Anda di halaman 1dari 3

Siti Masrina Binti Nian

PISMP – PS
890914 – 12 – 5684

KONSEP TAMADUN

 Meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan


penempatan dan kemudahan yang sempurna.
 Menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan
kemudahan yang sempurna semata – mata.

DEFINISI TAMADUN
 Sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran
dan kemajuan ( seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain
– lain ) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan
komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji
untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

CIRI – CIRI TAMADUN


 Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atu
beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, Bandar, kepolisan atau
madinah.
 Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya
seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil
dan panjang.
 Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik,
pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.
 Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan
satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi,
perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai
bidang ilmu.
 Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral
yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak
tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.
 Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan
pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.
 Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah,
kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

OBJEKTIF
 memahami asas-asas ilmu sejarah, seperti konsep, sebab-musabab,
perubahan dan kesinambungan dan penggunaan istilah yang tepat.
 berkebolehan mengendalikan sumber sebagai bukti sejarah seperti
mengumpul, memilih, menilai dan mentafsir
 berkebolehan mengenal dan menilai pelbagai pendekatan, pentafsiran dan
pendapat tentang perinstiwa sejarah
 berkebolehan memberikan gambaran yang jelas dan padat serta hujah yang
logik
 berkebolehan menganalisis dan merumus serta berfikir secara kritis dan
rasional
 berkeupayaan memahami proses perubahan masyarakat dan tamadun
 mengukuhkan pemahaman tentang sejarah Malaysia dan kaitannya dengan
sejarah luar Malaysia
 menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah

MATLAMAT
 bermatlamatkan penyempurnaan hubungan manusia dengan Allah S.W.T,
hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam
sekitarnya.
 Tingkatkan penegtahuan, pemahaman dan penghayatan tentang sejarah.
 mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia dengan Penciptanya
iaitu Allah S.W.T.
 mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia dengan manusia yang
meliputi pembentukan sahsiah, keluarga, hidup berjiran, pembentukan
masyarakat, pembentukan institusi pemerintahan, hal pentadbiran, kegiatan
ekonomi,pendidikan, kebudayaan dan segala bidang kehidupan manusia.
 mengatur serta menyempurnakan hubungan antara manusia dengan alam
sekitarnya.
 mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kepada kesejahteraan
kehidupan mereka di atas muka bumi ini melalui sumber alam yang sedia
ada.

Anda mungkin juga menyukai