Anda di halaman 1dari 68

KONSEP-KONSEP

ASAS HUBUNGAN
ETNIK

1
KONSEP MASYARAKAT
 Definisi Masyarakat
“kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat
dengan aturan dan cara tertentu.”
(Kamus Dewan 2006)

2
KENAPA PERLU MEMAHAMI DAN
MENGKAJI MASYARAKAT ?

1. Manusia Hidup Bermasyarakat

Manusia tiada pilihan demi kelangsungan


hidup

3
2. Memahami Cara Hidup
Bermasyarakat
 Pemahaman yang tepat terhadap
masyarakat membolehkan individu itu
bertingkahlaku dan menyesuaikan diri
mengikut kehendak masyarakat
setempat. Ini akan mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat dan
sukar untuk melanggar peraturan yang
wujud di dalam lingkungan sosialnya.
4
3. Memahami Budaya Sendiri
dan Masyarakat Lain
 Individu yang telah mengkaji masyarakat
lain tidak akan mengalami satu kejutan
budaya, tetapi lebih bersedia
menghadapi perbezaan yang wujud.
Seseorang yang mengkaji masyarakat
industri tidak akan terkejut jika pergi ke
negara tersebut.

5
4. Memupuk Kerjasama di
Antara Masyarakat
 Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di
kalangan satu masyarakat sahaja tetapi
merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya.
Bagi mengatasi isu-isu global seperti
pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan
sebagainya, memerlukan kerjasama antara
masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat
akan membolehkan kita memahami dan
memupuk kerjasama dengan sesuatu
masyarakat.
6
Ciri-Ciri Masyarakat
1. Manusia Yang Hidup Berkelompok
 Manusia hidup bersama dan membentuk
kelompok. Kelompok inilah yang membentuk
masyarakat. Mereka mengenali antara satu
sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan
sosial wujud dalam perhubungan sesama
manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin
dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung
kepada manusia lain.

7
Melahirkan Kebudayaan

 Tiada masyarakat, tiadalah budaya


dan sebaliknya. Masyarakat akan
melahirkan kebudayaan, sama ada
kebendaan atau bukan kebendaan.
Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke
generasi berikutnya dengan proses
penyesuaian.

8
Mengalami Perubahan
 Sebagaimana budaya, masyarakat
juga turut mengalami perubahan. Suatu
perubahan terjadi kerana faktor-faktor
yang berasal dari masyarakat itu sendiri.
Sebagai contoh, suatu penemuan baru
mungkin akan mengakibatkan perubahan
kepada masyarakat itu.

9
Berinteraksi
 Salah satu syarat kewujudan
masyarakat ialah terdapatnya perlakuan
berhubung dan bekerjasama di antara
ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.
Interaksi ini boleh berlaku secara lisan
atau tidak .

10
Terdapat Kepimpinan
 Pemimpin adalah terdiri daripada
ketua keluarga, ketua kampung, ketua
negara dan sebagainya. Dalam
masyarakat Melayu awal, kepimpinan
adalah bercorak tertutup kerana
pemilihan berdasarkan keturunan.

11
Mempunyai Aturan Sosial
 Bermaksud susun lapis yang wujud dalam
masyarakat.

 Terbahagikepada tiga bahagian iaitu


1. Kelas
2. Status
3. Kasta.

12
Kelas

 kedudukan seseorang dalam masyarakat


berdasarkan pemilikan harta atau
kekayaan seperti orang kaya kelas
atasan dan orang miskin, kelas bawahan

13
Status
 Peranan yang dimainkan oleh individu
dalam masyarakat seperti penerimaan
gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan
sebagainya.

14
Kasta
 Kelas sosial yang keahliannya ditentukan
hanya melalui kelahiran dan dalam
hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini
dapat dilihat dalam zaman tradisional
India yang memecahkan kasta kepada
Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra

15
Perbezaan Antara
Masyarakat Malaysia dan
Bangsa Malaysia
Bangsa Malaysia

Masyarakat Malaysia

16
Samb…

BANGSA MALAYSIA

KENEGARAAN KEWARGANEGARAAN KEBANGSAAN

17
Samb…

MASYARAKAT

ETNIK RAS / BANGSA PREJUDIS STEREOTAIP DISKRIMINASI

ETNOSENTRISME /
ETNISITI RASISME
ETNOSENTRIK

INDIVIDU INSTITUSI

18
KONSEP ETNIK

 Definisi :
 Sekelompok manusia yang
mengamalkan budaya yang hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian,
makanan, bahasa dan kegiatan ekonomi.

19
RAS / BANGSA

 Definisi :
 Sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif
berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal
nyata.
 Cth : warna kulit, mata, rambut.

20
KONSEP BUDAYA
Budaya berasal dari perkataan Jawa: “
budaya ”
 hasil cantuman “ budhi ” dan “ daya ”.
 Perkataan “ budhi ” yang dipinjam dari
bahasa sanskrit bererti ‘ kecergasan
fikiran dan akal ’  “ daya ” ialah
perkataan Melayu Polynesia bermakna ‘
kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’.
 Jika dicantumkan kedua-dua perkataan
ini ( budaya ) akan membawa maksud ’
tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa
yang menggerakkan jiwa ’.
21
Sambungan…

 Budaya juga diertikan sebagai, ‘ The way


of life of a people, including their
attitudes, values, beliefs, arts,
sciences, modes of perception, and
habits of thought and activity. Cultural
features of forms of life are learned
but are often too persive to be readily
noticed from within ’. ( Dictionary Of
Philosophy, 1996 ).
22
Samb…

 Menurut sumber lain mendefinisikan


budaya ialah tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran, akal budi ( cara berfikir,
berkelakuan, dan sebagainya ).(Kamus
Dewan Edisi Ketiga, 1997).

23
Samb…

 Didefinisikan sebagai cara hidup yang


diikuti oleh orang yang menjadi anggota
kumpulan tertentu dan meliputi anasir
sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam, sikap, nilai, peralatan
budaya, atau apa-apa yang dihasilkan
oleh mereka sebagai anggota
masyarakat.

24
Kesimpulan

 Budaya itu dari sudut bahasanya


membawa makna cara hidup manusia,
 istilah : cara hidup orang ramai termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan
dan tabiat berfikir serta cara perlakuan
manusia yang menggerakkan jiwa.

25
PEMBAHAGIAN BUDAYA

BUDAYA

KEBENDAAN BUKAN KEBENDAAN

26
Budaya kebendaan

 Merangkumi peralatan dan kelengkapan


hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya, Contohnya,
orang Melayu mempunyai rumah yang
berbeza dengan orang Inggeris atau
orang Eskimo

27
Budaya bukan kebendaan
 Seperti kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang. Contohnya, setiap masyarakat
mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza
dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan
masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang
memberi hantaran kepada pihak perempuan
manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri)
perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada
pihak lelaki.

28
PERANAN BUDAYA

BINA IMEJ NEGARA / IDENTITI

PUPUK KESEDARAN KEBANGSAAN & KENEGARAAN

29
Ciri-Ciri Budaya:

Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi
perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk
menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu,
manusia perlu belajar. Sebagai contoh
menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-
kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk
berbahasa dan berhubung.

30
Faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran
 a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti
keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan
sebagainya.
 b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan
dalam sesebuah masyarakat itu.
 c. Umur seseorang.
 d. Tahap pendidikan
 e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
31
2. Dikongsi
 Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota
masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap
perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
manusia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya
kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu
adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan
oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang
tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk
dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia
wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya
menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.

32
3. Sejagat
 Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan
budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam
semua kelompok manusia. Tidak ada
masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan. Bagaimanapun, budaya yang
sejagat itu berbeza antara masyarakat
kerana pengaruh alam, pengaruh luar dan
tahap penyesuaian anggota

33
Samb…
 Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang
terdapat dalam semua budaya iaitu:
 i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
 ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
 iii. sistem sosial.
 iv. bahasa
 v. kesenian
 vi. sistem pengetahuan.
 vii. agama dan kepercayaan.
34
4. Diwarisi
 Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa
budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan
hari ini adalaah lanjutan daripada budaya
terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan
memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga
diwarisi juga membawa maksud bersambung.
Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil
teknologi awal manusia masa lampau.

35
5. Berubah
 Budaya sentiasa berubah dan tidak ada
budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengalami perubahan.
Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
 Cth : Rumah beratap rumbia/ nipah telah
digantikan dengan rumah beratap genting.

36
Perubahan ini disebabkan
beberapa faktor seperti:

 i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.


 ii. pertambahan keperluan dan keinginan
manusia.
 iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
 iv. pertembungan budaya.
 v. konflik yang berlaku.
 vi. perubahan alam sekitar.

37
6. Perlambangan
 Budaya boleh ditunjukkan dlm bentuk
perlambangan.
 Cth. : logo, bendera, ukiran dll.

38
7. Pandangan Semesta
 Pandangan semesta ialah bagaimana manusia
memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
Pandangan semesta ini timbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula
diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti
simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing,
ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa
(setanak nasi) dan sebagainya.
39
KONSEP PERPADUAN DAN
INTERGRASI

 Perpaduan dan Intergrasi adalah


berbeza.
 Perpaduan : Proses menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara bagi
membentuk identiti / nilai bersama
 Intergrasi : Proses mewujudkan satu
identiti nasional di kalangan kumpulan
yang terpisah.
40
UNSUR-UNSUR INTERGRASI

INTERGRASI

WILAYAH EKONOMI KEBUDAYAAN SOSIAL PENDIDIKAN POLITIK

41
TAHAP-TAHAP HUBUNGAN
ETNIK

AMALGAMASI

ASIMILASI

AKULTURASI

AKOMODASI

SEGREGASI

42
Segregasi
Hubungan yang bersifat pemisahan di
antara etnik-etnik dalam sesebuah
negara. Pemisahan berlaku dalam
beberapa keadaan di antaranya dari segi
kawasan, tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam sama ada didasari
oleh undang-undang atau tidak seperti
Dasar Aparteid di Afrika Selatan.
43
Akomodasi
 Setiap etnik menyedari & menghormati
norma dan nilai antara satu sama lain,
namun mereka tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing. Mereka hidup
secara harmoni dan saling menyesuaikan
diri antara satu sama lain. Di peringkat
pemerintahan pusat, setiap etnik
mempunyai wakil
 Konsep ini diwakili oleh formula :
A + B + C = A + B + C. (A, B dan C merujuk
kepada budaya) “
44
Akulturasi
 Satu proses perubahan dan penyerapan unsur
kebudayaan kesan perhubungan antara dua
kumpulan manusia yang berlainan tradisi.
 Ia merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan di kalangan individu atau kelompok
dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
 Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan suatu kebudayaan yang tertentu
dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur-unsur
kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah
ke dalam kebudayaan sendiri. 45
Asimilasi
 Satu proses di mana kumpulan minoriti
kehilangan identiti akibat diserap oleh
kumpulan dominan dari segi kebudayaan
dan sosial.
 Semua kumpulan lama kelamaan akan
mematuhi pola-pola kebudayaan golongan
dominan dan melupakan kebudayaan dan
identiti masing-masing
 Formula : A+B+C=A
46
JENIS-JENIS ASIMILASI

ASIMILASI

ASIMILASI BUDAYA ASIMILASI STRUKTUR

47
ASIMILASI BUDAYA

 Kumpulan minoriti mempelajari ciri


kebudayaan masyarakat tuan rumah sprt
bahasa, pakaian, makanan dan adat
resam.

 Tidak menghilangkan identiti asal.

48
ASIMILASI STRUKTUR

 Satu proses apabila anggota kumpulan


kecil / minoriti berjaya menyertai institusi
utama dan aktiviti sosial masyarakat
dominan.

49
Proses asimilasi berlaku dlm
keadaan berikut :

 1. Etnik yang berbeza budaya.

 2. Individu di dalam atau di antara etnik


sering berinteraksi.

 3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang


lama.
50
Kejayaan asimilasi bergantung
kepada:
 1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti
mereka dan menerima identiti etnik lain.
 2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
 3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti besar
atau kelompok minoriti adalah kecil.
 4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
 5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik
minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

51
Faktor Penghalang Asimilasi

1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan


sehingga menimbulkan perasaan
takut terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya
sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.

52
PERBEZAAN ANTARA
ASIMILASI DGN
AKULTURASI
ASIMILASI AKULTURASI

Penyerapan berlaku Penyerapan berlaku


secara sehala secara dua hala

Kehilangan identiti asal Identiti asal masih kekal

53
Amalgamasi
 Ia merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang
baru. Cara utama dalam menentukan
proses amalgamasi terjadi ialah
perkahwinan campur antara etnik.

 Formula : A+B=C
54
KEPELBAGAIAN ETNIK &
BUDAYA DI MALAYSIA
(TAHUN 2004 : SEMENANJUNG)
ETNIK JUMLAH (‘000 ) PERATUSAN
MELAYU 11,532.1 61.7
CINA 5,208.4 27.9
INDIA 1,709.8 9.1
BUMIPUTERA 238.1 1.3
JUMLAH 18,688.4 100
55
SARAWAK
 ETNIK JUMLAH ‘000 PERATUSAN
 Iban 657.6 30.1
 Bidayuh 181.5 8.3
 Orang Ulu 128.8 5.9
 Melayu 505.8 23.2
 Melanau 124.4 5.7
 Cina 578.6 26.5
 India 4.3 0.2
 JUMLAH 2,181.0 99.9

56
SABAH
 ETNIK JUMLAH: ‘000 PERATUSAN
 Kadazandusun 519.8 24.8
 Bajau 386.1 18.5
 Murut 94.7 4.5
 Melayu 360.5 17.2
 BP Lain 431.8 20.6
 Cina 287.5 13.7
 India 11.5 0.5
 JUMLAH 2,091.9 99.8

57
KEPELBAGAIAN BUDAYA DI
SEMENANJUNG
 MELAYU - sebagai etnik terbesar, Islam
sebagai anutan dan cara hidup.

 Sebahagian besar Melayu di bandar


masih tertumpu kpd perkhidmatan awam
(walaupun ada yg terlibat dgn perniagaan
tapi kecil)

58
 CINA – etnik ke 2 terbesar di SM.

 Terdiri daripada penganut Buddha, Kristian,


Konfusius

 Tertumpu pd sektor perdagangan dan


komersial (besar @ kecil), di bandar2
utama
59
Sambungan….

 ORANG ASLI – etnik terkecil


 Penganut kepercayaan tradisional, Islam,
Kristian

 KELOMPOK2 KECIL LAIN: Baba –


Nyonya (Melaka & Penang), masyarakat
Portugis (di Melaka) & msrkt Siam di
utara Semenanjung Malaysia.
60
SARAWAK
 Hampir semua etnik sama ada Iban, Bidayuh,
Orang Ulu adalah penganut kepercayaan
tradisional atau Kristian dan sebilangan kecil
Islam.
 Dahulunya penduduk luar bandar tapi sekarang
berjaya dlm sektor perdagangan atau komersial
di bandar2 utama.
 Melayu juga ramai tinggal di perkampungan
terutama di Kuching, Kota Samarahan dan Sibu.
(ramai terlibat dgn pertanian)
 Yang tinggal di bandar terlibat dgn sektor awam
61
Sambungan…

 Melanau- penduduk pantai Sarawak


(Islam, Kristian, tradisional)
 Cina- penduduk bandar. Terlibat
aktiviti perdagangan di bandar2
utama. Anutan: Buddha, Konfusius &
Kristian.

62
SABAH
 Kadazan Dusun – penduduk majoriti
(anutan: tradisonal, kristian & Islam).
 Lain2 : Bajau, Murut, Melayu
 Cina – juga tertumpu di pusat2
bandar

63
Sambungan..
 INDIA – etnik ke 3 terbesar
 Tertmpu di estet2 tapi ramai dah berpindah ke
bandar2 dan meneroka pekerjaan yg berbeza dgn
i/bapa mereka
 Sebahagian kecil berjaya menembusi pasaran
komersial
 India Malaysia terdiri drpd pelbagai puak berasaskan
asal usul negara India, spt Tamil, Malayalee dan
Singhalese.
 Terdiri drpd penganut Hindu, Islam dan Sikh

64
PLURALITI MENURUT
PERPEKTIF ISLAM
 MODEL MASYARAKAT ISLAM
MADINAH

 AL-HUJURAT : 13

65
MODEL MASYARAKAT ISLAM
MADINAH

 ISLAM : MUHAJIRIN & ANSAR

 BUKAN ISLAM : YAHUDI & NASRANI

66
        
             

 13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah


menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu Dengan Yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)

67
Anak ikan anak yu
SEKIAN thank u
JUMPA LAGI DI TOPIK II

68

Anda mungkin juga menyukai