Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN
Soalan kertas kerja ini direka khas untuk meninjau isu mengenai kepentingan kefahaman
konsep dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran kefahaman terbahagikan kepada
tiga tahap, setiap tahap akan diperbincangkan dalam penulisan esei secara teliti.
Isu utama atau aspek utama yang akan dibincangkan dalam konteks ini ialah faktor
persekitaran yang meliputi tahap pengalaman, tahap penguasaan bahasa dan sebagainya,
selain itu faktor baka turut memainkan peranan penting, ia meliputi tahap kognitif yang
dipengaruhi oleh genetik keturunan. Proses kognitif yang melibatkan Bahasa, pengalaman
dan tahap kognitif adalah asas dalam bacaan dan kefahaman. Di samping itu, penekanan
juga diberikan kepada kepentingan pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ianya
dapat membantu murid dalam memahami sesuatu konsep dengan jelas agar ianya dapat
diaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.
Melalui tugasan ini, guru pelatih dapat mengenal pasti antara punca-punca masalah
kefahaman dan kesan akibat yang dibawa terhadap penguasaan kemahiran kefahaman dan
kesan kegagalan penguasaan kemahiran kefahaman dalam pembelajaran seseorang murid.
Akhirnya, perbincangan akan menyentuh tentang strategi-strategi pengajaran yang boleh
diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk membantu murid
menguasai kemahiran kefahaman, iaitu cara bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dapat dijalankan agar objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya.
Tugasan ini akan bersertakan suatu rancangan pengajaran harian yang dibina untuk
mengukuhkan kemahiran kefahaman berdasarkan sukatan pelajaran sekolah rendah bagi
membantu murid-murid yang lemah dalam kemahiran ini. Dalam rancangan pengajaran
harian tersebut, guru pelatih akan menghasilkan suatu bahan bantu mengajar dan bahan
bantu belajar yang mengikut kehendak pengajaran supaya murid-murid lebih bersemangat
dan berminat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran. Secara langsungnya membantu
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.
Rumusannya, pengetahuan terhadap kelemahan dan masalah murid dalam
pembelajaran merupakan perkara yang amat penting dan harusnya dikenalpasti dalam
sesuatu pembelajaran, ia bukan setakat memberi maklumat untuk guru merancang strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk murid tertentu malah ia juga dapat
menjimat masa pembelajaran murid agar melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi
dan mendalam.

2.0 PENULISAN ESEI


Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa
situasi baru dan tidak memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi terhadap
pengetahuan tersebut. Kemahiran kefahaman dibahagikan kepada tiga tahap yang pertama
ialah tahap memahami maksud perkataan dan ayat, tahap kedua ialah tahap membuat
urutan idea dan akhir sekali ialah tahap hubungan sebab dan akibat serta membuat
andaian.
Menurut Lamberg & Lamb (1980), kefahaman sebagai kebolehan menterjemah idea
daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain, menginterpretasikan idea, kesan dan akibat.
Kemahiran kefahaman juga diungkapkan sebagai kebolehan menterjemahkan lambanglambang kepada bunyi bahasa dengan intonasi yang betul dan berjaya memahami idea,
mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau kesimpulan. Kemahiran kefahaman
dalam konteks ini dapat diberikan pengertian sebagai kebolehan membuat penghuraian
atau menginterpretasi idea dan makna kepada bahan yang dibaca.
Kemahiran kefahaman melibatkan proses kognitif, bahasa dan pengalaman. Proses
kognitif adalah asas utama dalam kefahaman yang melibatkan keupayaan membuat
perkaitan, mengetahui perhubungan, memindah isi pembelajaran, membuat telahan serta
menilai dan menghayati bahan bacaan. Tahap bahasa merupakan suatu alat yang
menentukan kebolehan dan keupayaan seseorang murid dalam penguasaan kemahiran
kefahaman. Akhirnya ialah pengalaman, pengalaman merangkumi pengalaman belajar dan
pengalaman diri, ia merupakan suatu kekuatan yang amat penting dalam proses
pembelajaran. Justeru itu, kemahiran kefahaman amat penting dalam pembelajaran dalam
apa jua mata pelajaran khasnya subjek bahasa. Perkara yang merisaukan ialah pelbagai
bentuk persoalan timbul berhubung pembelajaran dan penguasaan bahasa pada masa kini.
Antaranya, mengapakah murid-murid kurang berminat dan mengapa murid-murid kurang
memberi perhatian terhadap pembelajaran bahasa.

Menurut kajian, semakin ramai murid

di sekolah rendah gagal menguasai kemahiran ini walaupun pernah memasuki prasekolah.
Bagi menangani masalah kefahaman murid, para pendidik perlu mengenal pasti tahap
manakah masalah kefahaman yang dihadapi oleh murid dan apakah sebab berlakunya
masalah kefahaman murid tersebut serta mengenal pasti bagaimana strategi pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan agar objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya.
Kepentingan kemahiran kefahaman dalam pembelajaran bahasa ialah membantu
murid melangkah ke tahap pembelajaran yang lebih tinggi dan membantu murid menyimpan
maklumat yang telah dipelajari untuk jangka masa yang panjang bagi memastikan ianya

boleh diaplikasikan pada masa pembelajaran yang akan datang. Justeru itu, pembelajaran
berbentuk pemahaman konsep yang berkesan dapat meningkatkan daya ingatan murid.
Kefahaman tentang isi pelajaran akan lebih bermakna sekiranya dapat dikaitkan dengan
pengalaman-pengalaman yang sedia ada bagi memudahkan seseorang membuat taakulan
dan kesimpulan. Tetapi, sistem pembelajaran bahasa kini lebih menekankan penghafalan
bunyi suku kata iaitu pada peringkat awal pembelajaran yang mengeja suku kata seperti
ba, be, bi, bo, dan bu atau membaca suatu perkataan dengan cara mengeja suku kata
telah menjadi bebanan kerana ia merupakan suatu latihan mengeja yang berulang-ulang,
akibatnya mereka tercicir dalam pembelajaran kerana bosan dengan cara pembelajaran
yang berasaskan penghafalan. Justeru itu, keminatan murid untuk terus belajar semakin
kabur.
Aspek-aspek utama dalam penguasaan kemahiran kefahaman melibatkan faktor
persekitaran dan faktor baka atau dikenali sebagai faktor genetik. Faktor persekitaran
seperti pengaruh ibu bapa, guru dan pendidik yang akan mempengaruhi tahap bahasa dan
pengalaman seseorang murid, Manakala faktor baka atau genetik ialah faktor yang
dipengaruhi oleh gen-gen keturunan ibu bapa, faktor ini akan mempengaruhi tahap
kecerdasan otak atau tahap kognitif individu. Setiap aspek masing-masing memainkan
peranan yang penting terhadap penguasaan kemahiran kefahaman dan harus dihadiri
dalam proses pembelajaran untuk memastikan objektif pengajaran dicapai dengan jayanya.
Kesan kegagalan berfungsinya salah satu aspek akan menjadi halangan kepada
pembelajaran murid.
Tahap kefahaman merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman literal dan
menjadi sebahagian daripada proses kognitif selain daripada bacaan. Setiap tahap
kefahaman mempunyai sebab-sebab tertentu yang akan menentukan kejayaan atau
kegagalan seseorang murid menguasai kemahiran kefahaman. Tahap penguasaan
kemahiran kefahaman bagi setiap murid adalah berbeza berdasarkan sebab-sebab tertentu.
Secara keseluruhannya, murid yang tahap bahasa dan tahap kognitifnya rendah akan lebih
sukar

menguasai

kemahiran

kefahaman.

Manakala

pengalaman pendidikan tidak

semestinya membantu penguasaan kemahiran.


Dalam tahap kefahaman yang pertama iaitu memahami maksud perkataan dan ayat,
sebab-sebab yang akan menentukan kejayaan dan kegagalan dalam penguasaan
kemahiran kefahaman ialah faktor pengalaman dan tahap kognitif. Dalam konteks ini,
proses kognitif yang paling rendah dan asas memainkan peranan yang amat penting iaitu
kemahiran mengingat kembali. Kemahiran mengingat kembali dapat dikuasai melalui latihan
yang berterusan seperti membaca berulang-ulang untuk kefahaman. Sebab-sebab yang

menjadi punca kegagalan mengingat kembali maksud sesuatu perkataan dan ayat ialah
tahap kognitif sangat rendah, ia mungkin disebabkan oleh kurang kesediaan belajar atau
dipengaruhi oleh genetik keturunan seperti ketidakcerdasan fungsi otak, kecelaruan konsep,
disleksia dan sebagainya sehingga menyebabkan murid tersebut lemah dalam daya
ingatan. Murid yang lemah dalam tahap kognitif memerlukan masa yang lebih panjang untuk
mengingat kembali dan memahami maksud perkataan dan maksud ayat tertentu. Golongan
murid yang daya ingatan sangat lemah akan cepat bosan terhadap bahan bacaan dan hal
ini mungkin akan menyebabkan mereka tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam
proses pembelajaran. Akibatnya, murid akan gagal mendapat ilmu pengetahuan dan
semakin lemah dalam pelajaran serta gagal melangkah ke tahap pembelajaran yang lebih
tinggi kerana pengetahuan asas belum dikuasai dengan baik. Sebagai contoh, murid yang
tidak dapat mengingati sesuatu perkataan atau celaru dengan maksud perkataan akan
gagal pada tahap bina ayat kerana keliru dengan maksud perkataan akan salah membina
ayat. Manakala bagi murid yang tahap kognitifnya mencapai kehendak akan berupaya
menghubungkaitkan ilmu yang dipelajari dengan menggunakan cara sendiri dalam proses
mengingat kembali maksud perkataan tersebut.
Selain itu, faktor persekitaran yang melibatkan pengalaman penting untuk murid
mengingat kembali dan memahami perkataan yang diajar, contohnya murid yang tahap
kognitifnya sederhana dan mempunyai pengalaman belajar selama dua tahun di prasekolah
mungkin akan lebih cepat menguasai kefahaman terhadap isi pelajaran berbanding dengan
murid yang tidak pernah belajar di prasekolah dengan syarat tahap kognitif bagi kedua-dua
orang murid adalah sama, hal ini disebabkan murid yang berpengalaman telah menguasai
konsep dan cara pembelajaran yang asas. Selain itu pengalaman diri juga penting
contohnya, murid belajar perkataan berkelah, sekiranya murid tersebut pernah belajar
perkataan tersebut, maka dia akan lebih cepat menguasai perkataan tersebut. Ataupun
murid yang pernah menjalankan aktiviti berkelah sebelum itu, maka dia dapat mengingati
maksud perkataan tersebut kerana dia sendiri pernah melalui perkara-perkara dalam aktiviti
berkelah. Tetapi bagi murid yang tidak pernah menjalankan aktiviti berkelah mungkin akan
sukar mengingat kembali perkataan yang diajar khasnya perkataan yang membawa maksud
abstrak, murid mungkin salah mentafsir maksud sesuatu perkataan. Akibatnya, murid akan
gagal membina ayat yang betul, sama ada secara bertulis atau penggunaan perkataan
tersebut dalam pertuturan harian.
Murid yang lemah dalam tahap bahasa ialah murid yang tidak menguasai banyak
bilangan kosa kata, sering melakukan kesilapan dalam struktur ayat dan bermasalah dalam
aktiviti membaca. Murid yang tidak dapat menguasai banyak bilangan kosa kata akan
mengalami masalah dalam kefahaman terhadap input daripada bahan bacaan. Hal ini

