Anda di halaman 1dari 2

Fakta berkaitan Deman Chikungunya.

Chikungunya adalah penyakit demam yang tinggi dan sakit sendi yang teramat sangat. Ia disebabkan
oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina iaitu nyamuk yang juga pembawa virus denggi.

Penyakit Chikungunya ini pertama kali ditemui semasa wabak demam di Selatan Tanzania pada tahun
1952. Ia kemudiannya merebak ke Asia, India, Eropah dan Amerika.

Nama 'Chikungunya' berasal dari bahasa Kimakonde, yang bermaksud 'keadaan membongkok' yang
disebabkan oleh sakit sendi yang teramat sangat bagi pengidap demam Chikungunya.

Nyamuk pembawa virus Chikungunya.

Nyamuk yang terlibat selalunya adalah Aedes aegypti and Aedes albopictus, 2 spesis nyamuk yang juga
boleh menyebabkan demam denggi.Nyamuk ini biasanya menggigit pada siang hari, tetapi paling aktif
pada awal pagi dan lewat petang.

Orang yang digigit oleh nyamuk pembawa virus Chikungunya boleh mendapat demam selalunya bermula
antara 4 dan 8 hari selepas gigitan tetapi boleh juga berlaku dalam tempoh 2 hingga 12 hari.

Gejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya

Gejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya lebih menyerupai Demam Denggi. Seseorang yang
mengidap Demam Chikungunya biasanya mengalami :·

Demam yang tinggi secara tiba-tiba·


Sakit sendi yang teramat sangat (sangat sakit sehingga terpaksa berjalan membongkok) · Sakit otot·
Sakit kepala·
Meloya·
Keletihan·
Bintik-bintik merah (rashes)

Demam berlarutan selama 5 hari dan boleh sembuh dengan sendirinya.Sakit sendi biasanya sembuh
dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Kebanyakan pesakit sembuh sepenuhnya tetapi ada yang
kekal sakit sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.Amat jarang menyebabkan kematian.

Rawatan

Tiada rawatan khusus untuk demam Chikungunya.


Tiada vaksin untuk mencegah penyakit ini.
Rawatan lebih fokus kepada menghilangkan sakit (ubat tahan sakit) dan demam (ubat demam).

Diagnosis

Ujian darah serologi akan mengesahkan kehadiran imunoglobulin M dan G (IgM dan IgG) antibodi
kepada Chikungunya virus. Virus Chikungunya boleh diasingkan dari darah dalam tempoh beberapa hari
pertama jangkitan.

Hanya ujian darah sahaja boleh membezakan samada seseorang itu mengidap denggi atau Chikungunya
kerana simptoms/tanda-tanda kedua-duanya (denggi dan Chikungunya) hampir samaDemam
Chikungunya tidak menyebabkan penurunan tahap platelet (tidak seperti denggi).

Pencegahan dan Kawalan

Pencegahan dan kawalan adalah sama bagi mengawal demam denggi kerana pembawanya adalah
sama iaitu nyamuk Aedes.
Pencegahan yang paling baik adalah dengan :

1. Membasmi nyamuk Aedes dewasa melalui semburan dan ubat nyamuk


2. Membasmi pembiakan jentik-jentik ·

 Membuang tempat pembiakan nyamuk seperti tin-tin kosong, sampah sarap, plastik, tayar dan
lain-lain lagi yang boleh menakung air·
 Mengamalkan kebersihan·
 Meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik di dalam tempat simpanan air

3. Mengelakkan dari digigit nyamuk ·

 Memakai baju/seluar panjang yang menutup tangan dan kaki·


 Menggunakan ubat nyamuk – semburan, lingkaran atau 'repellent'·
 Menggunakan kelambu atau 'net' biasa atau berubat yang menghalang nyamuk dari
masuk ke rumah·
 Mengelakkan pengidap Chikungunya dari digigit nyamuk Aedes dengan memakai
kelambu atau 'net' .

"Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan"

"Sihat itu Nikmat"

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di


Malaysia

Pelawat: 00061780

Anda mungkin juga menyukai