Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Berempati Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang.

Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh klien tersebut. Dengan ini, klien akan merasakan bahawa kaunselor itumemang seorang pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi,untuk menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap. Emosi adalah perasaan yang dialami seseorang, manakala sikap adalah kepercayaaan tentang kejadian semasa, lepas dan masa depan. Selain itu, kaunselor perlu juga memerhatikan perkara-perkara lain. Pertama sekali, kaunselor perlu perhatikan tanda-tanda yang ada pada klien seperti nada suara dan mimik muka. Secara ringkasnya,memahami diri klien memerlukan satu penilitian yang mendalam.Selain itu, kaunselor juga perlu peka terhadap semua tingkah laku bukan lisan klien serta percakapannya bagi memahami perasaan yangdialami klien dengan lebih mendalam. Kaunselor juga boleh membawa pengalaman perasaan kliennya kepada pengalaman perasaannya sendiri bagi memahami kliennya.

B Ciri-ciri atau sifat ( basic characteristic) Terapi Menurut teori Pusatan Perorangan, Rogers (1966) mempercayai matlamat terapi digunakan adalah bertujuan untuk menolong klien supaya kongruen diri dan persekitarannya. Menerima dirinya secara sedar setiap satu-satu pengalaman yang dihadapi, individu akan menjadi lebih realistik dalam setiap persepsinya dan membolehkan klien berkembang mencapai self actualization atau pembenaran kendiri. Dalam hal ini, kaunselor menekankan aspek menggalakkan diri klien itu memahami persepsi tentang dirinya dengan alam sebenar. Bagi mencapai keadaan tersebut perlunya ada satu perhubungan yang terapeutik antara kaunselor dengan klien berasaskan konsep dan amalan: a. penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard), b. ketulenan, kongruen (congruence, genuineness) dan c. empati (emphatic). Empati, penerimaan tanpa syarat dan ketulenan merupakan tiga ciri terpenting bagi mewujudkan keadaan hubungan terapeutik dalam interaksi kaunselor dan kliennya. Empati bermaksud kaunselor benar-benar berada dalam ruang rujuk dalaman klien iaitu menjiwai keseluruhan perasaan dan pemikiran sebagaimana yang dirasai oleh klien. Empati juga adalah satu proses yang penting dalam mewujudkan hubungan terapeutik pada klien (Roger, 1975). Manakala penerimaan tanpa syarat membawa pengertian bahawa kaunselor tanpa ragu-ragu menerima apa sahaja yang ada pada diri klien. Ketulenan pula bermaksud bahawa kaunselor penuh dengan keikhlasan dan kejujuran menerima klien dalam keadaan yang kongruen di mana kaunselor begitu serasi dengan apa yang dirasai oleh klienya. Ketulenan juga memberi maksud kaunselor tidak berpura-pura dalam sesi yang dijalankan dan integrasi kongruen inilah sebenarnya membayangkan kaunselor berada dalam ruang

lingkup yang serupa serasi seperti yang dialami oleh klien. Suasana inilah yang perlu dititikberatkan oleh kaunselor yang menerapkan teori Pemusatan Perorangan apabila melaksanankan proses kaunseling. Menurut Rogers (1957 , 1959) kekuatan terapi pemusatan perorangan mempunyai enam (6) keperluan asas di dalam membawa perubahan psikoterapeutik atau personaliti klien iaitu: i. wujud kesan perhubungan psikologikal antara kaunselor dengan klien (psychological contact), ii. klien yang dibantu mestilah ada masalah atau ketidaksempurnaan dalam dirinya (incongruence), iii. kaunselor perlu mempunyai sikap kongruen dan tulen (congruence and genuineness) di dalam perhubungan terapeutik, iv. penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard or acceptance), v. empati (empathy), vi. tanggapan atau persepsi terhadap empati dan penerimaan tanpa syarat (perception of empathy and acceptance) dalam memahami diri kliennya.

UNIT 3 BAB 6 TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN (a) Kongruen Konsep kongruen merujuk kepada kendiri seseorang yang menyamai apa yang dialaminya. Kendiri dan pengalaman mempunyai persamaan. Kaunselor yang ingin membantu klien haruslah seseorang yang tidak mengalami pengalaman yang tidak konsisten dan berkonflik. (b) Penerimaan Positif Tanpa Syarat Semua manusia mahukan perhubungan yang bermakna; diterima, disayangi, dihormati dan dipercayai. Kaunselor, apabila berhubung dengan klien, perlulah menerima klien dengan hati terbuka, tidak menilai kebaikan dan keburukannya, dan menghargai perhubungan

dengan klien. Penerimaan yang tidak berbelah bahagi ini membolehkan klien berhubung dengan terbuka dan bercakap dengan bebas. (c) Empati Konsep empati merujuk kepada keupayaan kaunselor memahami klien dan membantu dengan tepat seperti apa yang dialami oleh klien itu sendiri. Kaunselor bagaikan mengalami apa yang dialami oleh klien, jika tidak secara perasaan mestilah sekurangkurangnya secara kognitif. Dengan mempersepsikan dunia dalaman klien dengan tepat kaunselor akan memahami apa yang dialami oleh klien.

Anda mungkin juga menyukai