Anda di halaman 1dari 14

Jahara Alias

 Raja Alam Shah amat sedih kerana puteri baginda iaitu


Puteri Bunga Tanjung sedang mengalami penyakit
kemurungan. Puteri Bunga Tanjung tidak mahu bercakap
dan ketawa malah lebih suka duduk termenung.
 Setelah pelbagai usaha dilakukan,akhirnya ahli nujum
telah membuat ramalan bahawa penyakit tuan puteri
hanya boleh diubati oleh pemuda miskin bernama Buyung.
 Buyung yang tidak arif tentang ilmu perubatan terpaksa
akur dengan kehendak raja,jika tidak raja akan
menghukumnya.
 Akhirnya Buyung mengambil keputuskan untuk
memperdengarkan sebuah cerita kepada tuan puteri.
 Cerita tentang kegigihan pemuda bernama Ujang telah
menarik minat tuan puteri untuk terus mendengar.
 Belum pun sempat Buyung menghabiskan ceritanya, Tuan
Puteri ketawa kerana cerita Buyung amat melucukan
hatinya. Tuan Puteri seterusnya telah boleh bercakap. Hal
ini amat menggembirakan raja dan permaisuri.
 Akhirnya Buyung dijodohkan dengan Tuan Puteri Bunga
Tanjung.
Kebijaksanaan dalam menghadapi masalah.
 Walaupun Buyung bukan seorang bomoh,tetapi dia tetap
berusaha untuk menyembuhkan penyakit Tuan Puteri
dengan bakat yang ada pada dirinya bercerita.

1. Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada seseorang


boleh membantu menyelesaikan masalah.
 Dengan bakat bercerita yang ada pada dirinya,Buyung
dapat melepaskan dirinya daripada dihukum oleh raja.
Malah beliau amat bertuah kerana dijodohkan dengan
Tuan Puteri.

2. Usaha tangga kejayaan


 Raja Alam Shah telah berusaha dengan pelbagai cara
untuk menyembuhkan penyakit puterinya. Berkat usaha
baginda akhirnya Puteri Bunga Tanjung sembuh dan ceria
seperti dahulu.
3. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan
 Buyung yang miskin tidak menyangka akan dijodohkan
dengan Tuan Puteri Bunga Tanjung. Semua ini kerana sikap
jujur dan ikhlas yang telah diperlihatkan oleh Buyung
kepada seisi istana.
Permulaan Cerita
 Raja Alam Shah bersedih kerana anakan da baginda
sedang sakit. Tuan puteri sebenarnya mengalami masalh
kemurungan, iaitu enggan bercakap dan sentiasa
bermuram

Perkembangan Cerita
 Pelbagai usaha dilakukan namu gagal untuk
menggembirakan hati Tuan Puteri. Ahli nujum membuat
ramalan bahawa penyakit Tuan Puteri hanya akan sembuh
dengan bantuan seorang pemuda miskin yang tinggal di
hujung negeri

Perumitan cerita
 Buyung dibawa untuk mengadap raja. Dia merayu supaya
dibebaskan kerana tidak mempunyai kebolehan untuk
mengubati penyakit Tuan Puteri. Raja Alam Shah memaksa
Buyung supaya berusaha untuk menyembuhkan anakanda
baginda. Baginda mengugut akan menjatuhkan hukuman
sekiranya Buyung gagal menyempurnakan tugasnya.
Puncak Cerita
 Kisah Ujong yang dipersembahkan oleh Buyung penuh
dengan unsure lucu sehingga mampu membuatkan Tuan
Puteri tertawa dan gembira.

Peleraian
 Raja Alam Shah bersetuju untuk menjodohkan Tuan Puteri
Bunga Tanjung dengan pemuda miskin tetapi bijaksana
bernama Buyung.
Saspens Huraian
Buyung bercerita kisah Ujang Buyung cuba bercerita untuk
menghiburkan Tuan Puteri.
Pembaca tertanya-tanya
apakah cerita yang
disampaikan dapat
membuatkan Tuan Puteri pulih
seperti sediakala.
Watak utama
 Buyung ialah srorang pemuda miskin yang tinggal di
hujung negeri bersama ibunya yang telah tua.

Perwatakan
1. Pintar
 Dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan bijak.
 Dalam keadaan terpaksa Buyung cuba melakukan sesuatu
untuk mengubati puteri raja. Akhirnay dia mengambil
keputusan untuk bercerita supaya Tuan Puteri supaya
Tuan Puteri berasa gembira.

2. Berbudi bahasa
 Ketinggian budi bahasa mampu memikat hati seseorang.
 Raja Alam Shah amat tertarik dengan budi bahasa Buyung
akhirnya bersetuju untuk menjadikannya menantu.

Watak sampingan
 Raja Alam Shah ialah seorang raja di sebuah negeri

Perwatakan
1. Bertanggungjawab
 Berusaha untuk mengubati penyakit anakanda baginda.
2. Tidak berputus asa
 Tetap berusaha untuk mengatasi masalah.
3. Tidak memandang rendah kepada orang lain.
 Pangkat dan harta bukanlah ukuran kebahagiaan

Watak sampingan
 Puteri Bunga Tanjung ialah anakanda Raja Alam Shah.

Perwatakan
1. Mengalami penyakit kemurungan
 Penyakit kemurungan menyebabkan seseorang itu tidak
mahu bercakap,sentiasa sedih dan muram.

Watak sampingan
 Perdana Menteri

Perwatakan
1. Taat akan perintah raja
 Setiap perintah raja akan dituruti dengan hati yang ikhlas.

Watak sampingan
 Ahli nujum

Perwatakan
1. Arif dalam selok belok ilmu nujum
 Meramalkan sesuatu dengan tepat.
Latar tempat
1. Balairung seri,istana Raja Alam Shah
 Raja Alam Shah sedih kerana Tuan Puteri Bunga Tanjung
masih belum sembuh dari penyakitnya.
 Berusaha memanggil nujum untuk menilik nasib Tuan
Puteri.
 Buyung cuba mengubati Tuan Puteri.

2. Di bilik santapan diraja


 Buyung menruskan ceritanya untuk menghiburkan hati
Tuan Puteri.

Latar masa
1. Waktu siang
 Raja Alam Shah berusaha untuk menyembuhkan Puteri
Bunga Tanjung.
 Buyung dipanggil untuk mengubati Tuan Puteri.

2. Waktu malam
 Buyung meneruskan ceritanya setelah menjamu selera.
Latar masyarakat
1. Masyarakat Melayu zaman dahulu
 Golongan pemerintah,pembesar dan rakyat biasa
 Raja berkuasa dan ditaati sementara pembesar negeri
berusaha menyelesaikan masalah raja manakala rakyat
biasa terpaksa akur dengan perintah raja.
Gaya bahasa Contoh
Bahasa Melayu klasik Ampun tuanku,beribu-ribu
ampun,sembah patik harap
diampun

Bahasa istana Beta


Pacal
Batu jemala
Peraduan

Bahasa arab Ilahi


Allah
Peribahasa Umur baru setahun jagung
Darah baru setampuk pinang
Sinkof Tak,takkan
1. Kasih sayang
 Raja dan Permaisuri amat menyayangi puterinya dan
sanggup berbuat apa saja bagi menyembuhkan
penyakitnya

2. Kerjasama
 Perdana Menteri dan ahli nujum berusaha untuk
mengubati Tuan Puteri.

3. Belas kasihan
 Walaupun Buyung bukan seorang dukun atau bomoh
tetapi beliau berasa kasihan melihat kesedihan Raja
lalu berusaha untuk menggembirakan Tuan Puteri
melalui cerita yang dipersembahkan

4. Keikhlasan
 Buyung berusaha untuk menolong Raja tanpa
mengharapkan apa-apa balasan. Akhirnya
keikhlasannya mendapat ganjaran yang tidak disangka-
sangka iaitu beliau dijodohkan dengan Tuan Puteri.
1. Jangan memandang
rendah terhadap orang miskin
 Bendahara dan Laksamana tidak yakin akan
kebolehan Buyung untuk menyembuhkan penyakit
Tuan Puteri memandangkan Buyung seorang yang
miskin dan selekeh

2. Kita hendaklah bersimpati dengan masalah yang dihadapi


oleh orang lain.
 Buyung amat bersimpati melihat Tuan Puteri yang
sakit. Beliau berusaha untuk memulihkan walaupun
dnegan hanya bercerita

3. Kita mesti menepati janji


 Raja Alam Shah berbesar hati atas jasa Buyung yang

telah menyembuhkan anakandanya. Buyung akhirnya


dijodohkan dengan Puteri Bunga Tanjung.

Anda mungkin juga menyukai