Anda di halaman 1dari 8

Pemotongan Arka Plasma

Definasi

Permotongan arka plasma ialah pemotongan yang menggunakan “Thermal Ernergy


Generated”iaitu menghasilkan tenaga thermal bagi meningkatkan suhu yang tinggi dari
arka elektrik.Proses ini juga dapat memoyong logam-logam seperti aluminium,keluli
kalis karat,magnesium dan lain-lain logam yang tidak dapat dipotong dengan
mengunakan proses oksi-astilin.Prinsip pemotongan arka plasma di mana kuantiti gas
diionkan melalui arka letrik mengalir keluar melalui lubang yang sempit.Gas yang
mengalir melalui arka letrik betukar menjadi panas dengan suhu yang tinggi dikenali
sebagai “plasma”.

Pengoperasian dan kaedah pemotongan

1
 Dalam proses ini gas plasma bukan digunakan sebagai gas memotong tetapi sebagai
pengalir arus elektrik,haba yang didapati datangnya dari dua punca iaitu arka yang
dinyalakan oleh eletkrod tungten dan ditetepkan oleh plasma dan haba yang di
bebaskan apabila plasma pada gas sebagai Thermal Pinch Effect Ia akan dapat
memotong kebanyakan jenis logam.

 Kaedah memotong yang digunakan arka plasma ialah menggunakan Thermal Energy
Generated iaitu menghasilkan tenaga thermal bagi meningkatkan haba kesuhu yang
tinggi dari arka elektrik.

 Ia tidak dapat memotong dengan sempurna logam bukan ferrous kerana logam ini akan
membentuk oksida apabila didedahkan dengan oksigen dimana oksida ini mempunyai
suhu yang lebih tinggi menyebabkan tidak dapat lebur dengan proses oksi-asitilin
maka proses memotong dengan arka plasma adalah pilihan utama kerana ia adalah
mudah dan senang dikendalikan samada secara manual atau secara automatic.
 Memotong arka plasma pula, adalah satu proses berkesan untuk memotong kelajuan
tinggi pada kedua-dua logam (ferrous dan bukan ferrous ).Pra- panas tidak diperlukan
dan erotan adalah pada kadar yang minima semasa pemotongan dilakukan,keluli

2
karbon dapat dipotong dengan 10 kali lebih pantas dari oksi –asitilin.Ia hanya lebih
ekonomi dan lebih berkualiti pemotongan

 Angin yang dibekalkan ditingkatkan suhunya menjadi gas plasma yang mengandungi
panduan ion positif,atom neutral dan letron negatif dimana menjadikan suhu dapat
ditingkatkan sehingga 27000 º c untuk plasma angin.

 Plasma ini lebih berkesan dari yang lain plasma arka,ia adalah gabungan ringkas
mengunakan tekanan angin (compressor) bersama aliran arus elektik untuk menjadi
plasma. Dengan suhu suhu yang tinggi boleh mencairkan semua logam dimana apa
yang diperlukan ialah potogan hendaklah dapat mengalirkan arus eletrik,dengan
meniup dan menyebur leburan logam,semburan plasma yang kuat akan membentuk
potogan (kerf).

 Pemotongan dengan arka plasma gas adalah sesuai bagi logam kalis karat dan
aluminium hingga tebal 50mm.Ia dapat memotong dengan berkesan dan sempurna jika
sudut pemotongan adalah betul.Gas-gas yang lazim digunakan ialah Argon(Ar) dan
Hydrogen(H).Gas lain pula ialah Nitrogen(N)dan Karbon Dioksida(Co2).

Prinsip pemotongan plasma

3
 Prinsip pemotongan arka plasma adalah dimana kuntiti gas diionkan melalui arka lektrik
mengalir keluar melalui lubang yang sempit.Gas yang mengalir melalui arka letrik
bertukar menjadi panas dengan suhu yang tinggi yang dikenali sebagai plasma.Plasma
bukanlah terdiri daripada gas,cecair,atau pepejal tetapi tenaga haba yang tinggi
diperlukan untuk membakar gas kepada plasma.

