Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Menggelecek

Menggelecek ialah satu pergerakan melantunkan bola secara berterusan ke tanah dengan hanya menggunakan satu tangan tanpa memegangnya. Kemahiran ini penting bagi membolehkan pemain bergerak dengan membawa bola dari setempat ke setempat. Pergerakan menerusi kemahiran ini adalah lambat dan tidak digalakkan dalam permainan kecuali jika terpaksa atau dalam keadaan terdesak. Meggelecek yang berkesan memerlukan pemain mengawal bola secara rapat dan dapat menolak bola ke arah padang dengan jari terbuka luas. Semasa bergerak dengan pantas , pemain hendaklah menolak bola dengan baik ke depan. Seperti kemahiran lain, mengelecek juga memerlukan latihan.

Tendangan Sanggan Tendangan sanggan maknanya menendang bola sebelum ia mencecah tanah. Ia adalah satu cara permainan bola sepak yang pantas dan sangat menguja kerana kamu tidak perlu membunag masa mengawal bola sebelum meneruskan permainan. Tendangan ini menyebabkan bola bergerak laju dan menyukarkan pihak lawan mengagak ke mana arah pergerakannya.

Anda mungkin juga menyukai