Anda di halaman 1dari 11

Persekitaran Bersih Dan Sihat

Tanggungjawab Kita
PERSEKITARAN SIHAT

Persekitaran sihat adalah persekitaran yang bebas daripada unsur-unsur yang


membahayakan kesihatan. Ini termasuk binatang dan serangga pembawa penyakit
seperti tikus, nyamuk, lalat dan lipas. Selain daripada itu, unsur-unsur yang boleh
mencemarkan air, makanan, udara dan tanah juga membahayakan kesihatan.

Persekitaran yang tidak sihat mengancam kesihatan dan kesejahteraan manusia. Oleh
itu, adalah menjadi kewajipan setiap individu untuk memahami, menghargai dan
menyumbang kepada persekitaran bersih dan sihat.

Kenapakah persekitaran bersih dan sihat itu penting?

Persekitaran bersih dan sihat penting untuk :

• Memastikan keperluan asas kehidupan kita seperti air, udara dan makanan
sentiasa bersih dan berterusan.

• Mewujudkan suasana yang indah dan menenangkan fikiran.

• Menyumbang kepada kesejahteraan emosi.

• Mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit kerana ini secara langsung
mengurangkan pembiakan nyamuk, lipas, lalat dan tikus.

• Mendorong individu melakukan aktiviti fizikal seperti beriadah dan senaman.

• Menimbulkan minat dan memberi keselesaan untuk bekerja dengan tekun.

• Meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti.

• Menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat.

Nyamuk – pembawa penyakit demam denggi, Japanese encephalitis, malaria dan


filaria.

Lipas dan lalat – pembawa penyakit disentri, cirit-birit, tifoid, keracunan makanan,
jangkitan cacing dan enteritis.

Tikus – pembawa penyakit hawar, tifus dan leptospirosis.

1
Persekitaran yang bersih dan sihat adalah tanggungjawab kita bersama

Kebersihan adalah tuntutan semua agama dan amat dihargai oleh semua ahli
masyarakat.

Persekitaran yang bersih dan sihat harus dilindungi agar kita boleh meneruskan
kehidupan yang sejahtera.

Apakah yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan persekitaran bersih dan
sihat?

• Amalkan pembuangan sampah sarap yang sempurna

- Jangan membuang sampah merata-rata

- Masukkan sampah sarap domestik/rumah ke dalam beg plastik dan ikat


dengan kemas. Seterusnya masukkan beg plastik tersebut ke dalam tong
sampah yang ditutup dengan sempurna.

• Sampah sarap boleh juga ditanam. Elakkan pembakaran secara terbuka.

• Kitar semula bahan-bahan buangan seperti botol, tin dan kertas untuk
mengurangkan sampah sarap.

• Kenalpasti dan musnahkan tempat-tempat pembiakan binatang dan serangga


pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk, lalat dan lipas.

Tindakan untuk mewujud dan mengekalkan persekitaran bersih dan sihat

Kita bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran walau di mana kita berada.

Rumah

• Pastikan lantai sentiasa bersih.

• Simpan barang-barang permainan, peralatan dapur dan kebun di tempat yang


selamat.

• Pastikan tandas sentiasa bersih.

• Tutup bekas-bekas yang digunakan untuk menyimpan air seperti tempayan bagi
mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.

• Buang sampah sarap dengan betul dan sempurna.

• Bersihkan longkang dan pastikan tidak tersumbat.

2
• Tanam pokok-pokok bunga di sekeliling rumah untuk mengindah dan
menghijaukan persekitaran.

Sekolah

Murid-murid, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah mestilah :

• Menjaga kebersihan kantin, bilik darjah dan bilik guru.

• Mencuci tandas sekerap mungkin dan menyelenggara secara berjadual.

• Memotong rumput secara kerap.

• Membuang sampah sarap ke dalam tong sampah yang disediakan.

• Memastikan beg-beg sampah sarap dikutip secara berjadual oleh pihak


berkenaan.

• Mengenalpasti dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.

• Mewujudkan suasana ceria di sekolah dengan menanam pokok bunga untuk


mengindah dan menghijaukan persekitaran sekolah.

Tempat Kerja

Peranan Pekerja

• Menjadikan tempat kerja bebas daripada asap rokok/tembakau

• Membuang sampah sarap di tempat yang disediakan

• Menjaga kebersihan kantin dan bilik penyediaan makanan/minuman

Peranan Majikan

• Memastikan kebersihan keseluruhan tempat kerja

• Memastikan pekerja tidak merokok semasa bekerja

• Memastikan lantai, meja dan kerusi serta peralatan di tempat kerja berada dalam
keadaan bersih, selamat dan teratur serta diselenggara secara berjadual

• Memastikan tandas bersih dan diselenggara secara berjadual

• Memastikan pencahayaan dan pengudaraan mencukupi

• Mengenalpasti dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes

3
UDARA YANG BERSIH PERLU BEBAS DARIPADA ASAP ROKOK

• Asap rokok adalah punca utama pencemaran udara dalam rumah/bangunan


yang menyumbang kepada 80% pencemaran.

• Asap rokok pasif ialah gabungan asap rokok sisi yang keluar daripada bahagian
rokok yang menyala dan asap rokok aliran utama yang dihembus keluar oleh
perokok.

• Orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok pasif ini dikenali
sebagai perokok pasif.

• Asap rokok menjejaskan kesihatan perokok dan bukan perokok kerana ia


mengandungi 4000 jenis bahan kimia, 200 daripadanya adalah beracun dan 63
daripadanya penyebab kanser.

• Perokok pasif menghadapi risiko yang tinggi kepada pelbagai penyakit yang
dikaitkan dengan asap rokok berbanding dengan orang yang tidak terdedah
kepada asap rokok.

• Di antara penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan asap rokok pasif adalah :-

- Kanser paru-paru

- Penyakit jantung

- Penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik

Siapakah yang sering terdedah kepada asap rokok pasif dan apakah kesannya?

Golongan wanita terutamanya isteri perokok

- Berisiko menghadapi kanser paru-paru 30% lebih tinggi berbanding dengan isteri
seorang yang bukan perokok.

- Sekiranya dia hamil, dia berisiko untuk melahirkan bayi yang kurang berat
badan, tidak cukup bulan, bayi yang cacat, kematian serta keguguran janin dan
sindrom kematian bayi secara mengejut.

Kanak-kanak terutama ibu bapa mereka yang merokok

- Mereka mudah diserang jangkitan saluran pernafasan, telinga, paru-paru dan


kerap mendapat lelah

4
Rakan-rakan sekerja, serumah dan sebilik dengan perokok

- Mereka akan mengalami kesan-kesan seperti :-

• Batuk

• Pedih mata

• Gangguan bau

• Alahan

- Sekiranya mereka pesakit jantung, mereka lebih mudah mendapat serangan


jantung manakala pesakit asma pula lebih mudah mendapat serangan lelah
yang teruk.

Tuntutlah hak anda untuk menikmati

udara yang bersih dan bebas daripada asap rokok

Bagaimana memastikan udara yang kita sedut bebas daripada asap rokok?

Di Rumah

• Memastikan tiada ahli keluarga dan tetamu yang merokok di dalam rumah kita.

• Tidak menyediakan sebarang peralatan seperti pemetik api dan bekas abu rokok
yang boleh menggalakkan tabiat merokok.

• Sebagai ketua keluarga tunjukkan contoh yang baik kepada ahli keluarga
dengan tidak merokok.

• Menasihati ahli-ahli keluarga yang merokok supaya berhenti merokok.

Di Tempat Kerja

Peranan Majikan

• Mewujudkan satu dasar melarang pekerja merokok semasa bekerja dan


menguatkuasakannya dengan tegas.

• Mempamerkan tanda-tanda larangan merokok di tempat-tempat yang strategik.

• Menganjurkan Kempen Anti-Rokok dan Kempen Berhenti Merokok untuk


pekerja-pekerja.

5
Peranan Pekerja

• Jangan mula merokok

• Berhenti merokok jika anda seorang perokok

• Menyokong dan mematuhi peraturan larangan merokok di tempat kerja

• Menggalakkan rakan-rakan yang merokok supaya berhenti merokok

Di Tempat Awam

• Memastikan tidak ada orang merokok di kawasan-kawasan larangan merokok.

• Kawasan-kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil


Tembakau (Pindaan) 1997 adalah :

- Pusat hiburan atau pawagam

- Tempat makan berhawa dingin

- Hospital dan klinik

- Kedai berhawa dingin

- Lif awam

- Kenderaan awam

- Lapangan terbang

- Kompleks membeli-belah

- Premis kerajaan

- Dewan orang awam

- Institusi pengajian tinggi

- Pusat asuhan kanak-kanak, tadika dan taska

- Stadium

- Sekolah

- Kompleks sukan

6
- Stesyen minyak

- Kaunter perkhidmatan

- Bank/institusi kewangan

- Hentian pengangkutan awam

Kesalahan merokok di kawasan larangan merokok boleh dikompaun sehingga RM


1,000.00. Jika didakwa di mahkamah dan didapati bersalah boleh dikenakan denda
sehingga RM 5,000.00 atau penjara tidak lebih daripada 2 tahun

Di Dalam Kenderaan

Awam

• Patuhilah peraturan larangan merokok di dalam kenderaan awam.

• Bagi penumpang yang tidak merokok, suarakan hak anda untuk menikmati udara
yang bersih dan bebas daripada asap rokok.

Persendirian

• Elakkan merokok ketika memandu kerana selain daripada menjejaskan


kesihatan penumpang, ini juga boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN

Persekitaran yang bersih dan sihat meliputi premis makanan yang bersih

Apakah faedah-faedah makan di premis makanan yang bersih?

• Pengguna dapat menikmati makanan dalam suasana yang selesa dan lebih
terjamin dari segi keselamatan makanan.

• Pengguna dapat mengelakkan penyakit-penyakit bawaan air dan makanan


seperti kolera, tifoid, keracunan makanan, cirit-birit dan hepatitis A.

Apakah faedah-faedah menjaga kebersihan premis makanan dan keselamatan


makanan kepada pengendali makanan?

• Meningkatkan imej premis dan kepuasan pelanggan.

• Mendapat keuntungan yang lebih kerana dapat menarik lebih ramai pelanggan

7
• Mengelakkan pelanggan daripada menghidap penyakit-penyakit bawaan air dan
makanan

• Menghindar pembiakan lalat, lipas dan tikus

• Mengurangkan kerosakan makanan melalui pengendalian yang sempurna

• Terhindar daripada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pemilik/pengendali makanan


untuk menjaga kebersihan premis makanan?

• Membersihkan persekitaran dalam dan luar premis secara berjadual

• Menyediakan sinki/besin dan sabun untuk membasuh tangan

• Mempamerkan tanda larangan merokok, menasihati pelanggan dan pekerjanya


agar tidak merokok di dalam premis makanan

• Memastikan premis makanan bebas daripada lipas, lalat dan tikus

• Tidak membiarkan binatang berkeliaran di dalam dan di luar premis makanan

• Menguruskan pembuangan sampah dan sisa makanan dengan cara yang betul
iaitu dimasukkan ke dalam beg plastik, diikat serta dibuang ke dalam tong
sampah yang bertutup.

Apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk menjamin kebersihan dan


keselamatan makanan?

1. Pengendali makanan mestilah mengamalkan kebersihan diri yang baik


dengan:

• Membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan
makanan dan selepas ke tandas.

• Memotong kuku

• Memakai pakaian, apron, penutup kepala dan kasut yang bersih

• Tidak bersin atau batuk ke arah makanan

• Tidak merokok, mengunyah sireh, menjilat jari, menyentuh hidung, rambut


dan mulut semasa menyedia/menyaji makanan

• Tidak mengendalikan makanan jika mengalami penyakit-penyakit berikut :-

- Jangkitan saluran pernafasan/batuk-batuk

8
- Cirit-birit

- Penyakit kulit/kudis

2. Pemilik premis makanan harus memastikan semua pekerjanya :

• Menjalani pemeriksaan kesihatan

• Mendapatkan suntikan vaksin untuk mencegah penyakit tifoid

• Menghadiri latihan pengendalian makanan yang diiktiraf oleh Kementerian


Kesihatan Malaysia.

3. Pengendali makanan perlu mengendali makanan dengan cara yang bersih


dan selamat semasa menyedia, menyimpan dan menyaji makanan

Tindakan semasa penyediaan makanan

• Menyediakan bahan mentah untuk dimasak di atas pelantar yang tinggi,


bersih dan jauh dari tandas

• Menggunakan peralatan yang bersih

• Memasak makanan dengan sempurna

• Menggunakan papan landas dan pisau yang berasingan bagi memotong


bahan-bahan makanan yang dimakan mentah (seperti ulam-ulaman dan
buah-buahan) dan yang digunakan untuk memotong bahan mentah (seperti
daging dan ikan)

• Menggunakan tuala lap yang bersih dan berasingan untuk mengelap tangan,
meja dan pinggan mangkuk

• Mengelap dan membersihkan permukaan tempat penyediaan makanan

Tindakan semasa penyimpanan makanan

• Makanan mentah dan makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan


secara berasingan di dalam peti sejuk – makanan mentah di tingkat bawah
dan makanan masak di tingkat atas.

• Menyimpan makanan yang telah dimasak pada suhu yang selamat iaitu di
bawah 4˚C atau melebihi 60˚C, jika tidak disaji dengan segera.

• Tidak membiarkan makanan yang dimasak terdedah lebih dari 4 jam pada
suhu bilik

• Tidak menyimpan makanan secara terdedah

9
• Tidak menggunakan bekas simpanan bahan kimia untuk menyimpan
makanan

Tindakan semasa penyajian makanan

• Menggunakan peralatan seperti penyepit, senduk dan sudu untuk mengambil


makanan

• Tidak menyusun pinggan yang berisi makanan secara bertindih

• Tidak menghidangkan makanan dalam pinggan yang retak atau sompek

• Tidak mendedahkan makanan kepada habuk dan lalat.

Kita sebagai pengguna berhak mendapat makanan yang selamat dari premis
makanan yang bersih

Sekiranya anda dan keluarga ingin makan di luar, pastikan dua aspek berikut :-

Makanan

• Dimasak dengan sempurna

• Masih panas, segar dan tiada benda asing seperti rambut, lipas dan lalat

• Ditutup dengan sempurna

• Diambil dengan menggunakan peralatan seperti sudu, garpu dan senduk yang
bersih

• Dibungkus dengan bahan yang bersih dan kalis air

Premis Makanan

• Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, sinki/besin,


bekalan elektrik, pengaliran longkang yang baik dan tong sampah

• Pengendalinya memakai pakaian, apron, penutup kepala dan kasut yang bersih

• Bebas daripada binatang berkeliaran serta serangga dan binatang pembawa


penyakit seperti lalat, lipas dan tikus

• Jauh dari jalan raya dan tempat pembuangan sampah kecuali premis makanan
yang tertutup dan berhawa dingin.

10
Persekitaran bersih dan sihat penting ke arah kesejahteraan hidup kita

• Buang sampah dengan sempurna

• Jadikan udara kita bebas daripada asap rokok

• Pilih premis makanan yang bersih

11