Anda di halaman 1dari 13

NOTA KULIAH AK1022/AZ1053

(MEDIA, BUDAYA & MASYARAKAT)

MEDIA CETAK

Pengenalan

Jika anda ingin memahami dengan lebih dekat budaya dan pemikiran masyarakat
sesebuah negara, salah satu cara ialah dengan membaca akhbar-akhbar negara
tersebut. Ini kerana akhbar mewakili pandangan dan sentimen majoriti
masyarakat yang ada. Bukan itu sahaja, ia juga mewakili pandangan kerajaan
yang memimpin negara tersebut.

Dalam keadaan sedemikian, jangan hairan jika sesetengah akhbar itu begitu
kritikal terhadap kerajaan. Ini bermakna kemungkinan ia mewakili pihak
masyarakat atau ia berhaluan kiri.

Bagi akhbar yang menyokong kerajaan maka pandangan editorialnya juga


berbeza. Ia lebih simpati pada kerajaan dan berusaha untuk memperjelaskan dan
mempertahankan setiap langkah dan dasar kerajaan.

Senario ini adalah sama di mana-mana sahaja tetapi apa yang membezakan sistem
akhbar satu negara ke satu negara ialah dari segi nilai budaya.

Ini dipengaruhi oleh sistem ekonomi dan politik yang diamalkan di negara
tersebut. Misalnya:- Kewartawanan di Amerika Syarikat tidak sama dengan cara
pemberitaan di Britain. Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang
mengamalkan sistem liberal-demokratik yang mana negara tidak mempunyai
pegangan ke atas akhbar di negara itu. Terpulang kepada akhbar-akhbar yang ada
untuk mengenakan peraturan dan kod-kod etika untuk menjaga profesional
tersebut.

Berbeza dengan Britain. Ia mempunyai undang-undang yang secara langsung


mengawal cara liputan berita media di situ. Perbadanan Penyiaran Britain (BBC)
pula adalah sebuah perbadanan dan bukan sebuah stesen penyiaran swasta. Ia
agak terkawal dan penyiar di situ tidak boleh melaporkan berita dengan
sewenang-wenangnya.

Ini ada kaitannya dengan hakikat bahawa Britain adalah sebuah negara sosialis di
mana kepentingan sosial rakyat diutamakan dan bukan kepentingan para sektor
swasta.

1
1.1 Sejarah Perkembangan Media Cetak

Sejarah membuktikan bahawa manusia sejak dulu lagi mempunyai tabiat suka
mencari ilmu dan maklumat. Jadi, tidak hairan mengapa usaha pengumpulan data
dan maklumat yang terawal dibuat pada tahun 4,000 sebelum masihi apabila
orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. (Rogers, 1993).

Sebelum Guttenberg mencipta mesin cetak taip cerai jenis logam dalam tahun
1456. Ciptaan beliau sebenarnya membuka pintu kepada kemunculan satu
teknologi baru yang membawa kepada pengedaran buku-buku secara meluas.

Bayangkan keadaan masyarakat sebelum ini yang tidak mempunyai sebarang


maklumat mengenai apa yang berlaku di sekelilingnya. Berbeza dengan sekarang,
kita pula menghadapi satu keadaan “limpahan maklumat” (information overload).
Di mana sahaja kita berada, maklumat sentiasa ada sama ada di radio, televisyen,
akhbar atau internet.

Akhbar yang pertama ialah “The New York Sun” pada tahun 1834 dan
bermulanya era “The Penny Press” iaitu akhbar-akhbar yang dijual pada harga
satu sen ditujukan kepada khalayak massa.

“The New York Sun” memenuhi ciri-ciri akhbar massa kerana ia melaporkan
kejadian jenayah dan peristiwa yang berlaku di dalam masyarakat New York.

Akhbar tersebut begitu popular kerana ia dapat menjangkau kepada pembaca


yang lebih luas dan golongan kelas pertengahan tidak seperti keadaan dulu di
mana buku hanya terhad kepada golongan berada yang celik huruf.

Tidak lama kemudian, satu lagi akhbar massa muncul iaitu : The New York
Herald” pada tahun 1837 oleh James Gordon Bennet. Akhbar ini mengambil
bentuk yang sama seperti New York Sun tetapi buat pertama kalinya, muncul
sebuah akhbar yang serius.

Bennet memperkenalkan ruangan-ruangan tertentu seperti kewangan/ekonomi,


lidah pengarang, berita perdana dan berita luar negara. Inilah yang menjadi asas
kepada konsep akhbar sekarang.

Di Malaysia, dunia persuratkhabaran bermula pada zaman penjajahan British


apabila akhbar pertama dalam bahasa Inggeris diterbitkan pada tahun 1806. (Noor
Bathi Badarudin, 2002).

Manakala akhbar-akhbar tempatan muncul kemudian dengan terbitnya akhbar


Bahasa Melayu (tulisan jawi) pada tahun 1876. (ibid).

2
Akhbar Bahasa Cina yang pertama diperkenalkan pada tahun 1880 manakala
akhbar dalam Bahasa Tamil muncul pada tahun 1875. (Noor Bathi Badarudin,
2002).

1.2 Perkembangan Akhbar Di Malaysia

Faktor kemerdekaan Tanah Melayu daripada jajahan British dan penubuhan


Malaysia memberi kesan kepada persuratkhabaran Malaysia di mana ibu pejabat
Utusan Melayu (M) Bhd berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur, pemisahan
akhbar Berita Harian Malaysia dari Berita Harian Singapura dan akhbar The
Straits Times Press berubah menjadi akhbar tempatan berjiwa Malaysia. (ibid).

(a) Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

Edisi Utusan Melayu Singapura terus berjalan walaupun ia berpisah dari Utusan
Melayu Malaysia sehingga tahun 1969 apabila ia ditutup. Utusan Melayu (M)
Bhd yang ditubuhkan pada 10 Mei 1967 memperkenalkan akhbar Utusan
Malaysia dalam tulisan rumi.

Utusan Melayu lebih dikenali dengan Kumpulan Utusan mempunyai 24 anak


syarikat, 6 syarikat bersekutu, 29 cawangan dalam negara dan 5 wakil luar
negara.

Akhbar-akhbar di bawah terbitan Kumpulan Utusan ialah Utusan Malaysia,


Mingguan Malaysia, Utusan Melayu dan Utusan Zaman.

Majalah-majalah terbitannya pula ialah Wanita, URTV, Al-Islam, Mastika, Rias,


Hai, Mangga, Kawan, Pemikir, Massa, Young Generation, Saji dan Cerdas Pintar.
(Noor Bathi Badaruddin, 2002).

--- Ia juga terlibat dalam kegiatan percetakan dan penerbitan dan periklanan iaitu (Utusan
Media Sales Sdn Bhd), Commercial Air Time Marketing Sdn Bhd, Utusan Pearl & Dean
Sdn Bhd, pengangkutan (Utusan Transport Sdn Bhd) dan hartanah (Juasa Properties Sdn
Bhd).

Apa yang penting ialah sejarah akhbar ini. Utusan Melayu diambilalih oleh
anggota yang rapat dengan UMNO pada tahun 1961 – satu usaha kuasa politik
menguasai kuasa akhbar. (Mohd Safar Hasim (1997), Rajakumar, M. (1987)
dalam Edmund Terence Gomez, 1990).

Menurut Mohd Safar Hasim (1997), tujuan UMNO mengambilalih akhbar ini
ialah supaya akhbar itu lebih memihak kepadanya manakala pekerja Utusan pula
mahu mempertahankan kebebasan akhbar.

3
Pengambilalihan itu menyebabkan wartawan dan editor akhbar tersebut mogok
selama 93 hari setelah berusaha pelbagai cara untuk melindungi diri dari dikuasai
oleh kuasa politik akhirnya mereka tumbang.

