada penduduk setempat. Kereta api menjadi jalan perhubungan utama
berikutan ketiadaan kemudahan jalan raya di kampong tempat yang
kumpulan

kami

selidiki.

Ketiadaan

jalan

raya

ini

jelas-jelas

telah

memperlihatkan kepentingan kereta api terhadap kegiatan sosio-ekonomi


masyarakat setempat. Menurut Doddy yang merupakan responden terawal
yang kami temui dan telah bertugas sebagai pemandu kereta api selama 27
tahun berkata bahawa kereta api sememangnya jalan keluar masuk di
kampong dan pekan yang utama oleh penduduk setempat.
Kereta api telah menjadi nadi pengangkutan utama penduduk
kampong dan bergantung sepenuhnya. Menurutnya lagi, alternatif lain yang
boleh digunakan sebagai jalan penghubung adalah melalui sungai dengan
menaiki perahu. Penggunaan perahu adalah jalan perhubungan tradisional
mereka sejak dari dahulu. Namun begitu, tambah beliau lagi terdapat juga
penduduk setempat yang mempunyai kenderaan seperti motorsikal dan
menggunakan laluan landasan kereta api sebagai jalan penghubung. Melalui
kenyataan yang diberikan oleh responden tersebut terlihat dengan jelas
bahawa penduduk setempat sangat bergantung dengan kemudahan kereta
api.
19

Seterusnya, mengapa pengangkutan kereta api begitu berkait rapat


dengan pergerakan perjalanan masyarakat setempat malah menjadi pilihan
utama? Seperti kenyataan sebelum ini, hanya kemudahan kereta api sahaja
yang tersedia di jalan darat sepanjang kampong Batu 65 untuk menuju ke
pekan dan pusat bandaraya. Dalam pada itu juga, perkhidmatan kereta api
memberikan keselesaan terhadap penumpang yang menaiki kerana suasana
kereta api yang luas dan terdapat ruang untuk penyimpanan barang-barang
yang ingin didagangkan di pasar tamu seperti sayur-sayuran, makanan basah
seperti ikan, buah-buahan dan kraftangan seperti tikar mengkuang dan bakul
rotan.
Selain itu, tarikan utama kemudahan kereta api semestinya terletak
kepada harga tambangnya yang menjimatkan penduduk kampong dan tidak
membebankan. Hal ini kerana, harga tambang dari kampong Batu 65 ke
pekan Beaufort hanya di caj sejumlah Rm1.20 sen sahaja. Bagi penduduk
kampong sendiri yang berulang-alik menaiki kereta api, tambang langsung
tidak membebankan mereka. Bagi mereka yang penting adalah darjah
ketersampaian mereka ke destinasi yang mereka ingini. Menurut Dorothy,
beliau telah menggunakan perkhidmatan ini sejak awal penubuhan kereta api
lagi. Sememangnya beliau mengakui bahawa terdapat jauh bezanya harga
tambah dahulu dengan sekarang, namun begitu beliau masih menganggap
bahawa harga tambang adalah sentiasa berpatutan mengikut peredaran
masa.
Objektif kajian yang kedua adalah mengenai kesan kemudahan kereta
api terhadap masyarakat setempat Kampung Batu 65, Beaufort Sabah.
Kemudahan kereta api memberikan kesan yang sangat besar dan mendalam
terhadap masyarakat setempat Kampung Batu 65. Kesan yang dapat
dikenalpasti termasuklah dalam aspek kelangsungan kegiatan sosio-ekonomi
penduduk setempat, menjimatkan kos perjalanan, keselamatan terjamin dan
memberikan keselesaan serta jarak perjalanan yang tidak terlalu jauh.
Namun begitu, terdapat juga waktu-waktu di mana kereta api tidak dapat
beroperasi dan memerlukan penyelenggaraan selama beberapa hari. Hal ini
justeru menjejaskan pergerakan penduduk setempat lebih-lebih lagi kereta
api merupakan pengangkutan darat yang paling utama bagi mereka.
20

Persoalannya apakah kesan kemudahan kereta api yang utama


terhadap masyarakat setempat kampong Batu 65? Jika diteliti dari sudut
yang baik ternyata kemudahan kereta api sangat membantu penduduk
setempat dalam kelangsungan kegiatan sosio-ekonomi mereka. Rata-rata
masyarakat kampong Batu 65 ialah petani yang mengusahakan tanaman
sendiri secara kecil-kecilan dengan menjual sayur-sayuran serta buah-buahan
dan tidak kurang juga dengan nelayan. Barangan yang didagangkan
memerlukan pengangkutan yang sesuai untuk mengangkut ke pekan dan
stesen untuk dijual kerana kuantitinya yang banyak dan bebanan yang berat.
Oleh hal demikian, kemudahan kereta api sangat membantu peniaga-peniaga
dalam kalangan penduduk kampong untuk mengangkut barangan ke tempat
yang diingini.
Menurut responden Damina, Dorothy dan Mika, mereka sememangnya
sangat bergantung kepada kemudahan kereta api untuk mengangkut hasil
tanaman dan tangkapan ikan mereka untuk dijual di pasar tamu yang
beroperasi setiap hujung minggu. Tanpa kemudahan kereta api adalah
mustahil untuk mendapatkan sumber kewangan kerana tumpuan pembeli
mereka rata-ratanya adalah penduduk-penduduk yang menetap di pekan
Beaufort. Bagi mereka, kemudahan kereta api memberikan impak yang besar
dalam hidup mereka dan keluarga. Ketiadaan jalan raya tidak menjejaskan
kehidupan seharian mereka selagi kereta api sentiasa beroperasi.
Disamping itu, bagaimanakah kesan kemudahan kereta api ini dapat
memberikan keselamatan dan penjimatan waktu dan kos perjalanan?
Kampung Batu 65 dapat dikategorikan sebagai kampong yang pedalaman
dan berjarak jauh dengan pekan apatah lagi pusat bandaraya. Oleh hal yang
sedemikian, kemudahan pengangkutan kereta api ini menjadi suatu anugerah
khususnya buat penduduk setempat yang masih belum dibina kemudahan
jalan raya. Sepanjang perjalanan dari kampong ke pekan, hutan tebal dan
sungai besar adalah mengelilingi laluan landasan kereta api. Berikutan dari
itu, ianya adalah suatu kebimbangan khususnya bagi penduduk kampong
yang berjalan kaki sejauh 4 batu untuk ke pekan.

21

Bagi responden Mika, ketiadaan jalan raya dan sewaktu kereta api
tidak beroperasi, beliau akan berjalan kaki sejauh 4 batu ke pekan untuk
menjual barang dagangannya dan menghantar anak-anak ke sekolah. Beliau
mengakui adalah tidak berapa selamat untuk membiarkan anak-anak
berjalan sendiri di laluan landasan kereta api ditambah lagi dengan
persekitaran perjalanan yang masih berhutan tebal dan sungai yang besar.
Tambahnya lagi, jika keadaan memaksa, anak-anak terpaksa bercuti sekolah.
Jika menumpang dengan orang lain kos tambang perjalanan yang dikenakan
adalah sangat mahal hingga mencecah Rm30 ke atas.

8.0

Kesimpulan

Daripada hasil kajian yang telah dijalankan, kebergantungan masyarakat terhadap


pengangkutan kereta api di Kampung Batu 65, Beaufort amatlah ketara disebabkan
oleh tiadanya kemudahan jalan raya di kawasan tersebut. Masyarakat setempat di
kampung tersebut menggunakan

perkhidmatan

kereta api untuk

menjalani

kehidupan seharian mereka seperti pergi ke pekan untuk membeli keperluan harian
dan juga untuk membawa barang jualan mereka untuk dijual di tamu pekan
Beaufort. Bagi golongan yang bekerja dan anak-anak yang bersekolah, kereta api
digunakan setiap hari untuk pergi ke tempat kerja dan pergi ke sekolah. Selain itu,
hasil daripada penelitian terhadap kesan pengangkutan kereta api tersebut
mendapati bahawa pengangkutan kereta api di Kampung Batu 65, Beaufort telah
memberi kesan sama ada dari segi kegiatan seharian, kos perjalanan, kemudahan
perjalanan dan sebagainya kepada masyarakat setempat di kawasan Kampung Batu
65, Beaufort.
Hal ini adalah kerana, dengan adanya perkhidmatan pengangkutan kereta api
tersebut, komuniti di Kampung Batu 65 mudah untuk bergerak ke sesebuah tempat
seperti keluar ke pekan Beaufort. Selain itu, peengangkutan kereta api ini juga

22

dapat mengurangkan kos perjalanan mereka kerana jika perkhidmatan kereta api
tersebut

tergendala

atau

rosak,

komuniti

di

kampung

tersebut

terpaksa

menggunakan laluan sungai dan juga menyewa kereta daripada kampung


bersebelahan dengan kampung tersebut. Laluan sungai iaitu menggunakan bot
memakan tambang yang tinggi berbanding menaiki kereta api. Tambahan pula,
pengangkutan kereta api tersebut juga memberi kemudahan perjalanan kepada
masyarakat setempat. Hal ini adalah kerana, jika pengangkutan kereta api tersebut
tergendala atau rosak, penduduk di kampung tersebut tidak dapat pergi keluar ke
pekan dan jika berlaku kes kecemasan, penduduk kampung terpakasa mencari
inisiatif lain seperti menyewa kereta daripada kampung berdekatan dan mencari
mana-mana penduduk kampung yang menyediakan perkhidmatan bot.

Rujukan
Abd Rahim Md Nor. (2000). Non-polluting and safest urban transport mode as an
approach in environmental management. Dlm. Jamaluddin Md Jahi et al. (pnyt.).
Integrated

Drainage Basin Management and Modeling. Bangi: Center for Graduate

studies. 396-411.
Aderamo, A. J. & Magaji, S. A. (2010). Rural Transportation and the Distribution of
Public Facilities in Nigeria: A Case of Edu Local Government Area of Kwara State.
Nigeria:

University of Ilorin.

Banister, D. & Berechman, J. (2000). Transport Investment and Economic


Development.

United Kingdom: UCL Press.

Berger, A. (2010). Media and Communication Research Methods : An Introduction to


Qualitative

and Quantitatives Approaches. SAGE Publications, Inc : California.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. McGraw Hill : Kuala Lumpur.

23

Dewi Budhiartini Juli Isnaini. (2007). Persepsi Pengguna Terhadap Perkhidmatan


Pengangkutan

Awam Kajian Kes: Laluan Medan Pematang Siantar.

Pulau Pinang:Universiti Sains

Malaysia.

Dickinson, W.R. (1971). Letter to the Editor. In Lee Ellis et. al. (2009). Research
Methods.

Rowman & Littlefield Publishers : North America

Dorsten, L.E & Hotchkiss, L. (2005). Research Methods and Society : Foundations of
Social

Inquiry. Pearson Education, Inc : Upper Saddle River.

Ibrahim Wahab. (1991). Pengangkutan Bandar Di Malaysia: Dewan Bahasa Dan


Pustaka : Kuala

Lumpur.

Isard, W. (1956). Location and Space Economy. Wiley : New York.


Kamus Dewan. (2005). Takrif Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Katiman Rostam & Tengku Anuar. (1990). Geografi Kemanusiaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2008). Takrif Pengangkutan Awam. Kuala Lumpur:
Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Linton, Ralph. (1936). The Study of Man: An Introduction. California: D. AppletonCentury

Company.

Macionis, John. J. (2008). Sociology: A Global Introduction: Eighth Edition. Australia:


National Library of Australia.
Mair, Lucy. (1965). Dlm Ayisi, Eric. O. (1992). An Introduction to the Study of African
Culture: second Edition. Nairobi: East African Educational Publishers Ltd.
Miller, F. (1973). Highway Improvements And Agricultural Production, An Argentina.
Case Study : In Hoye, B.S. Transport And Development. London : The Mac Millan
Press Ltd.
Santos, Theotonio. D. (1970). The Structure of Dependence. Santiago: University of
Chile.

24

Schaefer, Richard. T & Lamm, Robert. P. (2002). Sociology Paperback: Eighth


Edition.

Amazon: McGraw Hill Higher Education.

Yusif, A. Sayigh. (2002). Elusive Development: From Dependence to Self-Reliance in


the

Arab Region. London: Routledge.

Latar Belakang/Sejarah Jabatan Kereta Api Negeri Sabah


http://railway.sabah.gov.my/index.php/profil-jkns/latar-belakang-sejarah-jkns/
Diakses pada 29/11/2015
Ullman, E. L. (1954). Geograhy as spatial interaction. reprinted in Eliot-Hurst, M.E.
(1974).

Transportation geography : Comments and readings. New York :

McGraw-Hill.
Zhao Songqiao. (1994). Geography of China. Canada : John Wiley and Sons, Inc.
Wilson, George W. et. al. (1966). The Impact of Highway Investment on
Development.
Voigt,

F.

Washington : D.C. The Brooking institution.

(1973).

The

Development. United

Importance

of

the

Transport

System

for

Economic

Nations Economic Commission for Africa : Addis Ababa.

Lampiran

Rajah 1: Stesen Kereta Api Beaufort, Sabah.

25

Rajah 2: Kereta Api yang digunakan untuk mengangkut penumpang.

Rajah 3 : Kesibukan stesen kereta api di Beaufort, Sabah.

26

Anda mungkin juga menyukai