Anda di halaman 1dari 15

‫اﻴﻧﺴﺘﻳﺘوﺖ ﺘﺎﻨﻪ ﺪان اﻮﮐور ﻨﮕﺎﺮا‬

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA


Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi
Behrang 35950, Perak Darul Ridzuan INSTUN
www.instun.gov.my

SEMINAR :

SEMINAR PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN TANAH UNTUK


PEGAWAI DAERAH / PENTADBIR TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA
15 – 16 DISEMBER 2003

TAJUK :

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 &


Pembangunan Masyarakat Felda

OLEH :

Tuan Haji Khamis bin Mat Som


Pengarah Besar Felda

1
Sumber : www.instun.gov.my
AKTA TANAH
(KAWASAN PENEMPATAN BERKELOMPOK) 1960

1. Latar Belakang

Akta ini telah digubal pada tahun 1960 selaras dengan peruntukan di bawah
artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Berkuat kuasa pada 30 Mei 1960 dan
ianya diguna pakai bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sahaja
kecuali Pulau Pinang dan Melaka dan kemudiannya dipinda untuk
memasukkan kedua-dua negeri ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari 1966.

Tujuan penggubalan Akta ini adalah bagi menyeragamkan perlaksanaannya


bagi semua negeri di semenanjung iaitu dari segi polisi serta kuasa eksekutif
yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

2. Matlamat Penggubalan Akta

Matlamat utama penggubalan Akta ini ialah bagi mewujudkan satu


penempatan baru secara terancang dengan menyediakan sumber-sumber
ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang oleh agensi pelaksana.
Pembangunan terancang ini berlandaskan kepada peraturan dan sekatan-
sekatan seperti yang terkandung dalam Akta ini untuk mempastikan kawasan
yang dimajukan mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang maksimum
dari segi hasil ladang dan pendapatan peneroka.

Matlamat sampingan dari Akta ini adalah bagi membasmi kemiskinan dan
agihan tanah kepada penduduk yang tidak bertanah serta mengujudkan satu
masyarakat yang harmoni dan berdaya maju.

3. Pindaan Akta

Akta ini telah dipinda beberapa kali dengan tujuan menyesuaikan semula
peraturan dan sekatan-sekatan mengikut keperluan dan kehendak semasa.
Di antara pindaan tersebut yang melibatkan agensi-agensi pelaksana
termasuk Felda iaitu:

2
Sumber : www.instun.gov.my
i. Pindaan Tahun 1965 – antara lain melibatkan perjanjian antara
agensi-agensi pembangunan tanah dengan Kerajaan Negeri,
pengisytiharan kawasan penempatan berkelompok, pembangunan
tanah oleh koperasi yang dikelolakan oleh agensi pembangunan tanah.

ii. Pindaan Tahun 1982 – antara lain melibatkan penyerahan hak


penduduk dalam menunggu hak milik dan penamatan atau pembatalan
kawasan-kawasan penempatan berkelompok.

iii. Pindaan Tahun 2002 – melibatkan pindaan kepada Seksyen 12, 14


dan 15 yang membolehkan pegangan desa diberi milik dan dimiliki
bersama tidak melebihi dari dua orang pemilik. Pindaan ini, adalah
bertujuan bagi membolehkan isteri, bekas isteri atau waris kadim
peneroka dimasukkan dalam pegangan desa sebagai pegangan
bersama atau pemilik bersama.

4. Kandungan Akta

Akta ini mengandungi 48 seksyen yang dibahagikan kepada 9 bahagian


utama. Di antara aspek dan konsep penting yang menjadi tanggungjawab
pelaksana dalam membangunkan kawasan penempatan berkelompok
adalah:

i. Pewartaan Kawasan Penempatan Berkelompok

Seksyen 4, berkehendakkan Kerajaan Negeri mengisytiharkan mana-


mana kawasan tanah kerajaan sebagai satu Kawasan Penempatan
Berkelompok.

Seksyen 5, membolehkan Kerajaan Negeri membuat pengisytiharan


mana-mana kawasan di dalam kawasan yang telah diisytiharkan di
bawah seksyen 4, sebagai kawasan penempatan luar bandar yang
merupakan kawasan pertanian.

3
Sumber : www.instun.gov.my
Seksyen 6, membolehkan Kerajaan Negeri membuat pengisytiharan
mana-mana kawasan di dalam kawasan yang telah diisytiharkan di
bawah seksyen 4, sebagai kawasan penempatan dalam bandar yang
merupakan kawasan kediaman

Urusan pewartaan kawasan ini melibatkan kerja-kerja pengukuran dan


penyediaan pelan-pelan berkaitan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan
sebelum satu-satu perisytiharan warta dilaksanakan.

ii. Surat Perjanjian Agensi Dengan Kerajaan Negeri

Seksyen 34 (I) yang berkehendakkan agensi pelaksana membuat satu


perjanjian dengan Kerajaan Negeri apabila satu-satu kawasan telah
diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan sebagai kawasan
penempatan berkelompok. Surat perjanjian ini disediakan bagi
membolehkan mana-mana tanah kerajaan dibangunkan oleh Lembaga
Kemajuan Tanah dengan mematuhi beberapa syarat dan peraturan di
antaranya termasuk :

a. Lokasi dan keluasan tanah


b. Pecahan tanah kepada kawasan luar bandar dan keliling bandar
c. Jenis tanaman
d. Kadar bayaran cukai yang ditentukan dan tempoh bayaran

iii. Buku Daftar Pegangan (Register of Holding)

Seksyen 12 (I) yang berkehendakkan setiap peneroka yang dipilih


menyertai pembangunan dalam satu-satu kawasan didaftarkan dalam
Buku Daftar Pegangan sebagai pendudukan dalam menunggu hak
milik (Expectation of Title). Menjadi tanggungjawab agensi pelaksana
mengadakan pengambilan peneroka-peneroka untuk menyertai tanah-
tanah rancangan dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Pemilihan dibuat
berasaskan kepada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh
calon seperti termaktub dalam Seksyen 19 iaitu:

a. Warganegara,
4
Sumber : www.instun.gov.my
b. Tidak mempunyai tanah atau memiliki tanah dengan keluasan
tidak melebihi 2 ekar termasuk tanah yang dimiliki isteri.

c. Tidak memiliki lot tanah bandar atau memiliki satu lot tanah
bandar untuk kediaman sendiri.

Seksyen 11 (i) – memperuntukkan setiap pegangan luar bandar atau


tanah kebun lebih kurang 10 ekar sebagai punca pendapatan dan satu
lot tapak rumah lebih kurang ¼ ekar sebagai tempat kediaman. Butir-
butir maklumat kawasan ini adalah merupakan sebahagian dari
maklumat yang direkodkan dalam Buku Daftar Pegangan.

Pindaan kepada nama pegangan ini hanya dibenarkan mengikut


Seksyen 24 apabila berlaku pemindahan hak kepada pemegang lain
yang diluluskan oleh Pemungut atau apabila berlaku kematian yang
memerlukan waris simati mengambil alih hak pegangan yang
diputuskan oleh Bahagian Pusaka, Kerajaan Negeri.

iv. Bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan


(Consolidated A Charges (CAC) )

Seksyen 20 yang mensyaratkan tanah-tanah yang dimajukan dalam


Kawasan Penempatan Berkelompok dibayar cukai tahunan yang
disatukan yang meliputi premium cukai tanah, upah ukur, bayaran
perkhidmatan dan lain-lain bayaran. Kadar bayaran seperti mana yang
ditetapkan dalam surat perjanjian agensi dengan Kerajaan Negeri.

Bayaran CAC ini menjadi satu syarat pendudukan pegangan dan


menjadi tanggungjawab pemegang untuk menjelaskannya. Walau
bagaimanapun tanggungjawab ini diambil alih oleh agensi pelaksana
membuat bayaran untuk satu tempoh selama 15 tahun atau sehingga
hak milik dikeluarkan ke atas pegangan tersebut. Bayaran CAC yang
dijelaskan ini dikutip balik jumlahnya oleh agensi pelaksana melalui
pendapatan hasil peserta yang terlibat.

5
Sumber : www.instun.gov.my
Dalam tempoh bayaran CAC ini, status tanah ke atas pegangan
tersebut masih menjadi tanah kerajaan. Adalah menjadi
tanggungjawab agensi pelaksana , apabila tamat tempoh bayaran CAC
ini, menyerahkan hak (Vested) ke atas pegangan tersebut kepada
Kerajaan Negeri untuk didaftarkan hak milik.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk


mengisytiharkan kawasan penempatan berkelompok ini bagi
membolehkan peraturan dan sekatan-sekatan di bawah Akta ini
dilaksanakan

v. Pembahagian Kawasan Pegangan

Seksyen 7 (1) membenarkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah


membelah bagi mana-mana tanah di dalam kawasan penempatan
berkelompok kepada beberapa pegangan yang mana keluasan setiap
pegangan seboleh-bolehnya sama.

Bersesuaian dengan peruntukan di bawah seksyen ini, menjadi


tanggungjawab Lembaga Kemajuan Tanah melaksanakan kerja-kerja
pengukuran kawasan s
ama ada melalui Juruukur berlesen yang dilantik ataupun melalui
Jabatan Ukur Negeri.

vi. Pengurus Sebagai Pemungut Hasil Tanah (Land Revenue


Collector)

Seksyen 36 membenarkan agensi pelaksana dengan persetujuan


Kerajaan Negeri melantik seorang pengurus untuk mentadbir satu-satu
kawasan penempatan berkelompok yang juga berfungsi sebagai
Pemungut Hasil Tanah dan berkuasa pada menjalankan perubahan-
perubahan yang sebagaimana yang dibenarkan dalam Seksyen 38.

vii. Undang-Undang Kecil (By Laws)

Seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 37 yang membenarkan


agensi pelaksana selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri
6
Sumber : www.instun.gov.my
dan dengan mendapat kelulusan Menteri, membuat undang-undang
kecil yang tidak bertentangan dengan Akta bagi tujuan
menyempurnakan urusan pembangunan tanah kawasan penempatan
berkelompok.

viii. Penamatan Kawasan Penempatan Berkelompok

Seksyen 44 – memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri, dengan


perundingan Menteri berkenaan boleh mengisytiharkan penamatan
mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan
penempatan berkelompok sama ada keseluruhannya atau sebahagian
dari kawasan tersebut, untuk tujuan-tujuan tertentu seperti untuk
pembangunan semula kawasan berkenaan.

Dengan tindakan penamatan ini, kawasan terlibat tidak lagi menjadi


kawasan penempatan berkelompok dan urusan pembangunan dapat
dilaksanakan tanpa sebarang sekatan.

ix. Sekatan-Sekatan Dalam Akta

Seperti termaktub dalam Akta ini, beberapa sekatan dimasukkan


bertujuan bagi menjamin pembangunan tanah pertanian dilaksanakan
secara berterusan dengan pengeluaran hasil yang maksimum yang
memberi keuntungan kepada peneroka. Di antara sekatan tersebut
ialah:

a. Seksyen 14 – tidak membenarkan Pegangan Luar Bandar


dikeluarkan kepada lebih dari 2 orang pemegang yang dikira
sebagai pegangan bersama atau pemilik bersama
b. Seksyen 15 – kawasan Pegangan Desa tidak boleh pada bila-
bila masa dibelah bagi (subdivided or partitioned). Seksyen ini
juga tidak membenarkan pegangan desa dipajak (leased)
sebahagian atau kesemuanya.

7
Sumber : www.instun.gov.my
c. Seksyen 17 – menghadkan penggunaan kawasan Pegangan
Luar Bandar hanya untuk tanaman tertentu sahaja seperti yang
dipersetujui dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri/Agensi
pelaksana. Kawasan ini tidak boleh digunakan selain dari
tujuan tersebut.
d. Seksyen 7 (3) – menghadkan penggunaan Pegangan Bandar
hanya untuk kegunaan perumahan, kegunaan awam,
perdagangan, industri atau kegunaan-kegunaan lain seperti
yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

5. Penutup

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) ini terpakai kepada semua


tanah atau kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Kawasan Penempatan
Berkelompok oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun seperti termaktub
dalam Seksyen 33, sekiranya terdapat mana-mana peruntukan undang-
undang negeri atau undang-undang lain yang sedia ujud yang berlainan
dengan Akta ini, ianya boleh diambil kira asalkan tidak bercanggah dengan
Akta ini. Sebagai contoh Akta Rizab Melayu yang terus terpakai dan tidak
bercanggah dengan Akta ini.

-----------------

8
Sumber : www.instun.gov.my
PEMBANGUNAN MASYARAKAT DI FELDA

Latar Belakang

Felda ditubuhkan dalam tahun 1956 di bawah Akta Pembangunan Tanah 1956.
Tujuan asalnya ialah untuk membasmi kemiskinan dengan menempatkan penduduk
tidak mempunyai tanah dalam rancangan tanah yang telah dimajukan. Pada masa
ini seramai 103,156 peneroka telah ditempatkan di dalam 275 rancangan Felda.

Pendekatan pembangunan yang dilaksanakan oleh Felda ialah pendekatan


bersepadu di mana tumpuan diberi kepada pembangunan tanah dan kebun
peneroka dan pembangunan masyarakat peneroka. Dalam kertas ini tumpuan diberi
kepada pembangunan masyarakat peneroka.

Bidang Tumpuan

Felda sentiasa memastikan keadaan kehidupan peneroka, keluarga peneroka dan


masyarakat rancangan keseluruhannya dalam keadaan yang selesa. Usaha
dijalankan bagi mewujudkan masyarakat peneroka yang berdaya saing,
bermaklumat dan bersyukur. Bagi tujuan tersebut tumpuan diberi kepada bidang
kepimpinan dan pembangunan institusi, pendidikan, keusahawanan, belia dan
latihan. Bidang keusahawanan memberi penekanan kepada projek Satu Wilayah
Satu Industri (SAWARI), IKS Tani dan pembangunan Koperasi.

Pembangunan Institusi

Kepimpinan peneroka, penerokawati dan belia yang mantap menjamin keharmonian


masyarakat keseluruhannya. Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) adalah
badan tertinggi di rancangan. Bagi penerokawati pula badan yang utama ialah
Gerakan Pertubuhan Wanita (GPW). Kepimpinan JKKR dan GPW dibuat melalui
pemilihan di peringkat blok dalam rancangan. Pemilihan kepimpinan baru JKKR dan
GPW diadakan setiap tiga tahun sekali.

9
Sumber : www.instun.gov.my
Untuk memantapkan tahap kepimpinan peneroka, mereka akan diberi latihan dan
bimbingan sebaik sahaja memegang jawatan dalam JKKR dan GPW. Selain
daripada bayaran elaun tahunan dan mesyuarat bulanan ahli-ahli JKKR, seminar,
latihan dan kursus yang berkaitan akan dianjurkan untuk pemimpin baru dan lama
bagi melengkapkan lagi mereka dengan maklumat terkini.

Pendidikan

Felda memberi tumpuan kepada pendidikan anak-anak peneroka. Tumpuan diberi


kepada pendidikan akademik dan kemahiran. Pendidikan akademik dimulakan sejak
daripada peringkat kanak-kanak lagi. Sebanyak 248 buah Pusat Literasi Keluarga
telah ditubuhkan dengan dikendalikan oleh 559 orang penggalak pembaca. Seramai
6,270 kanak-kanak berusia daripada tiga hingga lima tahun mendapat faedah
daripada projek ini.

Untuk memastikan anak-anak peneroka yang berpotensi mendapat pendidikan


terbaik, sejak tahun 1975 Felda telah menubuhkan Asrama Semai Bakti. Anak-anak
peneroka yang berpotensi tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke asrama
penuh akan ditempatkan di asrama tersebut dan diberi peluang belajar di sekolah-
sekolah terpilih di bandar. Pada masa ini terdapat empat buah Asrama Semai Bakti
iaitu di Kuala Lumpur, Kelana Jaya, Johor Bahru dan Trolak. Setiap tahun tidak
kurang RM6 juta diperuntukkan bagi urusan tersebut dengan jumlah pelajar
seramai 950 orang. Bilangan pelajar yang mendapat manfaat daripada kemudahan
ini sehingga sekarang ialah 7200 orang.

Kecemerlangan pendidikan anak-anak sememangnya menjadi impian setiap ibu


bapa dan masyarakat. Pada tahun 2004 dianggarkan seramai 19,093 calon akan
mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),18,873 calon akan
menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 17,568 calon akan menghadapi
Ujian Penilian Sekolah Rendah (UPSR). Keputusan peperiksaan pada tahun 2002
mendapati 1.2 peratus memperoleh kelulusan cemerlang dan 54.8 peratus lulus
dalam SPM, 1.84 peratus cemerlang dan 56.96 peratus lulus dalam PMR dan 4.5
peratus cemerlang dan 54.8 lulus dalam UPSR. Dengan bertemakan Pelajar Pintar

10
Sumber : www.instun.gov.my
Kejayaan Menyerlah pada tahun 2004, beberapa program yang berkaitan seperti
mengadakan kursus-kursus motivasi pelajar, kem-kem subjek, seminar, bengkel
menjawab soalan, latih tubi dan yang berkaitan akan diadakan.