Tindakan Umno adalah supaya pendapatnya dapat disampaikan kepada rakyat


melalui Utusan Melayu yang merupakan sebuah akhbar yang kuat dan
berpengaruh dalam memperjuangkan isu-isu orang Melayu.

Penubuhan Umno boleh dikatakan disebabkan oleh cetusan cita-cita oleh


wartawan Utusan Melayu yang menulis rencana menggesa semua pertubuhan
Melayu bergabung di dalam satu pertubuhan yang kuat bagi mewakili dan
memperjuangkan nasib orang Melayu.

Sebagai menyahut seruan itu, Datuk Onn Jaafar menjemput pertubuhan Melayu
dan seluruh bangsa Melayu melalui Utusan Melayu untuk mengadakan satu
kongres Melayu. Maka pada 1 Mac 1946, Umno terbentuk.

(b) The New Straits Times Press

Pada tahun 1972, UMNO menerusi syarikat pelaburannya Fleet Holdings,


membeli 11.02 juta saham (STP) bernilai RM32 juta.

Pembelian itu membawa kepada perubahan kepada nama Strait Times Press (M)
kepada NSTP dan disenaraikan secara awam pada April 1973.

Di akhir 1982, kumpulan NSTP telah memiliki kira-kira 9 anak syarikat yang
penting.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, menjawat jawatan pengerusi


Fleet Holdings dan di bawah beliau, pemilikan Fleet Holdings lebih menjurus
kepada konglomerasi.

NSTP terlibat dalam kegiatan perniagaan yang lain seperti hotel dan hartanah,
perkhidmatan perbankan iaitu Bank of Commerce pada tahun 1988.

Pada 1993, empat eksekutif kanan NSTP membuat "management buy out" yang
terbesar di Malaysia (Noor Bathi Badaruddin) dan akibatnya ialah Realmild (M)
Sdn Bhd mengambilalih pengurusan NSTP.

Realmild hanya memiliki 25.1 peratus saham MRCB yang mempunyai pegangan
43.5 peratus saham NSTP.

4
(c) Berita Harian Sdn Bhd (BHSB)

Ia merupakan akhbar Bahasa Melayu yang kedua besar di Malaysia. Ia


menerbitkan akhbar Berita Harian dan Berita Minggu dan merupakan anak
syarikat NSTP.

Pegangan saham terbesarnya ialah MRCB (44.17 %), Chase Malaysia Nominees
(Asing) Sdn Bhd ( 9 %), HSBC Nominees (Asing) (8.09%), Cartaban Nominees
(Asing) Sdn Bhd (6.03 %), KWSP (5 %), Mayban Nominees (Tempatan)
(4.49%), Citicorp Nominees (Asing) Sdn Bhd (3.57%), Great Eastern Life
Assurance (1.26%) dan juga Universiti Malaya (0.60%).

Pada masa kini, sebuah syarikat kumpulan media bersepadu iaitu Media Prima
Bhd (Media Prima) merupakan syarikat pegangan pelaburan baru yang dibentuk
menerusi program pemisahan TV3 dan The New Straits Times Press (NSTP)
daripada Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB). (BH, 24 September,
2004).

Ia merupakan syarikat media tersenarai terbesar di Malaysia. Ini diperoleh


menerusi penguasaan hampir 50 peratus penonton dan pendapatan iklan TV3
manakala NSTP adalah syarikat penerbitan akhbar terbesar dengan lebih 2 juta
pembaca melalui empat akhbar iaitu Berita Harian, Harian Metro, New Straits
Times and The Malay Mail.

Dari segi sejarah, pengambilalihan melalui penyusunan semula ke atas kumpulan


akhbar The Straits Times (M) Berhad pada tahun 1972. Berbeza keadaannya
dengan Utusan Melayu, UMNO menyuarakan soal pemilikan modal dalam
memiliki The Straits Times secara terang-terangan dalam Persidangan Agung
Pemuda dan Persidangan Perwakilan dalam bulan Jun 1972.

Dua bulan kemudian, penyusunan semula dijalankan dan 80 % modal saham


syarikat The New Straits Times berpindah ke modal tempatan.

Sebelum ini, lebih 70 % modal saham kumpulan akhbar ini dipegang oleh pelabur
Singapura.

Tindakan mengambilalih akhbar kumpulan ini “dikaitkan” dengan politik


Malaysia dan Singapura. Untuk memastikan haluan negara ditentukan oleh rakyat
negara ini dan tidak dikuasai oleh orang luar. (Mohd Safar Hasim, 1996 )

Proses pengambilalihan dilakukan dengan menyusun semula sebuah syarikat


yang tidak aktif – The Caxton Press (1957) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat The
Straits Times (Malaya) Berhad, dijadikan jentera penyusunan semula dan
ditukarkan namanya kepada The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd pada 28
Ogos 1972. (ibid).

5
(D) Star Publications (M) Berhad

The Star diterbitkan pada 9 September 1971 di Georgetown, Pulau Pinang.


Dilaporkan mempunyai kaitan yang rapat dengan parti MCA melalui sayap
pelaburannya.
Sistem akhbar menerima kesan atau dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti
sejarah negara berkenaan, bentuk penduduknya, dasar kerajaan, pembangunan
ekonomi, politik dan sistem perundangan sesebuah negara, menurut Syed Arabi
Idid (1989) (Mohd Safar Hasim, 1996).

1.3 Sistem Akhbar Malaysia

Sistem akhbar Malaysia dari satu segi diwarisi dari sistem yang ditinggalkan oleh
penjajahan British.

Menurut Mohd Safar Hasim, pada peringkat awal kemerdekaan, undang-undang


berkaitan dengan media menjadi ciri penting dalam sistem akhbar negara ini
tetapi apabila sistem ekonomi negara berubah kepada ekonomi terbuka maka
pemilikan akhbar oleh kumpulan-kumpulan yang rapat dengan parti politik
menjadi ciri sistem akhbar di Malaysia.

Pemilikan akhbar oleh pihak-pihak tertentu bukan sesuatu yang baru tetapi parti
Kuomintang pernah menguasai akhbar tempatan.

Umumnya, akhbar-akhbar di Malaysia dicirikan oleh pemilikan oleh parti politik


sama ada parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang
seperti DAP dan Pas.

1.4 Empat Teori Akhbar

Apabila kita membicarakan soal fungsi akhbar dan isu kebebasan akhbar, kita
perlu melihat sistem akhbar dari sudut empat teori akhbar yang utama.

Empat teori akhbar itu diperkenalkan oleh Fred S.Siebert, Theodore Peterson dan
Wilbur Schramm pada tahun 1956.

Menurut mereka, ideologi dan sistem politik negara menyebabkan wujud model
media yang unik yang menjelaskan mengapa satu-satu institusi media itu
menjalankan fungsi tertentu.

6
Keadaan ini turut mempengaruhi cara berita dilaporkan.

Empat teori tersebut ialah Autoritarian, Libertarian, Tanggungjawab Sosial dan


Soviet Komunis.

Sumber : Siebert, Peterson dan Schramm (1959) "Empat Teori Akhbar"

Autoritarian Libertarian Tanggungjawab Komunis-Soviet


Sosial

Dikembangkan Diterima di Di Amerika Syarikat Di Soviet Union,


pada abad 16 & England selepas pada abad ke-20 walaupun sebahagiannya
17 diterima dan 1688 dan popular dilakukan oleh pihak Nazi
diamalkan meluas di Amerika
Syarikat

Berasaskan Tulisan Milton, Tulisan W.E. Hocking, Pemikiran Marxis-


falsafah kuasa Locke, Mill & ahli Suruhanjaya Kebebasan Leninis-Stalinis dengan
mutlak, kerajaan falsafah rasional Akhbar dan pengamal campuran Hegel
dan hak asasi kod etika media
manusia

Matlamat utama : Utk memberitahu, Utk memberitahu, Utk menyumbang ke arah


menyokong menghibur, menghibur, menjual kejayaan dan
pelaksanaan polisi menjual tetapi tetapi tujuan asasnya mengembang sistem
kerajaan tujuan asasnya ialah untuk sosial Soviet terutama
mencari kebenaran mengemukakan konflik - diktator parti.,
meja perundingan

Siapa yang berhak Sesiapa yang Setiap orang mempunyai Ahli parti yang setia dan
menggunakan berkemampuan sesuatu untuk ortodoks
media? Siapa ekonomi diperkatakan
sahaja yang dapat
kebenaran raja

7
…Sambungan

Autoritarian Libertarian Tanggungjawab Sosial Komunis-Soviet

Bagaimana media Melalui proses Pendapat masyarakat, Tindakan kawalan


dikawal? Kelulusan membetul diri sendiri tindakan pengguna dan etika ekonomi dan politik
kerajaan, syarikat di tempat penyebaran profesional kerajaan
sekerja, bahagian idea yang bebas serta
pelesenan dan juga melalui mahkamah
bahagian penapisan

Apakah halangannya? Fitnah, lucah, tidak Pencabulan hak persendirian Kritikan terhadap objektif
Jentera kritikan senonoh, hasutan dan minat sosial parti yang dikenalpasti
politik dan pihak sewaktu perang
berkuasa

Hakmilik - Keseluruhannya Persendirian kecuali Awam


persendirian atau persendirian kerajaan terpaksa
awam mengambilalih untuk
melindungi perkhidmatan
awam

8
…sambungan

Autoritarian Libertarian Tanggungjawab Komunis-Soviet


Sosial

Perbezaan - alat yang Alat untuk mengawasi Media harus Kepunyaan negara
memberi kesan kepada kerajaan dan keperluan mengandaikan kewajipan dan media dikawal
polisi kerajaan masyarakat dan tanggungjawab sosial oleh jentera kerajaan
walaupun tidak dan jika mereka tidak
dipunyai oleh kerajaan melakukannya, seseorang
harus menentukan supaya
ia dilaksanakan

Autoritarian

Menurut teori ini, kebenaran berita ditunjukkan kepada kerajaan/pemerintah dan


seterusnya berita itu disebarkan kepada rakyat melalui akhbar.

Fungsi -- Akhbar menjelaskan kepada rakyat apa yang pemerintah mahukan


rakyat tahu;

Segala mesej/maklumat yang disampaikan kepada rakyat sudah ditentukan oleh


pemerintah;

Sebuah sistem, akhbar diberi tanggungjawab mengesahkan kebenaran berita yang


disediakan oleh pemerintah;

Kebenaran atau lesen boleh ditarikbalik atas budibicara raja dan hak untuk
menapis berita terletak di tangan pemerintah;

Peranan akhbar tidak boleh dipersoalkan. Konsep ini dikatakan wujud di negara-
negara seperti Iran.

Libertarian

Wujud di England pada akhir abad ke-17. Dikembangkan ke Amerika Syarikat


dan benus Eropah.

Ide asas ialah masyarakat bukanlah penerima maklumat yang pasif malah
manusia yang matang, mereka mampu membezakan antara yang betul dan salah;

9
Setiap orang mempunyai hak untuk mencari kebenaran;

Fungsi - Media berperanan mencari kebenaran itu;

Prinsip asas -- teori Libertarian ialah media tidak boleh tertakluk semata-mata
kepada kerajaan tetapi ia hendaklah bebas, berautonomi, bebas bersuara dan
kadangkala mencabar campurtangan kerajaan;

Dipelopori oleh ahli falsafah politik Libertarian - John Milton. Konsep


Libertarian bererti manusia sebagai individu yang rasional hendaklah bebas
mencari kebebasan dan media adalah agen dalam proses mencari kebenaran itu.

Media dikuasai oleh pemilikan dalam satu pasaran yang bebas dari segi ide dan
mahkamah. Contoh :- Amerika Syarikat dan Jepun.

Tanggungjawab Sosial

Ia hadir dalam pertengahan kurun ke-20 di Amerika Syarikat

Wujud apabila satu suruhanjaya yang digelar Suruhanjaya Hutchins dibentuk


untuk mengkaji kedudukan kebebasan media;

Didapati kebebasan akhbar akan menjadi lebih bahaya apabila wujudnya sistem
monopoli yang berkembang

Apa yang berlaku ialah pemilik-pemilik institusi media hanya sebilangan kecil
tetapi mereka mempunyai kuasa yang terlalu besar sehingga dapat menguasai
banyak institusi media

Kesannya pemilik-pemilik media yang mempunyai kuasa pemilikan tinggi, lama-


kelamaan menjadi terlalu berkuasa seperti zaman Autoritarian

Ia bertentangan dengan ideologi Libertarian yang mana hak mengetahui terletak


di tangan masyarakat;

Teori Tanggungjawab Sosial wujud akibat dari ketidakpuasan hati sesetengah


anggota masyarakat. Ia adalah pengubahsuaian daripada teori Libertarian;

Bezanya ialah fungsi akhbar menjadi satu medium perbincangan menangani satu
konflik;

10
Jika teori Libertarian menunjukkan bahawa hanya yang memiliki sumber-sumber
ekonomi sahaja yang boleh memiliki institusi media kini di bawah teori ini, setiap
individu yang ad aide berhak menggunakan media;

Tanggungjawab sosial dikuasai oleh pendapat ramai, tindakan persatuan


pengguna dan etika professional;

Teori Libertarian bergantung kepada pasaran ide yang bebas manakala hasil dari
cadangan Suruhanjaya Hutchins, beberapa kod etika dilaksanakan, ruangan
pendapat ditambah, program televisyen berorientasikan pengguna ditayangkan
dengan kerap.

Komunis-Soviet

Teori keempat ini adalah pengubahsuaian dari teori Autoritarian

Akhbar teori ini berkhidmat untuk parti yang memerintah

Bezanya dengan teori pertama, akhbar Soviet dimiliki negara sedangkan


Autoritarian, media bekerja sendiri tetapi tertakluk kepada kuasa pemerintah

Akhbar Soviet dikehendaki membantu usaha melaksanakan perubahan, akhbar di


bawah sistem Autoritarian dipertanggungjawabkan memelihara status atasan;

Media tidak boleh mengecam objektif parti pemerintah dan dimiliki oleh rakyat;

Contoh sistem ini ialah Russia

1.5 Objektiviti dan Kebebasan Akhbar

Setelah anda memahami sistem dan struktur media-massa maka ini secara
langsung menimbulkan isu sejauh mana maklumat yang disebarkan itu adalah
objektif dan seimbang. Oleh kerana media-massa digunakan untuk
menyampaikan mesej tertentu maka sudah tentu ia akan memberi kesan terhadap
pembentukan pendapat para audiens.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa audiens tidak membentuk


pendapatnya berdasarkan daripada pengamatannya sendiri tetapi berdasarkan
kepada pengaruh mesej yang diterimanya. Jadi, di sini timbul isu objektiviti
sesuatu pelaporan berita oleh akhbar.

