Anda di halaman 1dari 4

Kisah Puasa 1.

Kisah Puasa 1 (Sebelum Ramadhan) Arman, seorang pegawai kerajaan yang sentiasa sibuk dengan kerjanya dan terpaksa berulang alik dari Muara, Brunei. Kini tibanya hari-hari yang merupakan hari diharamkan untuk berpuasa, Arman pulang ke rumahnya di Tanjong Malim. Setiba dirumahnya, Arman melihat rumahnya sangat tenang. Tibalah pada suatu malam, Arman terjaga dari tidurnya dek keletihan bekerja, dia melihat rakan-rakannya siap lengkap dengan baju Melayu. Dua rakan serumahnya, Yazid dan Razi terus keluar tanpa menyedari akan rakannya seorang itu, Arman telah terjaga dan memerhati mereka. Arman kehairanan, kenapa dengan kawan-kawan aku ni? Arman tanpa berfikir panjang bersiap dan mengenakan baju Melayu padanya sambil membawa Ya dan tasbih. Sebelum itu,Arman sin ada terdengar perkataan masjid yang telah disebutkan oleh Razi. Arman terus pergi ke masjid. Tanpa berfikir panjang, Arman terus pergi ke masjid dalam keadaan kelam kabut bersama dengan Yasin dan tasbihnya dan setibanya di masjid, Arman terus bertanya kepada Imam, Siapa yang bernikah?! Kebetulan mikrofon yang Pak Imam pegang masih berfungsi, maka semua jemaah dengar termasuk rakan-rakan si Arman. Pak Imam tercengang dan para Jemaah tergamam manakala rakan si Arman ketawa terkehel-kehel. Pak Imam terus berkata. Masya-Allah, mana ada orang bernikah! Malam ni kan malam satu Ramadhan, orang semua nak sembahyang Tarawih!. Arman menepuk dahinya dan keluar dari masjid dengan keadaan muka yang merah amat. Rakan si Arman terus menegurnya dengan berkata. Ni kaki tengok cerita Melayulah ni. Asal orang ni pergi masjid je, katanya ada orang nak bernikah . 2. Kisah Puasa 2 (Semasa Awal Ramadhan) Tersebutlah kisah. Arman seorang pekerja yang sangat sibuk dan sangat fokus kepada pekerjaannya. Maklumlah, bulan puasa, waktu-waktu petang memang senang mengantuk. Arman tanpa berfikir panjang terus pergi ke Bazar Ramadhan ya tidak berapa jauh dari rumahnya. ng Sebaik sahaja Arman selesai membeli barang-barang untuk berbuka, Arman terasa pula mengantuk. Arman tidur sebentar dengan hadapannya adalah juadah-juadah yang telah dibeli dari Bazar untuk berbuka. Kebetulan pula, TV di rumahnya masih terbuka, lupa pula si Arman untuk mematikannya. Tiba-tiba, Allahu Akbar!, Allahu Akbar! . Arman terus terjaga dan terus membuka juadahnya. Pada masa yang sama, rakan-rakan Arman, Yazid dan Razi tercengang melihat Arman telahpun melantak. Arman dengan tanpa segan silunya, mengajak rakannya sekali untuk berbuka dengannya. Tetapi, Yazid Arman Razi Yazid : Woi, apa fasal kau makan! Siapa suruh kau berbuka! : Eh, dah berbukalah. Makanlah! Dah bang tu. : Berbuka? Dah bang? Baru pukul 6:30 petang. : Eh, kau tengok dekat TV tu. Dah berbukalah.

Razi Arman Yazid

: Astaghfirullah, Arman! : Kenapa? : Itu siaran ulangan majlis berbuka puasa dekat Arab Saudi. Kau tengok dekat dekoder ASTRO (C 111). Itu TV Arablah.

Arman terkejut beruk. Yazid dan Razi, ketawa besar. Pengajaran: Tak elok tau tidur petang waktu puasa, Makruh. Itulah akibatnya. Kepada yang tak ada ASTRO, C 111 adalah saluran Radio Televisyen Arab. (ART). 3. Kisah Puasa 3 (Semasa Pertengahan Ramadhan) Hari ini 17 Ramadhan, Hari Cuti Am sempena Nuzul Al-Quran. Selepas sembahyang tarawih, Arman terlintas di fikirannya untuk bermain PlayStation. Dek kerana seronok bermain, sedar tak sedar, jam telahpun pukul 12:30 pagi. Arman terus masuk ke biliknya untuk tidur. Rakannya si Yazid dan Razi tidak ada di rumah kerana sibuk dengan urusan kerja (maklumlah, nak kerja lebih masa, dapat cuti raya awal) dan mereka akan pulang ke rumah pada esok pagi. Jam berdetik, Ayam berkokok, matahari tak terbit lagi. Arman bangun dari tidur untuk bersahur. Sedang asyiknya si Arman bersahur, rakannya, Yazid sampai di rumah. Yazid terkejut dengan si Arman yang sedang bersahur. Yazid Arman Yazid Arman Yazid : Kau tengah buat apa tu Arman! : Sahur. Jom, sekali. : Sahur? : Ya, sahur. Dah azan tadi. : Mazhab mana pula kau pakai ni? Bila masa pula orang menunggu sahur kena dengar azan. Dah nak pukul 7 ni. Kau dah Subuh ke belum?

Arman terkejut beruk. Yazid ketawa besar dan Razi... tidak tahu apa-apa. 4. Kisah Puasa 4 (Semasa Akhir Ramadhan) Kurang seminggu lagi Aidilfitri akan menjelang.Arman, Yazid dan Razi telah menyimpan niat untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke-4 iaitu Membayar Zakat disamping masih lagi di dalam bulan bagi umat Islam untuk menyempurnakan rukun Islam yang ke Mereka bertiga yang -3. pernah berada di luar negara kerana urusan pekerjaan merasa bersyukur di dalam bulan puasa tahun ni, majikan mereka tidak mengarahkan mereka untuk bertugas di luar negara. Tiga saudara serumah ni datang ke masjid yang berhampiran dan bertemu dengan Pak Imam untuk menyempurnakan ibadah zakat. Pak Imam menyatakan setiap seorang perlu membayar sebanyak $4.80 untuk zakat fitrah ini (sambil menunjukkan jumlah bayaran tersebut di dalam sekeping risalah kepada mereka bertiga). Yazid dan Razi mula membuka dompetnya untuk memeriksa jumlah wang yang terdapat di dalam dompet mereka masing-masing. Tetapi, Arman sahaja yang geleng dan menggaru kepalanya.

Pak Imam menanyakan kepada Arman. Pak Imam Yazid Arman Razi : Kenapa saudara. Ada masalah ke? : Kau kenapa pula ni? Tak bawa duit ke? : Ada. Ada. : Habis tu... Cepatlahaku nak ke Bazar ni.

Arman melihat koceknya. Arman Pak Imam Arman Pak Imam : Pak Imam. Kalau saya bayar, boleh mintak baki tak? : Tak pa, saya ada duit kecil. Boleh tukar. Berapa? : Tapi, saya rasa Tok Imam tak boleh tukar duit kecil kot. : Amboi, besar sangat ke duit kau tu?

Arman mula menunjukkan duitnya kepada Tok Imam. Arman Razi Arman : Ini duitnya. $1,000,000.00. Duit Dolar $ Zimbabwe. Ni saja yang ada. Saya simpan lagi sejak tahun lepas. : Kau ni sakit apa pula. Siapa suruh kau bayar pakai duit tu : Dah Tok Imam suruh pakai mata wang dolar $ . Bukannya ringgit RM . Kalau RM ada sekeping RM5.

Selepas tu, Tok Imam menggaru kepala sambil tersenggeh -senggehsambil berkata di dalam hatinya menyesal aku guna simbol $ . Yazid dan Razi ketawa terkehel-kehel. Catatan: Zimbabwe adalah negara termiskin di dunia. Nak beli seluar jinpun kena bayar berbilion dolar... Pengajaran : Bukankah Malaysia ada simbol mata wang sendiri RM . 5. Kisah Puasa 4 (Hari Lebaran...) Nasib menimpa malang kepada Arman, Arman tidak dapat balik berhari raya. Sedih dan pilu hatinya. Mendengar dendangan lagu-lagu raya di corong-corong radio, membuatkan dia melayan perasaannya. Kali ini, Arman begitu berhati-hati dengan waktu berbuka dan sahur agar tidak berlaku lagi sebarang kesilapan. Arman keseorangan di rumah kerana rakan-rakannya, Yazid dan Razi telahpun pulang ke kampung halaman masing-masing. Arman bersendirian di rumah. Masa berlalu dengan pantas, telahpun tengah hari. Arman menahan nafsu laparnya kerana masih lagi di dalam bulan puasa. Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak memberi salam. Kanak-kanak Arman : Assalamualaikum! : Waalaikumussalam. Kenapa ya adik.

Dalam hati Arman. Kenapa budak ni. Bukan main lawa hari ini.

Kanak-kanak Arman Kanak-kanak

: Kami datang nak beraya di rumah abang. : Apa? Dah Raya! : Kenapa abang? Abang puasa lagi ke?

Arman tercengang, Kanak-kanak ketawa besar. Jiran-jiran yang ramainya tetamu di luar rumah ketawa terkehel-kehel.... Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Anda mungkin juga menyukai