kerana murid tidak faham maksud perkataan dalam bahan bacaan tersebut dan seringkali
membuat pelbagai andaian dalam proses kefahaman, tetapi andaian mereka biasanya
memberi tafsiran yang salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam
fikiran murid adalah berbeza dengan hasrat yang ingin disampaikan oleh bahan bacaan.
Akibat kesilapan ini akan mempengaruhi proses menterjemahkan perkataan. Sebagai
contoh, sekiranya murid tidak menguasai bilangan kosa kata yang ditetapkan, maka dia juga
akan gagal membina ayat yang betul kerana dia tidak faham maksud perkataan yang
dikemukakan dalam soalan bina ayat.
Tahap kefahaman yang kedua ialah membuat urutan idea. Tahap ini merupakan
sebahagian daripada tahap kefahaman inferens. Dalam tahap ini, murid perlu menguasai
kemahiran terjemah bahan bacaan, inter-pretasi dan ekstrapolasi maklumat. Peringkat
pertama, murid perlu memahami konsep sebelum proses menterjemahkan bahan bacaan
kepada bahasa yang mudah difahami seterusnya menginterpretasikan idea yang didapati
serta mengekstrapolasikan maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan.
Dalam konteks ini, isu dan faktor utama untuk kejayaan ialah tahap kognitif, tahap
Bahasa,

pengalaman

pendidikan,

kematangan

pembelajaran

dan

rangsangan

pembelajaran. Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan operasi kognitif


tersebut akan mempengaruhi keupayaan membuat urutan idea dari bahan yang dibaca.
Murid-murid yang tahap kognitifnya rendah akan menghadapi masalah menterjemahkan
bahan bacaan kerana tidak berupaya mengingat kembali maksud perkataan yang telah
dipelajari, hal ini akan menyebabkan berlakunya kesalahan dalam proses menterjemahkan
maksud perkataan sekiranya murid salah membuat andaian sendiri. Tambahan pula, tahap
ini memerlukan murid membuat perkaitan tetapi proses perkaitan akan melibatkan proses
menaakul, murid perlu berfikir bagaimana mengaitkan pengetahuan yang sedia ada untuk
mengembangkan idea, bagi murid yang lemah dalam tahap kognitif tidak mungkin
melakukannya dengan baik. Selain itu, murid yang bermasalah dalam menginterpretasikan
idea seperti gagal menyusun semula maklumat daripada pemikirannya akan menyebabkan
isi penulisannya bersepai dan tidak teratur mengikut perenggan yang sepatutnya.
Selain tahap kognitif, sebab-sebab lain yang menyebabkan murid bermasalah dalam
kefahaman ialah pengalaman dan latihan tidak mencukupi. Murid yang jarang diberi latihan
seperti penghuraian tidak akan mahir untuk menginterpretasikan maklumat. Sekiranya murid
gagal membuat demikian, maka mereka akan gagal juga dalam pelajarannya, kerana
penulisan atau mengarang amat memerlukan kemahiran interpretasi dan perkaitan.
Contohnya, tajuk karangan meminta murid menghuraikan sebab dan akibat ponteng
sekolah, dalam konteks ini, murid mungkin faham kehendak soalan tetapi mereka tidak