11
Empat teori akhbar yang telah dibincangkan tadi juga telah menimbulkan soal
objektiviti dan kebebasan akhbar.

Objektiviti sesuatu maklumat atau berita boleh didefinisikan sebagai mempunyai


enam elemen;

(i) Maklumat haruslah seimbang ketika disampaikan ketika menyuarakan


pandangan dua pihak;

(ii) Pelaporan berita hendaklah tepat dan benar maklumatnya;

(iii) Segala maklumat yang relevan kepada isu hendaklah disampaikan;

(iv) Penulisan berita perlu diasingkan dari pandangan wartawan kepada fakta;

(v) Wartawan harus meminimakan pengaruh pandangan, sikap dan penglibatan;

(vi) Dalam menulis berita, elakkan dari memasukkan bias atau kecenderungan
penulis

(McQuail, 1995 :184 – 185)

Jika dilihat dari definisi yang diberikan, bolehkah objektiviti wujud dalam keempat-
empat teori yang dibincangkan? Objektiviti hanya akan dapat wujud jika akhbar bebas
bersuara. Bersuara tanpa rasa takut atau bias kepada mana-mana (fear or favour).

Sebelum kita memberikan pandangan mengenai kewujudan objektiviti sempurna, mari


kita lihat isu kebebasan akhbar pada masa kini. Isu kebebasan akhbar ini sangat subjektif
kerana ia bergantung kepada ukuran yang bagaimana hendak digunakan untuk
menentukan tahap atau darjah kebebasan itu.

Jika kita mengambil ukuran Liberal-Demokrat maka Malaysia sudah tentu tidak
memenuhi ukuran mereka tetapi dari sudut Sosialis, kita dilihat sebagai sederhana tahap
pengawalan media. Jadi, tidak ada satu ukuran yang seragam yang boleh digunakan
untuk semua negara.

Menurut Dr Mohd Safar Hasim (1996), kebebasan yang difahami di Malaysia adalah
satu konsep Barat. Di Barat, hubungan akhbar dengan kerajaan adalah berbentuk
permusuhan dan berkonflik. Walhal di Malaysia, amalannya ialah perkongsian.

12
Perlembagaan Persekutuan menjamin hak bersuara bagi semua rakyat Malaysia.
Walaupun ada sesetengah pihak yang merasakan apa yang ada sekarang
bercanggah dengan peruntukan perlembagaan.

Apa yang lebih tepat menjelaskan sistem akhbar Malaysia ialah kebebasan yang
ada adalah kebebasan mengikut batasan tertentu.

(1) Objektiviti yang unggul sukar untuk dicapai kerana media tidak bergerak
sendirian untuk mencari maklumat;

(2) Wartawan sendiri apabila terlibat dalam membuat liputan penyiasatannya


sukar untuk mengasingkan emosi dari pelaporan;

(3) Objektiviti sebenar sukar dicapai apabila pemilik media itu sendiri
menentukan polisi media;

(4) Pengaruh pengiklanan sama ada dari pemilik media mahupun atas kehendak
urusniaga institusi media itu maka akan timbul bias apabila akhbar terpaksa
memberi publisiti kepada pengiklan;

(5) Selain itu, beberapa berita yang mungkin berkepentingan sosial terpaksa
dikorbankan dari ruang akhbar bagi memberi ruang kepada pengiklan yang sudah
menempah ruang itu;

Bibliografi

1. Gomez, Edmund Terence (1990). Umno’s Corporate Investments. Kuala Lumpur :


Forum.

2. McQuail, Dennis (1995). Mass Communication Theory.

3. Mohd Safar Hasim (1996). Akhbar dan Kuasa.Penerbit Universiti Kebangsaan


Malaysia: KL

4. Noor Bathi Badarudin (2002). Dunia Media Moden. PTS Publications: KL

5. Siebert, Fred S, Theodore Peterson & Wilbur Schramm (1987). Empat Teori Akhbar.
Terjemahan Samsudin Abdul Rahim. Kuala Lumpur : DBP

Rujukan akhbar :

1. . Berita Harian. PM Gesa Wartawan Pecahkan Monopoli Media Barat. 13 Mei 2003

2. Berita Harian, 24 September 2003

13

Anda mungkin juga menyukai