Anda di halaman 1dari 11

BUNYI VOKAL

TAKRIF BUNYI VOKAL

- Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar


daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga
dipengaruhi oleh  pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir.   
PENGHASILAN BUNYI VOKAL
Vokal depan sempit (Vokal i)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah
dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras,
sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung.
Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau
himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran.
Bibir berada dalam keadaan terhampat. 
Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari
VOKAL DEPAN SEPARUH SEMPIT (e)

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah


dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i). 

Contoh: kole, tauge, bendi, elok


VOKAL DEPAN SEPARUH LUAS

Untuk mengeluarkan  vokal ini depan lidah


diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk
mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat
pertuturan adalah sama  seperti semasa
mengeluarkan bunyi  vokal (i) dan (e). 

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek


VOKAL DEPAN LUAS (vokal A)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini,  depan


lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit
lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang
tekak dan menutup rongga hidung.  Kedudukan
alat pertuturan lain adalah sama seperti
menghasilkan vokal (i), dan (e). 
Contoh:  anak,  pandai, landai, anting, siapa, takat
VOKAL BELAKANG SEMPIT (Vokal u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang


lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi
tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk
bibir dibundarkan. 

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 


VOKAL SEPARUH SEMPIT (Vokal o)

Dihasilkan dengan menurunkan belakang


lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi
dan tempat yang paling rendah. Keadaan
bibir pula dibundarkan. 

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang


VOKAL BELAKANG SEPARUH LUAS

  Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan


1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan
bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini
tidak terdapat dalam bahasa Melayu.
VOKAL TENGAH

Dihasilkan dengan meletakkan lidah


seperti biasa di lantai rongga mulut.
Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit,
manakala rongga mulut berkeadaan
sederhana luasnya. 

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 

Anda mungkin juga menyukai