Anda di halaman 1dari 9

Bawang Putih Sebagai Penawar Kepada Pelbagai Jenis Penyakit

Nor Azlina Yacob

PENGENALAN

Bawang putih ataupun dalam nama sainsnya iaitu Allium sativum adalah
merupakan salah satu herba yang amat dikenali kerana keberkesanannya
dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Bawang putih adalah termasuk dalam
family Liliaceae dan ia juga adalah dalam kumpulan yang sama dengan
bawang merah. Oleh kerana ia merupakan tumbuhan yang wujud agak lama,
maka adalah sukar untuk menentukan negara asal tumbuhan ini sendiri.
Mengikut Mrs. M. Grieve dalam bukunya yang bertajuk " A Modern Herbal "
bawang putih boleh didapati di utara dan selatan Siberia dan kemudiannya
berkembang ke selatan Eropah dan ia juga dikatakan tumbuh secara liar di
Sicily. Menurut Mrs. M. Grieve, bawang putih juga ditanam secara meluas di
negara-negara Latin yang bersempadan dengan negara Mediteranean.

Dalam membicarakan tentang bawang putih ini, terdapat banyak kepercayaan


mengenai bawang putih ini sendiri. Dalam zaman Shakespeare, terdapat bukti
yang mengatakan bahawa bawang putih dikaitkan dengan perkara-perkara
yang tidak baik. Dalam masyarakat Greek Purba pula, dipercayai mereka yang
memakan bawang putih tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah suci. Ada
juga kepercayaan yang mengatakan bawang putih telah menyelamatkan
Odysseus/Ulyses daripada ditukar kepada babi.

Bawang putih juga telah disebut dalam buku-buku China terdahulu sebelum
tahun 2000 S.M lagi. Selain itu ia juga disebut dalam kebanyakan dalam
karya-karya sastera seperti Shakespeare, Chancer dan Danten.

Dalam zaman ini pula, masyarakat tidak lagi menghiraukan kepercayaan-


kepercayaan karut mengenai bawang putih itu sendiri. Namun suatu
keajaiban kini kerana bawang putih muncul sebagai suatu tumbuhan yang
boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik. Antara
penyakit-penyakit itu termasuklah tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser,
cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih
dan penawarnya untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

 
a. Bawang putih dan tekanan darah tinggi

Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi.


Tekanan darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini
tidak selalunya timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka
menghidapinya. Selain itu masalah tekanan darah tinggi akan membawa
pula kepada masalah jantung, strok, pembekuan darah, kegagalan buah
pinggang untuk berfungsi, jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba
dan yang paling ditakuti berlaku kematian secara mendadak sekiranya
penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal.

Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli perubatan mendapati


bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang paling selamat
dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi.
Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen terapeutik
yang baik untuk mengurangkan tekanan darah.

Satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang doktor dan
pengamal naturopath iaitu Kristine Nolfi, seorang warganegara Denmark
dan pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food "
menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan
menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah. Ahli
sains Perancis juga telah mendapati bahawa kenyataan ini benar dan
mendakwa tekanan darah turun dalam masa sejam setelah diberikan
dengan bawang putih. Beliau juga mendakwa bawang putih juga boleh
menyebabkan tekanan darah yang rendah naik.

 
b. Bawang putih dan masalah-masalah pernafasan

Bawang putih dilaporkan sebagai ramuan yang lama, selamat dan pasti
dalam merawat lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain.
Berabad-abad lamanya orang-orang China, Greek dan Mesir telah
mendakwa bahawa bawang putih boleh menyembuhkan masalah
pernafasan.

Dioscorides, seorang ahli perubatan Greek yang menjadi doktor rasmi


tentera-tentera pada abad ke 2, menyatakan bawang putih sebagai
rawatan kepada masalah yang berkaitan dengan paru-paru. Seorang
naturalis abad pertama Rom mengatakan bahawa bawang putih dapat
menyembuhkan masalah batuk kering.

Ke semua kenyataan ini adalah disebabkan kuasa bawang putih sebagai


antiseptik dan pembunuh kuman. Bawang putih yang telah dikupas dan
apabila diletakkan berhampiran dengan kuman, ia dikatakan dapat
membunuh kuman tersebut dalam masa 5 minit sahaja. Tambahan pula
eter bawang putih begitu kuat dan daya penembusannya adalah sangat
tinggi. Ia boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan
paru-paru.

Messegue, seorang pakar herba terkenal Perancis menyatakan, pesakit-


pesakit bagi kes-kes seperti lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan
yang lain sembuh. Salah seorang rakannya telah menjadualkan hasil
rawatan Messegue. Bagi penyakit-penyakit pernafasan, rekodnya adalah
seperti di bawah.

Penyakit Pulih Peningkatan Tidak diketahui

Lelah 60 % 30 % 10 %

Bronkitis 10 % 80 % 10 %

Emtisema 10 % 70 % 20 %

Oleh itu tidak hairanlah bawang putih menjadi salah satu herba yang
penting untuk individu yang menghadapi masalah-masalah pernafasan.
 

c. Bawang putih dan kencing manis

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita


kerana penyakit kencing manis. Terdapat beberapa jenis penyakit kencing
manis ini dan yang paling biasa ialah diabetes melitus. Ia adalah sejenis
penyakit yang telah dikenalpasti sejak dahulu lagi.

Dalam kes penyakit kencing manis ini, pankreas tidak boleh menghasilkan
pankreatin yang mencukupi. Apabila pankreas tidak berfungsi, gula tidak
boleh menghasilkan sel dan tidak boleh disimpan sebagai lemak badan. Gula
yang datang dari makanan yang dihadamkan akan berkumpul dan bertambah
dalam darah sehingga ia masuk ke dalam air kancing.

Untuk kes penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi galian-galian


yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang
putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang
mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis)
dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh
berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.

Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan
ke semua galian ini beruapaya dalam merawat penyakit kencing manis.

d. Bawang putih dan sakit perut

Bawang putih juga berupaya memberi rawatan kepada individu yang


mempunyai masalah sakit perut dan usus sekiranya ia diambil secara
berterusan. Menurut seorang saintis yang terkemuka dan pakar dalam
terapi bawang putih, bawang putih mengandungi allicin yang
merangsang dinding perut dan usus untuk merembeskan enzim
pencernaan. Namun perlu diingatkan, bawang putih yang ingin
diamalkan hendaklah dicampurkan dengan makanan-makanan yang
lain.

Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan di bahagian luaran.


Contohnya dalam balutan atau mandian tangan dan kaki untuk
melegakan perut dan cara ini dilaporkan 95 % telah menunjukkan
keberkesanannya.

 
e. Bawang putih dan anemia

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang


menderita kerana anemia. Anemia bermakna keadaan badan yang tidak
boleh mengahasilkan hemoglobin yang secukupnya. Anemia boleh
terhasil daripada ketidakcukupan protein, iodin, kobalt, kuprum vitamin
C atau sebahagian vitamin B.

Namun ke semua nutrien ini boleh didapati daripada bawang putih.


Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadikan bawang putih sebagai
makanan yang baik untuk pesakit-pesakit anemia dan antaranya ialah:

~Bawang putih meningkatkan penyerapan vitamin B, terutamanya


vitamin B-1

~Bawang putih mengandugi kuprum yang diperlukan untuk asimilasi


zat besi. Selain itu ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan
vitamin C daripada makanan lain. Vitamin C meningkatkan asimilasi zat
besi daripada makanan.

Oleh itu, dengan mengamalkan bawang putih dalam makanan seharian,


secara tidak langsung akan menghindarkan seseorang itu daripada
mendapat penyakit anemia. Pesakit-pesakit yang sudah lama menderita
pula secara tidak langsung akan mendapat rawatan dan mempunyai
harapan untuk sembuh.

f. Bawang putih dan artritis

Artritis atau rheumatisme ialah sejenis penyakit yang berkaitan dengan


degenarasi tisu sendi akibat kekurangan kalium, vitamin D, iodin dan
kekurangan vitamin B.

Bawang putih yang mengandungi bahan kuat yang mungkin


memberikan kesan terhadap setiap jenis artritis. Sebatian sulfur yang
memberikan bau kepada bawang putih adalah aktif terhadap bakteria
dan dengan itu ia akan melawan setiap jangkitan.

Bawang putih juga sangat kaya dengan natrium iaitu galian yang sangat
diperlukan untuk pengecutan setiap otot di dalam badan dan apabila
badan kekurangan natrium akan menyebabkan kelumpuhan dan
sembelit. Natrium jika digabungkan dengan zink, mangan dan vitamin
B-1 adalah penting untuk saraf, kesihatan otot dan metabolisme
karbohidrat dalam badan. Kekejangan otot dan kesakitan adalah
simpton artritis rheumatoid, fibrositis dan gout (penyakit metabolik).

Oleh itu, untuk tujuan merawat artritis, memakan bawang putih adalah
salah satu cara. Ia penting kerana artritis adalah salah satu penyakit
yang sangat merbahaya.

g. Bawang putih dan permasalahan wanita

Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih,


kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan
seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau
makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang
pengeluaran haid.

Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa


kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi,
sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi.

Bawang putih juga memberikan penawar untuk metritis (inflamasi


untuk uterus). Inflamasi terjadi akibat kekejangan yang dirasai oleh
wanita yang pada kebiasaannya adalah ketegangan otot akibat
pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Uterus boleh menjadi
seperti terbakar . Bawang yang mengandungi faktor penggalak (thiamin)
didapati telah mengatasi permasalahan muntah dan loya yang dialami
oleh bakal-bakal ibu.

Kesimpulannya, bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik


untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.

 
h. Bawang putih dan ulser

Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk
merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan
bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C
akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.

j. Bawang putih dan cirit birit

Bawang putih juga menjadi penawar yang berkesan untuk cirit birit.
Hippocretes, iaitu seorang doktor Greek Purba telah mengesyorkan
bawang putih sebagai bahan pelawas yang berkesan. Menurut seorang
saintis terkemuka dan pakar terapi bawang putih menyatakan bahawa
orang yang menderita kerana sembelit boleh mencari penawarnya
dengan memakan campuran bawang putih bersama dengan susu atau
dadih.

Dr. E. Roes yang menulis dalam " Munchener Medizinische


Wochenschiff" , sebuah majalah perubatan Jerman bertarikh 25
September 1925, memberitahu tentang kejayaannya dalam merawat
pelbagai penyakit usus yang kebanyakannya melibatkan cirit birit.
Menurutnya, bawang putih bertindak dalam tiga cara iaitu menenang,
membersih dan mengurangkan inflamasi.

Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih


membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus hilang dalam masa
yang singkat tanpa menyebabkan sembelit. Salah satu contoh kes yang
dilaporkan ialah mengenai seorang profesor yang telah menderita angin,
dispepsia dan kolits selama 17 tahun. Beliau seringkali cirit birit
diselang-selikan dengan sembelit. Beliau telah diberikan 2 gm penyedian
bawang putih, 2

atau 3 kali sehari dan dalam masa 2 setengah bulan, beliau mendapati
dirinya telah sembuh.

 
k. Bawang putih dan kolesterol

Bawang putih juga baik untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini
kerana bawang putih mengandungi sebatian fitokimia yang boleh
mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan
kemanglian. Kolesterol yang banyak berkumpul dalam badan adalah tidak
baik kerana ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit
jantung dan sebagainya.

Oleh itu dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu
makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat
masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang
putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia
bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan
dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.

PENUTUP

Namun dalam masyarakat hari ini, amnya dalam masyarakat Malaysia,


bawang putih hanya terkenal dalam masyarakat melayu sahaja dan tidak
kepada masyarakat-masyarakat yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor dan antaranya ialah kemungkinan mereka tidak mengetahui
akan kebaikan bawang putih itu sendiri.

Selain itu, setiap masyarakat sudah semestinya mempunyai kepercayaan


masing-masing dalam merawat penyakit-penyakit. Kemungkinan mereka
mempercayai tumbuhan unik yang lain dalam merawat penyakit-penyakit.
Sesiapapun tidak boleh menafikan hal ini.

Walaubagaimanapun, terbukti bawang putih merupakan salah satu tumbuhan


atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh
itu peranan bawang putih dalam masyarakat hari ini adalah sangat penting
dan tidak boleh dinafikan keberkesannanya.

 
RUJUKAN

 Dewan Kosmik. 1993. Disember.

 Dewan Kosmik. 1998. Februari.

 Rex Adam. 1997. Makanan Penawar Yang Menakjubkan. Terj.Zarina


Musa.Thinker’s Library Sdn. Bhd.

 Email Edition. 1996. The Herbal Sage.

 Email Edition. A Modern Herbal. Garlic

Anda mungkin juga menyukai