Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum & Solawat

Sepanjang pembacaan dan pengalaman mengikuti perkembangan Ustaz Asri,


saya dapati apa yang beliau ceritakan tentang Shiah adalah tidak sama dengan apa
yang saya dapati sendiri dari sumber Shiah. Sekiranya perjumpaan kita pada hari ini
adalah untuk mencari kebenaran maka sepatutnya pihak penganjur menjemput seorang
ustaz atau ulama Shiah sebagai salah seorang panel di dalam majlis ini.
Sekiranya Majlis ini mempunyai agenda hanya untuk menghentam saudara
seagama dari Mazhab Shiah, maka tidak hairanlah sekiranya hentaman dan cerita –
cerita tidak benar terus disampaikan oleh beliau kepada peserta dengan anggapan
sekiranya mereka tidak mengetahui langsung berkaitan Shiah, maka mereka akan dapat
masuk ke dalam jerat yang beliau pasang dan akhirnya mereka terus menjerat orang-
orang yang lain pula dari masa ke semasa. Berhati-hatilah dengan hadis Rasulullah:

Man Kafara Mukminan Faqad Kafar


“Sesiapa yang mengkafirkan seseorang Mukmin maka kekafiran itu kembali
kepadanya”.
Sanggupkah kita mengkafirkan 300 juta sahabat kita dari golongan Shiah;
sedangkan status kafir mereka semata-mata diputuskan oleh beliau sedangkan peserta
yang hadir tidak berpeluang mendengar dari sumbernya sendiri.
Oleh itu, saya memohon kepada pihak penganjur supaya dilanjutkan
perbincangan ini dengan kita aturkan pertemuan diantara Ustaz Asri dengan wakil
Shiah, yang mana semua peraturan, masa dan tempatnya diaturkan oleh penganjur
mengikut kesesuaian. Sekiranya ini menjadi satu masalah, saya bersedia
mengaturkannya dan peserta yang hadir pada hari ini akan dijemput.
Sekiranya Ustaz Asri ikhlas dan bertanggungjawab terhadap kenyataan beliau,
maka beliau perlulah menyambut pelawaan saya dan para peserta akan menjadi saksi
akan pertemuan ini. Sekiranya Ustaz Asri tidak menyambutnya, maka jelas apa yang
beliau katakan hanyalah satu pembohongan dan pihak saya tetap akan anjurkan
pertemuan yang kedua ini dan tuan-tuan bolehlah hubungi saya bagi kita anjurkan
pertemuan yang saya katakan tadi. Sekian. Terima Kasih

Biodata Ringkas Saya

Nama : Aqbal Shiffuddin Bin Adnan Sallehudin


No. Hp : 012-4915970

Pengalaman : Mengkaji Shiah dan pelbagai Mazhab selama lebih 15


tahun dan mempunyai buku bersangkutan Shiah yang
agak banyak yang ditulis dari ulama’ Shiah sendiri.

Saranan : Sekiranya tuan-tuan ingin bersama-sama di dalam


mencari kebenaran; Sila hubungi saya. Kita akan sama-
sama mengkaji apa yang terdapat dalam Kitab AlQuran
dan Hadis Rasulullah. Fa In Tanazakhtum fi Shai In ;
Farudduhu illallahiwarrasul ( Barangsiapa yang
mempunyai sebarang pertikaian di dalam apa-apa pun;
maka kembalilah kepada Allah dan Rasul).

Anda mungkin juga menyukai