Anda di halaman 1dari 3

http://www.scribd.

com/doc/13961139/Aplikasi-Ilmu-Sosiologi-Pendidikan-Dalam-
Pengurusan-Bilik-Darjah
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama,
dancampurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan,
gerakkerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah
danmengawal. Dalam topik perbincangan aplikasi ilmu sosiologi dalam pengurusan
bilikdarjah ini penulis mengemukakan pendapat dan hujah betapa pentingnya
seorangguru atau pengurus mengambil perhatian terhadap aspek sosiologi dalam
sebuahbilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesemua aspek
sosiologiyang disentuh akan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran
danpembelajaran yang dilakukan guru di dalam bilik darjah.
Apabila kita membincangkan aspek sosiologi itu dalam konteks bilik
darjah,maka perkara khusus yang perlu dikaji ialah komuniti yang terdapat
dalamlingkungan bilik darjah tersebut. Adalah penting untuk dibincangan dalam
perkara initentang maksud bilik darjah itu sendiri, siapa guru dan pelajar dari segi
sejarah,biografi, peranan dan struktur, teknik dan cara pengurusan bilik darjah
yangberkesan dengan merujuk kepada aspek sosiologi serta faktor-faktor
yangmempengaruhi keberkesanan pengurusan sebuah bilik darjah tersebut

 Konsep Bilik Darjah


Sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka
denganpengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu
menghadapiarus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula dengan
penyediaan diri pelajardengan pelbagai perkara bermula dari segi mental hinggalah
kepada fizikal. Dalamsebuah sekolah, bilik darjah merupakan tempat yang
terpenting dalam membentuksahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilik darjah
merupakan tempat yang paling sesuaiuntuk penyampaian pengajaran dan
pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyaisuasana yang tenteram dan selesa serta
ditambah dengan pelbagai bahanpengajaran atau bahan bantu mengajar akan
memberi kesan yang mendalamkepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran
guru.
Menurut Kamarudin Husin (2004:352), konsep bilik darjah sebenarnya
telahwujud sejak sekian lama. Namun demikian konsep tersebut berubah-ubah
mengikutperkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Pada zaman
dahulu,pembelajaran dilakukan di bawah pokok dengan bilangan pelajar yang kecil
sekitar
lima hingga enam orang, dan ini boleh dianggap sebagai satu bilik darjah.
Begitujuga dengan surau atau pondok yang menjadi tempat kanak-kanak Melayu
mengajial-Quran daripada imam juga tergolong sebagai bilik darjah. Oleh itu,
bolehdikatakan di mana sahaja tempat sesuatu ilmu itu disampaikan tempat
tersebutboleh dianggap sebagai bilik darjah.
Konsep bilik darjah pada hari ini biasanya ditafsirkan mengikut
fungsipendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat seperti sebuah bilik
atauruang yang mengandungi sekumpluan pelajar di bawah pengawasan seorang
guru,sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani, sekumpulan pelajar
yangsedang menjalankan uji kaji dalam sebuah makmal sains serta pendidikan
yangdiadakan di pusat sumber boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah.
Secara asasnya dalam konteks hari ini, bilik darjah akan dilengkapi
dengankemudahan seperti kerusi dan meja pelajar yang disusun mengikut
aktivitipengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat bantu mengajar serta yang
palingutama ialah sejumlah pelajar yang berada dalam lingkungan umur yang sama
dibawah jagaan seorang guru. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang
sangatmudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar yang
mempunyaimatlamat dan harapan yang sama.
Persekitaran bilik darjah penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Hal
iniboleh mengalakkan atau menghalang sesuatu aktiviti pembelajaran.
MenurutSharifah Alwiah Alsagoff (1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik
akandapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Beliau juga
menekankantentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah yang menyentuh cara
gurumenyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-perkara yang
berkaitan,menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot dan alat bantu
mengajar.Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengan
sempurnauntuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran,merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga
merupakan medanperjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah
dinamik ke arahpembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani,
emosi, rohanidan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur,
teknik danstrategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran
merancang,kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran,
kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan
mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai