Anda di halaman 1dari 4

Pokok Pagaran Pokok Siantan Siantan atau nama botaninya ixora macrothyrsa adalah merupakan salah satu daripada

tumbuhan lanskap yang sesuai untuk dijadikan tanaman pagaran. Pokok siantan juga dikenali sebagai pokok pecah periuk, jejarum, Ixora Super King, Pink Deluxe(merah muda) dan juga Ixora King (merah tua). Pokok ini berasal daripada family Rubiaceae yang terdiri dari 150 spesies dan asalnya daripada Malaysia sendiri. Pokok ini tumbuh menegak dan mempunyai banyak cabang serta padat. Tumbuhan ini bersilara bulat dan ketinggiannya sehingga 3 meter. Walaupun semulajadi kepada kawasan bertropika di Asia terutama India, Siantan sekarang tumbuh di cuaca tropika di Amerika Syarikat seperti di Florida dan pokok ini juga dikenali sebagai West Indian Jasmune. Terdapat juga siantan yang tumbuh liar di pinggir-pinggir hutan. Variati Terdapatnya dua jenis Pokok Siantan, iaitu Ixora jawa yang berasal dari Malaysia dan juga Indonesia dan Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia.

Tingginya pokok Siantan ini sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora jawa adalah lebih besar, iaitu 12 20 sentimeter panjang, dan 4 - 6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7 - 10 sentimeter panjang dan 3 - 5 sentimeter lebar.

pokok Siantan mempunyai bunga yang besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih. Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak.

Ixora Orange Dwarf

Ixora Sunshine

Ixora Pink Malay

Ixora Prince of Orange

Ixora Yellow Dwarf Flower

Ixora chinensis Sheena

Ixora chinensis Singapore Yellow

Ixora duffii cv. Super King

Ixora dwarf white

Sifat Fizikal Siantan mempunyai bunga yang sangat menarik. Lazimnya bunga siantan bewarna merah. Siantan hybrid ixora mengeluarkan bunga pelbagai warna. Ada yang bewarna kuning, oren dan jingga. Bunga siantan bersaiz kecil, panjang seperti jarum dan mempunyai kelopak yang terbuka pada bahagian hujungnya. Bunganya keluar berjambak-jambak. Walau bagaimana pun jarang pokok siantan yang berbuah. Buah siantan berbentuk bulat dan berukuran kecil antara 7 hingga 8 milimeter dan berwarna hijau dan merah apabila masak. Pokok ini selalunya hidup dalam satu rimbun bulat serta mempunyai tekstur yang sederhana padat. Batangnya berwarna perang dan liat serta mempunyai banyak cabang. Apa yang menarik ialah batang mudanya berwarna coklat kemerahan. Siantan mempunyai daun tunggal yang berwarna hijau tua tetapi daun mudanya berwarna merah kecoklatan. Daunnya cukup unik dengan letaknya berhadapan dan bersilang. selalunya daun siantan memiliki panjang 6 hingga 13 cm dan lebarnya 3 hingga 4 cm. Kegunaan Menurut kajian tanaman siantan mempunyai sifat kimia dan kesan farmakologi yang hebat. Tanaman ini mempunyai kesan manis, sejuk, hipotensif dan mampu mengecilkan darah beku. Selain itu, tanaman siantan mempunyai sifat analgesic iaitu sifat farmakologi yang boleh menghilangkan rasa sakit. Akar tanaman siantan juga mengandungi kandungan minyak aromatik dan ditambah dengan komposisi tannin dan asam lemak. Daunnya mempunyai beberapa kandungan zat kimia, antaranya ialah kaemferol, quercetin, proanthocyanidins, asam fenolik dan asam ferulik. Biasanya ditanam sebagai tanaman hias dan dipakai untuk bunga sembahyang agama Budha. Pokok siantan sangat sesuai ditanam di taman-taman sebagai penghias lanskap. Tumbuhan ini boleh ditanam sama ada secara tunggal, berkelompok atau sebagai

tanaman penghadang. Siantan juga boleh ditanam di dalam pasu. Pokok siantan dibiakkan melalui keratan pucuk berdaun. Amalan Kultur Cara menanam a) Sediakan lubang ukuran 300 mm X 300 mm X 300 mm. Jika tanah tidak sesuai, besarkan lubang dan gantikan tanah dengan tanah campuran dalam nisbah tiga bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan baja permulaan TPS sebanyak 50gm/lubang. b) Keluarkan pokok dari bekas atau beg plastic dan tanam di tempat yang disediakan. c) Padatkan tanah, siram dan sungkup kawasan tanaman dengan rumput kering. Pengurusan dan Penjagaan a) Siram pokok jika perlu terutama yang baru ditaam. Tanah perlu lembap tetapi tidak sampai terlalu basah. b) Buang rumpai dan setersnya beri baj lengkp NPK 15:15:5 sebanyak 30 gm/pokokhingga bulan pertama. Kemudian gunakan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 50 gm/pokok tiga bulan sekali. c) Cantas dahan untuk merimbunkan pokok, menggalakkan pembungaan dan mengawal ketinggian. Cantas dahan setiap kali selepas pokok bunga berbunga. d) Sembur insektisid jika perlu terutama pada masa pucuk muda dan putik bunga mula keluar. Beri bahan organik dengan kadar 5 kg/pokok empat bulan sekali

Anda mungkin juga menyukai