Anda di halaman 1dari 7

Cheng Ho dan Melaka

Hubungan baik antara China dan Melaka menguntungkan kedua belah pihak

Sejak tahun 1405 hinggalah tahun 1433, Laksamana Cheng Ho telah melaksanakan ekspidisi laut

sebanyak tujuh kali. Pencapaian ini sangat dihargai oleh ahli-ahli sejarah kerana pelayaran-

pelayaran Cheng Ho dilakukan dengan besar-besaran dan juga lebih awal daripada Christopher

Columbus. Antara ketujuh-tujuh pelayaran tersebut, termasuklah pelayaran ke Asia Tenggara,

negara-negara di rantau pantai-pantai lautan India, Timur Tengah dan juga Afrika. Sebagai

pelabuhan yang berkedudukan strategi di rantau Asia Tenggara pada masa itu, Melaka sudah

dikenali oleh umum sebagai tempat persinggahan Cheng Ho. Armada Cheng Ho membina kem

secara extensif sepanjang Sungai Melaka untuk memuaskan keperluan ahli armada yang

berbilangan besarnya. Di samping itu, pegawai-pegawai serta anak-anak kapal juga banyak

berkomunikasi atau menukarkan barangan dengan orang-orang Melaka tempatan. Justeru itu,

unsur-unsur kebudayaan China telah disebarkan di Tanah Melayu dengan lebih meluas. Sampai

masa kini juga, pengaruh itu senang didapati di mana-mana sahaja di seluruh Nusantara.

Pelayaran Cheng Ho amat bermakna sebab ia telah berjaya menjalinkan hubungan yang akrab

dengan negara-negara Asia Tenggara, khususnya dengan Melaka. Maharaja China Zhu Di (juga

dikenali sebagai Yong Lo) telah menyedari kepentingan diplomatik dengan negara-negara asing

dan memutuskan mejalankan polisi yang aman. Oleh itu, armada Cheng Ho tidak mengira apa-

apa pembelanjaan pada tahap permulaan dan memberikan negara-negara yang dilawatinya harta

benda yang berharga tinggi, seperti: sutera, tembikar, batu bermata dan sebagainya. Beliau juga
menggalakkan pemerintahan tempatan menghantar utusan ke negara China supaya hubungan

yang mesra itu boleh dikekalkan.

Pada tahun 1419, satu rombongan seramai 540 orang yang diketuai oleh Sultan Iskandar Syah

telah melawat China. Dengan itu, persahabatan antara China dan Kerajaan Melaka telah

dipererat. Tambahan pula, Laksamana Cheng Ho juga membantu menyelesaikan perselisihan

antara pihak-pihak yang bertentangan. Melalui pelbagai tindakan yang dijalankannya, boleh

dikatakan bahawa Cheng Ho telah banyak menyumbang kepada keamanan sama ada di peringkat

tempatan mahupun antarabangsa.

Komunikasi China-Melaka yang diransang oleh pelayaran Cheng Ho itu telah mendatangkan

kesan yang nyata sekali kepada masyarakat Melayu. Pengaruh itu boleh dikatakan telah meliputi

pelbagai bidang, termasuklah bidang material iaitu sains dan teknologi, begitu juga dalam bidang

kerohaniahan iaitu agama dan adat-istiadat.

Dalam bidang material, alat-alat yang digunakan dalam kehidupan harian itu telah dioptimumkan

dan ditingkatkan lagi ke peringkat yang lebih mantap. Misalnya, armada Cheng Ho telah

membawa buatan-buatan tembikar yang bermutu tinggi ke Melaka dengan besar bilangannya.

Dengan pakai alat-alat ini, orang Melayu dapat menyaksikan cara hidup yang lebih selesa kalau

berbanding dengan masa dulu. Selain daripada itu, kemahiran doktor dan taraf perubatan di alam

Melayu juga berkembang maju selaras dengan kedatangan doktor China, yang mana sebenarnya

ialah doktor yang bertanggungjawab sebagai doktor armada pada mulanya. Terdapat sesetengah

ahli sejarah juga yakin bahawa teknologi pertanian yang dibawa oleh Cheng Ho itu telah

memajukan ekonomi Melaka. Pada tahap yang tertentu, ini membolehkan Melaka menjadi

pelabuhan yang termasyhur di rantau Asia Tenggara pada zaman berikutnya.


Dalam bidang kerohaniahan, pelayaran Cheng Ho juga telah memainkan peranan yang penting

sekali dalam transformasi masyarakat. Jauh berbeza daripada penjajah barat yang cuba seberapa

yang boleh untuk mempromosikan budaya sendiri, Cheng Ho tidak memaksa penduduk-

penduduk Melaka mengamalkan adat-istiadat China. Sebaliknya, pengaruh itu berkesan secara

tidak langsung pada kesuluruhannya. Adat-resam China telah diterima oleh orang-orang

tempatan dengan inisiatif. Fenomena seperti pakaian, kalendar, cara perdagangan, acara

pengebumian dan perayaan pada hari raya masih dikekalkan di dalam masyarakat Melayu

sehingga masa kini.

Salah satu pengaruh Cheng Ho pada alam Melayu yang tidak dapat dinafikan ialah penyebaran

agama Islam. Sebagai seorang umat islam, Cheng Ho bukan sehaja menghubungkan Timur

dengan Barat, tetapi juga mempercepat penyebaran agama Islam di alam Melayu. Terdapat dua

jenis tindakan telah diambil oleh Chong Ho untuk menyebarkan agama Islam. Pertama, membina

masjid di kawasan yang luas dan yang kedua mendirikan komuniti muslim Cina yang berhijrah

dari benua China. Dengan cara-cara tersebut, kerajaan-kerajaan serantau bermula memeluk

agama Islam secara besar-besaran, khususnya Kesultanan Melayu.

Hubungan baik antara China dan Melaka bermanfaat bagi kedua-dua belah pihak di

pelbagai bidang, khasnya bidang politik dan ekonomi. dukungan China terhadap Melaka pada

waktu itu ternyata menguntungkan Melaka dalam memelihara kedaulatannya.

Hubungan ekonomi China dan Melaka hanya boleh dilakukan melalui dua saluran. Saluran

pertama ialah perniagaan antara Melaka dan rombongan Cheng Ho yang berkunjung ke

Melaka. Penduduk Melaka mendapat seramik, porselin, kain sutera dan barang-barang lain

dari China melalui barter dengan rombongan Cheng Ho. Demikian dicatatkan Fei Xin dalam
bukunya pada tahun 1436. Sedangkan saluran kedua adalah dari penyampaian ufti ke china.

Selain itu, utusan asing dibenarkan oleh kerajaan Ming untuk menjual sebahagian barangan

mereka di China dengan dikurangi setengah cukainya.

Kunjungan Cheng Ho ke Melaka bukan sahaja menandakan bermulanya hubungan rasmi dengan

China malahan menandakan bermulanya kaitan dengan masyarakat cina beragama islam di sini.

Sultan Melaka telah menghantar utusannya untuk mengikuti Cheng Ho kembali ke China.

Utusan tersebut juga telah disambut mesra oleh Maharaja Ming dan sewaktu mereka ingin

berangkat pulang ke Melaka, mereka telah diberikan hadiah seperti payung kuning, sutera dan

sebagainya. Lawatan itu tidak berakhir begitu sahaja malah diteruskan oleh beberapa sultan dari

Kesultanan Melayu Melaka seperti Parameswara (1405-1414), Iskandar Shah (1414-1424) dan

Muhammad Shah (1424-1444).

Hikayat Puteri Hang Li Po

Kunjungan Laksamana Cheng Ho telah meninggalkan kesan yang besar dalam hubungan antara

Malaysia dan China, terutamanya tentang Puteri Hang Li Poh daripada China yang pernah

dibawa ke mari untuk dikahwinkan dengan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah. Selepas

pengembaraannya yang terakhir pada tahun 1433, hubungan antara China dan Sultan Melaka

mencapai kemuncaknya ketika Dinasti Ming apabila Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan

Melaka iaitu Sultan Mansur Shah (1456—1477). Puteri Hang Li Po datang bersama 500 orang

dayang dan pegawai dari China pada tahun 1460. Puteri Hang Li Po bersama 500 orang pegawai

dan dayang-dayangnya menganut agama islam dan mereka ditempatkan di sekitar Bukit Tinggi,

tempat di mana juga pernah disinggahi Cheng Ho. Kemudian nama Bukit Tinggi ditukar kepada
Bukit China seperti yang dikenali sekarang. Dua jalan di sekitar Bukit China dinamakan Jalan

Puteri Hang Li Po dan Jalan Laksamana Cheng Ho.


Pada tahun 1795, Tokong Sam Po telah dibina di Bukit China oleh masyarakat cina tempatan

sebagai memperingati kunjungan Cheng Ho ke Melaka. Semasa lawatan Cheng Ho, beberapa

pegawai yang menemaninya kemudian menulis buku tentang pejalanannya.

Kesimpulan

Pada keseluruhannya, pelayaran-pelayaran Cheng Ho telah mendorong komunikasi China

dengan Alam Melayu secara lebih meluas dalam bidang sistem politik, budaya dan pertukaran

barangan, agama dan lain-lain lagi. Sebagai tokoh dan perintis diplomatik, sumbangan Cheng Ho

adalah mustahak bagi baik China mahupun tanah Melayu. Kesan yang positif itu telah memberi

faedah yang secukupnya kepada rakayat China dan juga Malaysia dalam sejarah. Pada masa kini,

persefahaman ini mempererat lagi hubungan kedua-dua negara walaupun kerjasama sudah cukup

mantap.
Rujukan:

Prof. Kong Yuanzhi. (2000). Muslim Tionghua Cheng Ho. Jakarta:Pustaka Populer Obor..

Yusuf Liu Baoujun. (2004). Admiral Zheng He (1371-1433) The Great Muslim Envoy of China

Anda mungkin juga menyukai