Anda di halaman 1dari 28

KESAN DADAH PADA

AKAL

Disediakan oleh
Aina Mazwin Mohamed Radzi
Noraslina bt Mohd Zainin
Engku Mardiah Engku Kamarudin
PENDAHULUAN
 Dalam al-Quran dan Sunah terdapat perkara-
perkara yang menyentuh hak-hak manusia
 Perkara yang menyentuh hak utama individu
yang mesti dipelihara ada lima iaitu hak ke
atas agama, nyawa (diri), akal, keturunan
(maruah) dan harta.
 Pengabaian kepada pemeliharaan lima perkara ini
seperti PENYALAHGUNAAN DADAH akan
menyebabkan hilang (hak) dan mendatangkan
kemudaratan kepada manusia.
Pembentangan akan memfokus :
1) Takrifan Akal
2) Penjelasan Kepentingan Akal & Otak
3) Kesan jenis dadah kepada Akal dan Otak
4) Kesan Dadah Pada Akal
5) Penyalahgunaan Dadah dan Dalil
Larangannya
6) Pandangan Pelbagai Agama Mengenai
Dadah
TAKRIF AKAL

 Imam Al-Ghazali, “Akal ialah kekuatan


pemikiran semula jadi yang dikurniakan Allah
kepada manusia agar dengannya manusia
dapat mengenali hakikat sesuatu perkara...
Akal ialah tempat lahir dan tertegak nya ilmu.
Hal ini disebutkan dalam Ihya Ulumuddin.

PENJELASAN KEMULIAAN AKAL
 Sahabat Omar Al-Khattab pernah bertanya kepada
Tamim Ad-Dari, “Menurut pandanganmu, apakah benda
yang paling mulia?” Tamim Ad-Dari menjawab, “Akal.”
Berkata Omar Al-Khattab, “Kamu benar. Aku pernah
bertanya kepada NABI soalan yang sama seperti yang
aku ajukan kepadamu dan baginda menjawab, ‘Aku
pernah bertanya Jibrail berhubung perkara yang paling
mulia dan Jibrail berkata akal’.”

 Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnul Mahbar. Dalam


riwayat yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Naim,
nabi telah berpesan kepada Ali bin Abu Talib, “Apabila
manusia mendekati Allah dengan pelbagai kebajikan
maka kamu dekatilah Allah dengan akal mu.”
KEMULIAAN AKAL

 Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memuliakan anak


Adam atas dasar akal yang diamanahkan kepada
kita. Allah telah menjadikan kita khalifah di muka
bumi ini dan memudah bagi kita segala apa yang di
langit dan di bumi. Dengarlah firman Allah ini:
 (Al-Isra': ayat 70)
Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan
anak Adam, dan Kami angkat mereka di daratan dan
di lautan, dan Kami beri mereka rezeki dari yang
baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan
kelebihan yang sempurna atas kebaikan makhluk
yang telah Kami ciptakan.
OTAK MANUSIA
 Otak adalah satu organ istimewa yang dikurniakan Allah
kepada manusia.
 Otak ialah bentuk Fizikal Akal
 Berat otak 3lbs(paun) saja
 Mengikut Making The Most Of Your Brain terbitan
Reader’s Digest, ketika seseorang bayi berumur 7
minggu di dalam rahim ibu, struktur utama otak sudah
dapat dilihat dengan jelas. Ketika bayi berumur 3 bulan,
urat tunjang (spinal cord) pula mula berkembang. Di
dalam rahim ibu, pertumbuhan sel-sel otak berlaku
dengan pesatnya. Lebih kurang 2.5 juta sel otak yang
baru (neurones) tumbuh pada setiap minit. Ketika
dilahirkan jumlah sel-sel otak ini mencecah 100 bilion.
Setiap sel ini pula mempunyai 1000 tempat di mana ia
dapat berhubung dengan sel-sel otak yang lain.
KESAN DADAH PADA OTAK
 Sungguhpun kesan utama dadah adalah ke
atas otak dan minda, tetapi kesan ini hanya
dapat diperhatikan melalui gejala-gejala
luaran yang mempunyai kaitan rapat dengan
aktiviti otak dan minda.
 Ini termasuklah sistem-sistem yang berkaitan
dengan tubuh badah seperti sistem jantung,
pernafasan, gastro-usus, ginjal dan
sebagainya kerana Otak ialah pusat utama yg
mengawal segala sistem badan
KESAN UMUM DADAH PADA
OTAK & MINDA
 Kesan utama dadah berbanding dengan ubat-
ubatan adalah tindakannya yang agak ketara ke
atas otak dan minda manusia sehingga boleh
berlaku pergantungan ataupun ketagihan.
 Dadah boleh diberikan kepada 3 golongan utama:
1) Stimulan: Dadah yang boleh merangsang otak dan
minda (Ecstasy, Amfetemin)
2) Depresen: Dadah yang boleh menekan fungsi otak
dan minda(Morfin, heroin, kodein)
3) Jenis ketiga adalah bahan-bahan yang dipanggil
sebagai halusinogen (ganja,LSD, PCP)
Kesan Dadah Stimulan Pada Otak dan
Akal
 merangsang otak/minda dgn memberi kesan
keriangan yang`palsu’ spt ketawa yg
berlebihan. Tingkah lakunya turut menjadi
agak luar biasa daripada berbagai segi,
termasuk kelincahan mahupun dari segi
pertuturan.
 Dadah ini (cth Amfitemin) merencatkan
pengeluaran hormon norendepherine &
serotonin untuk menghasilkan kesan gembira
yg semulajadi dan memerlukan dadah ini
untuk rasa riang.
Kesan Dadah Depresen (Menekan
Fungsi) Otak & Minda
 tidak aktif tetapi sebaliknya dalam keadaan tertekan
dan sugul.
 Lesu, malas untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Keadaannya seolah- olah rasa mengantuk,
pertuturannya lambat dan meleret.
 Tumpuannya begitu rendah sekali sehinggakan ia
tidak begitu memperdulikan persekitaranya.
 Contoh: kodein, ubat tidur/pelali berfungsi dengan
menekan aktiviti otak sehingga dapat menghasilkan
rasa mengantuk dan tidur.Apabila otak terus
tertekan, orang itu akan berada di dalam keadaan
tidak sedarkan diri. Berbagai tekanan fungsi badan
seperti jantung, pernafasan mahupun buah pinggang
turut terjejas.
Kesan Dadah Halusinogen Pada
Otak Dan Akal
 menukar persepsi di pengguna.
 seolah-olah tidak berpijak di alam nyata. Misalnya
seorang pengguna dadah jenis halusinogen mungkin
merasakan dirinya boleh terbang dan apabila cuba
melakukan sedemikian, ianya akan mendapat
kecederaan dan mungkin maut. Ada juga ketikanya
mereka-mereka yang menggunakan ubat-ubatan
LSD misalnya mendakwa dapat berjumpa dengan
Tuhan. Kesemuanya ini adalah khayalan yang mirip
kepada fenomena halusinasi
KESAN DADAH PADA AKAL:
Menjadikan Manusia Tidak Berilmu
• Antara kewajipan yang dituntut dalam memelihara akal ialah
menuntut dan menguasai ilmu.
• Dadah menutup Fungsi Akal dan Otak yang penting
untuk menguasai Ilmu, sedangkan manusia
diwajibkan menuntut Ilmu. Seperti kata Imam Al-
Ghazali tadi “Akal ialah tempat lahir & tegaknya Ilmu“
KESAN DADAH PADA AKAL:
Menjadikan Manusia Tidak Berfikir
Ali-Imran ayat 190-191, Allah berfirman,
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan
silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda
bagi ulul albab (iaitu golongan yang berakal). (Iaitu)
orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau
duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka
banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi
seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak
menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari seksa neraka’.”
Satu di antara ciri yang terdapat pada golongan ulul albab
ialah banyak berfikir. Banyak berfikir tentang penciptaan
Allah akan melahirkan ilmu serta penemuan baru
Kesan Dadah Pada Akal :
Menutup Fungsi Akal
 b)Dadah menyebabkan Akal tidak dapat
membezakan antara yang baik dan buruk
serta tidak bermoral.
 Seorang penagih dikatakan tidak berakal
kerana akalnya tidak berfungsi secara normal
dan hanya memikirkan ‘najis’ itu semata
hingga sanggup melakukan jenayah seperti
merompak dan membunuh.
 Ini jelas dalam Surah Al-Anfal:22, “Sejahat-
jahat makhluk ialah mereka yang tidak
berakal”
Dadah Menutup Fungsi Akal:
Hilangnya Rasa Tanggungjawab
 Dengan akal juga manusia layak menjadi khalifah
Allah untuk memakmurkan muka bumi ini, dan layak
pula memikul tanggungjawab. Akan tetapi apabila
akal dipengaruhi dadah, maka manusia tidak mampu
menjalankan tanggungjawabnya seperti yang
diperintah Allah. (Cth:suami abai rumahtangga, anak
menderhaka dsb)
 Ibn Qayyim:“Dadah menghilangkan keberanian, sifat-
sifat mulia, tidak menepati janji, khianat, pembohong,
mematikan hati dan perasaan bertanggungjawab…”
KESAN DADAH PADA AKAL:
Kemusnahan Kehidupannya
 Menurut Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’
Ulumu al-Din menyebut; “Ketahuilah bahawa
badan manusia itu seperti sebuah kota. Akal,
yakni kekuatan mengetahui daripada
manusia itu adalah sebagai raja yang
menguruskan hal ehwal kota itu”
 Jelas jika AKAL rosak dengan
PENYALAHGUNAAN Dadah dan tidak
mampu berfungsi dengan waras, maka
seluruh individu itu akan musnah.
Kesan Dadah Pada Akal:
Jatuhkan Maruah dan Martabat
 Jika kita abaikan akal seperti Penyalahgunaan
Dadah, maka manusia tidak lagi dimuliakan bahkan
martabatnya menjadi lebih rendah dari binatang
ternakan. Ini jelas dalam (Surah Al-A’raff: 179):
“Sesungguhnya Kami telah jadikan untuk (isi neraka)
Jahannam kebanyakan daripada Jin dan manusia,
mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk
memahami (ayat-ayat Allah), mempunyai mata
(tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda
kekuasaan Allah) dan mempunyai telinga (tetapi)
tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan
mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang
yang lalai.”
Kesan Dadah Pada Akal :
Kepincangan Dalam Ibadatnya
 Merosakkan Iman dan amalan seseorang
kerana tidak mampu mengerjakan perintah
Allah kerana dadah itu seperti arak menutup
akal. (akal tidak waras)
 Surah An-Nisaa’:Ayat 43
“…Janganlah kamu hampiri solat sedang
kamu dalam keadaan mabuk, hinggalah
kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu
katakan. Dan Janganlah…………………..”
DADAH
 Dadah ialah bahan kimia psikoaktif
yang mempunyai kesan paling ketara
ke atas sistem saraf seperti
menyebabkan keadaan mabuk, khayal,
ketagih, gangguan tingkahlaku dan
sebagainya.
 Penggunaannya yang berterusan akan
mendatangkan bahaya dan kerosakan
kepada diri, keluarga, masyarakat,
negara dan agama Islam.
PENYALAHGUNAAN DADAH
 Definisi oleh WHO :
“Penggunaan dadah
secara berlebihan
secara tetap atau tidak
yang tiada kaitan
dengan perubatan”
Blumfield et al :
“Penyalahgunaan
dadah ialah sebarang
penggunaan dadah
atau terbitannya secara
haram”
DALIL PENGHARAMAN DADAH
(Pandangan Agama)
 Larangan pengambilan dadah adalah jelas HARAM
berdasarkan dalil yang diqiaskan kepada ARAK
berdasarkan keterangan nas-nas (Al-Quran & Hadis)
 Dalam Surah Al-Maidah ayat 90 dan 91.
“Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya
khamar (arak), berjudi, dan pemujaan berhala serta
merenung nasib adalah perbuatan keji dan merupakan
amalan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
semoga kamu beroleh kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu
hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan
mahu memalingkan kamu daripada mengerjakan solat….”
SABDA RASULULLAH SAW :”Setiap yang memabukkan
adalah Khamar dan setiap khamar adalah haram”

Allah berfirman: “Jangan kamu membunuh dirimu sendiri.


Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu.” (An-Nisa 4:29)
Di dalam sebuah hadis, Ummu Salamah telah berkata: “Rasulullah
melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan
(muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu
Daud)

ISLAM : HADIS, Diriwayatkan oleh Anas r.a, Nabi Muhammad


S.A.W bersabda :
“Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar :
pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya,
pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang
hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya”.
PANDANGAN AGAMA LAIN

KRISTIAN : Kitab Injil menegaskan “Book of Proverbs” bab


23:29-33, menjelaskan :
“Jangan lihat kepada arak apabila ia merah, bila ia masuk ke
dalam gelas dan masuk dengan baik. Tetapi akhirnya
menggigit seperti ular, dan bisa seperti ular beludak…”.
HINDU :
“ Matlamat utama Hindu ialah menjadi satu dengan Tuhannya
dan ini hanya boleh dicapai melalui tubuh dan akal yang sihat.
Untuk itu Hindu memperakui makanan yang bersih dan
mengelakkan diri seperti alkohol yang menyebabkan paksaan
untuk menarik diri dan kekuatan untuk berfikir”.

BUDDHA :
Satu daripada lapan prinsip Buddha menyatakan dengan jelas,
“ Penganut Buddha mestilah menghindarkan diri dari arak.
Buddha juga melarang menjual arak bagi tujuan untuk
hidup”.
Ringkasan:
 Semua agama melarang penyalahgunaan
dadah
 Penyalahgunaan Dadah diharamkan oleh
Islam kerana ia merosakkan 5 masalahah
manusia iaitu : Agama, Jiwa, Akal, Keturunan
dan Harta.
KESIMPULAN
 Akal adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia dan tidak
dikurniakan kepada haiwan mahupun benda hidup lain. Disebabkan
kelebihan akal yang dikurniakan oleh Allah ini, manusia mampu untuk
mencipta malah merekacipta pelbagai bentuk teknologi yang
memberikan lebih banyak kemudahan dalam kehidupan.

Di dalam memelihara kemurnian dan kesihatan akal, setiap individu


harus menyedari bahawa anugerah Allah yang amat berharga itu tidak
akan berguna andainya tidak disusuli oleh amalan dan kewajipan yang
dipertanggungjawabkan kepadanya.

Sebagai seorang Islam, kita perlu meyakini menjaga dan memelihara


akal serta menggunakan untuk mencari nikmat Allah adalah salah satu
perkara wajib dan amat dituntut oleh agama. Oleh itu, kita perlu
menjauhi Penyalahgunaan Dadah dan sama-sama membenterasnya
DADAH boleh melemahkan umat Islam dan membawa kepada
maut. Umat yang lemah tidak akan mampu memperjuangkan
maruah agama.
“ILMU ITU SANTAPAN AKAL
ZIKIR ITU SANTAPAN JIWA”

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai