Anda di halaman 1dari 8

"Kerinduan" Setiap Pasangan "

"Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke


alam perkahwinan, setiap mereka membayangkan
kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA
mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi
sebenarnya ‘cabaran-dugaan hidup’ yang lebih
mencabar sedang menanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan


la menjamin kebahagiaan seseorang.

Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula


‘cabaran-dugaan-masalah’.
Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-
masing, mertua, tanggungjawab, ekonomi dan
seribu satu macam masalah lagi...

Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan


yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta
masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera
mereka hingga ke akhir hayat...
Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam
dan lemas...
Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga


sebagai penasihat...
Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana
TERkadang, penasihat juga boleh menjerumuskan ke
arah kehancuran rumahtangga tersebut.
Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ‘


perkahwinan itu sendiri’ “mengambil masa” untuk
‘proses penyesuaian’ antara lelaki dan wanita.’
Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali
kita katakan kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu


mengenali pasangan mereka sebelum
menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..."
Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal
mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku


pertemuan atau perkenalan...
Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...

Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang


menggolek...
Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...

Semuanya terletak kepada ANDA, ‘suami dan isteri’,


bagaimana mengemudikan bahtera rumahtangga
tersebut…

Setiap pasangan meng’impi’kan pasangan yang akan


memenuhi naluri atau impian mereka.
Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...
Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan,
aku meng’angan’kan suami yang BERIMAN, (bagiku,
kalau dah beriman yang lain-lain akan lahir la,
bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa,
tolak-ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)

Sebaik cincin disarung ke jarimanisku, ingin saja aku


berbisik kepadanya,

“Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia,


semaikan keiman kepadaku dan anak-anak, bajai
dengan kasih sayang, siramilah dengan
persefahaman, belailah dengan tolak-ansur,
renjiskan sedikit api cemburumu dan gemburkan
dengan jenakamu...”

Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat


demikian...

Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita


melafazkan, “ Aku mahu keluarga bahagia.”

Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia.


Tahukah kalian, rumahtangga bahagia ‘tidak ujud’
hanya dengan kata-kata...
Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling
utama pengorbanan...
Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga


bahagia memerlukan ilmu (teori).
Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di
praktikkan!
“Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal”

Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah


cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai
bila-bila...kerana aku berpendapat, keharmonian itu
bermula dari rumah...
“Rumahku, Syurgaku.”

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai


cara, kekadang bersopan-santun, kekadang
tunjukkan ketegasan..

Ingatlah perpatah ini “ LEMBUT WANITA BUKAN


UNTUK DIPULAS...”

Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana


waja itu masih boleh di tempa...
Jangan kau jadi sekeras batu…kerana batu tidak
mudah untuk dibentuk...
Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...

Kebanyakan lelaki dambakan wanita ‘cerdik’...


Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas
pertama..tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal
pentadbiran rumahtangga...
Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam
kebuntuan...
Cerdik mendidik anak-anak,
Cerdik dalam ‘argument’ dan lojik….
Jangan hanya jadi ‘pak turut’…

Wanita pula dambakan lelaki yang ‘ alert’...


Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku
TERsilap...
Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...

Jangan biarkan masalah menjadi ‘api dalam


sekam...’
Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin
sudah TERlambat, kerana ‘sekam’ telah menjadi abu
dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu


selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya...
Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan e*****
menyusahkan isterimu, selagi isterimu tidak
menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya...

‘Beriman dan bertanggungjawab’ memainkan


peranan yang penting dalam rumahtangga...
Dan, jangan sesekali menuntut “suami” sahaja, atau
“isteri” sahaja memainkan peranan...
Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua
pihak..."suami-isteri.”

Itu la taarif “perkongsian hidup”...Peranan kedua-


dua.
”Kongsi kasihsayang, tanggungjawab, kesetiaan dan
seribu macam yang berkaitan dengan hubungan
kedua insan yang bernama ‘suami dan isteri...’

‘Teori’ jangan hanya untuk mencari kelemahan


pasangan kita...
TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan
keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing...
(‘menunjukkan’ di sini bukan bermaksud untuk
dibangga-banggakan TETAPI sebagai AMALAN
-PRAKTIKAL)

Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan


melambatkan sembahyang. Isteri WAJIB beri
peringatan...
Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri,


jangan sesekali gentar atau takut untuk
memperingati KELALAIAN suami...
Biar dia marah kita, katakan, ‘Allah lebih marah
perbuatanmu...’
Dan, katakan ‘kita hanya takut kepada kemurkaan
Allah...’
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan
tersedar dan ber’terima kasih’ kerana
menyedarkanya dari kelalaian itu...
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat
bantahan...Biarkan dia berbantah...
Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai
isteri untuk memberi peringatan telah kita
laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:


“Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu,
kerana semua itu dibawah pimpinanmu dan di
akhirat nanti, e***** akan dipersoal terhadap
kepimpinanmu…”

Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas


rumahtangga dan mereka perlu “berganding bahu”
dengan utuh untuk membentuk ‘keluarga bahagia...’
Jangan sesekali ‘suami’ menunding kepada ‘isteri’
atau ‘isteri’ menunding kepada ‘suami’ bila berlaku
atau terjadi kesilapan dan kelalaian, kerana jika
salah seorang mereka ‘sedar’ terjadi kelalaian
tersebut, kenapa tidak ‘diberi peringatan’ kepada
pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...

Di sini ilmu amat penting...


Didik dengan lemah-lembut, tetapi ‘tegas’ atau
’keraskan’ suaramu jika terdapat KEDEGILAN di
situ...
Jangan biarkan ‘dia’ mempermainkan perintah Allah
SWT!

Alam perkahwinan itu ‘amat manis’...semanis


berbulan madu, tetapi menjadi ‘amat pahit’...sepahit
hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan
yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan
dipratikkan oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah


yang ‘perfect’...tetapi memadai, “tanggungjawab”
kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita
dan anak-anak...

Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah


cukup..HAK isteri dan HAK suami...

Dan pesanan terakhir, “Jangan biarkan pasangan


anda tidur sebelum berdamai, kerana tidur dalam
keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak
merehatkan rohani dan jasmani…dan lagi, bimbang
kekalau di taqdirkan Allah...pasangan anda
meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi
tekanan jiwa yang teruk pulak...”

Anda mungkin juga menyukai