Anda di halaman 1dari 15

INILAH ISLAM

Disediakan Oleh:
Khairunnisa bt Mohammad Hamdi
Judul :JAUHI MAKSIAT

Tahun Terbitan : 2009

Pengarang:Sayyid Qutb

Penerbit: Pustaka Salam

Tebal dan bilangan muka surat: 258


Sinopsis
 Di dalam buku ini menerangkan tentang islam ini merupakan agama
fitrah, di mana Islam ini terlaksana di dalam kehidupan kita melalui
usaha manusia sendiri, menurut kemampuan manusia dan realiti hidup
manusia.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana


memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (Al-Ankabut:69)

Dan jiwa dan Yang menyempurnakan (kejadiannya). Maka Allah


ilhamkan kepada jiwa (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya
berjayalah orang-orang yang membersihkan jiwa. Dan sesungguhnya
rugilah orang-orang yang mengotorkannya (As-syams:7-10)
Sinopsis
 Haza ad-deen. Inilah Islam yang cuba dijelaskan
oleh Sayyid Qutb melalui karangan ringkas beliau.
Yang diterangkan bukanlah perkara yang menjadi
tiang dan isi Islam (seperti akidah, ibadah,
muamalah) tetapi yang cuba dibentangkan adalah
sifat-sifat Islam (manhaj) itu. Dalam
perbincangannya, erti Islam dibawa dalam bentuk
kata ‘manhaj’, yang membawa maksud ‘jalan yang
terang dan jelas’. Bukankah Islam itu merupakan
‘jalan yang terang lagi jelas’?
 Dalam menjelaskan sifat-sifat manhaj ini, Sayyid
Qutb hanya menjelaskan sebahagian sifat sahaja,
memandangkan keringkasan karya yang ditulis
tersebut. Antara yang cuba dihuraikan adalah:

 1 – Manhaj untuk manusia


 Manhaj Untuk Manusia
Membawa erti berjayanya manhaj ini dan terlaksananya
manhaj ini di persada dunia, tidak dapat tidak, mesti
melalui peran dan tabiat kemanusiaan.
Yakni, terlaksananya manhaj ini adalah melalui usaha
manusia, yang dilakukan menurut kemampuan
manusia dan dengan mengambil kira realiti hidup
manusia pada ketika proses perlaksanaan.
 Salah fahamnya di kalangan manusia hari ini kerana
mereka menyangka bahawa manhaj ini akan terlaksana
secara mukjizat atau melalui kaedah luar biasa. Apa
tidaknya, bukankah manhaj ini datangnya dari Allah?
Bukankah Allah menguasai segala-galanya? Jadi,
mengapa perlu mengambil kira kemampuan manusia?
 Sungguh bukan tugas manusia menimbulkan
persoalan sebegini. Benar Allah mampu
menjayakan manhaj ini hanya dengan mengatakan,
‘Jadilah’. Tetapi, kerana adanya tujuan yang hanya
Allah mengetahui, Allah menghendaki berjayanya
manhaj ini dengan usaha dan kemampuan manusia,
tanpa mengabaikan realiti semasa. Bukankah
Allah yang menciptakan manusia dengan segala
sifat kemanusiaannya, kemudian Allah
menurunkan satu manhaj untuk manusia,
maka mana mungkin akan terlaksana manhaj
tersebut melalui kaedah luar biasa, yang luar
dari sifat manusia?
 Hayatilah firman Allah ini yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berusaha dengan


bersungguh-sungguh kerana memenuhi
kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami
akan memimpin mereka ke jalan-jalan
Kami.” [Al-Ankabut: 69]
 “Sesungguhnya Allah tidak mengubah
keadaan nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri
mereka sendiri.” [Ar-Ra’d: 11]
 Sebelum Allah memimpin manusia ke jalan-Nya,
Allah menghendaki manusia berusaha dengan
sungguh-sungguh terlebih dahulu. Sebelum Allah
mengubah keadaan manusia, Allah menghendaki
manusia berusaha mengubah diri mereka dahulu.
 Namun, perlu diingat, walaupun manhaj ini hanya
dapat dicapai melalui usaha manusia, dengan
mengambil kira keupayaan dan realiti hidup
manusia, namun ini tidak bermakna manusia
bebas sebebasnya dan terpisah daripada sebarang
kuasa dan perancangan Allah. Ini juga tidak
bermakna manusia tidak mendapat sokongan, bantuan
dan tunjuk ajar Allah. Fahaman ini salah sama sekali.
 Hayatilah kedua-dua ayat al-Quran sebelum ini. Kedua-
duanya memahamkan kita hubungkait antara usaha
yang dikeluarkan manusia dengan bantuan dan
sokongan Allah. Hanya melalui usaha manusia yang
bersungguh-sungguh itulah yang melayakkan mereka
memperoleh sokongan, bantuan dan kejayaan dari Allah.
 Beginilah sifat manhaj untuk manusia. Dengan
menyakini sifat ini, maka manhaj ini yang dahulunya
telah meneraju dunia, tidak mustahil untuk sekali lagi
memimpin dunia, asalkan didahului dengan usaha yang
bersungguh-sungguh tanpa mengabaikan kemampuan
manusia dan realiti semasa. Di masa yang sama
menyakini akan pertolongan dan petunjuk dari Allah.
Persoalan
 bergerak menjadi hambaNya yang bertakwa.
Sudahkah anda memulakan langkah pertama?
 Dah tempah rumah di syurga belum? kalau takde
tempat kat syurga, tempat lagi satu lah
nampaknya. Na’uzubillah.
 Pengakhiran kehidupan kita hanyalah dua.
Syurga atau neraka. Pilihan terletak di tangan
Anda!
Komen

 Pada pandangan saya buku ini


sangat menarik dan ianya
menerangkan banyak input-
input yang menarik dan dapat
memberi iktibar kepada kita
semua
Untuk maklumat lanjut,sila layari

www.asrarsyauqah.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai