Anda di halaman 1dari 14

TAJUK : PERANAN MASJID JAMEK UTAN AJI DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN ( PENSYARAH CTU101

) DISEDIAKAN OLEH : ASHRAF SYAZWAN BIN MOHD KHIR NO PELAJAR : 2011209606 KUMPULAN : ATD1Dm PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN LADANG DAN AGROTEKNOLOGI TARIKAH HANTAR : 08.08.2011

1. ISI KANDUNGAN 2. ABSTRAK 3. PENDAHULUAN 4. SEJARAH MASJID JAMEK UTAN AJI 5. CARTA ORGANISASI MASJID JAMEK UTAN AJI 6. KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI MASJID JAMEK 7. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 8. MASALAH YANG DIALAMI OLEH JAWATANKUASA MASJID JAMEK & CARA PENYELESAIANNYA 9. CADANGAN DAN KOMEN SAYA TERHADAP MASJID JAMEK UTAN AJI 10. PENUTUP 11. BIBLIOGRAFI

Masjid" dari segi bahasa bermaksud tempat bersujud. Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, penyebaran ilmu dan sebagainya. Masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala. Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam. Pertama, Masjidil Haram di Makkah seterusnya Masjid Nabawi di Madinah dan yang terakhir Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin.

Di negara kita Malaysia, terdapat beberapa pembahagian dan pecahan tempat beribadat. Antaranya ialah Masjid Negara, Masjid Negeri, Masjid Daerah, Masjid Qaryah dan Surau.

Saya juga ingin berkongsi serba sedikit sejarah masjid serta penyebarannya di seluruh pelosok dunia. Ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenali dengan namaMasjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangunkan di sebuah lapangan yang luas. Di dalam Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering diguna oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.

Saat ini, Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga masjid tersuci di dunia. Masjid kemudian dibangun di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu negara Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara.Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit. Masjid di Sisilia dan Sepanyol tidak menirukan reka bentuk Visigoth, tetapi menirukan reka bentuk bangsa Moor. Para ilmuwan kemudian memperkirakan bahwa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk reka bentuk Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.

Masjid pertama di China berdiri pada abad ke-8 Masehi di Xi'an. Masjid Raya Xi'an, yang terakhir kali di diubah pada abad ke 18 Masehi, mengikuti seni bina Cina. Masjid di bagian barat Cina seperti di daerah Xinjiang, mengikuti seni bina Arab, dimana di masjid terdapat kubah dan menara. Sedangkan, di timur Cina, seperti di daerah Beijing, mengandung seni bina Cina.

Masjid mulai masuk di daerah India pada abad ke 16 semasa kerajaan Mughal berkuasa. Masjid di India mempunyai ciri ciri seni bina masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.

Masjid pertama kali didirikan di Kesultanan Uthmaniyyah pada abad ke-11 Masihi, dimana pada saat itu orang-orang Turki mulai masuk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki adalah Aya Sofya(Hagia Sophia), dimana pada zaman Byzantium, bangunan Aya Sofya merupakan sebuah katedral. Kesultanan Uthmaniyah memiliki karakteristik seni bina masjid yang unik, terdiri dari kubah yang besar, menara dan bagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Usmaniyah biasanya mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara shaf-shaf, dan langit-langit yang tinggi, juga dengan menggabungkan mihrab dalam satu masjid.Sampai saat ini, Turki merupakan rumah dari masjid yang berciri khas seni bina Uthmaniyyah.

Secara bertahap, masjid masuk ke beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan jumlah masjid secara pesat mulai terlihat seabad yang lalu, ketika banyak penghijrah Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah, seperti Munich, London dan Paris memilki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah sesak sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walaupun begitu, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut ditinggali oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak.

Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke 20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Syarikat adalah di daerah Cedar Rapids,Iowa yang dibangun pada kurun akhir 1920an. Bagaimanapun, semakin banyak penghijrah Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Di mana jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% dari jumlah masjid di Amerika Syarikat, pada tahun 1980, 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat didirikan. Inilah serba sedikit pengenalan yang dapat saya berikan melalui pengajian saya tentang masjid di seluruh dunia.

Nama masjid yang saya kaji ialah Masjid Jamek Utan Aji Perlis. Masjid ini terletak di Gunung Medan. Masjid ini telah dibina pada tahun 1873. Nama tuan tanah dan pemilik Masjid Jamek ialah Haji Othman Bin Haji Ali. Mereka sangat kuat agama dan alim. Melalui hasil usaha dakwah dan sokongan orang ramai, mereka membeli tanah-tanah dan telah mewakafkan untuk orang Melayu di Gunung Medan, Utan Aji. Apabila tertubuhnya Masjid Jamek, Haji Othman Bin Haji Ali telah menyediakan wasiat wakaf khas untuk tanah wakaf miliknya. Antara wasiatnya ialah berapa ekar tanah yang telah diwakafkannya, untuk siapa tanah wakaf ini dn siapa patut mentadbir tanah-tanah wakaf pada waktu tersebut. Saya telah menemu ramah Haji Jamil Bin Haji Leman. Beliau merupakan bekas iman yang tahu mengenai latar belakang masjid ini. Beliau juga ada memberitahu keluasan tanah wakaf Masjid Jamek ialah sebanyak 8 ekar, lebih kurang 40 buah rumah. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa Haji Othman Bin Haji Ali ada mencatat dalam wasiatnya jika Haji Othman meninggal dunia, anak lelaki sulongnya yang akan menggantikannya.

Pada mulanya tanah wakaf ini hanya diduduki oleh fakir miskin. Tetapi apabila Haji Othman Bin Haji Ali sudah meninggal dunia, pewaris selepasnya telah memberi sedikit dari tanah wakafnya kepada sahabat-sahabatnya dan sekarang iman yang memimpin Masjid Jamek ialah Haji Ali @ Salim Bin Haji Yob iaitu iman pertama Masjid Jamek.

IMAM MASJID JAMEK UTAN AJI, PERLIS

IMAM PERTAMA HAJI ALI @ SALIM BIN HAJI YOB

IMAM KEDUA HAJI AHMAD @ HAMDI BIN MAT KASA

IMAM KETIGA HAJI ABDUL RAHMAN BIN ALI

BILAL PERTAMA HASAN BIN ABDUL

BILAL KEDUA OTHMAN BIN MAT ISA

SIAK PERTAMA HAJI CHIN @ AZIZ BIN MAT RANI

SIAK KEDUA CHIK AD BIN JASIN

PENJAGA KAWASAN MAD ZIN BIN HASAN

Masjid Jamek merupakan antara masjid yang terdapat di negeri Perlis. Masjid ini terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan. Antaranya ialah bilik air, ruang solat, bahan bacaan, alat-alat untuk menguruskan jenazah, van jenazah serta PA sistemnya yang canggih.

Masjid ini mempunyai bilik mesyuarat yang sendiri. Bilik air di masjid ini sangat bersih dan telah dijaga kebersihannya untuk keselesaan semua. Terdapat bilik air lelaki dan bilik air wanita. Ruang solat juga terbahagi kepada dua iaitu bahagian lelaki dan bahagian wanita. Selain itu, jawatankuasa masjid juga telah membentangkan dalam mesyuarat supaya masjid ini dipasangkan kipas yang besar. Akhirnya, masjid ini telah dipasang kipas besar.

PA sistem di Masjid Jamek ini sangat canggih. Antaranya speaker, projektor dan sebagainya. Bahan bacaan juga disediakan. Contohnya al-quran, kitab-kitab hadis dan sebagainya. Landskap masjid ini sangat cantikTerdapat juga tanah perkuburan Islam bersebelahan masjid ini. Masjid telah menyediakan alat-alat untuk menguruskan jenazah dan van jenazah.

Masjid Jamek telah mengadakan banyak aktiviti. Antara aktivitinya ialah kelas fardhu ain remaja, kuliah harian, ceramah agama sebulan sekali, kelas marhaban remaja, tadarus al-quran, tazkirah dan kuliah subuh.

Masjid ini juga telah mengadakan aktiviti perdana pada sepanjang tahun ini. Contohya, ceramah agama sempena Maulidurrasul, majlis gotong-royong, majlis ibadah korban tahunan purata 2 ekor setahun, majlis penyerahan van jenazah oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, majlis perarakan sempena Maulidurrasul dan majlis tilawah Al-Quran.

Ahli jawatankuasa masjid juga berjaya mendaftar 90 orang nama fakir miskin untuk diberikan zakat pada bulan Ramadhan yang lalu. Selain itu, akad nikah juga boleh diadakan di masjid ini.

Setiap masjid di dunia mempunyai masalah yang tersendiri. Apabila saya telah menemu ramah salah seorang jawatankuasa Masjid Jamek, masalah yang sering berlaku di dalam masjid ini ialah kecurian kasut dan tabung masjid.

Penyelesaiannya ialah ahli jawtankuasa masjid mestilah membentangkan dalam mesyuarat supaya menambahkan bilangan pengawal memandangkan keluasan Masjid Jamek yang agak besar. Bagi isu kehilangan kasut pula, pihak masjid perlu menambahkan rak-rak kasut. Hal ini demikian, kasut-kasut yang hilang tersebut berpunca akibat meletakkan kasut di merata-rata tempat. Akhirul kalam, saya dapat memberi kesimpulan bahawa setiap masalah yang dihadapi, adanya jalan penyelesaiannya.

Saya Ashraf Syazwan Bin Mohd Khir ingin memberi beberapa cadangan terhadap masjid yang saya kaji iaitu Masjid Jamek. Cadangan pertama saya ialah jawatankuasa masjid harus menambahkan bahan-bahan ilmiah di dalam masjid. Tetapi lebih baik lagi saya mencadangkan supaya jawatankuasa masjid mewujudkan perpustakaan mini. Hal ini demikian, dengan wujudnya perpustakaan para belia sama ada dari golongan tua atau muda, mereka akan meluangkan masa mereka di perpustakaan tersebut. Pada waktu yang sama, mereka dapat mengimarahkan masjid.

Selain itu, cadangan saya yang lain ialah jawatankuasa masjid harus membentangkan cadangan meminta peruntukan dari Jabatan Agama Islam untuk meluaskan tempat meletak kenderaan. Hal ini demikian, apabila tibanya hari raya atau solat jumaat, jalan utama berhampiran di kawasan masjid akan sesak. Ia telah mengganggu kelancaran jalan utama.

Akhir sekali, saya ingin mencadangkan supaya jawatankuasa masjid perlu mewujudkan taman landskap. Dengan adanya landskap tersebut, kawasan masjid akan lebih cantik dan indah.

"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk"

Melalui kajian terhadap Masjid Jamek, saya dapat mengetahui aktivitiaktiviti yang diadakan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek. Selain itu, saya juga dapat mempelajari sejarah tentang masjid ini di samping dapt mengenali tokohtokoh yang mengasaskan masjid ini. Tambahan pula, masyarakat setempat dapat memupuk semangat cinta akan solat berjemaah yang menjadi sunnah nabi Muhammad s.a.w. , sekiranya kita melakukannya kita akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada kita solat secara bersendirian.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada ibubapa saya, Mohd Khir Bin Othman dan Rosnah Bt Ismail@Awang, Ustaz Abdul Aziz, Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek serta semua yang membantu saya tanpa mengenal erti penat dan lelah. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum....

Anda mungkin juga menyukai