Pusat Tuisyen yang ditubuhkan di setiap wilayah pada tahun 2003 bagi membantu
anak-anak peneroka mencapai kecemerlangan pendidikan didapati ianya
menunjukkan peningkatan dalam kelulusan peperiksaan percubaan UPSR 2003.
Mengambil kira kemajuan tersebut dan sambutan peneroka yang menggalakkan, 10
buah lagi Pusat Tuisyen dijangka akan diwujudkan. Pendedahan lebih awal Bahasa
Inggeris kepada kanak-kanak di Pusat-Pusat Literasi Keluarga serta projek
menurunkan kadar literasi di kalangan pelajar sekolah rendah akan diberi
penekanan pada tahun 2004.

Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi Felda merupakan salah satu usaha Felda untuk
melihat anak-anak peneroka berjaya dalam pendidikan. Melalui skim ini anak-anak
peneroka yang tidak memperoleh biasiswa atau pinjaman dari badan-badan atau
agensi lain untuk melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi adalah
berpeluang memperolehnya melalui skim ini. Sebanyak RM1 juta telah
diperuntukkan untuk tujuan ini.

Mewujudkan golongan belia berkemahiran merupakan usaha murni Felda. Pusat


Latihan Trolak di Sungkai Perak (PLT) dan Institut Teknologi Felda (ITU) mampu
melatih belia/beliawanis dalam bidang kemahiran bagi membantu mereka bersaing
dalam pasaran pekerjaan. Seramai 400 orang pelatih PLT dilatih dalam satu masa (
enam bulan) dengan mendapat pengiktirafan MLVK tahap 1 dan 2 untuk mengikuti
kursus baik pulih komputer, jahitan pendawaian elektrik domestik, automotif,
membaiki motosikal serta ketuk dan mengecat. 60 orang belia/beliawanis pula
mendapat latihan dalam bidang kemahiran multimedia di ITU. Dengan penubuhan
PLT dan ITU, seramai 2,072 orang belia/beliawanis anak peneroka telah dilatih.
Lepasan PLT dan ITU sebahagiannya melanjutkan pelajaran ke kolej-kolej swasta,
bekerja atau membuka perniagaan sendiri.

11
Sumber : www.instun.gov.my
Pembangunan Belia

Usaha memerangi dadah dan gejala sosial dalam masyarakat rancangan akan
dipertingkatkan. Tahun 2008 merupakan tahun Felda bersih daripada dadah.
Aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dirancang seperti kempen anti dadah,
menyemarakkan gaya hidup sihat, sukan dan beriadah, pemeriksaan kesihatan
bersekala, kegiatan Rakan Muda, Rakan Waja, mengukuhkan institusi
kekeluargaan, menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat untuk mencapai arah
matlamat di atas. Program menghargai Warga Emas dengan mengadakan khidmat
bakti dan sukarelawan sosial diwujudkan. Bersesuaian dengan program dan aktiviti
di atas berbagai latihan dan kursus diadakan pada tahun hadapan termasuk
program bersama pemimpin, sambutan hari peneroka akan diteruskan.

Pembangunan usahawan

Program Pembangunan Usahawan diberi tumpuan dalam Pelan Pembangunan


2004 selaras dengan hasrat Kerajaan mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB). Matlamat utama program ini ialah untuk
memajukan pengusaha-pengusaha sedia ada yang kini seramai 16,273 orang
supaya mereka berupaya memberi sumber pendapatan kepada masyarakat di
rancangan. Keduanya ialah untuk mempelbagaikan aktiviti pengeluaran yang
menghasilkan pendapatan bagi mengurangkan pergantungan peneroka kepada
pendapatan daripada hasil kebun.

Felda menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman bagi membolehkan


peneroka memulakan atau menambah lagi kegiatan perusahaan dan perniagaan
mereka. Skim Insentif Usahawan Felda (SIUF) telah diperkenalkan dengan
peruntukan sebanyak RM50 juta. Peneroka yang layak boleh meminjam sehingga
RM10,000.00 dan bantuan diberi dalam bentuk barangan.

Projek Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI) telah bermula di Felda pada 11
Februari 2003. Sehingga Ogos 2003 seramai 667 orang terdiri daripada warga

12
Sumber : www.instun.gov.my
rancangan terlibat secara langsung menjayakan perusahaan. Ketika ini tiga kategori
perusahaan diberi tumpuan iaitu sektor pengeluaran makanan yang diproses, tekstil
dan industri kraf.

Nilai pengeluaran keseluruhan sehingga Ogos 2003 ialah sebanyak RM2.2 juta
dengan purata pendapatan pengusaha sebanyak RM400 hingga RM500 seorang
sebulan. Bagi meningkatkan kejayaan dan menyemarakkan lagi perlaksanaan projek
SAWARI tumpuan diberikan kepada aktiviti-aktiviti meningkatkan kemudahan dan
infrastruktur pengeluaran dengan menyediakan ruang perusahaan bersesuaian serta
pembelian peralatan. Promosi produk adalah satu daripada faktor penting bagi
menjayakan projek SAWARI. Melalui Showcase Usahawan, promosi ke luar negara
melalui MATRADE dijangka produk SAWARI dapat diperluaskan. Aspek latihan
kepada pengusaha, pekerja dan petugas diadakan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran tentang perusahaan. Pendedahan ini penting bagi
mempelajari perkara-perkara dan cabaran baru dalam bidang perusahaan.

Bagi produk makanan matlamat mencapai sekurang-kurangnya sehingga tahap


Good Manufacturing Practice (GMP) diberi penekanan. Langkah yang diambil
termasuklah mengadakan teknik pembungkusan dan pelabelan dan mendaftar
perusahaan, pemilikan syarikat. Tumpuan juga diberi untuk memperbaiki sistem
pengurusan supaya perusahaan di bawah projek SAWARI dapat dijalankan dengan
secara komersial.

Perusahaan Asas Tani

Selaras dengan matlamat Kerajaan bagi membangunkan sektor pertanian berdaya


maju dan bersistematik tiga bidang utama iaitu ternakan, akuakultur dan tanaman
diberi tumpuan dalam program IKS Tani 2004. Bagi bidang ternakan dicadangkan
50 projek lembu Fidlot dengan keupayaan 100 ekor setiap projek yang dibiayai
RM1.2 juta dari geran di bawah Skim Bantuan Aktiviti Pelbagai pertanian luar
Bandar dan RM6.3 juta pinjaman dari Skim Intensif Usahawan Felda. Projek lain
yang diberi tumpuan adalah ternakan kambing fidlot (sambungan), ternakan ayam

13
Sumber : www.instun.gov.my
secara contract farming (sambungan) dengan 10 projek baru dengan nilai RM4 juta
juga di bawah Skim Insentif Usahawan Felda.

Projek Akuakultur pula tumpuan diberi kepada ternakan ikan air tawar dan air payau
dalam sangkar dibiayai sebanyak RM170,000 dari geran skim bantuan aktiviti
pelbagai pertanian luar bandar dan RM190,000 dari pinjaman di bawah Skim Insentif
Usahawan. Sementara projek pertanian pula ditumpukan kepada tanaman roselle,
buah naga, kopi dan mengkudu.

Projek-projek berasaskan pengeluaran produk juga menjadi tumpuan. Projek


tersebut adalah produk berasaskan kelapa di bawah program Bionut Valley yang
menghasilkan produk kesihatan. Satu lagi projek penting ialah pengeluaran
makanan ternakan. Usaha memantapkan pengetahuan pengusaha yang
menjalankan projek diteruskan. Beberapa siri kursus pendek dan asas usahawan
akan diadakan sepanjang tahun yang akan memberi faedah kepada 2,000 orang
pengusaha.

Pembangunan Koperasi Peneroka

Sebagai pelengkap kepada Program Pembangunan Usahawan, peranan Koperasi


Peneroka perlu dipertingkatkan. Latihan dan aktiviti bagi meningkatkan peranan dan
penglibatan Koperasi Peneroka dalam aktiviti meningkatkan produktiviti kebun terus
diadakan.

Bagi menjayakan hasrat ini sistem pengurusan koperasi perlu diperbaiki supaya
berupaya beroperasi sebagai institusi peneroka berdaya maju. Koperasi juga
digalakkan menceburi dalam bidang IKS sama ada sebagai pelaksana atau menjadi
pelengkap kepada perlaksanaan projek SAWARI dan perusahaan-perusahaan
berasaskan pertanian.

14
Sumber : www.instun.gov.my
Penutup

Program Pembangunan Masyarakat Felda adalah serba lengkap bagi meningkatkan


kualiti hidup peneroka. Ia memberi tumpuan menyeluruh kepada kehidupan keluarga
peneroka daripada kesejahteraan rumah tangga sehinggalah kepada pembangunan
ekonomi mereka. Program ini dirancang bagi menjadikan mereka masyarakat yang
menyumbang kepada kesejahteraan dan kemajuan negara.

********

15
Sumber : www.instun.gov.my

Anda mungkin juga menyukai