Anda di halaman 1dari 1

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Pantun 2 kerat ini mempunyai makna yang mendalam dan menunjukkan indahnya budaya Melayu. Orang Melayu terkenal dengan sifat pandai mengambil hati orang yang lebih tua, berbudi bahasa, lemah lembut dan tahu menjaga hati orang lain. Budaya ini sememangnya dituntut dan patut diwarisi oleh generasi Melayu dari dahulu hinggalah sekarang. Kadang kala sifat merendah diri dan tidak kisah serta lebih mengutamakan orang lain menjadi resam kehidupan. Persoalannya sejauh manakah budaya ini boleh kekal atau hanya menjadi sebutan atau sekadar sebagai sifat umum orang Melayu? Walaupun zaman telah berubah, budaya yang baik harus dikekalkan dan diwarisi secara turun-temurun. Namun, sejauh manakah hal ini diaplikasikan oleh mereka? Umumnya, apabila orang berbudi kepada kita, wajarkah budi itu dibalas? Sebagai contoh, kereta Si A rosak di tepi jalan. Tiba-tiba Si B datang menghulurkan bantuan kepada Si A. Ini bermakna pertolongannya ikhlas. Ucapan terima kasih dari Si A sudah cukup untuk mengembirakan hati Si B. Kadang kala terdapat segelintir manusia yang tidak ikhlas menolong malah mengharapkan balasan daripada orang yang ditolong. Manusia sebegini masih mengharapkan orang yang ditolong pandai membalas budi dengan membalas harga pertolongan yang diberi tanpa berterus terang. Itulah yang menjadi masalah besar kepada kebanyakan orang Melayu yang bersifat sedemikian. Apabila tidak mendapat seperti apa yang diharapkan, dia akan mengumpat, menyindir atau marah. Kesan dan akibat daripada contoh di atas boleh juga disamakan dengan contoh lain seperti madah dan kiasan. Bermadah dan berkias juga boleh mendatangkan akibat yang buruk jikalau tidak mempunyai asas fahaman yang kukuh antara kedua-dua belah pihak yang terlibat. Orang Melayu dahulu kala cukup pandai bermain bahasa dan berkias sehinggakan ada yang tidak faham atau lambat faham. Pada awalnya, orang yang mendengar sukar faham akan makna tersirat daripada ucapan kiasan dan mempunyai kecenderungan untuk salah faham dan keliru. Tetapi apabila difikirkan berulang kali, mereka akhirnya akan nampak makna tersirat tersebut dan faham tetapi tiada gunanya lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.

Anda mungkin juga menyukai