Anda di halaman 1dari 1

Bab 2.7:Peranan adat ,peraturan & undang-undang dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum campur tangan British.

Adat,peraturan & undang-undang peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat sejak turun-temurun sehingga akkhirnya berubah menjadi hukum yang perlu dpatuhi. Hukum adat ini tidak bertulis sebaliknya dihafal oleh Ketua Adat. Undang-undang yang tidak bertulis terbahagi kepada dua iaitu Adat Temenggung dan Adat Pepatih. Adat ini dapat menjamin keamanan, keharmornian, kesejahteraan dan keselamatan dalam masyarakat. Adat Temenggung menggunakan Undang-undang jenayah yang berprinsipkan pembalasan. Hukuman ini bertujuan untuk member iktibar dan pengajaran kepada orang lain. Contohnya; jika seseorang itu membuat kesalahan berat seperti membunuh maka hukuman yang dikenakan adalah hukuman mati. Dengan hukumuan sebegini, jenayah akan semakin berkurangan. adat ini dapat mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan tali persaudaraan sesama masyarakat. Dalam adat pepatih, ahli-ahli akan dikelompokan ke dalam kelompok-kelompok kekeluargaan seperti suku. Ini akan membuatkan ikatan kekeluargaan di kalangan-kalangan ahli-ahli masyarakat lain lebih erat dan kuat. adat dapat membentuk keperibadian sesebuah masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial. peraturan dan undang-undang penting untuk menjamin kesejahteraan hidup masyarakat secara keseluruhannya.Jika semua lapisan masyarakat tahu dan sedar akan hak dan tanggungjawab mereka, maka keamanan dan kemakmuran hidup antara anggota masyarakat akan terjamin dan berkekalan.

adat perpatih, mereka lebih mementingkan wanita dalam soal pembahagian harta pusaka dan nasab keturunan

Adat Temenggung, kaum lelaki diutamakan dalam pelbagai hal.

Anda mungkin juga menyukai