Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS MENITI KACA

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Novel ini
mengisahkan Nazar, seorang anak tunggal dan masih dalam usia remaja. Oleh sebab ibunya nanar
dan ayahnya selalu sakit, hidupnya tidak terurus. Begitu juga dengan makan minumnya. Dalam
novel, ibunya yang tidak siuman telah dihantar ke Hospital Bahagia. Jiran tetangga banyak
membantu Nazar sekeluarga. Selepas beberapa bulan, Pak Sahar membawa pulang Mahyun dari
hospital tetapi dia belum disembuh. Pada suatu malam, ibunya tidak dapat dijumpa. Kemudian,
penduduk kampung telah menjumpa mayatnya di celah dua batang pokok. Walaubagaimanapun,
Nazar terus gigih mengharungi hidup. Dia rajin belajar dengan rakan sekampung dan setingkatan.
Dalam peperiksaan PMR, dia telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Di sekolah
barunya, dia telah menerima berita tentang peninggalan ayahnya. Setelah itu, Nazar bercita-cita
menjadi seorang doktor.

SINOPSIS PAHLAWAN PASIR SALAK

Novel Pahlawan Pasir Salak berkisar tentang Inggeris yang ingin berkuasa di Pasir Salak dengan
memaksa penduduk membayar cukai. Datuk Maharaja Lela, menasihati penduduk Kampung Pasir
Salak agar tidak membayar cukai kepada Inggeris. Datuk Maharaja Lela terus berpesan kepada
penduduk kampung itu, agar mempertahankan Kampung Pasir Salak biarpun dengan darah dan juga
nyawa. Oleh itu, mereka membina pondok-pondok kawalan dalam usaha untuk mempertahankan
Pasir Salak daripada dikuasai Inggeris. Suatu hari, pondok kawalan telah dibakar manakala Lamsah
yang berpura-pura baik telah melarikan diri dari kampung tersebut. Residen Birch telah
mengarahkan Mat Arshad dan Lamsah menampal surat-surat kenyataan mengutip cukai. Oleh itu,
berlakulah pertempuran antara penduduk Pasir Salak dengan wakil orang-orang Inggeris. Mereka
telah membunuh Mat Arshad dan Birch. Pada 7 November 1875, angkatan Inggeris tiba di Pasir
Salak. Peperangan berlaku sehingga banyak pihak musuh telah dibunuh termasuklah Lamsah.
Penduduk Pasir Salak telah menang dan berjanji akan terus mempertahankan Pasir Salak.
SINOPSIS PANAS SALJU

Novel ini berkisah tentang Zulkifli Mohd Zain yang bekerja sebagai atendan di Hospital Besar
Kuala Lumpur. Anaknya Nadhirah menghidap penyakit kerosakan hati dan hempedu. Dr Gheethan
dari hospital mencadangkan Nadhirah dirawat di Hospital King’s College, London. Isteri Zulkifli,
Busharah, bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Tun Razak (2). Bushrah sanggup
menderma sebahagian hati kepada anaknya Nadhirah walaupun risikonya cukup besar. Selepas
bertemu dengan kawannya, Muliyadi yang memberi Zulkifli nasihat, Zulkifli menemui seorang
wartawan dari Utusan Malaysia untuk menyebarkan penderitaan keluarganya. Setelah membaca
berita, Tan Sri Shamsuddin bersetuju menderma sebanyak RM350,000 untuk kos rawatan
pemindahan hati di Hospital King’s College, London. Pakar bedah, Dr Tan Kai Chah berjaya
memindahkan hati daripada Bushrah kepada Nadhirah. Lima tahun kemudian, Bushrah meninggal
dunia. Nadhirah berjaya dalam jurusan perakaunan dan bekerja di Bank Islam. Kemudiannya,
Nadhirah berkahwin dengan seorang pakar bedah. Zulkifli pula telah belajar di Universiti Sains
Malaysia secara jarak jauh. Kemudian belajar peringkat sarjana dan seterusnya PhD di universiti
yang sama.

Anda mungkin juga menyukai