 Pemotongan arka plasma mempunyai suhu arka yang amat tinggi iaitu 20,000 º c hingga
30,000 ºc jika dibandingkan dengan suhu pemotongan oksi-astilin iaitu 5000 º c hingga
6000 º c sahaja.Suhu ini adalah lebih tinggi dari keseluruhan suhu oksida logam.

 Penggunaan oksigen sebagai gas plasma,adalah bermutu apabila memotong keluli


lembut.Tungsten letrod yang digunakan adalah dari jenis Zircronium atau Hafnium.Ia
boleh memotong dengan kelajuan yang tinggi dan mendapat hasil pemotongan yang
bersih.

Gambarajah rujukan bagi mesin pemotongan plasma

4
I. Tunu pemotong arka plasma
II. Kabel kuasa penyejuk air
III. Hose kawalan pemotongan
IV. Air penyejuk
V. Alat kawalan pemotong
VI. Selinder gas dan bekalannya
VII. Bekalan kuasa

Prosedur sebelum, semasa dan selepas menjalankan proses pemotongan plasma

5
Persiapan Awal

a. Pastikan semua kelengkapan mesin lengkap dan semua kabel dipasang dengan
betul.
b. Pastikan pakaian dan peralatan keselamatan dipakai sepanjang mengendalikan
mesin.
c. Pastikan pesekitaran tempat kerja kemas dan teratur untuk mengelakkan
berlakunya kemalangan.

Menghidupkan Mesin

a. On suiz bekalan utama.


b. On suiz compressed air plasma cutting dengan menunjuk kearah l dan lampu
berhampiran akan menyala.
c. Hidupkan mesin compressor.
d. Pilih had kesesuaian had ketebalan logamyang hendak dipotong samada 1 atau 2.
e. Pastikan hujung torch pemotong tidak bersentuhan dengan logam asas semasa
memotong benda kerja.

Persiapan Akhir

a. Off suiz bekalan utama.


b. Off suiz compressed air plasma cutting dengan menunjuk kearah 0 dan lampu
berhampiran akan terpadam.
c. Off mesin compressor.
d. Gulung semua kabel dan hos selepas digunakan.
e. Bersihkan tempat kerja setelah semua kerja selesai dijalankan.

Kebaikan dan kelemahan proses pemotongan plasma


KEBAIKAN

6
a. Boleh memotong semua jenis logam.
b. Kelajuan memotong yang tinggi.
c. Menghasilkan potongan yang kemas dan bersih.
d. Lurah (kerf) potongan yang halus.
e. Tidak memerlukan kerja pra-panas sebelum memotong benda kerja.

KEBURUKAN

a. Peralatan memerlukan kos yang amat tinggi.


b. Permulaan benda kerja hendaklah bersih.
c. Hanya boleh dilakukan ditempat yang mempunyai arus letrik sahaja.

Langkah keselamatan
a. Pastikan tidak terdapat kebocoran hos gas yang digunakan.
b. Jangan biarkan sebarang api berhampiran dengan mesin.
c. Gunakan cermin mata peralatan keselamatan semasa kerja memotong bagi
mengelakkan terkena percikan api ataupun terpegang benda kerja yang panas.
d. Pastikan pesekitaran tempat kerja sentiasa kemas dan teratur.
e. Tutup injap silinder apabila tidak digunakan lagi.
f. Pastikan pengguna mengetahui bagaimana cara mengendalikan mesin bagi
mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan semasa kerja memotong dijalankan.
g. Sarung tangan tahan panas hendaklah sedia ada bagi menghadapi sebarang
kemungkinan.
h. Gunakan pelindung telinga kerana proses ini mengeluarkan bunyi desiran yang kuat.
i. Sentiasa memakai alat pelindung diri.

SUMBER RUJUKAN

 NOTA ENCIK SAIFUL DIN


7
 BUKU WELDING (INDUSTRIAL PRESS)
 NOTA ADTEC BATU PAHAT