mampu membuat huraian terhadap idea yang sedia ada dan mungkin akan gagal juga
mengekstrapolasikan atau membuat inferens terhadap sebab-sebab yang mungkin
menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah serta gagal mengembang idea untuk
penulisannya. Akibatnya, murid akan gagal membuat karangan yang baik walaupun idea
dan isi karangan telah berada. Dengan kata lain, pengalaman mengarang dan latihan yang
berterusan merupakan sebab utama dalam membantu murid lebih matang dalam
menghubungkaitkan isi pelajaran dalam situasi sebenar. Kesan yang lebih serius ialah murid
akan terus gagal dalam semua subjek yang perlu membuat huraian dan inferens.
Tahap bahasa merupakan salah satu sebabnya murid gagal menguasai kemahiran
kefahaman kerana murid belum mencapai tahap bahasa yang sepatutnya, oleh itu tidak
memahami maklumat yang disampaikan. Tahap bahasa merupakan salah satu isu dalam
faktor persekitaran, murid yang diberi suasana pembelajaran yang baik sejak kecil akan
lebih mudah menguasai kemahiran kefahaman berbanding dengan murid yang lain. Tahap
bahasa ini boleh dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya yang sentiasa menggunakan
bahasa tersebut, lama-kelamaan murid tersebut akan mahir dalam penggunaan bahasa
yang disalurkan. Sebagai contoh, seorang murid bangsa Cina yang tinggal di sebuah
kampung Melayu dan selalu bergaul dengan kaum Melayu sejak kecil lagi, maka
penguasaan tahap Bahasa Melayu biasanya akan lebih cepat berbanding dengan murid
yang tinggal di kawasan perumahan kaum Cina. Selain faktor persekitaran, faktor
sosioekonomi sesebuah isi keluarga juga akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa,
contohnya ibu bapa yang lebih berkemampuan memberi peluang kepada anaknya
meningkatkan tahap bahasa di kelas tuisyen, tahap bahasanya pasti akan lebih tinggi
berbanding dengan murid yang tidak berpeluang untuk menghadiri kelas tuisyen, tambahan
pula, murid yang kaya mampu membeli bahan bacaan tambahan untuk membantu
peningkatan tahap Bahasa, kesannya ialah murid yang miskin mungkin akan lambat dalam
penguasaan kemahiran kerana tahap bahasa rendah sehingga menjejaskan pelajaran.
Oleh kerana tahap bahasa rendah, akibatnya murid mungkin tidak berupaya menghadapi isi
pelajaran yang semakin mendalam. Dalam faktor sosioekonomi, murid yang kurang
berkemampuan dan tahap bahasa rendah mungkin juga mengakibatkan murid tersebut
rendah diri dan hilang keinginan dan keminatan untuk belajar, pada halnya murid tersebut
mungkin berpotensi dalam bidang tersebut.
Sebab-sebab lain yang akan mempengaruhi penguasaan kemahiran kefahaman
pada tahap ini ialah disebabkan ketidakmatangan pembelajaran, iaitu murid tidak
mengetahui atau tidak mengenal pasti cara pembelajaran yang sesuai untuk diri sendiri,
akibatnya murid mungkin akan membazirkan masa yang berlebihan untuk membuat
penerokaan idea sehingga ketinggalan pelajaran yang seterusnya. Contohnya, seseorang

murid yang salah cara pembelajaran telah menggunakan masa yang berganda-ganda
dalam menterjemahkan bahan bacaan, pada masa yang sama, murid lain telah melangkah
ke tahap interpretasi bahan bacaan atau tahap ekstrapolasi, maka dia telah ketinggalan
pembelajarannya, hal ini mungkin akan menghilangkan keyakinan diri pada murid tersebut
dan berputus asa untuk terus belajar.
Kegagalan menguasai kemahiran kefahaman mungkin juga disebabkan tiada
rangsangan pembelajaran, iaitu tidak mendapat dorongan daripada ibu bapa, guru atau
orang di sekelilingnya. Dorongan boleh diberikan dalam bentuk galakkan secara lisan atau
memberi ganjaran yang berbentuk hadiah tujuannya ialah merangsang keinginan dan
keminatan belajar. Sekiranya murid gagal mendapat dorongan yang diingini, murid akan
tidak bersemangat untuk belajar dan hilang tujuan dalam pembelajaran, akibatnya
pencapaian murid akan merosot. Apabila mereka sedar bahawa sendiri telah ketinggalan,
waktu itu telah terlambat kerana kemahiran-kemahiran yang telah disampaikan tidak
dikuasai dan masa tidak mencukupi untuk mereka belajar semula.
Secara keseluruhannya, murid yang tidak dapat menguasai kemahiran kefahaman
pada tahap kedua iaitu membuat urutan idea adalah disebabkan oleh tahap kognitif dan
tahap bahasa rendah, tidak berpengalaman pendidikan, ketidakmatangan pembelajaran dan
tiada rangsangan pembelajaran. Kesan daripada sebab-sebab kegagalan menguasai
kemahiran akan menyebabkan murid hilang keyakinan diri, tidak berminat untuk belajar dan
berputus asa. Akibat daripada kesan yang dibawa, murid akan ketinggalan dalam pelajaran
kerana tidak berjaya menguasai kemahiran kefahaman dan akibat yang seterusnya ialah
berhenti sekolah.
Tahap kefahaman yang ketiga ialah hubungan sebab dan akibat serta membuat
andaian. Tahap ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kritis. Oleh itu, murid
perlu membuat hubungan sebab dan akibat di samping membuat kritikan berdasarkan
pemikiran bercapah. Dalam peringkat ini, mula-mulanya murid perlu dilatih dan dikembang
secara lisan dan murid juga memerlukan bimbingan untuk menentukan perkara-perkara
dalam bahan bacaan adalah benar atau sebaliknya serta bimbingan membuat penaakulan
dan membuat penghakiman berasaskan hubungan sebab dan akibat.
Dalam konteks ini, murid mungkin menghadapi kesukaran kerana kemahiran ini agak
mencabar bagi murid pemulihan yang tahap kognitifnya terhad. Faktor dan sebab yang akan
mempengaruhi penguasaan kemahiran ini lebih kepada faktor baka dan faktor persekitaran,
iaitu tahap kognitif yang berkaitan dengan genetik, manakala isu budaya pembelajaran diri
dan strategi pengajaran guru pula dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Murid pemulihan merupakan golongan yang kurang berkeyakinan diri kerana lemah
atau lambat dalam pembelajaran dan tahap kognitif tidak setanding dengan murid arus
perdana. Oleh itu, mereka biasanya tidak berkeyakinan diri pada inferens yang dibuat.
Tambahan pula, tahap kognitif bagi murid pemulihan yang rendah tidak cukup untuk mereka
membuat analisis secara tersusun atur, membuat periksa asal-usul dan mencari bukti
dengan cara yang tepat. Masalah kekurangan maklumat atau kelemahan dalam mengurus
maklumat dan data, akan menyebabkan murid tidak cukup maklumat untuk membuat
tafsiran terhadap sebab dan akibat sesuatu perkara. Kesan dan akibat daripada kelemahan
dan kekurangan yang dinyatakan, murid akan keliru dengan penyusunan isi dalam
penulisannya iaitu tidak pasti isi manakah yang sepatutnya didahului. Sebagai contoh, murid
memulakan penulisannya dengan isi-isi penting yang sepatutnya ditulis dalam perenggan
kedua atau ketiga dan mengabaikan perenggan pengenalan yang sepatutnya perlu
didahului.
Selain tahap kognitif, sebab lain yang akan mempengaruhi penguasaan kemahiran
ialah budaya pembelajaran diri. Hujahan ini bermakna, sekiranya murid tersebut suka
membaca bahan bacaan berilmiah, sedikit sebanyak dia akan mengetahui sebab-sebab
tertentu yang mengakibatkan berlakunya sesuatu peristiwa, lama-kelamaan murid akan
mahir dalam menjana idea dan mengembang ilmu yang sedia ada dengan cepat. Selain itu,
murid yang rajin mambaca akan lebih pandai membuat ramalan atau inferens kerana
pengalaman melalui bahan bacaan ramai dikumpul dalam otaknya. Kesan baik yang ketara
ialah murid lebih senang menzahirkan idea dan berupaya mengembang idea dengan
luasnya dalam penulisannya. Kemahiran mengait sebab dan akibat bukan setakat dalam
pembelajaran sahaja, malah ia juga penting dalam kehidupan harian kita iaitu membantu
kita membuat penaakulan dan penghakiman terhadap perkara yang berlaku.

Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran dalam tahap kefahaman


Strategi pengajaran daripada guru juga merupakan suatu isu yang penting untuk
menentukan sama ada murid dapat menguasai kemahiran atau tidak. Murid pemulihan ialah
murid yang lemah dalam pembelajaran terutamanya terhadap perkara yang abstrak, mereka
amat memerlukan suatu cara pengajaran yang sesuai atau konkrit untuk membantu
kefahaman mereka. Sistem pengajaran yang lama atau tradisional merupakan sebab dan
punca kegagalan murid pemulihan menguasai kemahiran kerana cara penyampaian
maklumat hanya bergantung kepada teori-teori dalam buku sahaja. Murid akan jemu dengan
penyampaian ilmu yang sehala, murid tidak berpeluang untuk mengemukakan idea dan
pandangan serta jarang diberikan peluang untuk murid bertanya soalan terhadap perkara

yang mengelirukan. Kesan buruknya ialah murid akan terus keliru selagi tidak mendapat
penerangan dan penjelasan yang betul. Akibatnya, masalah yang dihadapi tidak diselesai
dan murid sendiri mungkin akan membuat andaian mengikut tahap kognitif sendiri dan
malangnya andaian yang dibuat biasanya salah tetapi murid sendiri tidak berkesan dan
mungkin akan memberi hujahan dan membuat inferens yang salah dan sebagainya. Hal ini
secara langsungnya memberi impak yang buruk kepada perkembangan kognitif dan
pengalaman seseorang murid.
Dalam setiap tahap kefahaman, murid pemulihan menghadapi masalah yang
berlainan, setiap masalah mempunyai cara penyelesaiannya untuk membantu murid
menguasai kemahiran. Guru memainkan peranan penting dalam konteks ini, iaitu mengenal
murid dengan mengetahui latar belakangnya seperti keminatan, kekuatan, kelemahan,
perangai dan cara pembelajaran yang disukai seterusnya merancang suatu strategi, kaedah
dan teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan untuk anak muridnya.
Dalam tahap satu, murid menghadapi masalah memahami maksud perkataan dan
ayat kerana daya ingatan lemah, tahap kognitif rendah sukar untuk memahami dan
mengingati perkataan atau ayat yang abstrak, maka strategi pengajaran yang berpusatkan
bahan amat sesuai untuk membantu penguasaan murid dalam kemahiran ini. Strategi
berpusatkan bahan bermaksud aspek yang penting dalam pengajaran bergantung kepada
bahan yang disediakan biasanya berkaitan dengan isi pelajaran tujuannya ialah untuk
membantu kefahaman murid terhadap sesuatu yang abstrak atau sesuatu yang sukar
difahami. Katakan murid suka bernyanyi, guru boleh menggunakan bahan konkrit dan
bersepadukan dengan teknik menyanyi, di mana murid sendiri akan menyanyi lagu yang
berkaitan dengan isi pelajaran tujuannya ialah membantu murid menerima ilmu melalui
aktiviti yang digemari kerana lebih mudah menerima input dan simpan dalam ingatan jangka
panjang mereka. Contohnya, guru mengajar huruf a-z, lagu abc boleh dimainkan untuk
mengajar huruf-huruf tersebut sambil menyeronokkan situasi pembelajaran.
Dalam kemahiran kefahaman tahap dua iaitu membuat urutan idea, kemahiran yang
perlu kuasai dalam tahap ini ialah membuat interpretasi, membuat perkaitan, menaakul dan
membuat telahan. Masalah utama yang dihadapi oleh murid pemulihan ialah tahap bahasa
dan kognitif rendah. Untuk menyelesaikan masalah ini, guru perlu mengenal pasti keminatan
murid terlebih dahulu dan strategi yang paling sesuai ialah strategi berpusatkan murid.
Strategi berpusatkan murid ialah strategi yang menfokuskan keminatan, kelemahan,
kekuatan serta kehendak dan keperluan murid. Segala usaha yang dilakukan bertujuan
untuk menarik perhatian murid supaya memberi tumpuan kepada pembelajaran. Untuk
menangani masalah penguasaan kemahiran pada tahap ini, guru perlu menggunakan teknik

bermain dengan kaedah koperatif atau secara berkumpulan untuk menjalankan aktiviti
seperti memasang gambar yang perkaitan untuk membentuk suatu urutan yang betul dan
ahli kumpulan memberi penerangan terhadap setiap urutan berdasarkan gambar yang
dipasang seperti aktiviti pasang puzzle. Contohnya, guru mengajar murid tahun dua tentang
cara membuat kuih dodol seperti yang terkandung dalam buku teks tahun dua. Murid
biasanya keliru dengan langkah-langkah membuat kuih dodol kerana terlalu banyak langkah
pembuatannya, tetapi jika guru menyediakan kad-kad puzzle yang berkaitan dengan
langkah pembuatan kuih dodol untuk dipasang oleh murid, ia akan lebih berkesan
berbanding dengan cara penyampaian sehala daripada guru. Dalam proses mencantum
atau memasang puzzle, otak atau pemikiran telah dirangsang dan apabila setiap kad
dipasang betul, mereka nampak gambar dan mengetahui apa yang berlaku dalam langkah
tersebut dan sebagainya. Apabila murid sendiri yang berusaha melakukan sesuatu, ilmu
yang didapati akan lebih kukuh dan tidak mudah dilupai. Tambahan pula, penggunaan
bahan bantu mengajar yang bersifat mainan seperti yang dinyatakan akan lebih mudah
merangsang pemikiran otak dan merangsang penerimaan input.
Manakala dalam tahap kefahaman yang ketiga iaitu hubungan sebab dan akibat,
sebab-sebab yang menjadi halangan kepada penguasaan kemahiran ialah lemah dalam
menghubungkaitkan maklumat yang diterima untuk membuat analisis secara tersusun atur.
Selain itu, mereka juga lemah dalam kemahiran mencari bukti kerana cara tidak tepat, akhir
sekali mereka bermasalah dalam pengurusan maklumat dan data. Berdasarkan masalah
yang dinyatakan, strategi yang sesuai untuk murid ialah strategi berpusatkan aktiviti. Strategi
ini memberi penekanan pada aktiviti yang dirancang, ini bermakna aktiviti yang dirancang
akan mampu memberi rangsangan kepada murid untuk memahami dan sedar akan objektif
setiap langkah serta membantu murid menguasai kemahiran yang sukar dicapai. Kaedah
yang sesuai digunakan ialah secara berkumpulan dan tekniknya ialah berlakon atau
membuat simulasi berdasarkan perkara yang ditinjau. Oleh kerana murid sukar
menghubungkaitkan sebab dan akibat terhadap perkara yang ditinjau, maka guru boleh
merancang aktiviti lakonan dan biar murid sendiri melalui perkara yang berlaku supaya
murid sendiri merasai situasi yang benar seterusnya mencatat dan menerangkan sebabsebab yang menjadi punca berlakunya perkara tersebut dan daripada lakonan murid lain
biar murid sendiri melihat dan mengesan akibat daripada sesuatu perbuatan. Strategi,
kaedah dan teknik ini berkesan kerana murid pemulihan biasanya tidak mampu membuat
andaian dan inferens, murid sendiri perlu merasai atau berpengalaman dalam perkara
tersebut agar sendiri berupaya membuat analisis. Teknik lakonan juga berkesan dalam
membantu murid menyimpan kemahiran ini dalam ingatan jangka panjang.

Strategi terakhir ialah strategi berpusatkan guru. Strategi ini similar dengan sistem
pengajaran dan pembelajaran tradisional, segala ilmu dan pengetahuan adalah daripada
guru, murid sendiri kurang melibatkan diri dalam pengajaran, iaitu murid hanya mendengar
dan menerima apa yang disampaikan oleh guru. Dengan kata lain, cara pengajaran ini
adalah sehala dan strategi pengajaran ini semakin kurang digunakan kerana kurang
merangsangkan pembelajaran hanya sesetengah ilmu adalah disampaikan dengan cara ini.
Sebagai contoh, guru mengajar subjek sejarah, peranan murid hanya menerima input
daripada guru tanpa mengira guru tersebut memberi penjelasan, penerangan atau
perlakonan. Oleh itu, subjek sejarah biasanya tidak disukai oleh ramai murid kerana bosan
dan isi pelajaran adalah bergantung kepada maklumat yang telah ditetapkan, tambahan
pula cara pengajaran guru adalah sehala.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MATA PELAJARAN

: Bahasa Melayu

TAJUK

: Unit 1 : Suku kata terbuka

TARIKH / HARI

: 7. 5. 2015 (

MASA

: 8.00 pagi 9.00 pagi ( 60 minit )

TAHUN / KELAS

: Pemulihan Tahun 2

BILANGAN MURID

: 6 orang

KEMAHIRAN

: 1.0 Menyebut, mencerakin suku kata KV + KV

Khamis )

2.0 Mengeja, membaca dan memahami perkataan.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN

: Pada akhir pembelajaran murid dapat :


-

Menyebut nama benda dengan perkataan KV +

KV yang betul.
Menyatukan dua suku kata menjadi perkataan

yang bermakna berdasarkan suku kata KV + KV.


Mengeja perkataan KV + KV
Memadan perkataan berdasarkan gambar yang
ditunjuki dengan betul.

STANDARD KANDUNGAN

: 1.0 Membaca dan memahami perkataan

STANDARD PEMBELAJARAN

: 1.1 Membaca dan memahami perkataan yang


mengandungi suku kata terbuka KV + KV

BAHAN BANTU MENGAJAR

: 1. Kad-kad suku kata dan gambar


2. Slaid powerpoint
3. Komputer dan LCD Projektor

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

1. Murid sudah mengenal huruf A-Z


2. Murid dapat membezakan huruf vokal dan
huruf konsonan.

PENERAPAN NILAI

: 1. Berani
2. Kerjasama

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Masa
Dan langkah
Set Induksi :
( 5 minit )

Isi Pelajaran

Menyebut aktiviti

Aktiviti pembelajaran dan


pengajaran
1. Guru menanya murid apakah

permainan yang biasa

aktiviti

dimainkan oleh murid.

disukai.

Murid membuat
pemerhatian dan

permainan

yang

KBKK :
Menjana

idea

pemikiran kreatif.

2. Guru memaparkan senarai


gambar aktiviti kepada murid.

mencatatkan nama
aktiviti yang dilihat

Catatan

BBM:
1.Tayangan gambar
melalui LCD

3. Murid

dinasihati

supaya

melalui gambar

memerhatikan aktiviti-aktiviti

tersebut.

yang dilakukan oleh watak-

projektor dan
komputer.
2.Kertas dan pensel.

watak dalam gambar yang


Nama aktiviti:

dipaparkan serta mencatat

1. Main bola

nama aktiviti yang dilihat dan

Nilai-nilai Murni:

2. Baca buku

menjawab soalan guru.

1.Teliti

3. Batu seremban
4. Lompat tali

4. Murid

menjawab

nama

aktiviti yang dilihat melalui


gambar yang dipaparkan.
5. Guru menghubungkaitkan isi
pelajaran

dengan

nama

aktiviti-aktiviti yang tercatat


oleh murid.
6. Murid menyebut perkataanperkataan KV + KV yang
akan dipelajari atas iringan
guru.
7. Guru memastikan perkataan
yang

disebut

oleh

adalah betul dan tepat.

murid

(pemerhatian)
2.Mendengar
arahan.
Strategi :
Berpusatkan bahan

Murid

menyebut

perkataan dalam nama


aktiviti yang dipaparkan
dengan betul.
Contohnya :
1.
2.
3.
4.
5.

Bola
Baca
Buku
Batu
Tali

Langkah 1:

Aktiviti mencerakinkan

( 20 minit )

suku

kata

setiap

1. Selepas
pasti

murid

mengenal

sebutan

perkataan.

guru

Contoh:

mencerakinkan

perkataan,

menunjuk

cara

contoh kepada murid-murid.


Contoh :
Tunjuk cara mencerakinkan
perkataan saya

kata KV + KV
Nilai-nilai murni :
1. Kerjasama
2. Berani
mencuba.

1. Berpusatkan
aktiviti

(KV)

Kaedah :

(Murid sudah dapat membeza huruf

1. Koperatif

konsonan dan huruf vokal)


2. Murid-murid
kepada

dibahagikan

dua

kumpulan

(setiap kumpulan 3 orang


murid)

untuk

membincang

dan mencerakinkan kelimalima

perkataan

dan

menuliskannya pada kad-kad


yang disediakan berdasarkan
nama

benda

dalam

atau

gambar

aktiviti
yang

dipaparkan pada skrin putih.


(

Perkataan

suku

Strategi :

sa + ya
(KV)

1. Kad

perkataan

KV + KV dengan memberi

Gambar yang ditunjuk:

BBM :

yang

dicerakin

telah

dikehendaki

menulis dalam warna yang


berbeza, contoh :
Bola.)

Teknik :
1. Bermain

Langkah 2
( 5 minit )

Murid
kata

mengeja
dan

suku

1. Murid-murid semak jawapan

membaca

sambil mengeja suku kata

Komputer dan LCD

kelima-lima perkataan itu.

Projektor

perkataan yang dieja.

BBM :

Nilai murni :
Mendengar arahan

Langkah 3

Mengenal

( 25 minit )

dengan

perkataan

1. Murid-murid

berpandukan

sekelompok

diberi
kad

untuk

BBM :
1. Puzzle

gambar dan memahami

menyusunkannya

makna

suatu gambar yang betul.

gabungan

(puzzle)

suku

dengan

perkataan
ayat

tunggal

menjadi

2. Kad

yang disediakan.

dan
2. Selepas

disemak

dan

perkataan

Aktiviti berkumpulan :

dikenalpasti penyusunan kad

serta

- Murid menyusun kad-

adalah

ayat tunggal.

kad untuk membentuk

membawa gambar tersebut

gambar.

ke stesen yang seterusnya

betul,

murid

untuk mencari perkataan dan


-

Cari

perkataan

ayat

berdasarkan gambar.

tunggal

Cari

ayat

tunggal

Nilai-nilai murni :
1. Teliti
2. Jaya diri

bahan

bantu

Strategi :
1. Berpusatkan

belajar yang disusun pada

berdasarkan perkataan

aktiviti

papan putih untuk disemak.

yang dijumpai.

Kaedah:
3. Seramai
disediakan

empat

stesen

untuk

murid

1. Pembelajaran
koperatif

menjalankan aktiviti.
Teknik :
Stesen 1: Main puzzle

1. Bermain

Stesen 2: Cari perkataan


berdasarkan gambar yang
disusun.
Stesen 3: Cari kad ayat tunggal
yang
berkaitan dengan
perkataan dan gambar
tertentu.
Stesen 4: Menyusun dan menampal
gambar, perkataan dan
ayat tunggal di papan
putih untuk disemak.

Ingat kembali kelima-

kad

untuk

disuaipadankan dan tampal


ketiga-tiga

Penutup

kata

1. Murid-murid

memberitahu

BBM :

( 5 minit )

lima

perkataan

dipelajari
dengan

dan
bacaan

tunggal.

yang

guru apa perkataan yang

Komputer dan LCD

diikuti

telah dipelajari dan membaca

Projektor.

ayat

kelima-lima
untuk

tunggal

mengukuhkan

ingatan murid.

5.0 KESIMPULAN

ayat

daya

Nilai Murni :
Berani menyebut

Pengajaran dan pembelajaran yang betul digambarkan sebagai proses mengajar dan
belajar berasaskan kefahaman yang mendalam tentang interaksi dalam bilik darjah dan
alam persekitaran.
Pengajaran dan pembelajaran perlu mengambilkira keperluan, minat, potensi,
kebolehan dan perbezaan latar belakang murid. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul
ialah menyedari pelbagai punca masalah yang mungkin timbul dan kesan yang dibawa serta
mengetahui cara bagaimana menggunakan daya kreativiti untuk menyediakan pelbagai
peluang pembelajaran untuk menangani masalah pembelajaran murid.
Proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dilihat dari perspektif pendidik sahaja
tetapi ia juga mementingkan perspektif murid. Hal ini dapat membantu para guru
menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta kefahaman terhadap strategi pengajaran dan
pembelajaran. Dengan ini, jelaslah bahawa tujuan utama pendidikan Bahasa Melayu ialah
untuk membolehkan murid membentuk kefahaman terhadap setiap kemahiran perbahasan
yang dipelajarinya justeru mampu memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pendidikan
negara untuk menghasilkan generasi Malaysia yang bukan sahaja kreatif dan inovatif dalam
pemikiran mereka malah berketerampilan dan berintelek tinggi.
Kesimpulannya, kemahiran kefahaman merupakan kemahiran yang paling susah
dikuasai dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, semakin banyak bilangan
kosa kata dikuasai, murid akan lebih senang dalam menguasai kemahiran kefahaman dan
secara langsungnya membantu murid melanjut ke tahap pembelajaran yang lebih tinggi.
Oleh demikian, semua pihak perlu mengambil bahagian terhadap tanggungjawab sendiri
untuk melahirkan anak murid lebih menyeluruh dalam perkembangan jasmani, emosi,
rohani, dan intelek.

RUJUKAN

Bahan bercetak

Jemaah Nazir Sek. Persekutuan Kem. Pendidikan Malaysia (1990). Laporan Pemeriksaan
Status Matapelajaran Peringkat Sek. Menengah 1990. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar


Pelajaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri. (2015). Rancangan Pengajaran Tahunan


Pemulihan, 2015. Johor Bahru

Nohaidi Hj. Sarponen. (2000). Panduan Asas Mengajar Pemulihan Bahasa Melayu.
Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti

Jamilah Binti Ahmad. (1999). Panduan pengajaran pemulihan Bahasa Melayu.


Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti

Anda mungkin juga menyukai