Anda di halaman 1dari 2

1 Malaysia Bersih dan Indah Petikan perutusan Menteri Pelancongan Malaysia, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen.

tanah tempat tinggal kita seumpama syurga di bumi, penuh dengan kekayaan alam semula jadi yang luar biasa dan indah. Alam inilah yang telah menjadi kekaguman orang ramai dari seluruh dunia. Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah. Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif Lagi Bijaksana Barisan Hakim Yang Berpaksikan Keadilan, Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya, Seterusnya hadirin hadirat pencinta keindahan yang saya segani serta hormati sekalian. Assalamualaikum wrth, Salam 1 Malaysia Sekiranya pada hari masyarakat tidak duduk semeja dan bersatu suara dalam meneliti masalah kebersihan dan keindahan alam. Saya pasti, suatu hari nanti kita akan terkubur di bawah timbunan sampah sarap berleluasa. Justeru, bicara perdana saya pada petang ini atas mauduk pemikiran 1 Malaysia Bersih dan Indah. Saya kecilkan definisi dengan menumpukan sekitar konsep 1 Malaysia yang merujuk kepada gagasan idea YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berpandukan penjelasan yang berbunyi Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Frasa bersih menurut kamus dewan edisi keempat, merujuk kepada sesuatu dalam keadaan murni, tidak tercemar, tidak kotor. Indah pula bermaksud mengenai sesuatu perkara yang mempesonakan, menawan dan memukau pandangan. Tuntasnya, definisi pidato saya adalah tertumpu dalam skop Gagasan 1 Malaysia yang menuntut masyarakatnya menyedari kepelbagaian anugerah tuhan kepada Negara. Lantas mengambil tindakan yang saksama bagi mengekalkan kebersihan dan menyerlahkan keindahan entity Negara sehingga mampu menarik minat seluruh warga dunia dan memperkembang pesatkan industry pelancongan Malaysia.

Sidang Pendengar Yang Setia, Atas kata bicara kepelbagaian kurniaan tanah tinggi dan hutan hujan tropika adalah hujah saya yang pertama. Malaysia, negaraku yang bersih dan indah lazimnya mempunyai banyak tempat.................

Justeru segala kurniaan dan anugerah tuhan ini, perlulah dijaga dan dikekalkan keindahannya agar seluruh warga Malaysia dari generasi ke generasi dapat menikmati alam semulajadi yang bersih dan indah seterusnya dapat mengamit para pelancong dari dalam dan dari luar Negara.

Sidang Hadirin Sekalian, Hujah saya yang kedua adalah berpaksikan Keindahan Pulau di Malaysia. Perkembangan industry.................

Sidang Dewan Yang budiman Kata kunci saya yang ketiga Keunikan Budaya di Malaysia adalah merupakan hujah penting dalam menampakkan 1 Malaysia yang Bersih dan Indah. Kemajuan Industri..............

Dengan segala usaha dan pengemblengan tenaga, hasrat 1 Malaysia Bersih dan Indah pasti dapat di realisasikan dengan sempurna. Tekad pada diri, Iltizam di hati, kita rakyat Malaysia, kita hargai keindahannya.

Akhir kalam, Hujan emas di negeri orang Hujan batu di negeri sendiri Walau indah negeri orang Indah lagi negeri sendiri

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai