Anda di halaman 1dari 2

Kasih Sayang Ayah

Lakaran garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup
memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri.

Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek
mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya,kerukunan institusi keluarga itu mungkin
akan sedikit longgar.

Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan
peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.

Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan
yang berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa
kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa.
Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu,
adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak
berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan
kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan
keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang
emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar
pengorbanannya.

Tiada bapa yang mahu melihat anaknya ketagihan dadah, yang mahu anaknya menjadi
penipu, yang mahu anaknya menjadi pengemis. Dia cuma mahu anaknya menjadi seorang
yang berguna, yang dapat menimbulkan gelora bangga dan kesyukuran kerana
pengorbanannya mendidik kita tidak sia-sia.

Mari kita tepuk dada sejenak, bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita
lakukan untuk menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah berusaha
sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita yang bila-bila masa
akan meninggalkan kita? Fikirkan!

Rata-rata timbul disetiap pelusuk dada-dada akhbar,memaparkan kesalahan sosial golongan


kita pada masa kini yang setiap saat ada sahaja timbul isu yang baru.

Isu pembuangan bayi masih belum-belum lagi berhenti, masalah dadah, mencuri, bahkan
membunuh ibu bapa sendiri. Inikah diri kita yang boleh dikatakan dapat membanggakannya?
Berlinang air matanya apabila melihat anak sendiri terlibat dalam masalah sosial, bergolok
gadai mengupah peguam dirinya demi memastikan anak sendiri bebas dari penjara, tetapi
setelah bebas, kesalahan yang sama masih dilakukan.

Bagaimana kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan?


Permasalahan sosial ini bukan berpunca dari kita semua, tetapi hampir semua, yang dari
setiap detik semakin membarah dari hari ke hari.
"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa
kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar
perintah-Mu

Anda mungkin juga menyukai