Anda di halaman 1dari 1

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-

Ghazali..
1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium
tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun
diulang 1000 kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk tempat guru.
14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar
menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan
kemurkaannya.
17. Muliakan anak-anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh
mengurangkan keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai