Anda di halaman 1dari 4

Tutorial :

Ahli kumpulan : beelee, chuiting, sweebeng, yiwen

Tajuk : Dinamika dalam kelompok

1. Istilah dinamika sama dengan maksud proses.

2. Proses kelompok merujuk kepada pergerakan kelompok yang


berterusan dari garisan permulaan sehingga ke garisan penamat
untuk memerihalkan tahap-tahap yang dilalui oleh kelompok.
1. Dinamika kelompok merujuk kepada kuasa-kuasa sosial yang wujud
dalam kelompok.

2. Ia memerihalkan interaksi yang berlaku antara ahli kelompok


termasuklah :
a. Impak peranan kelompok
b. Impak peranan pemudahcara dan
c. Penglibatan ahli kelompok

3. Dinamika kelompok boleh diukur melalui teknik-teknik seperti main


peranan, aktiviti kelompok, mainan dan sebagainya.

4. Dinamika dalam kelompok menggambarkan interaksi antara ahli


tentang cara berhubung antara ahli dengan pemudahcara, ia juga
sebagai kayu pengukur bagi keberkesanan kelompok.
5. Dinamika dalam kelompok juga merujuk kepada perasaan kepunyaan ahli
terhadap kelompok.

6. Pada peringkat awal, ahli-ahli perlukan bimbingan, struktur dan arah,


keadaan berubah apabila semakin berunsur sesi dan semakin tinggi
semangat kekitaan antara ahli ke arah pencapaian matlamat.

7. Peraturan-peraturan kelompok yang dibentuk antara ahli dengan


pemudahcara dalam membina asas kepada dinamika kelompok sebagai
garis panduan dan rangka rujukan tentang perlakuan dan sikap semasa
sesi berlangsung.
KESIMPULAN :

Kaunseling kelompok boleh digunakan secara berasingan ataupun


sebagai pelengkap kepada kaunseling individu.

Guru bimbingan kaunseling memainkan peranan sebagai pemudahcara


dalam menjelaskan tugas dan tanggungjawab yang berkaitan, menguasai
kemahiran asas kaunseling dan memupuk ciri-ciri peribadi tertentu
dalam melaksanakan kelompok dengan lancar dan mencapai matlamat.

Hasil penyertaan akan menyumbangkan kepada kawalan kehidupan


seharian seterusnya meningkatkan keyakinan diri untuk membawa
perubahan positif kepada kehidupan kita.

Anda mungkin juga menyukai