Anda di halaman 1dari 9

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

PEMBELAJARAN MOTOR
PERTUMBUHAN SOMATIK
(PASCA NATAL)
Disediakan Oleh:
-Mohd Nizam Shamsudin
-Mohd Shahidan Mohd Noor
Pengenalan
• Bentuk pertumbuhan somatik adalah sama
dari satu individu ke individu yang lain.
• Terdapat beberapa pembolehubah individu
dari segi saiz dan kadar pertumbuhan pada
umur yang berbeza
• Oleh itu, kajian mengenai pertumbuhan
sangat berkait rapat dengan proses
pengukuran.
Ukuran Dalam Kajian Pertumbuhan
• Teknik pengukuran badan secara sistematik
dikenali juga sebagai Anthropometry
• Antara pengukuran yang dilakukan adalah:
• Ukuran berat
– Mengukur jisim badan
– Diukur dengan pelajar berpakaian biasa dan tanpa
berkasut
• Ketinggian
– Ukuran linear dimana ukuran diambil diambil dengan
kanak itu berdiri tegak tanpa memakai kasut
– Ukuran juga dilakukan secara baring bagi kanak-kanak
yang berumur 1-3 tahun
– Ukuran ketinggian juga dilakukan secara duduk untuk
menentukan panjang anggota badan bawah.
• Keluasan rangka
– Menentukan ketebalan rangka
– Boleh diambil pada titik tertentu dibadan
• Luas bahu
• Luas pinggang
• Luas femur dan humerus
• Ukur lilit anggota badan
– Lebih kepada ukuran jisim otot
(perkembangan otot)
– Diambil di
• Lengan
• Betis
• Lipatan kulit
– Ukur tisu adipose
– Diukur dengan menggunakan kaliper khas
– Diukur di
• Lipatan tricep
• Lipatan subskapula
• Lipatan tengah betis
• Ukur lilit kepala
– Merupakan ukuran terpenting
– Dilakukan secara berterusan dari bayi hingga umur
3-4 tahun
– Ukur kadar pertumbuhan otak
– Ukuran diambil dari sisi kepala melintasi dahi
Pertumbuhan tinggi & berat
• Tinggi dan berat merupakan ukuran yang biasa
dilakukan dalam kajian pertumbuhan
• Dilakukan secara berterusan
• Bentuk perubahan dalam kedua-dua ukuran
ini dikaji dengan mendalam.
• Dari lahir hingga peringkat kanak-kanak proses
ketinggian dan berat adalah mengikut
beberapa fasa.
Fasa pertumbuhan
• Secara pantas – bayi hingga awal kanak-kanak
• Secara tetap – pertengahan kanak-kanak
• Secara pantas- akil baligh (remaja)
• Perlahan & berhenti – mencapai tahap dewasa
• Pertumbuhan berat biasanya akan berterusan
• Berlaku pada kedua-dua jantina dengan
sedikit perbezaan
Pertumbuhan anggota badan lain
• Pertumbuhan anggota badan lain turut ikut fasa yang
sama dengan sedikit perbezaan antara jantina
• Cara untuk menganggar pertumbuhan berat dan tinggi
turut sama dilakukan untuk anggota badan yang lain.
• Secara am, kanak-kanak perempuan mempunyai
sedikit kelebihan kerana mengalami proses akil baligh
awal
• Kanak-kanak lelaki akan memintas apabila akil baligh
bermula dan secara amnya lebih besar pada masa
dewasa

Anda mungkin juga menyukai